Resume dan ATS: Bagaimana Nak Pastikan Resume Anda Diterima Dari Sudut Teknikal



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Semoga semua sidang pembaca sihat-sihat sahaja. Entri kali ini, saya berhasrat untuk berkongsi berkenaan perkara teknikal dalam resume ATS.

Pernahkah anda menghantar resume untuk memohon pekerjaan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas atau panggilan? Mungkin resume anda telah disaring oleh ATS namun tidak berjaya sampai ke meja majikan, ataupun gagal dari peringkat awal lagi.

Nak tahu kenapa? Jom baca kupasan di bawah.


APA ITU ATS DAN MENGAPA RESUME PERLU MESRA ATS?

Tahukah anda bahawa perisian atau software, memberi impak yang besar terhadap resume? Kebanyakan majikan sohor kini menggunakan Applicant Tracking System (ATS) untuk menguruskan proses permohonan pekerjaan. ATS adalah perisian yang mengumpul, mengimbas, dan menyusun resume pemohon mengikut turutan kelayakan. Namun ramai pencari kerja gagal melepasi sistem ini.

ATS ialah sistem yang digunakan majikan untuk menyaring resume secara automatik dan pukal, sebelum disemak oleh manusia. Sistem ini mengimbas resume dan menentukan kelayakan calon berdasarkan kata kunci dan format tertentu.

Untuk memastikan resume anda mesra ATS atau ATS-friendly, berikut adalah perkara teknikal yang perlu diambil kira:


01. FORMAT FAIL RESUME YANG SESUAI IAITU .DOC ATAU .DOCX

Gunakan format Microsoft Word (.doc atau .docx) kerana ATS dapat membaca fail plain-text (.txt) yang dihasilkan. Walaupun sesetengah job portal membenarkan penggunaan format PDF, adalah lebih baik untuk kekal dengan format yang lebih selamat seperti Microsoft Word.


02. FONT TYPE, SIZE & SPACING

Pastikan size font 11-12. Gunakan font yang standard seperti Calibri, Arial, Helvetica atau Times New Roman. Elakkan menggunakan font yang terlalu fancy seperti Comic Sans, Courier, Brush Script atau Lucinda Console, kerana ATS boleh salah tafsir font tersebut. Sebagai contoh, huruf S boleh disalah tafsir menjadi 5. S dan 5 nampak lebih kurang bentuknya pada sesetengah reka bentuk font.


03. ELAKKAN TEXT BOX, TABLE & SHAPE

ATS software akan detect keywords yang berada dalam lines sahaja. Selain itu, ATS membaca tulisan secara linear, iaitu dari kiri ke kanan, dan atas ke bawah.

Keywords dalam table, shapes atau text box tidak dapat detect oleh ATS.

Ini bermaksud, sekiranya anda memasukkan tulisan dalam table, shapes dan text box, kemungkinan besar tulisan itu akan jadi putus-putus.


04. ELAKKAN GRAFIK ATAU SIMBOL

Elakkan grafik atau simbol yang boleh mengelirukan ATS, seperti grafik percentage bar. Nak senang, tak payah masukkan terus. Hal ini kerana ATS tidak dapat menafsir segala bentuk simbol dan grafik yang terpapar atas resume. Hanya mata manusia boleh menafsir dengan mudah.


05. ELAKKAN MENULIS BUTIRAN PERIBADI DI BAHAGIAN HEADER / FOOTER

Banyak pencari kerja membuat kesilapan dengan meletakkan maklumat penting seperti nama, nombor telefon, atau alamat e-mel di bahagian header atau footer.

Butiran di bahagian header / footer tidak akan dikira dalam sistem ATS. Maka, elakkan, kerana ATS tidak boleh trace.

Jadi, letakkan butiran ini di bahagian badan (content) utama resume.


06. SECTION HEADINGS

Gunakan tajuk bahagian yang standard seperti “Experience,” “Skills,” “Education,” dan “Certifications.” ATS lebih mudah mengenali tajuk-tajuk yang biasa digunakan ini. Jangan guna tajuk-tajuk yang tidak familiar.


07. KATA KUNCI YANG TEPAT

Satu elemen kritikal yang tidak boleh diabaikan ialah penggunaan kata kunci yang sesuai. ATS mengimbas resume anda berdasarkan kata kunci yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Oleh itu, pastikan anda membaca job scope / job description dengan teliti dan memasukkan kata kunci penting yang berkaitan dengan kemahiran dan pengalaman anda.

Sebagai contoh, jika job description mempunyai kata kunci "project management," gunakan frasa ini dalam resume dalam konteks yang tepat, seperti “Managed multiple projects using Agile methodologies.”

Pastikan kata kunci ini dimasukkan secara natural dan tidak diulang secara berlebihan (keyword stuffing).


08. PANJANG RESUME

Panjang resume disyorkan tidak melebihi 2 halaman. Walaupun resume yang melebihi 2 halaman bukanlah kesalahan teknikal bagi ATS, resume yang lebih pendek biasanya lebih mudah diproses oleh sistem. Resume yang singkat juga lebih mudah dibaca oleh manusia jika ia melepasi saringan.


09. PENGGUNAAN ABREVIATION DAN PERKATAAN PENUH

Gabungkan singkatan dengan perkataan penuh: Sebagai contoh, sekiranya anda menulis “MBA”, pastikan anda juga menulisnya sebagai “Master of Business Administration (MBA)” di bahagian lain dalam resume. Ini kerana ATS mungkin mencari sama ada singkatan atau frasa penuh, dan menggunakan kedua-duanya boleh meningkatkan peluang untuk berjaya.


10. PENGGUNAAN NOMBOR DAN FAKTA

ATS juga dapat mengesan dan memberi lebih perhatian kepada hasil kerja yang berasaskan nombor seperti “increased sales by 30%” atau “managed a budget of RM2 million” berbanding tulisan semata-mata. Ini boleh membantu majikan untuk lebih memahami pencapaian anda dan stand out melalui saringan ATS.


11. TAJUK FAIL YANG PROFESIONAL

ATS juga mungkin akan memeriksa nama fail yang anda hantar. Gunakan format seperti “[Nama Anda] – Resume – [Tahun]” supaya fail kelihatan lebih profesional dan mudah dikenali.


12. METADATA RESUME

Perkara ni biasa orang terlepas pandang. Selain daripada rename nama file, kita juga perlu tulis nama dan segala maklumat kita di bahagian properties.

  • Buka Word dan select resume
  • Click "File"
  • Click "Properties"
  • Isikan maklumat yang tertera di bahagian Title, Subject, Tags, Categories, Comments, Authors etc.
  • Click "Apply" dan "OK"

Dengan pengisian maklumat ini, ATS dapat mengimbas resume dengan lebih berkesan.


13. PERISIAN SEMAKAN RESUME ATS

Anda boleh gunakan perkhidmatan semakan resume ATS percuma seperti Jobscan untuk memastikan resume anda memenuhi keperluan majikan.

Jobscan menawarkan alat / tools yang menunjukkan kadar kepadanan resume anda dengan pekerjaan yang dimohon.


14. SERVIS RESUME

Saya ada menawarkan servis resume profesional kepada sesiapa yang berminat. Sebelum ini pun saya telah menawarkan servis resume kepada rakan-rakan dan kenalan.

Untuk pengetahuan semua, saya telah mendapat Certificate in Resume Writing, Saylor Academy pada tahun 2023. Kursus ini mempunyai modul tersendiri dan mempunyai peperiksaan. Dengan ilmu pengetahuan yang ada, saya yakin saya boleh menambah baik resume anda ke arah yang lebih profesional dari pelbagai aspek, seperti kandungan dan reka bentuk.


Harga saya tawarkan ialah RM100 untuk satu resume. Dengan saya, anda akan dapat resume ATS-friendly. Selain itu, saya akan berbincang dengan anda untuk menambah baik kandungan resume dengan lebih baik. Makna kata, resume anda customised. Di samping itu, saya akan berikan template resume ni sejurus selesai. Lepas ni anda boleh edit sendiri kalau nak tukar apa-apa.

Setakat saya menawarkan servis resume ini, kebanyakan daripada mereka berjaya mendapat slot temuduga di organisasi terkemuka seperti Agoda, BMW, Gleneagles Hospital dan lain-lain.

Boleh hubungi saya di sini: https://wa.me/60126354705


15. AKHIR KATA...

Dengan mengikuti tips ini, anda boleh meningkatkan peluang resume anda untuk melepasi saringan ATS sekali gus sampai ke tangan recruiter untuk tindakan seterusnya iaitu sesi temuduga.

Jangan biarkan peluang kerjaya anda terlepas hanya kerana kesilapan format atau penggunaan kata kunci yang tidak tepat.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat dan mohon maaf atas kekurangan.

#azaraslan #resume #resumeATS #ResumeTips #ATSTips #JobSearch #CareerAdvice #ResumeWriting #JobHunt #ATSResume #JobSeeker #ResumeHelp #JobApplication #CareerTips #GetHired #JobSuccess #ATSFriendly #ResumeBuilder

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript