AZEEM MASUK HOSPITAL
Ya, saya masuk hospital. Tapi bukan sebagai pesakit
Alhamdulillah, saya dapat kerja di hospital sebagai Eksekutif Pemasaran Digital Hospital Assunta.
Same role, different environment, different sector.
Pengalaman dalam digital marketing niche setakat ini:
• Industri pembuatan sabun
• Agensi kerajaan berteraskan keusahawanan
• Kafe dan bakeri
• Hospital dan kesihatan - Ongoing
Digital marketing untuk hospital adalah salah satu perkara yang mencabar sebab servis ni orang cari khususnya bila sakit. Yelah, siapa je nak ke hospital saja-saja kan?
Lepas ni banyak lah medical terms yang perlu belajar dan tahu untuk buat content marketing. Apapun the goal is to make people understand in layman terms dan buat content yang menarik, memberi manfaat dan memberi sebab untuk orang hook dan follow page kita.
Semoga dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan untuk menaikkan nama hospital ini melalui platform digital.
Amin YRA.
Jom follow media sosial Assunta:
• IG: @assuntahospital1954
• LinkedIn / YouTube / TikTok: Assunta Hospital
• Website: www.assunta.com.my
P/S: Nak jadi doktor perubatan, tak mampu. Tu cita-cita waktu kecik dulu. Jadi doktor falsafah boleh diusahakan. InsyaAllah suatu hari nanti.