Pernah tak anda mohon kerja dekat Jobstreet, Indeed, Jobstore, tetapi tak pernah pun dapat panggilan temuduga, atau emel dari majikan sekali pun? Andai kata anda mohon 100 kerja, mungkin dapat panggilan temuduga antara 1-10 kali sahaja.
Perkara ini boleh jadi banyak faktor. Antara faktor yang boleh dilihat ialah, adakah resume anda ATS-friendly atau mesra ATS? Boleh baca penulisan ini sampai habis.
Tapi sebelum itu, ATS ni apa dia? ATS bermaksud Applicant Tracking System. Selari dengan arus modenisasi, syarikat menggunakan teknologi dalam urusan pencarian pekerja. ATS dapat membantu HR syarikat untuk menapis resume melalui kata kunci (keyword) dan format. Kalau zaman dahulu kala, HR kena tapis beratus-ratus resume dalam sehari, sampai juling mata dibuatnya. Dengan adanya ATS, perkara itu diambil alih oleh sistem. Maka, syarikat boleh jimat masa, tenaga kat situ. ATS juga boleh menyaring beribu-ribu resume tanpa ada masalah.
Disebabkan kecanggihan sistem ini, resume ATS amat diperlukan untuk anda melepasi saringan yang dibuat oleh sistem tersebut. Resume yang bukan ATS-friendly atau bukan mesra ATS akan menyebabkan anda tidak dapat pergi ke peringkat seterusnya.
PERBEZAAN
Perbezaan utama antara resume ATS dengan resume biasa adalah penekanan pada aspek teknikal dan format.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menulis resume ATS:
01. Struktur dan Format
Pastikan resume anda mempunyai struktur yang jelas dan mudah dibaca oleh ATS. Elakkan menggunakan column, grafik, atau elemen format yang kompleks yang mungkin sukar untuk dibaca oleh sistem.
02. Kata Kunci (Keyword)
Gunakan kata kunci yang relevan dengan pekerjaan yang dipohon. Ini termasuk kemahiran khusus, perkataan kunci industri, atau istilah yang berkaitan. Sistem ATS akan mencari kata kunci ini dalam resume untuk menilai kesesuaian anda dengan pekerjaan.
Sebagai contoh, jika anda memohon pekerjaan dalam bidang pemasaran digital ataupun digital marketing, resume anda perlu ada kata kunci berkaitan bidang kerja tersebut seperti SEO, SEM, Marketing Tools, Marketing Automation, Google Ads, Facebook Ads, Analytics dan banyak lagi.
Sekiranya anda memohon kerja dalam bidang ini, namun resume tidak ada nyatakan kata kunci seperti yang dikatakan, macam mana ATS nak cari dalam resume, kan? Disebabkan perkara ini, anda tak dapat emel atau panggilan temuduga.
Penting untuk tahu bahawa ATS mempunyai skor pemarkahan tersendiri. Antara pemarkahan yang menyumbang kepada markah tertinggi ialah kata kunci.
03. Tajuk dan Sub-Tajuk
Gunakan tajuk dan sub-tajuk yang jelas untuk mengasingkan bahagian-bahagian penting dalam resume anda, seperti pendidikan, pengalaman kerja, dan kemahiran. Ini akan memudahkan sistem ATS mengenali bahagian-bahagian utama dalam resume anda.
Pastikan guna tajuk dan sub-tajuk yang biasa digunakan dalam resume.
Tajuk dan sub-tajuk ni nampak macam benda remeh, tapi kalau sistem tak dapat tangkap, benda-benda remeh ni la yang membuatkan anda tak dapat panggilan temuduga.
04. Font Yang Profesional dan Mudah Dibaca
Elakkan menggunakan format teks yang rumit atau tidak biasa. Disyorkan untuk menggunakan teks biasa seperti Times New Roman, Arial, atau Calibri untuk memastikan ketersampaian oleh sistem ATS.
Sekiranya anda menggunakan font yang rumit, lebih-lebih lagi font berangkai, ATS akan mempunyai masalah untuk menafsir perkataan tersebut. ATS mungkin tersilap tafsir, dari huruf ke nombor. Sebagai contoh: AZEEM, jadi A5EEM. Bila huruf jadi nombor, maka maksud terus berubah. Jika maksud berubah, maka perkataan tersebut tidak boleh ditafsir oleh ATS.
05. Dokumen yang Sesuai
Simpan resume anda dalam format yang sesuai seperti PDF atau DOCX. Ini akan memastikan bahawa resume anda dapat dibuka dengan betul oleh sistem ATS.
Resume terbaik ialah resume yang dibuat dalam bentuk DOCX. DOCX boleh disimpan dalam bentuk PDF.
Bagaimana pula dengan Canva dan Adobe Photoshop / Illustrator? Perisian ini juga boleh hasilkan resume dan disimpan dalam bentuk PDF. Sungguhpun begitu, Canva dan Adobe kurang sesuai untuk resume sebab tidak mesra ATS, walaupun dah convert ke PDF.
Saya akan kupas perihal resume Canva, resume Adobe dan resume Word di entri yang berbeza.
PERKHIDMATAN RESUME
Saya ada menawarkan servis resume profesional kepada sesiapa yang berminat. Sebelum ini pun saya telah menawarkan servis resume kepada rakan-rakan dan kenalan.
Untuk pengetahuan semua, saya telah mendapat Certificate in Resume Writing, Saylor Academy pada tahun 2023. Kursus ini mempunyai modul tersendiri dan mempunyai peperiksaan. Dengan ilmu pengetahuan yang ada, saya yakin saya boleh menambah baik resume anda ke arah yang lebih profesional dari pelbagai aspek, seperti kandungan dan reka bentuk.
Harga saya tawarkan ialah RM100 untuk satu resume.
Sekilas pandang, ini yang anda akan dapat:
- 1 Set Resume/CV
- Fail dalam bentuk PDF + Microsoft Word (Boleh edit)
- Resume / CV akan dihantar melalui emel oleh WhatsApp setelah siap
Dengan saya, anda akan dapat resume ATS-friendly. Selain itu, saya akan berbincang dengan anda untuk menambah baik kandungan resume dengan lebih baik. Makna kata, resume anda customised. Di samping itu, saya akan berikan template resume ni sejurus selesai. Lepas ni anda boleh edit sendiri kalau nak tukar apa-apa.
Setakat saya menawarkan servis resume ini, kebanyakan daripada mereka berjaya mendapat slot temuduga di organisasi terkemuka seperti:
- Agoda
- BMW
- Gleneagles Hospital
- UiTM
- dan lain-lain
Selain itu, saya juga menyediakan resume / CV untuk kenaikan pangkat.
CARTA ALIR
Berikut adalah proses tempahan, jika berurusan dengan saya:
- Hubungi saya di sini: https://wa.me/60126354705 atau emel saya di azaraslan95@gmail.com
- Berikan nama, nombor telefon dan emel anda
- Selesaikan bayaran
- Perbincangan antara saya dan anda berkenaan resume
- Penyediaan resume
- Semakan resume kali pertama
- Semakan resume kali ke-2 selepas pemurnian
- Penghantaran resume yang telah disahkan, melalui emel
BERMINAT?
Boleh hubungi saya di sini: https://wa.me/60126354705 atau emel saya di azaraslan95@gmail.com.
Terima kasih atas sokongan semua.
#azaraslan #resume #cv