Mantapkan Bisnes Melalui Google My Business Secara Percuma



Stress, bisnes sendu...

Adakah anda mempunyai cabaran seperti berikut?

  • Produk sedap tapi tak boleh pergi jauh
  • Produk selalu tak habis
  • Tidak banyak muka pelanggan baharu


Boleh jadi sebab bisnes anda tidak diketahui dalam platform online.

Cuba anda buat checklist, bisnes anda muncul tak di Google Map dan Google Search? Jika tak muncul di Google Map atau Google Search, maka anda perlu buat sesuatu untuk pastikan bisnes anda muncul di situ.

Bagaimana nak munculkan nama bisnes anda di Google Map dan Google Search? Salah satu caranya ialah anda perlu mantapkan Google My Business.


APA ITU GOOGLE MY BUSINESS? PERCUMA ATAU BERBAYAR?

Google My Business ni (shortform: GMB) sebenarnya adalah profil bisnes anda di Google. GMB ni percuma je tuan puan.


PENTING KE GOOGLE MY BUSINESS NI?

Jawapan ringkas, ya. Sangatlah penting untuk ada GMB ni. Tambahan pula, GMB ni percuma. Rugi kalau tak manfaatkan platform percuma ni.


KELEBIHAN GOOGLE MY BUSINESS

Banyak kelebihan Google My Business ni. Sebab tu anda kena cuba. Apa kelebihannya?


01. PRODUK ATAU SERVIS TERSENARAI DI GOOGLE MAP

Produk atau servis anda akan tersenarai di Google Map. Takkan anda tak nak kan?

Kenapa pentingnya tersenarai dalam Google Map? Sebab beribu, berpuluh ribu, beratus ribu, berjuta orang buat carian perkara-perkara tertentu setiap hari. Sebagai contoh, jika anda search keyword "kedai badminton rawang", terdapat 99,900 results keluar dalam masa 0.32 saat. Apa maksudnya? Maksudnya berpuluh ribu orang search benda yang sama.

Kedai Badminton Rawang

Andai kata anda buka kedai makan di Rawang, maka anda patut pamerkan kedai anda di Google Map. Free je, bukannya ada bayaran.

Anda boleh lihat sendiri, lebih kurang 468,000 carian dalam masa 0.40 saat. Maksudnya dah beratus ribu orang search mengenai kedai makan sedap Rawang.

Jika anda memang menjual sesuatu yang spesifik seperti colek, anda perlu pamerkan di Google Map. Orang kena tahu! Sebab apa? Sebab di Google, ada juga orang search secara spesifik, "kedai colek rawang".


02. PROFIL BISNES

Anda boleh kemas kini profil bisnes anda dengan senarai produk / servis, jam operasi, buat posting update.

Assunta Hospital

Chef Kecik Cafe



03. ORANG NAMPAK BISNES ANDA JIKA SEARCH DI GOOGLE

Orang boleh nampak bisnes anda semasa membuat carian / search di Google. Setiap hari ada beratus ribu, berjuta-juta orang membuat carian di Google.

Perkara ini lebih kurang seperti perkara 01, cuma perkara 03 ni lebih kepada Google search.

Jika anda search keyword nasi ayam penyet sedap Puncak Alam, maka keluarlah hasil carian seperti ini. 


Biasanya orang akan lihat page pertama Google je. Jarang orang akan scroll ke page lain melainkan dia cari sesuatu yang sangat-sangat spesifik. So macam kes ni, Warong Geprek Puncak Alam menduduki carta teratas di Places / Google Map, maka peratusan orang akan pergi kedai dia tu tinggi juga.

Melainkan jika individu tertentu scroll sikit page ke bawah, maka akan jumpa House 56 Puncak Alam. Kebiasaannya orang masih boleh pertimbangkan kedai-kedai ini sebab kedai ini semua masih berada di halaman pertama Google.

Untuk keyword "nasi ayam penyet sedap puncak alam", ada lebih daripada 8 halaman / page. Peratusan orang nak pergi ke page belakang tu amat rendah. Mungkin orang akan search sampai page 3-4 je (kalau dia betul-betul cari sesuatu yang spesifik.


04. GOOGLE REVIEW

Orang ramai boleh tinggalkan review dekat bisnes anda. Jangan pandang rendah dekat kekuatan review, sebab review ni boleh lonjakkan bisnes anda.

Setakat 26 Mac 2023, Hospital Assunta mempunyai 5,272 reviews bersamaan 4.8 bintang. Hospital Assunta tergolong dalam top 3 highest review with excellent stars di Malaysia.

Jika anda search keyword "hospital pj", Hospital Assunta tersenarai top 4 dalam carian. Perkataan "sponsored" di atas ECON Medicare bermaksud iklan berbayar.


05. INSIGHTS

GMB membekalkan insights. Dengan insights, anda boleh merangka strategi untuk memantapkan bisnes dan mengambil langkah yang tepat untuk memperbetul kelemahan dan kesilapan.

Sumber gambar: https://rater8.com/blog/google-my-business-insights/

Di ruangan GMB insights, anda boleh lihat bermacam-macam maklumat seperti berapa ramai orang tekan link ke website, berapa ramai orang cari kedai anda dekat Google Map, berapa ramai orang tekan call kedai anda dari Google dan banyak lagi.

Anda juga boleh lihat bagaimana warganet search bisnes anda. Sama ada direct, discovery atau branded.

Melalui maklumat ini anda boleh merangka strategi pemasaran.


06. FREE OF CHARGE



Platform ni percuma. Jangan sia-siakan peluang yang ada.


BAGAIMANA GOOGLE MY BUSINESS BERFUNGSI?

Saya ceritakan contoh mudah untuk anda faham.

Salmah adalah orang Eco Majestic, Semenyih. Salmah mengidam nak makan kek. Maka Salmah pun search "kedai kek di Eco Majestic" di Google Map. Bila Salmah search, ada beberapa kedai kek keluar dalam listing tu, iaitu Bakerina SteakCafe, Arianna Kitchen dan Chef Kecik Cafe.


Salmah seorang yang suka baca review sebelum pergi ke kedai tersebut, maka Salmah pun bukalah ruangan review untuk lihat berapa ramai yang review dan berapa ramai yang memberikan review 5 bintang, 4 bintang, 3 bintang, 2 bintang dan 1 bintang.

Jika anda search keyword "kedai kek eco majestic", bisnes ini akan terpapar di carian.

Berdasarkan review di atas, Bakerina SteakCafe mempunyai 153 reviews bersamaan 4.4 bintang. Arianna Kitchen mempunyai 15 reviews bersamaan 4.4 bintang dan Chef Kecik Cafe mempunyai 141 reviews bersamaan 4.5 bintang. Jika dilihat dari segi review, maka Chef Kecik Cafe mempunyai kelebihan kerana mempunyai 4.5 bintang dengan 141 review.

Salmah berminat dengan Chef Kecik Cafe. Maka Salmah tekan overview bisnes untuk dapatkan info lanjut.

Overview bisnes di Google Map.


Di ruangan profil, Salmah dapat lihat bermacam-macam info yang diperlukan seperti menu yang dijual, jam operasi. nombor telefon dan sebagainya.

Bagi mengetahui kedai itu aktif di Google ataupun tidak, anda boleh lihat bahagian photos. Jika ada latest posting, latest photos, latest videos, maka profil bisnes ini aktif.


Salmah berpuas hati dengan maklumat yang dibaca, maka Salmah pun pilih untuk singgah Chef Kecik Kafe.


CARA NAK DAFTAR GOOGLE MY BUSINESS



Pastikan anda ada akaun Gmail. GMB hanya boleh dibuat menggunakan akaun Gmail. Emel Yahoo, Hotmail dan lain-lain tidak boleh digunakan.

Kemudian, boleh daftar di sini: https://www.google.com/intl/en_my/business/

Tekan sign in atau manage now.

Daftar kedai anda. Di bahagian ini, anda dikehendaki memasukkan maklumat seperti nama bisnes, servis yang ditawarkan dan macam-macam lagi.

Verify atau sahkan kedai anda.

Setelah selesai kesemuanya, barulah bisnes anda akan muncul di platform Google dan Google Map.


KESIMPULAN

Jika anda belum lagi buat Google My Business, buat lah. GMB ini adalah perancangan digital jangka masa panjang. Cuma satu benda saya nak maklumkan, jika anda buat GMB ni, hasil dia bukanlah dalam masa sehari dua. Boleh makan berbulan, bertahun juga.

Ibarat macam tanam padi, kena tunggu tempoh matang dulu baru boleh tuai.

Untuk GMB ni saya dah apply dekat tempat kerja saya dan ianya memang menjadi. Cuma kena sabar dan sentiasa aktif buat posting, event, gambar dan sebagainya.

Selamat mencuba!


Ahmad Azeem bin Ahmad Raslan
Certified Content Marketer

#azaraslan #googlemybusiness #gmb #digitalmarketing #marketing #socialmediamarketing #socialmedia #business #seo #branding #marketingdigital #onlinemarketing #entrepreneur #instagram #advertising #contentmarketing #marketingstrategy #digitalmarketingagency #digital #marketingtips #smallbusiness #webdesign #graphicdesign #design #digitalmarketingtips #website #marketingagency #startup #motivation #success #ecommerce #onlinebusiness

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript