Bluetooth Intercom



Dalam dunia headphone tanpa wayar, banyak jenama berlumba-lumba menawarkan teknologi terbaik dengan harga yang berpatutan. Salah satu pilihan yang menarik perhatian ialah Baseus Bowie 10 Max. Dengan ciri-ciri seperti Hi-Res Audio, pembatalan bunyi / hingar aktif (ANC), dan bateri tahan lama, adakah ia benar-benar berbaloi untuk dimiliki? Ikuti ulasan ini sampai habis!


Ini adalah ulasan berdasarkan pengalaman saya dan isteri memakai produk ini. Orang lain mungkin ada pengalaman berbeza. Sekian, harap maklum. alert-info




Isi Kandungan

  • Reka Bentuk dan Keselesaan
    • Sung Fit atau Longgar?
    • Build Quality
  • Kualiti Bunyi
    • LHDC Tidak Ada di iPhone?
      • Apa itu LHDC
      • Apa itu AAC
      • Perbezaan LHDC dan AAC
      • Penting ke Codec LHDC dan AAC?
  • Active Noise Cancellation (ANC)
  • Hayat Bateri
  • Sambungan dan Ciri Tambahan
    • Bluetooth 5.4
    • Smart Connect
    • Aplikasi Baseus
    • Device Sharing
    • Gesture Setting
    • Audio Jack
    • Mikrofon
    • Ultra Latency Mode
  • Kelebihan dan Kekurangan
  • Kesimpulan: Berbaloi ke?


Reka Bentuk & Keselesaan


Dari segi reka bentuk, Baseus Bowie 10 Max memang nampak sleek, moden dan premium, walaupun berada dalam kategori harga yang lebih mampu milik. Ia boleh dilipat, headband boleh dilaras, dan earcup boleh dipusing sehingga 120 darjah, menjadikannya lebih fleksibel untuk keselesaan pengguna.


Satu perkara yang menarik, headphone ini ringan walaupun baterinya besar. Dengan berat hanya 279g, kalau pakai lama untuk menonton filem atau main game, tak ada la rasa cepat letih.


Isteri saya juga cuba memakai Baseus Bowie 10 Max selama dua jam berturut-turut sambil menonton drama di Netflix, dan ia sangat selesa, tidak ada rasa sakit pada telinga, walaupun menggunakan headphone dalam tempoh yang lama. Jadi, bagi sesiapa yang suka menonton filem atau drama dalam jangka masa panjang, headphone ini memberikan keselesaan yang diperlukan tanpa masalah.




Snug Fit atau Longgar?

Baseus Bowie 10 Max tidak memberikan rasa snug fit yang ketat pada kepala. Sebaliknya, ia mempunyai sedikit kelonggaran, yang mungkin lebih selesa bagi sesetengah pengguna tetapi kurang kemas bagi mereka yang suka headphone yang lebih melekap rapat. Jika anda banyak bergerak atau menunduk, mungkin akan terasa sedikit longgar berbanding model lain yang lebih ketat cengkaman pada kepala.


Build Quality

Selain itu, headphone ini diperbuat daripada campuran acrylonitrile-butadiene-styrene copolymer (ABS), polikarbonat (PC), dan metal, bagi menguatkan durability, pada masa yang sama memberi keringanan untuk kegunaan harian.




Kualiti Bunyi


Baseus menjanjikan Hi-Res Audio dengan penyahkodan LHDC (Low Latency High-Definition Audio Codec), bermakna bunyi yang dihasilkan lebih jelas dan kaya dengan butiran. Bassnya padu tapi tidak berlebihan, manakala vokal dan treble masih jelas. Sesuai untuk mereka yang suka pelbagai genre muzik, dari lagu pop, rock, balada sampailah ke instrumental.


Menariknya, Baseus Bowie 10 Max dilengkapi dengan teknologi Baseus Immersive Spatial Audio (BISA), yang memberikan pengalaman audio yang lebih mengasyikkan. Kalau anda menonton Netflix, bunyi yang dihasilkan terasa seperti berada dalam pawagam. Manakala jika anda mendengar soundtrack epik seperti karya Hans Zimmer, anda akan rasa seolah-olah berada dalam dunia lain! Kalau dengar lagu di Apple Music atau Spotify, boleh rasa macam ada dekat konsert, lagi-lagi kalau dengar lagu concert version. Sebab apa? Sebab headphone ini ada setting untuk music mode dan cinema mode.




⚠️ LHDC Tidak Berfungsi Pada iPhone?

Namun, satu perkara yang perlu diberi perhatian – LHDC hanya berfungsi pada peranti Android yang menyokongnya. Pengguna iPhone dan iPad tidak akan dapat menikmati kelebihan penuh dari teknologi ini kerana iOS tidak menyokong LHDC, tetapi hanya menyokong codec AAC (Advanced Audio Codec).


Apapun, walaupun tanpa LHDC, kualiti bunyi di iPhone dan iPad masih lagi bagus. Untuk seseorang yang bukan audiophille, individu itu akan susah untuk bezakan LHDC dan AAC.


Audiophile bermaksud seseorang yang sangat menghargai dan obses terhadap kualiti bunyi, terutamanya dalam muzik dan sistem audio. Mereka biasanya mencari pengalaman mendengar yang terbaik dengan menggunakan peralatan audio berkualiti tinggi seperti headphone, amplifier, dan speaker yang mampu menghasilkan bunyi yang crispy crystal clear dan mendekati rakaman asal. Audiophile juga amat cenderung terhadap aspek teknikal audio seperti resolusi bunyi, tahap distorsi, dan keseimbangan frekuensi. alert-info


Jika kalau anda bukan seorang yang audiophille, ketiadaan LHDC di iPhone tidak akan menjadi masalah.


Apa itu LHDC?

LHDC ialah codec yang menyokong audio berkualiti tinggi dengan bitrate tinggi, membolehkan muzik dipindahkan dengan lebih banyak data dan bunyi lebih jelas. Ia juga mempunyai latensi rendah, sesuai untuk gaming atau video. Digunakan oleh jenama seperti Xiaomi dan Huawei.


Apa itu AAC?

AAC adalah codec audio yang seimbang antara kualiti dan kecekapan. Ia digunakan secara meluas, terutamanya dalam produk Apple (iPhone, iPad, AirPods). Walaupun kualitinya baik, ia tidak setinggi LHDC dan mempunyai sedikit kelewatan (latensi) jika dibandingkan dengan LHDC.


Perbezaan Utama LHDC vs AAC

CiriLHDCAAC
Kualiti AudioLebih tinggi (hingga 900 kbps)Sederhana (hingga 320 kbps)
Latensi (Delay)Lebih rendahAgak tinggi
Penggunaan KuasaLebih tinggiLebih rendah (lebih jimat bateri)
Sokongan PerantiTerhad (Android tertentu, bukan iPhone)Luas (terutamanya Apple, juga Android)


Penting ke Codec ni Untuk Dengar Lagu, Tonton Video atau Main Game?

Kalau anda nak guna Baseus Bowie 10 Max untuk Netflix, YouTube, Spotify atau Apple Music, perbezaan antara LHDC dan AAC tak akan terasa sangat.


🎵 Spotify & Apple Music

  • Kalau anda guna Spotify atau Apple Music, lagu yang anda dengar dah sedia dimampatkan untuk jimat data dan muat turun lebih cepat.
  • Apple Music dan Spotify Premium memang bagi kualiti lebih baik, tapi AAC dah cukup untuk pengalaman yang bagus.
  • Apple Music ada Lossless Audio, tetapi Bowie 10 Max tak support codec lossless Apple (ALAC), jadi tetap akan guna AAC.


📺 YouTube & Netflix

  • Video di platform macam YouTube & Netflix dah sedia dikompres, jadi AAC dah cukup untuk bunyi yang jelas dan baik.
  • LHDC tak akan beri peningkatan ketara untuk tontonan biasa.


🎮 Kalau Main Game?

  • Di sinilah LHDC boleh jadi kelebihan, sebab ia kurangkan lag (bunyi dan aksi lebih selari).
  • Kalau suka gaming yang lebih responsif, LHDC boleh bantu.


Jadi...

Kalau anda sekadar nak dengar muzik biasa atau streaming video, tak perlu risau sangat pasal codec. AAC pun dah cukup baik. LHDC ini lebih sesuai kalau anda memang cari kualiti audio yang sangat tinggi atau nak main game dengan latensi rendah. alert-info


Pembatalan Bunyi / Hingar Aktif (ANC)


Dengan ANC sehingga -46dB, headphone ini boleh mengurangkan hampir 95% bunyi latar. Jadi kalau anda jenis yang bekerja di kafe atau pejabat yang bising, fungsi ini memang sangat membantu. Namun, jangan jangka tahap ANC seperti Sony atau Bose – tapi untuk harga yang ditawarkan, ia masih sangat memuaskan.




Hayat Bateri


Salah satu kekuatan utama Baseus Bowie 10 Max ialah baterinya. Dengan kapasiti 800mAh, ia mampu bertahan sehingga:


  • 120 jam dengan ANC dimatikan
  • 60 jam dengan ANC dihidupkan


Selain itu, ia juga mempunyai teknologi pengecasan pantas. Hanya dengan cas selama 10 minit, anda boleh dapat 2 jam penggunaan. Jika dicas penuh dalam 2 jam, headphone ini mampu bertahan sehingga 120 jam. Sangat sesuai untuk mereka yang selalu bergerak dan tak suka bergantung pada pengecas.


Headphone ini menggunakan port pengecasan Type-C dan menyokong fast charging untuk kemudahan maksimum.




Sambungan & Ciri Tambahan


Bluetooth 5.4

Baseus Bowie 10 Max menyokong Bluetooth 5.4, yang memberikan sambungan lebih stabil dan pantas. 


Smart Connect

Headphone ini juga menyokong sambungan berbilang peranti, jadi anda boleh guna untuk laptop dan telefon secara serentak tanpa perlu putuskan sambungan. Ciri ini dikenali sebagai Smart Connect, membolehkan anda bertukar antara dua peranti dengan mudah.


Namun, perlu diingat bahawa peranti yang boleh disambung serentak hanyalah dua sahaja. Jika anda cuba menyambungkan peranti ketiga, ia tidak akan dapat mengesan headphone ini melalui Bluetooth. Untuk menyambungkan peranti ketiga, anda perlu reset headphone terlebih dahulu sebelum menyambungkan semula.




Aplikasi

Untuk kawalan lebih lanjut, Baseus menyediakan aplikasi khas yang boleh dimuat turun di Android dan iPhone. Aplikasi ini membolehkan anda menyesuaikan beberapa tetapan penting seperti:


  • Spatial Audio Mode: Boleh pilih normal, music atau cinema mode.
  • Transparency Mode: Membolehkan anda mendengar bunyi luar apabila diperlukan.
  • Ambient Mode: Menambah dimensi baru kepada pengalaman audio dengan tiga pilihan ANC (Active Noise Cancellation) berbeza:
    • Transport/Commuting: Menyekat bunyi-bunyi bising dari perjalanan seperti bunyi enjin bas atau kereta.
    • Outdoor: Mengurangkan bunyi luar yang tidak relevan, sesuai untuk situasi luar.
    • Indoor: Sesuai untuk persekitaran dalam ruangan seperti pejabat atau rumah, membolehkan fokus tanpa gangguan.
  • Bass: Kawal tahap bass untuk pengalaman audio yang lebih mendalam.
  • Latency: Menyesuaikan waktu tindak balas untuk kesesuaian dalam permainan atau video.
  • EQ (Equalizer): Menyesuaikan keseimbangan frekuensi bunyi mengikut citarasa anda.
  • Gesture Setting: Mengawal fungsi seperti volume atau trek lagu hanya dengan tekan butang.




Device Sharing

Selain itu, aplikasi ini juga menawarkan Device Sharing, yang membolehkan anda berkongsi sambungan dengan produk Baseus lain. Namun, fungsi ini memerlukan anda mempunyai lebih daripada satu produk Baseus. Jadi, kalau nak cuba Device Sharing, mungkin boleh pertimbangkan untuk membeli lagi satu produk Baseus.


Gesture Setting

Seperti yang dimaklumkan, Baseus Bowie 10 Max juga dilengkapi dengan gesture setting, yang membolehkan anda mengawal beberapa fungsi headphone hanya dengan menggunakan gerakan tangan dan tekan butang untuk play / pause, turn on spatial audio (BISA) dan turn on latency mode. Fungsi ini memberikan pengalaman yang lebih praktikal, menjadikan ia sangat sesuai bagi mereka yang aktif atau sering berinteraksi dengan peranti lain sambil mendengar muzik.




Audio Jack

Headphone ini turut dilengkapi dengan audio jack, membolehkan anda menyambungkannya secara langsung ke telefon, tablet, laptop atau desktop. Ini sangat berguna untuk stabiliti bunyi lebih baik, terutama bagi mereka yang melakukan live streaming atau bermain online game.




Mikrofon

Dari segi kualiti mikrofon, panggilan telefon yang dibuat menggunakan headphone ini jelas dan tiada masalah, menjadikannya pilihan yang baik untuk mesyuarat dalam talian atau panggilan harian.


Ultra Latency Mode

Dengan Latency Mode serendah 0.06s, ia memastikan keserasian yang hampir tiada lag, menjadikannya pilihan ideal untuk gaming atau menonton video tanpa gangguan audio delay.


Baseus Bowie 10 Max /cart/button




Kelebihan & Kekurangan


Kelebihan ✅


  • ✔️ Reka bentuk premium dan selesa (boleh lipat, headband boleh dilaras, dan earcup boleh dipusing 120 darjah).
  • ✔️ Kualiti bunyi yang baik dengan Hi-Res Audio dan LHDC.
  • ✔️ Baseus Immersive Spatial Audio (BISA) memberikan pengalaman bunyi mendalam.
  • ✔️ ANC berfungsi dengan baik dalam persekitaran sederhana bising dengan tiga mod ambient berbeza (Transport/Commuting, Outdoor, Indoor).
  • ✔️ Bateri tahan lama (hingga 120 jam tanpa ANC, 60 jam dengan ANC aktif).
  • ✔️ Pengecasan pantas: 10 minit cas untuk 2 jam penggunaan / 2 jam cas untuk 120 jam penggunaan.
  • ✔️ Bluetooth 5.4 dengan sambungan stabil.
  • ✔️ Smart Connect membolehkan sambungan dua peranti serentak.
  • ✔️ Audio jack untuk sambungan terus bagi kestabilan bunyi.
  • ✔️ Mikrofon jelas untuk panggilan.
  • ✔️ Gesture setting untuk kawalan mudah dengan gerakan tangan.
  • ✔️ Aplikasi Baseus di Android dan iPhone untuk kawalan lebih lanjut seperti Transparency Mode, Ambient Mode, Bass, Latency, ANC, EQ dan Gesture Setting.
  • ✔️ Device Sharing (boleh cuba dengan produk Baseus lain).
  • ✔️ Kadar Latency serendah 0.06s untuk pengalaman permainan atau video tanpa lag.
  • ✔️ Harga berpatutan berbanding pesaing dengan ciri-ciri yang sama.


Kekurangan ❌


  • ❌ ANC tidak sekuat jenama premium seperti Sony atau Bose.
  • ❌ Tidak boleh menyambungkan lebih daripada dua peranti serentak.
  • ❌ iPhone tidak menyokong codec LHDC – hanya menyokong AAC, jadi pengguna iPhone tidak dapat menikmati kelebihan penuh teknologi LHDC yang terdapat pada Baseus Bowie 10 Max.
  • ❌ Rasa sedikit longgar di kepala, tidak snug fit, jadi mungkin kurang kemas bagi sesetengah pengguna.


Baseus Bowie 10 Max /cart/button


Kesimpulan: Berbaloi ke?


Secara keseluruhannya, Baseus Bowie 10 Max adalah pilihan headphone tanpa wayar yang sangat berbaloi dengan harga yang berpatutan. Dengan reka bentuk yang premium, kualiti bunyi Hi-Res, dan ciri-ciri menarik seperti ANC, Baseus Immersive Spatial Audio (BISA), serta bateri yang tahan lama, headphone ini sesuai untuk pelbagai kegunaan, dari menonton drama Netflix sehinggalah sesi permainan video atau mesyuarat dalam talian.


Walaupun ANC-nya tidak sekuat jenama premium seperti Sony atau Bose, ia masih berfungsi dengan baik dalam persekitaran bising sederhana dan menawarkan pengalaman yang memuaskan. Aplikasi Baseus memberikan kawalan yang lebih mendalam, dengan ciri-ciri seperti Transparency Mode, Ambient Mode, dan Gesture Settings yang menjadikan pengalaman menggunakan headphone lebih mudah dan personalised atau customised.


Dengan kadar latency rendah (0.06s), sokongan untuk Smart Connect dua peranti serentak, dan Device Sharing, Baseus Bowie 10 Max menawarkan pelbagai ciri tambahan yang jarang ditemui pada headphone dalam kategori harga ini.


Soalan cepumas: berapa harga dia? Di Shopee, harga dia boleh dapat dalam lingkungan RM200 dan ke bawah. Kalau tengah musim sales dan diskaun, boleh dapat serendah RM160! alert-info


Harga yang dipamerkan pada 18 Februari 2025

Beli di Sini /cart/button


Jika anda mencari headphone dengan ciri lengkap, bunyi berkualiti, dan hayat bateri yang tahan lama tanpa perlu mengeluarkan belanja besar, Baseus Bowie 10 Max adalah pilihan yang tepat untuk dimiliki! 🎧🔥


Beli di Sini /cart/button


#Azaraslan #Baseus #Bowie10Max #Shopee #ShopeeAffiliate

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Baju Hujan Tahan Lasak Kalis Air

Maxtag Touch N Go Smart Tag Holder