Gambar di sawah padi. |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua! Semoga semua dipermudahkan urusan dalam kehidupan dan dikurniakan kesihatan melimpah ruah!
Sempena cuti Tahun Baharu Cina 2025 baru-baru ini, saya dan isteri mengambil kesempatan untuk ride Husky 150 ke Sekinchan, Selangor. Perjalanan sejauh 170km+- pergi balik ini memberi kami peluang untuk menikmati keindahan tempat-tempat menarik di Sekinchan, sambil merasai pengalaman menunggang motosikal dalam cuaca yang cerah dan nyaman.
Sebelum kami memulakan perjalanan, kami isi petrol full tank, dan kami isi our own tank: makan tengah hari terlebih dahulu. Sejurus selesai lunch, kami mulakan pengembaraan ke Sekinchan dari Rawang pada jam 3.00 petang. Saya bawa dengan kelajuan antara 80-90km/j. Tak bawa laju-laju pun. Lebih kepada gaya abah-abah. Hehe. Tiba di Sekinchan pada jam 4.00 petang+-.
Tangkap gambar sebelum memulakan perjalanan. |
Sekinchan Padi Sentral Homestay
Destinasi pertama kami ialah Padi Sentral, sebuah inap desa atau homestay yang terletak di tengah-tengah sawah padi. Tempat ini menjadi tumpuan ramai kerana keindahan alam sekitarnya yang menenangkan dan pemandangan sawah yang luas. Walaupun sekarang ini bukan musim padi, suasana di sini menenangkan, berangin dan sangat sesuai untuk tangkap gambar. Ada bahagian-bahagian tertentu je yang padinya tak nampak banyak sangat lopong. Kena pakai cari angle.
Gambar sekitar Padi Sentral |
Kapal Terbang Sekinchan
Seterusnya, kami singgah di Kapal Terbang Sekinchan, sebuah tarikan unik yang mempamerkan sebuah kapal terbang jenis Boeing 727 terdampar di tengah sawah padi. Lokasi ini menjadi simbol ikonik untuk tangkap gambar. Malangnya, saya tidak sempat mengambil gambar kerana terlalu ramai orang di sana, ditambah pula dengan gerai jualan macam bazar kecil di situ. Disebabkan hal ini, agak sukar untuk kami berhenti. Kalau datang sini pada musim cuti, bersedialah untuk menghadap kesesakan lalu lintas di jalan sawah padi yang sempit.
Apapun, dikhabarkan bahawa kapal terbang ini sedang dalam proses renovasi, dan dikhabarkan juga bahawa bahagian dalam kapal terbang sedang diubahsuai menjadi sebuah restoran. Tak sabar nak tunggu dan melihat perubahan tempat ini! Semoga kalau datang lagi sekali, kapal terbang dah ready.
Lokasi Kapal Terbang /preview/button
Sekinchan Coconut Farm
Perjalanan diteruskan ke Sekinchan Coconut Farm (Kebun Kelapa Sekinchan), di mana kami menikmati air kelapa segar, straight from the source itself. Air kelapa ini sangatlah sedap diminum, terutamanya selepas menunggang motosikal di bawah panas terik matahari. Air kelapa dia manis, dan manis itu datang dari buah kelapa itu sendiri. Tempat ini memang sesuai untuk berehat seketika sambil menikmati suasana kebun kelapa yang redup. Ramai juga para rider datang singgah sini. Selain itu, kebun kelapa ini dikelilingi kebun limau, menjadikan kawasan ini penuh dengan kehijauan.
Air kelapa segar dari kebun |
Rumah Kopi Kerja Sekinchan
Seterusnya, kami berhasrat untuk pekena kopi kampung. Kami dah ada target untuk pergi kedai kopi mana satu. Namun, kebanyakan kafe dan kedai kopi yang kami target itu penuh dengan pengunjung, malah jalan sawah juga sesak dengan kenderaan yang parkir di bahu jalan. Disebabkan itu, kami batalkan hasrat untuk ke kedai-kedai kopi viral ini. Apa yang kami buat ialah, kami check TikTok dan Google Maps untuk mencari kedai kopi lain. Setelah membuat kajian, dan baca Google Reviews, kami mengambil keputusan untuk ke Rumah Kopi Kerja Sekinchan. Ternyata, ini adalah keputusan yang tepat! Rasa kopi dan makanan di sana memang sangat sedap dan tidak mengecewakan. Kopi gula hangus dan kopi coklat yang kami cuba sangat umphh, kaw dan piaw, sesuai dengan cita rasa masing-masing. Memandangkan waktu kami sampai sana pun dah pukul 6.00 petang, kami makan malam terus di sini. Makan malam di sini juga sangat sedap, menutup perjalanan kami ke Sekinchan dengan penuh kepuasan.
Kami rancang nak makan seafood, khususnya mentarang bakar, tapi tak sempat atas kekangan masa. Sebelum ni waktu datang Sekinchan, kami makan di AZR Mentarang Fresh Sekinchan. Puas hati makan situ. InsyaAllah, akan makan lagi situ pada masa hadapan.
Kopi Kerja Sekinchan Lokasi Kedai Kopi /preview/button |
Prestasi dan Pandangan: SYM Husky ADV 150
Bagi yang berminat untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang pengalaman saya menggunakan Husky 150, skuter ini sangat berbaloi untuk perjalanan jauh seperti ini. Sebagai contoh, sepanjang perjalanan sejauh 170km+-, Husky 150 memang sangat jimat minyak, dengan hanya dua bar petrol yang turun dari enam bar (tidak termasuk bar ke-7 iaitu bar merah). Sepanjang saya bawa Husky, saya boleh katakan anggaran 1 bar bersamaan 80km+-, bergantung pada cara pemanduan.
Link skuter Husky:
SYM Husky ADV 150 |
Husky Standard Edition /cart/button Husky Special Edition /cart/button
Untuk perjalanan jauh, saya juga mengesyorkan untuk standby usb cable di motor kerana Husky 150 dilengkapi dengan charging port yang membolehkan anda mengecas telefon sepanjang perjalanan. Saya ada tambah phone holder, maka saya boleh caj telefon sambil buka Google Maps. Phone holder yang saya beli mempunyai features yang meminimumkan gegaran, menjadikannya sangat praktikal untuk membuka Google Maps semasa navigasi.
Saya juga ada tambah jajan bottle holder di handle bar. Alat ini sangat berguna kerana kami dapat membawa tumbler berisi air kosong untuk diminum. Kami pakai tumbler jenis Tyeso. Bila diisi air, tumbler ini berat. Sungguhpun begitu, bottle holder boleh tampung berat tersebut tanpa ada apa-apa masalah. Tumbler ini duduk kemas dan rapi di bottle holder sepanjang perjalanan pergi dan balik, tanpa ada apa-apa hint yang menunjukkan dia terangkat atau wobbly.
Selain itu, bottle holder ni juga berguna untuk kita minum air semasa menunggu traffic light.
Tekan sini untuk maklumat lanjut:
Bottle holder, phone holder dan tumbler |
Bottle Holder /cart/button Phone Holder /cart/button Tumbler Tyeso /cart/button
Satu lagi gajet yang saya ingin highlight adalah bluetooth intercom yang digunakan di helmet saya dan isteri. Dengan bluetooth intercom, kami boleh berkomunikasi sepanjang perjalanan tanpa gangguan. Kami juga boleh mendengar lagu. Lebih menarik lagi, gajet ini mempunyai music sharing feature. Isteri saya hidupkan music sharing mode, dan kami boleh dengar lagu yang sama pada satu-satu masa. Dapat la kami karaoke atas motor hahaha.
Kalau nak tengok intercom, boleh tekan sini:
Bluetooth Intercom |
Bluetooth Intercom /cart/button
Kesimpulan
Ride kali ini benar-benar memberi pengalaman yang berbeza, lebih-lebih lagi dengan suasana Tahun Baharu Cina 2025 yang meriah di Sekinchan. Walaupun padi tidak berada dalam musim terbaik dan kami terlepas peluang bergambar di Kapal Terbang Sekinchan, cuaca yang cerah dan tempat-tempat menarik yang lain, tetap menjadikan perjalanan ini satu pengalaman yang berbaloi. Bagi sesiapa yang mencari destinasi santai untuk ride atau short vacay, Sekinchan adalah pilihan yang tidak mengecewakan!
Terima kasih atas sokongan membaca blog ini! Mohon maaf atas kekurangan.
#azaraslan #symhuskyadv150 #huskyadv150 #husky150 #sekinchan #visitsekinchan #cutisekinchan #malaysiariders #motovlogmalaysia #travelblogger
Catat Ulasan