Pengalaman Harian Saya Memakan Bekal di Pejabat
Bekerja di pejabat tanpa ketuhar gelombang mikro (microwave) bermaksud saya akan makan bekal yang sudah jadi sejuk. Segalanya berubah apabila saya menemui electric lunch box—suatu penyelesaian praktikal yang telah mengubah rutin makan tengah hari saya. Berikut adalah sebab mengapa electric lunch box ini menjadi peralatan penting dalam rutin bekerja saya dan mengapa anda patut mempertimbangkannya juga.
Masalah Yang Saya Hadapi: Tiada Ketuhar Gelombang Mikro di Tempat Kerja
Untuk tahun pertama bekerja di tempat baharu, saya menghadapi masalah makan tengah hari yang sejuk atau makanan yang hilang kesegarannya sebelum sempat makan. Jabatan kami tiada pantri, inikan pula ketuhar gelombang mikro. Saya perlu cari jalan untuk menikmati makanan secara hangat atau panas. Selepas melakukan kajian, isteri saya menemui penyelesaian yang praktikal iaitu electric lunch box. Ia mudah untuk dibawa, senang digunakan, dan telah menyelesaikan makan tengah hari di tempat kerja.
Penyelesaian: Electric Lunch Box
Electric lunch box berfungsi dengan memanaskan semula makanan menggunakan air. Kita hanya perlu menambah sedikit air ke bahagian dasar lunch box, kemudian tekan butang, dan biarkan selama 15-20 minit sebelum makan. Ia berfungsi seperti pemanas air atau periuk nasi, menghasilkan wap bagi memanaskan makanan anda secara sekata. Selepas 15-20 minit, makanan anda akan menjadi panas dan sedia untuk dinikmati.
Kelebihan
Berikut adalah beberapa kelebihan membawa electric lunch box ke pejabat:
Kemudahan: Kini saya boleh menikmati makanan panas tanpa memerlukan ketuhar gelombang mikro. Di samping itu, electric lunch box ini ringan dan mudah dibawa ke pejabat.
Penjimatan Kos: Penyediaan makanan di rumah, jauh lebih murah berbanding makan di luar setiap hari. Memandangkan saya bekerja 6 hari seminggu, kalau hari-hari saya makan luar, saya perlu belanja sekurang-kurangnya RM90 seminggu. Dengan membawa bekal, duit RM90 itu kita boleh salurkan untuk membeli bahan mentah dan masak di rumah. Isteri saya sering menyediakan bekal. Sedap pula tu. Tak payah pening-pening nak makan apa pada keesokan harinya. Tambahan pula, kosnya lebih murah.
Makanan Berkhasiat: Masakan di rumah lebih sihat, berkhasiat dan terjamin kesegaran dan kebersihannya, sebab kita tahu apa ramuan yang dimasukkan dalam makanan. Kita boleh nikmati makanan yang lebih sedap berbanding makanan bungkus. Yelah, makanan isteri masak kan. Hehe. Lepas tu, kita boleh panaskan guna electric lunch box. Fuh~ sedapnya lahai.
Kenapa Saya Syorkan
Saya telah menggunakan electric lunch box setiap hari sejak isteri belikan pada bulan Julai 2023 dan ia benar-benar memberi manfaat kepada saya. Saya amat menyukai ciri-ciri berikut:
Pemanasan Pantas: Ia memanaskan makanan secara sekata dalam kira-kira 15-20 minit.
Ruang Kompartmen: Sesuai untuk memisahkan hidangan seperti nasi, sayur-sayuran, dan protein.
Mudah Dibersihkan: Kompartmen boleh ditanggalkan dan mudah untuk dicuci di sinki.
Mudah untuk diasingkan. Ada 4 kompartmen. |
Sesuai untuk siapa?
Electric lunch box ini sesuai untuk:
- Pekerja yang tiada ketuhar gelombang mikro di pejabat
- Pelajar
- Penyewa rumah yang tiada kelengkapan dapur
Cadangan Saya
Model yang saya gunakan ialah model DESSINI Electric Lunch Box. Ianya berfungsi dengan baik dan mempunyai ulasan yang hebat secara dalam talian. Anda boleh lihat di sini: https://s.shopee.com.my/1B6ROxA43N?share_channel_code=1. Ia mampu milik, tahan lasak, dan memanaskan makanan dengan sempurna setiap masa. Seperti saya sebut di atas, saya dah pakai sejak Julai 2023 dan masih berfungsi dengan baik setakat ini.
Jenis electric lunch box yang saya pakai. Harga pun berbaloi sangat-sangat. |
Kesimpulan
Electric lunch box benar-benar mengubah makan tengah hari saya di pejabat, menjadikannya panas, lazat, dan mudah. Jika anda bosan dengan makanan sejuk atau kerap menghabiskan wang untuk makanan bungkus, alat pemanas ini mungkin penyelesaian yang anda cari. Jangan lepaskan peluang—cubalah hari ini dan nikmati keselesaan makanan buatan sendiri di mana sahaja anda berada! Berminat? Boleh tekan link ni ya: https://s.shopee.com.my/1B6ROxA43N?share_channel_code=1
Terima kasih atas bacaan dan sokongan!
#azaraslan #electriclunchbox
Catat Ulasan