Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Saya pernah terlibat dalam kemalangan kereta. Kereta langgar di bahagian belakang. Boleh rujuk gambar di bawah.
![]() |
![]() |
Kesan langgar. Fuh sakit tengoknya. |
Sebelum saya mengalami kemalangan ini, saya hanya menggunakan dashcam murah yang saya dapat secara percuma ketika membeli kereta di Carsome. (Boleh baca pengalaman saya jual beli kereta bersama Carsome di sini: https://www.azaraslan.com/2022/12/okay-ke-jual-kereta-dengan-carsome.html) Dashcam tersebut ditinggalkan oleh pemilik kereta lama. Saya fikir cukup sekadar ada dashcam di depan sebagai langkah berjaga-jaga, tanpa perlu melabur lebih untuk kualiti yang lebih baik.
Namun, dashcam tersebut mempunyai satu masalah besar iaitu ia tidak dapat mengesan memory card dengan betul. Kadangkala ia tidak merakam langsung, dan saya tidak menyedarinya sehinggalah saya periksa semula. Bayangkan jika sesuatu berlaku, dan saya menyangka semuanya dirakam tetapi sebenarnya tiada apa-apa yang disimpan!
Saya sedar akan kelemahan ini, tetapi masih berlengah-lengah untuk menggantikan dashcam tersebut, sehinggalah satu hari saya terlibat dalam kemalangan. Inilah yang dikatakan "malang tidak berbau".
Saya sedang berada di sebuah roundabout di Petaling Jaya dan ingin keluar ke kiri. Namun, laluan masih sibuk, jadi saya berhenti seketika untuk memberi laluan. Tiba-tiba, sebuah kereta melanggar saya dari belakang.
Nasib saya baik kerana pemandu yang melanggar itu bertanggungjawab dan mengaku salah. Beliau terus meminta maaf dan berkata tidak perlu buat laporan polis kerana dia akan menanggung kos baik pulih kenderaan. Yang lebih mengejutkan, dia benar-benar menunaikan janji itu dan saya tidak perlu mengeluarkan duit sendiri. Alhamdulillah.
![]() |
Selepas dibaiki. Terima kasih kerana menjadi pemandu bertanggungjawab. |
Sungguhpun begitu, selepas kejadian ini, saya mula terfikir: Bagaimana jika saya tidak bernasib baik?
Bagaimana jika pemandu tersebut tidak mahu mengaku salah, atau lebih teruk, menyalahkan saya? Apa akan jadi jika dia terus lari tanpa meninggalkan maklumat? Ketika itu, saya hanya ada dashcam depan sahaja, jadi saya tidak dapat merakam apa yang berlaku di belakang sebelum perlanggaran berlaku.
Dari situ, saya sedar bahawa tidak semua orang akan bertanggungjawab seperti pemandu yang saya temui ini. Ramai yang akan cuba menipu, putar belit cerita, menyalahkan mangsa, tak nak berikan kerjasama atau terus melarikan diri selepas melanggar. Tambahan pula, dashcam murah yang saya pakai sebelum ini tidak boleh diharap kerana kerap gagal merekod rakaman. Saya terdetik untuk semak rakaman pada hari kemalangan tersebut, dan ternyata tiada apa-apa rakaman pun direkodkan. Saya terfikir juga la, "memory card aku rosak ke?". Saya cuba masukkan memory card ke dalam telefon, dan kad tersebut berfungsi je dengan baik.
Selepas kejadian itu, saya membuat keputusan untuk memasang dashcam berkualiti tinggi di depan dan belakang, dan selepas meneliti beberapa model, akhirnya saya dan isteri memilih Dashcam 70mai A400.
Beli 70Mai A400 Dashcam /cart /button
Kenapa Saya Pilih Dashcam 70mai A400?
- Rakaman Resolusi Tinggi 2K (QHD 1440p): Kualiti video yang jelas untuk menangkap nombor plat dan butiran penting.
- Sudut Pandangan Luas (145°): Dapat merakam lebih banyak kawasan jalan, termasuk sisi kenderaan.
- Dual-Channel Recording (Depan & Belakang): Dengan tambahan kamera belakang, saya kini boleh merakam kejadian dari kedua-dua arah.
- Loop Recording: Tidak perlu risau tentang storan penuh kerana dashcam ini akan menulis semula rakaman lama secara automatik.
- Parking Surveillance (Jika Pasang Hardwire Kit): Dashcam boleh terus merakam walaupun enjin kereta telah dimatikan dan kereta ditinggalkan di tempat letak kenderaan. Bagus untuk kes hit-and-run. Buat masa ini saya pakai yang biasa sahaja. Tiada hardwire kit.
- Kualiti Device yang Baik: Tidak ada masalah seperti dashcam lama saya yang gagal mengesan memory card.
- Kawalan Melalui Aplikasi (Wi-Fi & Instant Share): Boleh sambung dashcam ke aplikasi 70Mai di telefon melalui Wi-Fi untuk menonton dan memuat turun rakaman dengan mudah.
- Enhanced Night Vision & WDR: Aperture F2.0 meningkatkan kejelasan rakaman waktu malam, dan teknologi WDR menyeimbangkan cahaya, mengelakkan rakaman yang terlalu gelap atau terang.
Beli 70Mai A400 Dashcam /cart /button
Pemasangan Dashcam: Jimat Kos dengan DIY di Rumah
Saya pasang dashcam ini sendiri di rumah tanpa bantuan bengkel. Jika anda ingin jimat duit, anda boleh memasangnya sendiri dengan mudah. Hanya perlu ikut tutorial yang tersedia di YouTube. Ramai dah orang share.
Dengan cara ini, saya berjaya jimat sekitar RM100 daripada kos pemasangan di bengkel. Proses pemasangan amatlah mudah, terutamanya jika anda hanya memasang dashcam depan. Namun untuk pemasangan dashcam belakang, mungkin sedikit rumit dan perlukan sedikit usaha lebih, tetapi tetap boleh dilakukan sendiri. Saya pasang biasa sahaja ya. Belum pasang hardwire kit. Kalau ikut video tutorial, hardwire ni lagi rumit. Maka, lebih molek kalau pakar je yang pasang.
Pemasangan untuk tarik wayar ke belakang, untuk rear camera. Sorry saya tak tangkap pemasangan gambar belakang. Waktu ni dok bersilat nak pasang. Ambil masa 1 jam juga lah. |
Kamera depan. |
Jika tak nak pasang sendiri dan mahu bengkel pasangkan, boleh pergi authorised workshop iaitu Dasher. Boleh tengok harga di bawah:
Selepas Pasang Dashcam Depan & Belakang: Lebih Tenang di Jalan Raya
Saya juga sedar bahawa jika saya berdepan dengan pemandu yang tidak mahu bertanggungjawab, rakaman dashcam belakang akan menjadi penyelamat untuk membuktikan kebenaran.
Kini, jika saya berada di roundabout atau mana-mana jalan yang sibuk, saya lebih tenang kerana saya tahu setiap kejadian akan dirakam, depan dan belakang.
Adakah Dashcam 70mai A400 Berbaloi?
Jika saya sudah memasang dashcam belakang sejak dari awal lagi, saya tetap boleh mendapatkan bukti lebih jelas tentang kemalangan tersebut walaupun pemandu yang melanggar saya sejenis yang bertanggungjawab. Ini juga sangat penting jika saya berdepan dengan pemandu yang cuba lari atau menafikan kesalahan mereka.
Lebih penting lagi, saya kini tahu bahawa dashcam murah yang tidak boleh diharap bukanlah pilihan yang selamat. Jika dashcam anda sering mengalami masalah seperti tidak mengesan memory card atau tidak merekod dengan konsisten, segeralah ganti dengan dashcam yang lebih berkualiti.
Kesimpulan
Jika anda masih belum mempunyai dashcam lagi, sekarang adalah masa terbaik untuk memasangnya. Jangan tunggu sehingga anda terlibat dalam kemalangan baru menyesal tidak memasang dashcam. Bak kata peribahasa, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna" dan "nasi sudah menjadi bubur". Dengan adanya dashcam depan dan belakang, anda boleh memandu dengan lebih tenang, kerana anda tahu anda mempunyai bukti jika sesuatu berlaku di jalan raya.
Jika anda masih hanya menggunakan dashcam di bahagian depan sahaja, saya sangat menyarankan untuk memasang dashcam belakang juga. Pengalaman saya membuktikan bahawa dashcam belakang boleh menjadi penyelamat dalam situasi di mana pemandu lain cuba menafikan kesalahan mereka.
Saya bernasib baik kerana pemandu yang melanggar saya mempunyai sifat tanggungjawab. Tetapi bagaimana jika saya bertemu dengan pemandu yang menipu, melarikan diri atau cuba menyalahkan saya? Tanpa dashcam belakang dan dashcam berkualiti, saya mungkin akan kehilangan bukti dan menanggung kerugian sendiri.
Bagi saya, Dashcam 70mai A400 adalah pilihan terbaik dalam kategori bajet, dengan rakaman berkualiti tinggi dan ciri-ciri yang berguna.
Jangan ambil risiko! Lindungi diri anda dengan dashcam hari ini. Sediakan payung sebelum hujan. Prevention is better than cure.
Sekian, terima kasih.
#Azaraslan #70Mai #A400
Catat Ulasan