Pengerusi Jawatankuasa Belia: Signing Off



𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, begitu juga dengan perjawatan. Dilantik pada September 2021, kini secara rasminya tamat tugasan pada bulan Ogos 2024.

Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab ini. Pasukan kami adalah perintis untuk Jawatankuasa Belia peringkat Daerah Petaling. Jawatankuasa ini diperkenalkan dalam Perlembagaan PBSMM pada tahun 2021, bagi mengetengahkan dan memperluaskan peranan belia dalam BSMM di seluruh peringkat iaitu daerah/cabang, negeri dan kebangsaan.

Sepanjang menjawat jawatan ini, pelbagai cabaran, halangan dan rintangan yang dihadapi. Sungguhpun begitu, perjalanan yang dilalui, ditunjangi pasukan yang menawarkan kerjasama dan sinergi.

𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗸𝗮𝗹𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵:

• Konvensyen Belia BSMM Daerah Petaling: Belia dalam Pengurusan Bencana

• Sambutan Hari Jantung Sedunia, kerjasama Hospital Assunta, Antah Healthcare dan Belia BSMM Daerah Petaling 

Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Belia atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Walaupun tugasan kita tidak ada gaji dan elaun, komitmen tetap dijalankan atas semangat kesukarelawanan.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada kami, secara langsung mahupun tidak langsung. Sokongan anda amat kami hargai.

Kepada saudara seperjuangan Kong Zhi Wei, tahniah atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia bagi penggal 2024/2027. Semoga dapat memacu Belia BSMM Petaling dengan maju jaya.

Akhir kata, saya memohon maaf atas apa-apa kekurangan, kesilapan sepanjang menerajui kepimpinan jawatankuasa ini.


Signing off,

Ahmad Azeem bin Ahmad Raslan
Pengerusi Jawatankuasa Belia
Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Petaling
2021/2024
Belia BSMM Daerah Petaling

#azaraslan #bsmmdp #bsmmpetaling #beliapetaling

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript