Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Semoga semuanya sihat-sihat sahaja dan dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan. Entri kali ini, saya berhasrat untuk mengupas topik berkenaan kemahiran insaniah (soft skills) dan hard skills. Umum mengetahui bahawa ada dua jenis kemahiran yang perlu dikuasai iaitu soft skills dan hard skills (computer & technical skills etc).
Jom kita lihat contoh soft skills dan hard skills.
Contoh soft skills:
- Teamwork.
- Adaptability.
- Problem Solving.
- Creativity.
- Work Ethics.
- Interpersonal Skills.
- Time Management.
- Leadership.
- Dan lain-lain.
Contoh hard skills:
- SEO marketing.
- Content marketing.
- Computer skills (ex: Microsoft Office 365).
- Video editing.
- Photography & videography.
- Facebook Ads, Instagram Ads.
- Bookkeeping.
- Coding, programming.
- Proofreading.
- Typing speed.
- Painting.
- Graphic design.
- Presentation skills.
- Dan lain-lain.
Macam mana kita nak bina soft skills ni?
Menurut Indeed Editorial Team (2021), terdapat 11 cara untuk membina dan memantapkan soft skills iaitu:
- Be open to feedback.
- Communicate often.
- Emphasize teamwork.
- Build positive relationships.
- Step outside of your comfort zone.
- Get ready to learn.
- Adapt to workplace / organisational changes.
- Observe others.
- Work through conflict.
- Take on a leadership role.
- Arrive to work / class on time.
Salah satu cara terbaik untuk menambah baik soft skills ini ialah dengan melibatkan diri dalam persatuan sebagai ahli jawatankuasa. Daripada persatuan atau organisasi, anda boleh belajar banyak perkara dan mengasah soft skills anda.
Sekiranya anda melibatkan diri dalam persatuan, anda sudah pasti akan menjalankan program di universiti atau kolej. Nak jalankan sesuatu program dan kempen memerlukan perancangan, perbincangan dan kerjasama yang rapi.
Daripada program jugalah anda dapat meningkatkan kerjasama antara ahli dalam pasukan, selari dengan peribahasa, bersatu teguh bercerai roboh,
Daripada program jugalah, anda dikehendaki untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan, krisis dan permasalahan. Di situlah anda akan belajar critical thinking dan problem solving.
Sebagai contoh, anda buat program di tempat terbuka, tiba-tiba cuaca mendung dan tanda-tanda menunjukkan bahawa hujan akan turun. Bagaimana anda nak selesaikan permasalahan tersebut? Perkara inilah yang menajamkan minda anda.
Penting ke kemahiran insaniah a.k.a soft skills ni?
Berdasarkan hasil kajian Jobstreet, terdapat 5 punca graduan gagal memperolehi pekerjaan iaitu:
- Memohon gaji atau faedah tidak realistik (68%)
- Lemah penguasaan Bahasa Inggeris (64%)
- Memilih pekerjaan dan syarikat (60%)
- Lemah dalam komunikasi (60%)
- Tiada personaliti atau keyakinan atau karisma semasa temuduga (59%)
Makna kata, soft skills amat penting jika anda nak dapatkan interview untuk dapatkan pekerjaan.
Boleh baca artikel saya berkenaan tips komunikasi untuk presentation di sini: https://www.azaraslan.com/2021/10/tips-berkomunikasi-semasa-presentation.html
Boleh baca artikel saya berkenaan cara memperkasa Bahasa Inggeris di sini: https://www.azaraslan.com/2023/01/my-ways-to-improve-english.html
Contoh hard skills:
Sebagai contoh untuk hard skills, sekiranya anda seorang pelajar aliran pentadbiran dan pengurusan, anda perlulah ada kemahiran dalam menggunakan software seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan sebagainya.
Mungkin semua orang akan cakap, "eleh.. Microsoft Word je pun. Semua orang pun tahu". Soalan saya, anda pasti ke semua benda anda tahu pasal Microsoft Word? Microsoft Word ada pelbagai features. Tahu tak nak buat citation? Tahu tak shortcut-shortcut dalam software ni? Haa.. Kalau anda sekadar tahu menaip, kemahiran tu memang tak cukup la.
Contoh lain untuk hard skills, sekiranya anda seorang pelajar aliran pemasaran, anda kenalah ada ilmu dan kemahiran mengenai SEO, content marketing, email marketing dan sebagainya, selari dengan aliran yang anda ambil.
Dekat mana kita nak belajar soft skills dan hard skills ni?
Online
Banyak je website yang menawarkan latihan dan kursus percuma antaranya Alison, Open University, Hubspot Academy dan Coursera. Anda boleh pergi ke website macam ni, dan pilihlah latihan yang anda ingin pelajari. Ada platform yang menawarkan sijil percuma. Ada yang kena bayar. Apapun, yang penting, ilmu tu kita dapat.
Alison Berdasarkan pengalaman saya, Alison adalah platform yang terbaik untuk belajar macam-macam jenis kursus percuma. Ada lebih daripada 4000++ course untuk dipelajari. Waktu ni la kita nak mantapkan skill kita. Self learning! Saya sendiri pun explore website Alison ni semasa internship di CSPI UiTM. Terima kasih supervisor saya En. Zamani atas pendedahan terhadap website sebegini. Internship saya adalah dalam bahagian pengurusan projek, maka saya ambil kursus Project Management. Boleh tekan SINI dan search "Diploma in Project Management". Dengan mempelajari kursus ini, sedikit sebanyak saya dapat aplikasikan dalam dunia internship saya, sebab saya buat benda yang berkaitan. Kan best begitu, bila kita dapat kaitkan apa yang kita belajar dalam apa yang kita buat. |
Open Edu |
HubSpot |
Coursera |
Offline
Selain daripada belajar secara online, anda juga boleh mengikuti kursus berbayar secara fizikal sekiranya anda mahu. Antara platform yang menawarkan kursus fizikal ialah Kolej Komuniti dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
Contoh Kursus Pendek Kolej Komuniti |
Institut Keusahawanan Negara. www.insken.gov.my |
Boleh tekan senarai latihan keusahawanan untuk maklumat lanjut. |
Selain latihan online dan fizikal, anda juga boleh mempraktikkan hard skills ini dengan melibatkan diri dalam persatuan sebagai seorang ahli jawatankuasa.
Sebagai contoh, sekiranya anda seorang setiausaha persatuan, sudah semestinya anda dikehendaki mengeluarkan surat, memo dan sebagainya. Perkara ini memerlukan skills.
Sekiranya anda seorang exco multimedia dan publisiti, sudah semestinya anda perlu membuat poster, banner, bunting dan sebagainya. Di sini anda perlu menggunakan software seperti Canva, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator bagi melaksanakan bahan grafik yang berikut.
Sekiranya anda dilantik sebagai ketua projek, anda perlu membuat kertas kerja untuk memohon kelulusan universiti. Nak buat kertas kerja memerlukan skill dalam menulis, research, formating dan sebagainya.
Kesimpulan
Soft skill dan hard skill amat penting untuk diasah. Kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Soft skills dan hard skills ini bukan sekadar untuk dunia pekerjaan, tetapi boleh juga digunakan dalam kehidupan seharian.
"Your hard skills help you acquire employment and your soft skills help you ensure your employability. Hence, integrate hard and soft skills to fast-track your career" - Professor M.S Rao
Semoga bermanfaat buat semua.
#azaraslan