Singgah makan tengah hari di Rawang sebelum meneruskan perjalanan 70km sehala ke Putrajaya, untuk bertemu sahabat lama tak jumpa.


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Semoga sidang pembaca dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan. Terima kasih kerana menyinggah dan menyokong blog ini.


Baru-baru ini saya membeli Bluetooth Intercom Tnicer G1EX sempena Shopee 12.12. Saya order pada tengah malam 12.12 dan barang sampai pada hari yang sama juga, pada sebelah petang.


Antara faktor utama saya beli adalah sebab harganya yang sangat mesra poket, dan ciri-cirinya juga lengkap. Review daripada orang ramai pun meyakinkan.


Keesokkan harinya, saya mula gunakan gajet ini ke pejabat. Kemudian, pada hari minggu, saya cuba gajet ini bersama dengan wife, untuk ride ke kawasan berdekatan.

Azeem Bluetooth Intercom Tnicer G1EX
Tnicer G1EX. Beli untuk saya dan isteri


Untuk artikel kali ini, saya akan kupas pengalaman saya berkenaan Bluetooth Tnicer G1EX. Jom kita mulakan.


Disclaimer: Orang lain mungkin ada pengalaman berbeza.


1. Kejelasan Audio

Tnicer G1EX memberikan audio yang baik dan jelas. Nak control volume pun mudah sahaja, pusing tombol dia. Kalau nak restart lagu, tukar lagu pun senang. Saya bahagikan kejelasan audio kepada 3, iaitu intercom, muzik dan Bluetooth call.


Intercom


Untuk intercom, saya hanya pernah test dengan wife sahaja. Untuk ride berkumpulan saya tak pernah lagi. Tidak ada kesempatan disebabkan kekangan kerja dan masa.


Apabila saya dan isteri keluar pergi jalan-jalan, intercom sangat membantu untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Komunikasi seperti nak singgah tandas, surau, nak makan, menjadi lebih mudah. Adakah suara jelas? Ya, suara jelas, walaupun di kelajuan yang tinggi. Cuma, di kelajuan yang tinggi, suaranya akan menjadi sedikit perlahan, kerana bunyi angin dan bunyi kenderaan. Tapi masih tetap boleh berkomunikasi.


Jika nak dibandingkan dengan sebelum ini, kami tak boleh pun nak berkomunikasi. Kalau setakat bawa jalan-jalan kawasan perumahan, pergi pasar malam tu boleh la lagi nak bercakap walaupun kena jerit. Ni kalau dah atas highway, kelajuan atas 100km/j, memang takkan dengar apa-apa punya. Memang masing-masing akan silo dan akan buat hal solo je.


Jenama ini memaklumkan bahawa jarak intercom adalah sejauh 1km. Saya tak pernah cuba lagi, so saya tak pasti. Rasanya okay je. Saya baca review orang lain semua kata mantap. Saya pernah try, minta wife stay dekat rumah dengan intercom, kemudian saya standby kat luar dengan intercom (jarak dalam 200m jelah dari rumah) hahaha.


Jenama ini juga menyatakan bahawa fungsi intercom membenarkan 6 orang bercakap pada masa yang sama. Sesuai untuk kumpulan kecil.


Apapun jika digunakan untuk kumpulan yang besar atau memerlukan jarak komunikasi yang lebih jauh dari 1km, Tnicer G1EX mungkin tidak mencapai jangkaan kerana jarak dan fungsi yang terhad.


Muzik


Untuk muzik, audionya memang jelas. Audio dia jenis stereo. Ada dua channel, kiri dan kanan. So nanti akan dengar la jenis muzik yang sound instrument belah kiri, vokal belah kiri, haa macam tu.


Walaupun kita bawa dengan kelajuan 100km/j dan ke atas, kita masih boleh dengar lagu dengan jelas. Cumanya, tetap akan ada bunyi angin dan kenderaan la. Tidaklah kedap bunyi atau ada pembatalan bunyi sepenuhnya. Tapi saya pakai helmet open-face, so mungkin sebab tu masih dengar bunyi luar. Kalau pakai full-face, mungkin experience-nya berbeza.


Tapi apapun sekurang-kurangnya kita tidak hanyut dengan muzik. Kalau kita dengar muzik sepenuhnya, khuatir kita tidak fokus atas jalan raya, dan berkemungkinan akan menyebabkan kemalangan ngeri. Kita sebagai rider kena sentiasa berwaspada. Pandu laju, pandu leka, maut menunggu.


Kepada yang dengar muzik guna Spotify, Apple Music, Joox, aplikasi ni senang nak control. Untuk YouTube biasa payah sikit. Sebab kena on YouTube. Kalau minimize nanti dia tak detect.


Bluetooth Call


Bluetooth call pun audionya bagus. Sama ada call via WhatsApp ataupun call biasa, dua-dua mod ini mempunyai audio yang baik. Namun seperti intercom, jika kelajuannya melebihi 100km/j, suara akan menjadi sedikit perlahan kerana ada bunyi angin dan kenderaan.


Tetapi..


Mengikut feedback kawan saya, sewaktu saya menjawab call melalui gajet ini, kawan saya kata suara clear dan tak dengar langsung bunyi angin. Malah, kawan saya ingat saya dalam kereta. Dari sudut ini, kita tahu bahawa apabila kita berkomunikasi, mereka mendengar dengan jelas. Cuma dari side kita jelah, kita tak berapa nak dengar (kalau kelajuan tinggi).


2. Kemudahan Penggunaan


Peranti


Saya tak pernah pakai intercom sebelum ini. Tnicer G1EX adalah intercom pertama saya. Untuk pengguna kali pertama yang tak biasa dengan penggunaan intercom ni, saya merasakan guideline ataupun manual yang dibekalkan oleh jenama ini mudah difahami.


Sistem kawalan Tnicer G1EX boleh dikatakan sangat mesra pengguna. Proses penyambungan Bluetooth antara intercom dan telefon pintar sangat cepat dan stabil.


Once kita dah buat pairing antara intercom, dia akan automatically connect bila kita switch on pada masa akan datang. Kalau nak unpair pun senang je.


Butang kawalannya juga mudah sahaja untuk ditekan. Mula-mula memang kekok sikit la, tapi lama kelamaan kita akan biasa dengan kedudukan butang tu. Dan untuk masuk mod muzik, radio, music sharing, tidak susah.


Pemasangan


Pemasangan pun tak susah. Mudah je. Boleh check YouTube. Saya pun ikut YouTube je. Jenama ni pun ada sediakan manual dekat YouTube dia. Kalau tak pun, search je cara pemasangan. Confirm keluar punya.

Dia akan bagi barang2 ni untuk kita pasang sendiri. Mula-mula saya pun blur juga tapi tak susah nak pasang. Saya pun first timer juga.


3. Bateri Tahan Lama


Salah satu kekuatan Tnicer G1EX ialah jangka hayat baterinya yang lama. Jenama ni claim bahawa bateri boleh tahan selama 20 jam (untuk dengar muzik), 18 jam (untuk bercakap) dalam satu cas penuh. Charging time dia 2 jam je! Saya dah test atas jalan raya, dan terbukti memang mampu bertahan seperti yang dikhabarkan. Saya test untuk lagu dan call.


Saya tinggal di Rawang dan bekerja di Petaling Jaya. Jarak antara kedua-dua destinasi ini ialah lebih kurang 50km sehala. Perjalanan saya sehala ambil masa antara 45 minit - 1 jam. Maksudnya, sepanjang perjalanan tu memang saya on intercom untuk dengar lagu / podcast / santapan rohani. Anggaran perjalanan pergi balik ialah 1 jam 30 minit ke 2 jam. Untuk situasi saya, jangka hayat bateri gajet ini cukup untuk perjalanan jarak jauh sekurang-kurangnya 10 hari dalam satu cas penuh.


Maka di sini, saya tak perlu risau pasal kehabisan bateri. Saya boleh rancang untuk caj gajet setiap 10 hari, sekali. Tak perlu nak caj hari-hari.


4. Serasi dengan Pelbagai Jenis Helmet


Set Tnicer G1EX ni didatangkan dengan aksesori yang lengkap. Ada dua cara untuk pasang, sama ada guna pelekat ataupun guna penyepit yang sangat ketat.


Saya menggunakan penyepit sebab bagi saya pelekat dia tak kuat. Haritu pasang untuk helmet wife, lepas tu loose. Mungkin pelekat saya tu tak berapa strong kot.


Proses pemasangan juga cukup mudah dan serasi untuk open-face dan full-face. Set gajet ini menyediakan mikrofon kecil untuk full-face juga.



Pandangan penyepit dari bawah

Helmet kelabu guna pelekat semata. Helmet hitam guna penyepit.

Pasang guna penyepit. Memang ketat ya amat. Rasa selamat.


5. Kalis Air


Ciri kalis air IPX65 (can withstand rain, but cannot submerged in water) menjadikan Tnicer G1EX pilihan terbaik untuk mereka yang sering menunggang dalam pelbagai keadaan cuaca. Saya dah pernah redah hujan dengan gajet ini. Setakat ini tiada apa-apa masalah. Masih berfungsi dengan cemerlang. Cuma kena pastikan connector antara gajet dengan audio jack tu dikemaskan sebaiknya. Kot-kot tak ketat. Mana la tahu kan. Tapi design luarannya memang sesuai untuk kena air.


Disebabkan ciri ini, hujan bukan lagi penghalang untuk terus berkomunikasi dengan pasangan, dengar lagu dan sebagainya, kerana peranti ini direka untuk berfungsi dengan baik walaupun dalam keadaan basah.


Pemasangan intercom dan audio jack. Ketat dan tak dibolosi air hujan.

6. Fungsi Pelbagai Guna


Selain fungsi interkom, lagu dan call, Tnicer G1EX juga mempunyai fungsi berikut:


Radio FM


Andai kata nak mendengar radio, gajet ini ada mod radio. Anda boleh set atau cari frekuensi dengan menekan butang yang ada di gajet. Tapi bagi saya agak leceh la.


Kalau saya nak pasang radio, saya buka je website radio. Lagi senang haha.


Music Sharing


Ni antara ciri yang menarik bagi saya. Andai kata nak karaoke dengan pasangan, haa boleh la buat music sharing. Boleh la enjoy perjalanan dengan nyanyi lagu sama-sama. Saya dah beberapa kali dah guna features ni. Cumanya features ni ada sedikit kelemahan. Kadang-kadang ada delay, kadang-kadang terputus, kemudian reconnect semula.


7. Harga Bajet, Mesra Poket


Tnicer G1EX adalah pilihan yang sangat berpatutan untuk kualiti yang ditawarkan. Harga asalnya sekitar RM238–254, namun TOGERTHER NICER Official Store selalu buat promosi. Dengan promosi tertentu, harga intercom ini boleh mencecah RM100–120 sahaja (ni selepas masukkan segala jenis kupon yang kita boleh redeem. Boleh rujuk gambar di bawah), menjadikannya salah satu pilihan terbaik untuk penunggang motosikal yang mencari gajet berkualiti dengan kos yang rendah. Berminat? Boleh beli di SINI. Rajin-rajin la tengok sebab kadang-kadang dia buat flash sales. Promosi juga biasanya dibuat pada Shopee Sales Day macam 12.12 dan 1.1.


Waktu saya beli tempoh hari. Banyak diskaun tu. Berbaloi sangat.


Kelemahan atau Kekurangan?


Voice Assistant


Bagi saya ada slack sikit dekat voice assistant. Saya pengguna iPhone. Macam iPhone bila kita cakap "Hey Siri" dekat mikrofon, iPhone tak respon. Telefon hanya akan respon kalau saya bawa motor betul-betul slow. Mungkin mikrofon tak detect sebab berlawan bergaduh bertembung dengan bunyi angin dan kenderaan kot.

Tapi selain daripada voice assistant, bagi saya semua features lain dah cukup mantap.


Siapa yang sesuai menggunakan gajet Tnicer G1EX ini?


Tnicer G1EX sangat sesuai untuk:

  • Penunggang motosikal yang bekerja jarak jauh, yang memerlukan pengisian sepanjang perjalanan.
  • Penunggang motosikal yang suka ride berkumpulan tetapi ahli kumpulan tidak lebih dari enam orang (jika semua pakai intercom brand sama).
  • Penunggang motosikal yang sering ride berdua, seperti pasangan atau kawan baik.
  • Penunggang yang mencari intercom mesra bajet tetapi berprestasi tinggi.


Kesimpulan


Secara keseluruhan, Tnicer G1EX Bluetooth Intercom adalah alat komunikasi yang sangat praktikal untuk penunggang motosikal, terutama bagi mereka yang ingin menikmati perjalanan bersama dengan lancar dan menyeronokkan. Dengan harga mesra poket, anda boleh dapat merasai ciri-cirinya yang mudah digunakan, tahan lama, kalis air, dan berprestasi tinggi!


Pada pandangan saya, gajet ini adalah pilihan yang sangat berbaloi untuk dibeli, dan patut dipertimbangkan.


Sekian sahaja kupasan saya kali ini. Mohon maaf atas kekurangan dari saya. Terima kasih semua atas sokongan.


Dah Baca Artikel Ni?


Saya ada menulis artikel pasal pendakian Husky ke Genting Highlands. Boleh baca sini: https://www.azaraslan.com/2024/12/pengalaman-menunggang-sym-husky-150-ke.html


Selain itu, saya ada buat ulasan pasal SYM Husky ADV 150. Boleh baca di sini: https://www.azaraslan.com/2024/08/ulang-alik-kerja-100km-dengan-skuter.html


Dan, sebelum saya pakai Husky, saya pakai kapcai untuk ulang alik kerja jarak jauh. Boleh baca di sini: https://www.azaraslan.com/2024/06/ulang-alik-kerja-jarak-jauh-dengan.html


#azaraslan #TnicerG1EX 

Post a Comment

أحدث أقدم