Tempat Ke-2 (Kategori Terbuka), Mascot Design Competition 2023







𝗦𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟

Terima kasih Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent) untuk keputusan ini.

Terima kasih Ahmad Syariff inform kat WhatsApp semalam hahah.

Tak sangka dapat naib johan untuk kategori terbuka. Saya hantar last minute, 11.59pm, 30 September 2023. Terasa macam hantar assignment Betul-betul race against time.

Dalam kesibukan, saya cuba juga cari masa nak lakar Mascot ni. Ambil masa berhari-hari juga. Maklumlah, kena juggle antara komitmen kerja dan keluarga.

Macam-macam idea brainstorm, apa la Mascot yang sesuai dengan BSMM ni. Bincang punya bincang dengan Sarah Mokhtar, wujudlah seketul idea Sang Kancil. Kemudian bincang lagi, kenapa Kancil, apa significant Kancil kepada Malaysia, BSMM dan sebagainya.

Terus saya ambil digital drawing pad, dan cari inspirasi untuk Mascot ini.

Pendek cerita, kami pilih Sang Kancil sebab haiwan ini sangat dekat di hati rakyat Malaysia. Cerita Sang Kancil sering kali diceritakan kepada kita semua khususnya waktu zaman kanak-kanak kerana nilai dan pengajarannya.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript