Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan dan diberkati selalu.


Seperti mana semua sedia maklum, motosikal jenis skuter kini menjadi trend, dan ramai orang mula berjinak-jinak dengan skuter di Malaysia.


SYM Husky ADV 150 adalah model skuter yang popular pada masa ini, kerana reka bentuknya yang cantik, dan ciri-ciri yang menarik, serta harganya yang mampu milik.


Oleh sebab itu, saya antara orang yang teracun untuk membeli skuter ini. Hampir 3 bulan juga la menunggu. Penantian suatu penyiksaan. Tapi berbaloi menunggu. Hehe.


Sebelum membeli skuter ini, saya menunggang motosikal Suzuki Shogun Axelo 125 selama 12 tahun. Kuda tua ini masih berkhidmat dengan cemerlang, dan masih gagah perkasa, biarpun rupanya sudah lusuh dan tua. Boleh baca artikel ini untuk maklumat lanjut: https://www.azaraslan.com/2024/06/ulang-alik-kerja-jarak-jauh-dengan.html


Kini, setiap hari, saya menunggang skuter SYM Husky ADV 150 untuk perjalanan pergi balik ke tempat kerja sejauh 100 km. Sekali sekala pakai juga Suzuki Axelo. Nanti merajuk pula motor tu.


Saya tinggal di Rawang dan bekerja di Petaling Jaya. Laluan harian merangkumi:

  • Lebuh Raya LATAR
  • Lebuh Raya Guthrie
  • Lebuh Raya PLUS
  • Lebuh Raya NKVE
  • Damansara dan Petaling Jaya


Dengan laluan yang merangkumi jalan bandar yang sesak, lebuh raya, dan jalan-jalan yang tidak rata, skuter ini diuji dengan pelbagai keadaan. Selepas sebulan menggunakan skuter ini, berikut adalah pengalaman saya mengenai prestasi, keselesaan, dan kegunaannya dalam rutin harian.


Segala review, maklumat yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Orang lain mungkin ada pengalaman dan pandangan berbeza.


Jom kita mulakan.


Reka Bentuk


First impression saya ialah SYM Husky ADV 150 mempunyai penampilan yang lasak dan sporty. Reka bentuknya memberikan keyakinan untuk menempuh pelbagai jenis jalan. Satu perkara yang menonjol adalah postur menunggang / riding position yang tinggi, memberikan pandangan yang lebih jelas ketika melalui jalan yang sesak dan padat.


Kebiasaannya, jika anda berada di traffic light, atau stesen minyak, ramai la mat motor akan tengok motor ni. Sebab reka bentuknya memang cantik. Ada juga yang bertanya mengenai prestasi dan penggunaan petrol.


Prestasi di atas Jalan Raya


Dari segi prestasi, skuter ini memberikan kuasa yang mencukupi dengan enjin 150cc yang disejukkan cecair.


Ketika melalui lebuh raya, SYM Husky ADV 150 mampu mengekalkan kelajuan yang stabil, cukup untuk mengekori kenderaan lain tanpa sebarang masalah.


Pecutan paling laju pernah saya rekodkan setakat ini ialah 125km/sejam (ada orang pernah rekod jauh lebih laju dari ni). Manakala jika saya bawa orang rumah, pecutan paling tinggi ialah 105km/sejam.


(Kemas kini 23 Oktober 2024: Pecutan paling laju saya pernah rekodkan setakat ini ialah 130km/sejam.)


Kelajuan biasa saya bawa ialah antara 90km-100km/sejam. Saya hanya pulas laju bila dah agak lewat nak ke pejabat.


Jika tanya saya pasal top speed, saya memang tak pasti. Boleh check reviewer lain macam mana.


Kelajuan di atas perlu mengambil kira faktor berat penunggang dan pembonceng juga. Berat saya dalam 62kg.


Selain itu, sistem pecutannya lancar, memudahkan saya untuk keluar dari kesesakan lalu lintas, manakala brek cakera hadapan dan belakang memastikan berhenti dengan selamat walaupun dalam keadaan mengejut.


Tapi, pada pengamatan saya, skuter ini bukan untuk mereka yang berhasrat untuk bawa terlalu laju. Skuter ini sesuai untuk bawa chill dan style abah-abah.


Untuk tayar, saya masih guna tayar standard kilang. Setakat ni okay je. Saya pun tak ada nak cornering atau kona leper.


Prestasi Menunggang Semasa Hujan


Prestasi skuter semasa hujan juga baik. Dengan adanya Anti-Lock Braking System (ABS), Traction Control System (TCS), kita akan rasa lebih selamat bila membawa skuter ini.


Dengan tayar yang direka untuk cengkaman baik di pelbagai permukaan, skuter ini memberikan prestasi yang mantap walaupun jalan menjadi licin. Cuma kalau dah hujan, jangan bawa laju. Pandu laju maut menunggu.


Sistem brek cakera tetap responsif dalam keadaan basah, memberikan keyakinan tambahan ketika perlu memberhentikan kenderaan.


Selain itu, rekaan aerodinamik skuter ini membantu mengurangkan percikan air di bahagian kaki dan seluar. Kasut boleh dikatakan terlindung sedikit daripada percikan air hujan.


Prestasi Menunggang Mendaki Bukit


Untuk mendaki bukit, ambil masa sedikit untuk pickup. Jika ada pembonceng di belakang, kita kena bersabar sedikit la.


Parking Semasa Hujan (Kemas Kini 23 Oktober 2024)


Di tempat saya bekerja, parkir motosikal tidak mempunyai bumbung. Maka, jika hujan, basahlah motor tersebut. Setakat ini, motor saya tiada lagi masalah seperti motor tidak boleh start dan motor semput.


Motor Tidak Start Selama Seminggu (Kemas Kini 23 Oktober 2024)


Beberapa minggu lepas, saya tunggang Suzuki Axelo ke pejabat dan saya tidak start langsung Husky. Minggu berikutnya, saya start Husky dan didapati tiada masalah. Boleh start seperti biasa. Apapun saya pastikan suis motor kill switch is turned off, dan kunci motor dijauhkan dari motor. Maksudnya, saya tak gantung di tepi pintu utama rumah.


Pengendalian di atas Pelbagai Permukaan Jalan Raya


Sebahagian daripada perjalanan saya termasuk laluan bandar yang tidak rata dan jalan-jalan kecil. Di sinilah suspensi teleskopik hadapan dan swing arm benar-benar memainkan peranan. Ia menyerap hentakan dengan baik, menjadikan pengalaman menunggang lebih selesa dan kurang meletihkan para penunggang.


Cengkaman pada tayar juga sangat baik, memberikan saya keyakinan untuk mengambil selekoh dengan selamat walaupun permukaan jalan tidak rata.


Bagaimana pula jika mahu menyelit atau mencilok di atas jalan raya yang sibuk atau jalan sempit? Jawapannya, tak susah, cuma kena ambil masa sedikit untuk membiasakan diri. Walaupun reka bentuknya nampak besar, namun bila bawa skuter ni, rasa macam bawa motosikal kapcai. 


Petrol / Kecekapan Bahan Api / Fuel Consumption


Selepas sebulan penggunaan, saya mendapati bahawa penggunaan bahan apinya agak konsisten dan menjimatkan, menjadikannya pilihan yang baik untuk penunggang yang sering bergerak jauh.


Dari segi penggunaan petrol, SYM Husky ADV 150 memberikan kecekapan bahan api yang memuaskan. Berikut adalah pengalaman saya. Skuter ini mempunyai 6 bar petrol (tak termasuk bar merah). 1 bar boleh pergi sejauh 80km. 6 bar bermaksud 480km. Jika termasuk bar merah, satu tangki penuh boleh pergi 500km+-.


Perjalanan kerja saya seminggu, lebih kurang 480km-500km, maka saya hanya perlu isi petrol 1 kali sahaja seminggu, berbanding waktu saya menggunakan Suzuki Axelo, di mana saya perlu isi petrol hari-hari.


Kapasiti tangki petrol SYM Husky ADV 150 ialah 15 liter. Kapasiti Suzuki Axelo pula 4.1 liter.


Tapi untuk jarak di atas, ada orang pernah capai sehingga 550-600km+- untuk tangki penuh. Makna kata di sini, pelbagai faktor seperti berat penunggang, cara bawa, kadar kelajuan memainkan peranan juga.


Kemas kini 23 Oktober 2024: Perbatuan Husky saya dah capai lebih dari 4000km. Minggu lepas kilometer telah capai 3675. Saya pun isi petrol tangki penuh. Dari situ saya nak uji lagi kecekapan bahan api.  Simbol minyak menyala ketika mencapai kilometer 4225. 3675 ke 4225 bermaksud 550km. Petrol dalam reserve tank ada lagi dalam 30-40km. Ini bermaksud 550km ditambah pula dengan 30-40km, tangki penuh boleh pergi sejauh 580km-590km, malah boleh pergi sehingga 600km. Kelajuan saya kekalkan antara 80-90km sejam.


Kemas kini 31 Oktober 2024: Perbatuan dah capai 4242km. Dengan itu, saya isi petrol tangki penuh. Saya cuba bawa dengan kelajuan 90-100km sejam. Simbol minyak menyala tepat-tepat pada kilometer 4772km. Maksudnya selepas 530km, baru menyala. Reserve tank masih ada 30-40km. Maksudnya, tangki penuh boleh capai 570km.


Apa yang saya boleh simpulkan ialah satu tangki minyak penuh memang boleh pergi anggaran 500km+-.


Kemas kini 26 Disember 2024: Perbatuan dah nak cecah 8000km. Fuel consumption masih sama.


Untuk rujukan. Boleh lihat di situ. Ada 6 bar (tidak termasuk merah)


Untuk petrol, saya akan monitor menggunakan Setel. Lebih mudah. Dapat je gaji, terus topup duit masuk aplikasi.


Dengan Setel, kita tak perlu beratur dekat kaunter pam. Kita boleh selesaikan melalui telefon sahaja.


Pernah satu kali tu, ada pak cik terkejut sebab saya sampai je, kemudian tekan-tekan telefon, boleh terus isi.


Maka saya pun kongsi dengan pak cik itu, bahawa saya menggunakan Setel.


Kos petrol untuk tangki penuh ialah dalam lingkungan RM25, untuk 500km+-. (Harga semasa)


Kalau tak keberatan, boleh support saya melalui pautan di bawah:

Use Setel as your constant companion on the road. Join Setel with my referral code and we’ll both earn RM5 after you spend RM30 on fuel, Deliver2Me, or at Kedai Mesra.

My referral code: mxjxw

https://www.setel.com/ref/mxjxw


Petrol untuk Long Ride


Baru-baru ini saya bersama orang rumah, menunggang skuter dari Rawang -> Port Dickson -> Seremban -> Kuala Lumpur -> Rawang. Perjalanan pergi balik ialah 289km. Saya isi petrol full tank. Daripada 6 bar, jadi 3 bar bila sampai rumah. Pada pandangan saya, mungkin perjalanan lebih jauh, lebih terserlah penjimatannya.

Bersama orang rumah di Port Dickson. Ni pertama kali ride luar negeri.


Saya juga dah berjaya mendaki puncak Genting Highlands. Boleh baca perjalanan tersebut di entri sini: https://www.azaraslan.com/2024/12/pengalaman-menunggang-sym-husky-150-ke.html


Ruang Penyimpanan atau Letak Barang


Ruang penyimpanan barang bawah pelana adalah sebesar 22 liter. Boleh muat 1 helmet kura-kura Steng, atau helmet seperti jenama XDot.


Ada juga ruangan simpanan kecil di bawah handle motor. Boleh la kalau nak simpan telefon bimbit, dompet dan kunci dekat situ.


Dekat bahagian petrol pun ada ruang nak letak barang kecil. Boleh la nak letak barang kecil (jika perlu) seperti kunci.


Seandainya ruang simpanan tak cukup, boleh la galas beg.


Kalau ada bajet lebih, boleh la pasang bracket dan box.

Saya pasang bracket Givi. Saya terus pergi Givi Point Kuala Lumpur dan pasang. Box pula, saya pakai box lama. Pakai dulu apa yang ada. Saya risau nak pakai bracket cast iron sebab sebelum ni pernah patah / crack. Lebih baik saya beli yang mahal sedikit. Dekat Suzuki Axelo pun saya pakai bracket Givi. 12 tahun dah bertahan dan masih solid.

Kalau nak beli online, boleh beli di kedai Motor-Centaur Official Store. Harga kedai ni okay, dan kedai ni adalah Givi Authorised Seller. Ni pautan terus ke bracket GIVI Husky.


Box Givi yang lama. 30 liter. 12 tahun dah box tu. Very reliable and strong.


Skuter ni tak ada tempat gantung. Maka kalau nak, kena pasang jajan. Macam saya, saya beli dan pasang motorcycle hook dengan Bikempire96 di Petaling Jaya. Kalau nak pergi pasar malam beli roti john, martabak, beli air kelapa ke, keropok lekor ke, senang la nak gantung.


Boleh lihat di SINI:

Motorcycle Hook


Keselesaan Penunggang


Satu aspek yang saya sangat hargai adalah keselesaan skuter ini untuk perjalanan jarak jauh. Saya sering terpaksa menunggang lebih dari sejam sehari, dan tempat duduk yang luas, ergonomik dan empuk memastikan saya tidak merasa terlalu letih. Ruang kaki yang luas juga membolehkan saya mengubah posisi untuk lebih selesa semasa menunggang jarak jauh. Untuk ketinggian 165cm, saya boleh lunjur kaki sepenuhnya.


Keselesaan Pembonceng


Untuk pembonceng pula, tempat duduk lebih luas, cuma untuk orang tinggi dan kaki panjang, mungkin agak tidak selesa, kerana akan rasa lenguh, lagi-lagi jika bergerak jarak jauh dengan skuter.


Untuk meningkatkan keselesaan pembonceng, boleh la pasang box, agar mereka boleh sandar di belakang. Sekurang-kurangnya lenguh di belakang badan dapat dikurangkan. Begitu juga dengan lenguh kaki.


Pandangan Selepas 3 Bulan Penggunaan Berkenaan Keselesaan (Kemas Kini 23 Oktober 2024)


Memandangkan saya bekerja jarak jauh ulang alik 100km sehari, saya mendambakan keselesaan yang maksimum dan tinggi untuk Husky. Postur menunggang akan menjadi lebih selesa sekiranya handle bar sedia ada dapat ditinggikan. Dengan meninggikan handle bar, kita dapat elakkan badan bongkok.


Dekat Shopee pun dah ada banyak kedai yang jual. Cari je kata kunci handle bar riser, heightening bracket. Ada rezeki, rancang nak tambah jajan ni untuk keselesaan optimum. Antara kedai yang jual ialah Bikempire96. Tekan SINI untuk handle bar riser.


Handle bar riser.


Pandangan Selepas 5 Bulan Penggunaan Berkenaan Keselesaan (Kemas Kini 26 Disember 2024)


Sama seperti saya kupas untuk kemas kini 23 Oktober.


Paparan Digital dan Teknologi


Satu lagi ciri yang memudahkan perjalanan harian saya adalah paparan digital yang lengkap. Paparan ini memberikan maklumat penting seperti kelajuan, meter perjalanan, dan tahap bahan api. Pada waktu malam, lampu LED memberikan pencahayaan yang baik, memastikan saya dapat melihat dengan jelas di sepanjang jalan yang gelap.


Cuma paparan digital ini tidak menyatakan fungsi total distance to empty. Maka, kita tak dapat nak tahu exact distance bersamaan baki petrol yang masih ada.


Setiap pengguna Husky akan dapat kecekapan bahan api yang berbeza, bergantung pada berat penunggang, muatan, cara pembawakan. Perkara ni saya ada sentuh di bahagian kecekapan bahan api.


Penyelenggaraan


Setakat ini, saya baru servis satu kali sahaja, iaitu pada 1000km di SYM dealer. Kos untuk servis hanyalah RM78, iaitu Engine Oil (EO) Gear Oil (GO). EO jenama PJ1 sintetik penuh dan GO Yamalube.


Untuk servis seterusnya, kita lihat nanti macam mana. Saya berhasrat untuk ikut buku manual. Next service should be 5000km. Nanti saya kongsikan.


Update (Kemaskini 6 Oktober 2024):

Saya dah buat second service. Untuk peringkat awal ini, saya servis setiap 2500km terlebih dahulu. Pomen recommend setiap 2000km-2500km, sebab bengkel saya pergi ni promote minyak hitam PJ1 sintetik penuh gred SM. Mereka tak ada gred SN. Gred SM tak sesuai lajak sampai 5000km. Kalau nak buat 5000km pun boleh tapi kena minyak hitam yang gred API SN. Boleh tengok jenama Motul, Liqui Moly, Castrol dan Shell. Kalau plan nak cari minyak hitam API SN, boleh la cari SYM dealer yang jual minyak gred API SN ni. Warranty akan void kalau kita tak pergi servis dekat SYM dealer, SYM service centre. API bermaksud American Petroleum Institute.


Update (Kemaskini 26 Disember 2024):


Saya dah buat third service. Saya tukar minyak hitam, tukar gear oil, servis CVT dan tembak angin air filter. Jumlah keseluruhan servis ialah RM85 sahaja. Masih dikira mampu milik dan kos rendah. Macam maintain kapcai.


Penyesuaian Untuk Kali Pertama Menggunakan Skuter


Jika anda pertama kali nak tunggang skuter, skuter ini mudah sahaja untuk dikendalikan. Saya pun pertama kali tunggang skuter sejak zaman sekolah rendah dulu. Itu pun skuter Yamaha Ego. Kawan punya.


Untuk ketinggian 165cm, anda akan jengket sikit bila nak letak kaki.


Maklumat Tambahan (Kemaskini 26 Disember 2024)


Bluetooth Intercom


Untuk mengurangkan kebosanan atas motor, dan untuk ada komunikasi antara pembonceng ataupun pasangan di rumah, boleh la beli intercom. Saya ada kupas panjang lebar di sini. Jemput baca ya: https://www.azaraslan.com/2024/12/bluetooth-intercom-tnicer-g1ex-gajet.html


Windshield atau Penghadang Angin

Windshield penting untuk:

  • Melindungi daripada angin dan serpihan serta batu terbang atau apa-apa bendasing.
  • Meningkatkan aerodinamik dan prestasi.
  • Mengurangkan keletihan penunggang (sebab badan kena tolak dengan rintangan angin).
  • Memberi perlindungan cuaca (percikan air hujan, percikan lopak air, dan kesejukan disebabkan angin kuat.
  • Menambah gaya pada skuter.


Windshield SYM Husky ADV 150 adalah non-adjustable, dan windshield sedia ada agak rendah. Kalau nak keselesaan, boleh tukar windshield yang lebih tinggi.


RPM (Revolutions per Minute)


Berdasarkan pengalaman menunggang skuter ini setakat ini, SYM Husky ADV 150 mempunyai RPM yang seimbang dengan kelajuannya:


RPM 6,000 - 6,500: Kelajuan antara 70-90 km/j.

RPM 6,500 - 7,000: Kelajuan antara 90-120 km/j.

RPM 7,000 - 7,500: Kelajuan 120 km/j ke atas.


Ini menunjukkan bahawa enjin skuter ini dapat mengekalkan kelajuan tinggi dengan nisbah RPM yang sederhana, menjadikannya sesuai untuk perjalanan jarak jauh atau kelajuan tinggi di lebuh raya dengan prestasi enjin yang stabil.


Cecair Penyejuk atau Coolant


Pada SYM Husky ADV 150, paras coolant biasanya berada pada bar ke-4 daripada 7 bar, untuk RPM 6,000 ke 7,500. Bar teratas ialah bar merah, yang menunjukkan suhu tinggi dan boleh menjadi tanda bahaya enjin terlalu panas.


Paras normal pada bar ke-4 menunjukkan sistem penyejukan enjin berfungsi dengan baik, dan suhu masih dalam julat selamat. Jika penunjuk mencapai bar merah, adalah penting untuk memeriksa sistem penyejukan atau berhenti menunggang untuk mengelakkan kerosakan enjin. Mungkin coolant bocor, atau coolant tinggal sedikit. Maka, perlu topup.


Isu Besi Tajam dan Air Bertakung


Isu besi tajam ni memang terjadi pada motor Husky. Saya lihat motor saya pun terkena juga. Maka memang perlu grind sedikit untuk tumpulkan bucu dan tebuk besi untuk bagi air lalu. Macam saya, saya pergi bengkel berdekatan rumah untuk buat. Jika nak pergi Service Centre pun boleh.


Isu ini mungkin dah selesai untuk keluaran terkini. Macam skuter saya ni, motor batch awal.

Hasil selepas grind bucu


Ada Gap Antara Handle Bar dan Panel Screen


Gap antara handle bar dan panel screen tu perlu diambil perhatian, khususnya kalau nak basuh skuter. Sebab disebalik ruang / gap tu ada wayar-wayar. Kalau main tembak je air, nanti khuatir skuter tak boleh start.


Gap yang dimaksudkan. Boleh nampak ada wayar.



Kesimpulan


Bagi mereka yang memerlukan skuter untuk ulang alik kerja jarak jauh, SYM Husky ADV 150 adalah pilihan yang ideal. Ia menawarkan keseimbangan yang baik antara spec, prestasi, keselesaan, dan kos penyelenggaraan, menjadikannya sesuai untuk penunggang yang mahukan skuter serba boleh.


Dengan semua specs atau ciri-ciri yang dinyatakan di atas, anda boleh dapat dengan harga bawah RM11,000 termasuk insurans (jika kedai tidak main harga) RM12K++ macam tu. Kedai dah start main harga dan dah start jadi mahal. Kalau ada harga RM11K++ dan ke bawah tu dikira rezeki la.


Kalau berhasrat nak beli melalui Shopee, boleh tekan link ni: https://s.shopee.com.my/1Vj2xYVFKb (SE Edition) dan https://s.shopee.com.my/6pkZJRdVyf (Standard Edition). Sesuai untuk yang ada cash, dan yang nak beli guna kad kredit. Ada kawan baik saya pernah beli motor melalui Shopee (tapi bukan Husky la). Order hari ini, beberapa hari kemudian motor sampai depan rumah dengan lori.


Kalau nak cari jajan untuk Husky, antara kedai yang boleh pergi ialah Bikempire96. Kedai ni ada macam-macam barang Husky.

Nama kedai


Segala maklumat yang saya kongsikan di atas adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Orang lain mungkin ada pengalaman dan pandangan berbeza.


Semoga review dan maklumat ini membantu. Mohon maaf atas kekurangan daripada saya.


Apakah pengalaman anda pula? Jika anda pengguna Husky, boleh la tinggalkan komen di ruangan komen.


Terima kasih.


#SYM #SYMHusky150 #SYMHusky #HuskyADV150 #Husky150 #Azaraslan #MotorcycleReview #UlangAlikKerjaJarakJauh


Post a Comment

Terbaru Lebih lama