Memahami Masalah Kutu
Jika anda mempunyai kucing di rumah, anda mungkin pernah menghadapi masalah kutu yang menjengkelkan. Sebagai pemilik dua ekor kucing di rumah, saya dan isteri sangat memahami cabaran menghadapi kutu. Saya mempunyai kucing Siam bernama Hazelnut (sebab warna dia) dan kucing Tabby bernama Embun (kena dengan nama dia sebab kuat emo). Dua-dua betina. Selain itu, ada dua lagi kucing luar yang sering datang ke rumah saya, iaitu kucing bercorak Tuxedo bernama Bruce (sebab corak dia macam Batman) dan kucing Tabby yang saya panggil Kak Nab. Kak Nab mi kira senior lah berbanding dengan kucing lain. Rasanya 2-3 kali dah datang dalam keadaan bunting. Kehadiran mereka membawa keceriaan, tetapi pada masa sama, juga membawa risiko kutu.
Kutu bukan sahaja menyusahkan kucing, tetapi juga manusia. Gigitan kutu boleh menyebabkan rasa gatal yang luar biasa, dengan kulit menjadi kemerahan dan berasa seperti "wajib" digaru. Biasanya, gigitan kutu berlaku di bahagian betis, peha, kawasan pergelangan kaki, tangan dan lengan.
Serangga kecil ini boleh membiak dengan cepat, menyebabkan ketidakselesaan kepada haiwan peliharaan dan keluarga anda. Kutu membiak dalam persekitaran yang hangat dan boleh bertelur sehingga ratusan biji. Ini yang menyebabkan kutu sukar untuk dihapuskan jika dibiarkan.
Embun |
Hazelnut |
Bagaimana Kutu Merebak?
Kontak Langsung: Kucing boleh mendapat kutu daripada haiwan lain atau kawasan luar. Macam Hazelnut dan Embun, mereka mendapat kutu daripada Bruce dan Kak Nab. Bruce dan Kak Nab adalah kucing outdoor.
Persekitaran: Kutu suka persekitaran yang lembap dan hangat, dan sering dijumpai di tempat tidur, permaidani dan kawasan berumput.
Telur Kutu: Telur kutu biasanya bersembunyi di perabot, tempat tidur dan permaidani.
Tanda-Tanda Kucing dan Rumah Mempunyai Kutu
Kucing
- Kucing kerap menggaru atau menggigit bulunya.
- Kotoran kutu (bintik hitam kecil) pada bulu atau tempat tidur kucing.
- Kulit merah, merengsa, atau terdapat benjolan kecil.
- Kutu kelihatan "berjalan" dan melompat di badan kucing. Boleh lihat tengkuk, bawah dagu, telinga dan perut. Jika ada serangga hitam kecil yang merayap-rayap tu, itulah kutu.
Manusia
- Gatal-gatal pada kulit, biasanya di bahagian kaki dan tangan.
- Kesan gigitan kecil yang menyebabkan kemerahan dan ruam ringan.
- Terdapat kutu melompat di lantai, katil atau permaidani.
Kesan gigitan kutu |
Bagaimana Saya Sedar Kucing Saya Ada Kutu
Saya mula perasan Hazelnut dan Embun sering menggaru lebih daripada biasa. Apabila diperiksa, saya nampak kutu kecil merayap dan melompat pada bulu mereka, dan terdapat kotoran kutu (bintik hitam kecil) pada tempat tidur mereka. Kucing saya selalu tidur di atas katil. Apabila mereka menggaru, mereka akan tinggalkan kotoran bintik-bintik hitam di atas katil.
Bintik-bintik hitam atas cadar |
Embun |
Pengalaman Saya Dengan Masalah Kutu
Ketika saya sedar bahawa Hazelnut dan Embun mempunyai kutu, saya juga mula merasai kesan gigitan pada kulit sendiri, terutama di waktu malam. Gigitan kutu di betis, peha, tangan, pergelangan kaki menyebabkan rasa gatal yang sangat tidak selesa, sehingga kadang-kadang kulit menjadi kemerahan akibat digaru, seterusnya mengakibatkan benjolan merah kecil. Situasi ini membuatkan saya perlu bertindak segera.
Langkah-Langkah Saya Hapuskan Kutu di Rumah
Berikut adalah langkah-langkah yang saya lakukan:
1. Rawatan Kucing dengan Ubat Kutu
Saya menggunakan ubat kutu spot-on untuk Hazelnut dan Embun. Saya meletakkan ubat kutu kepada dua ekor haiwan ini sekali sebulan. Ini membantu membasmi kutu pada badan mereka dengan cepat. Boleh beli ubat kutu brand Advantage. Memang berkesan. Boleh nampak result dalam masa 1-2 hari.
Dekat Shopee, biasanya harga antara RM40-70++ untuk 4 pipet. 1 pipet untuk 1 kali pakai. Macam saya bela Hazelnut dan Embun, maksudnya boleh tahan untuk 2 bulan la. Kalau anda ada seekor kucing je dekat rumah, so ubat kutu ni boleh tahan 4 bulan. Boleh tekan link berikut untuk maklumat lanjut: https://s.shopee.com.my/AA18va3n31?share_channel_code=1
Kalau ada bajet lebih, dan nak ada additional protection untuk kucing, boleh beli ubat kutu brand Advocate. Tapi brand Advocate ni hanya dijual di Klinik Haiwan sahaja. Tak ada di Shopee atau mana-mana online shopping platform kerana produk ini adalah produk terkawal.
2. Cat Grooming: Mandikan Kucing dengan Syampu Kutu
Langkah seterusnya yang saya ambil adalah memandikan kucing dengan syampu kutu yang dirumus khas untuk membunuh kutu dan larvanya.
Cara Penggunaan Syampu Kutu:
- Basahkan kucing secara perlahan untuk mengelakkan mereka terkejut.
- Sapukan syampu berubat ke seluruh badan, terutama di kawasan leher, belakang, dan ekor.
- Biarkan selama beberapa minit sebelum membilasnya dengan air bersih.
- Pastikan kucing dikeringkan dengan baik untuk mengelakkan mereka kesejukan.
Kelebihan Syampu Kutu:
- Membantu membunuh kutu, larva, dan telur pada badan kucing. Waktu memandikan kucing, anda boleh nampak kutu berguguran dari badan kucing.
- Menjadikan bulu kucing lebih bersih dan sihat.
Saya menggunakan syampu kutu untuk Hazelnut dan Embun di rumah. Memang berkesan, cuma kena tahan la sikit bau dia yang kurang menyenangkan. Antara produk yang boleh digunakan ialah brand McLee dan Machiko. Cuma brand Machiko ni banyak tiruan. Boleh beli brand Machiko tulen di sini: https://s.shopee.com.my/LXDJapFFT?share_channel_code=1.
Syampu Kutu Machiko. Pastikan beli yang betul. Tekan link. |
Kalau brand McLee, boleh beli di sini: https://s.shopee.com.my/AA1AZfplqN?share_channel_code=1
McLee Anti Flea Medicated Shampoo. |
3. Pembersihan Rumah
3.1 Vakum
Ni renyah sikit, tapi lebih bagus dibuat secara kerap. Saya vakum permaidani, lantai, dan sofa sekali dalam masa dua minggu untuk menghapuskan telur dan larva kutu. Lebih bagus jika kita dapat vakum setiap minggu. Cuma kadang-kadang kita penat dengan kerja dan komitmen lain. So, buatlah mana yang termampu.
3.2 Tempat Tidur Kucing
Jika ada tempat tidur kucing yang spesifik di rumah, disarankan cuci tempat tidur kucing dengan air panas untuk membunuh sisa kutu.
3.3 Jemur Permaidani, Cadar dan Tilam
Jika boleh, disarankan jemur permaidani, cadar dan tilam di bawah cahaya matahari yang terik. Tilam tu mungkin susah sebab nak angkut keluar, lagi-lagi tilam bersaiz queen dan king. Kalau boleh halakan tilam ke tingkap untuk dapatkan cahaya matahari pun okay.
3.4 Guna Steam Iron untuk Tilam
Saya boleh jemur permaidani dan cadar, tetapi mustahil untuk jemur tilam. Sebab tilam sangat berat dan besar. Rumah pula dua tingkat. Masalahnya, kutu suka bersarang di tilam. Oleh sebab itu, saya menggunakan steam iron sebagai cara efektif untuk membunuh kutu.
Langkah-langkahnya:
- Vakum tilam terlebih dahulu untuk menghilangkan habuk, kotoran, dan kutu yang kelihatan.
- Panaskan steam iron pada suhu tinggi.
- Tekap steam iron perlahan-lahan pada permukaan tilam. Haba dan wap panas mampu membunuh kutu, telur, dan larva yang tersembunyi dalam serat tilam.
- Pastikan seluruh permukaan tilam diwap secara menyeluruh, terutama bahagian yang sering menjadi port lepak kucing atau kawasan yang terasa gatal.
Saya menggunakan Steam Iron Dessini untuk menghapuskan kutu ni. Harganya pun okay. Boleh beli di sini: https://s.shopee.com.my/2LIHevnt7g. Cumanya wayar dia agak pendek. Disarankan untuk ada extension plug yang panjang, melainkan katil anda betul-betul tepi plug point. Waktu pakai ni memang boleh nampak la kutu-kutu tu mati secara instant.
Steam Iron Dessini yang saya pakai dekat rumah |
3.5 Menggunakan Flea Trap
Saya juga menggunakan flea trap sebagai kaedah tambahan yang sangat berkesan.
Bagaimana Flea Trap Berfungsi:
- Flea trap adalah perangkap yang menggunakan cahaya dan haba untuk menarik kutu.
- Saya meletakkannya di kawasan rumah yang sering dihuni kucing seperti ruang tamu dan bilik tidur.
- Kutu akan tertarik kepada cahaya dari perangkap ini dan melekat pada pelekat khas yang disediakan.
Keberkesanan Flea Trap:
Dalam beberapa hari sahaja, saya dapat melihat sejumlah besar kutu terperangkap. Ini membuktikan betapa berkesannya perangkap ini untuk mengawal populasi kutu di rumah. Ini adalah flea trap yang saya pakai di rumah: https://s.shopee.com.my/LXDIAyo47?share_channel_code=1
Flea trap yang saya pakai di rumah |
Flea trap saya pasang di bilik tidur. Boleh nampak kutu yang terperangkap dan melekat di permukaan flea trap. Boleh beli di sini. |
Close up. Serangga lain macam nyamuk pun boleh melekat. |
3.6 Masking Tape untuk Perangkap Kutu
Selain menggunakan flea trap, saya mendapati masking tape sangat berkesan untuk menangkap kutu. Bila saya nampak ada kutu melalui di kaki saya, atas permaidani atau perabot, saya terus capai masking tape dan lekat dia. Flea akan susah bergerak. Rujuk gambar di bawah:
Saya memang standby masking tape banyak dekat rumah. |
Kalau nak beli dengan harga murah. Beli je di Shopee. Boleh beli di sini: https://s.shopee.com.my/8zpBqMV9mL?share_channel_code=1
4. Pencegahan Kutu di Rumah
4.1 Semburan Kutu
Saya menggunakan semburan kutu yang mesra haiwan untuk merawat kawasan tempat tinggal. Fokus saya ialah bahagian yang sering disentuh oleh kucing seperti sofa, lantai dan permaidani. Ada banyak pilihan di Shopee. Saya prefer brand Dr Bed Bug sebab bau dia tak busuk. Bau macam ala-ala serai wangi. Ni produknya: https://s.shopee.com.my/8UswZjzzCb?share_channel_code=1
Dr Bed Bug |
Cara Saya Menggunakan Semburan Kutu:
- Sembur di permaidani, tempat tidur kucing, dan sudut-sudut rumah yang sering menjadi tempat kutu bersembunyi.
- Biarkan selama beberapa jam sebelum membersihkan kawasan tersebut.
Kelebihan Semburan Kutu:
- Membantu membunuh kutu yang tidak kelihatan.
- Menyediakan perlindungan berpanjangan untuk kawasan rumah.
4.2 Bedak Kutu
Saya selalu tabur bedak kutu dekat tempat tidur kucing, sudut-sudut rumah dan permaidani. Bila dah tabur, biarkan dalam beberapa ketika, kemudian boleh vakum. Bedak kutu ni mesra haiwan, so boleh juga diletakkan di badan kucing. Cuma elakkan letak di mata dan muka.
Mengikut pengalaman saya, jika nak cari bedak kutu, pastikan cari bedak kutu yang tidak berbau atau odorless. Sebab kita berbau, nanti kucing akan jilat kawasan tu.
Saya guna brand PawPal, sebab tak berbau / odorless. Bila kita sapu bedak dekat badan kucing, mereka tak jilat. Link di sini: https://s.shopee.com.my/4L3NfhmUHR?share_channel_code=1
4.3 Flea Fogger
Fogger adalah salah satu kaedah yang sangat berkesan untuk membasmi kutu di seluruh rumah, terutama di kawasan yang sukar dicapai seperti celah lantai, bawah perabot, dan sudut-sudut gelap.
Cara Menggunakan Fogger:
- Baca arahan penggunaan dengan teliti.
- Pastikan semua penghuni rumah, termasuk kucing, keluar dari rumah atau bilik sebelum penggunaan.
- Letakkan fogger di tengah-tengah kawasan yang terjejas.
- Aktifkan fogger dan biarkan ia menyembur selama tempoh yang disarankan (biasanya 2 jam).
- Selepas selesai, buka tingkap dan pintu untuk mengudarakan rumah sebelum masuk semula.
Berikut adalah fogger yang saya pakai dan terbukti berkesan. Tekan sini: https://s.shopee.com.my/3fnglZi0XJ?share_channel_code=1
Saya beli fogger twin pack. Letak kat bilik tidur dan ruang tamu. |
4.4. RIDSECT AEROSOL ADVANCE LV
Selain semburan khas kutu, saya juga menggunakan RIDSECT AEROSOL ADVANCE LV, yang sangat berkesan untuk membunuh kutu dewasa secara serta-merta. Spray ini digunakan dengan berhati-hati, terutama di sudut rumah, celah lantai, dan kawasan perabot.
Spray ni bertindak sebagai pest control. Boleh digunakan untuk membunuh flea, house fly, mosquito, cricket, cockroach, carpet beetle, bed bug dan silverfish.
Cara Penggunaan:
- Sembur di kawasan yang sering menjadi sarang kutu dan kawasan yang ada kutu.
- Elakkan semburan pada kucing atau makanan mereka.
- Tunggu selama beberapa jam sebelum mengelap kawasan yang telah disembur.
Boleh beli di sini: https://s.shopee.com.my/8KZV46DrEH?share_channel_code=1
Melindungi Kulit daripada Gigitan Kutu
Sekiranya ada kutu di rumah, saya akan memakai pakaian berlengan panjang dan stokin ketika berada di rumah untuk mengurangkan gigitan kutu. Krim antihistamin juga membantu melegakan rasa gatal akibat gigitan. Boleh cari di farmasi atau kedai seperti Guardian dan Watsons.
Kesimpulan
Kutu boleh menyebabkan ketidakselesaan bukan sahaja kepada haiwan peliharaan tetapi juga kepada kita. Gigitan kutu di kaki dan tangan memberikan rasa gatal yang merimaskan, tetapi masalah ini boleh diatasi dengan langkah yang betul.
Kutu ni boleh datang semula walaupun lepas kita dah banteras dia. Maka, kita perlu sentiasa kemas rumah, dan buat langkah-langkah yang dikongsikan ini.
Pengalaman saya bersama Hazelnut, Embun, Bruce, dan Kak Nab mengajar saya kepentingan rawatan pencegahan dan penjagaan kebersihan.
Adakah anda juga pernah mengalami masalah kutu di rumah? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen!
Akhir kata, terima kasih kerana menyokong dan membaca blog ini.
#azaraslan #kucing #petcaretips #petcare
Catat Ulasan