Kenapa Saya Menulis Blog?




Saya seorang yang minat menulis. Semasa zaman sekolah, subjek yang ditunggu-tunggu ialah subjek Bahasa Melayu khususnya karangan dan KOMSAS. Sebab apa? Sebab saya nak mengarang.

Pernah terdetik dalam lubuk sukma dan minda, "rasa-rasa nak buat buku la". Hajat itu ada namun masa tidak mengizinkan. Nak mengarang memerlukan komitmen yang amat tinggi tanpa berbelah bahagi. Angan-angan tahun 2016: https://www.facebook.com/photo/?fbid=10204751220579806&set=a.1287474566393

Maka saya pun berfikir dengan lebih mendalam, "macam mana aku nak kembangkan penulisan?". Belek laci fikiran, tercetuslah idea blog. Blog dah ada sejak zaman diploma (sebab assignment kena buat blog). Tapak dah ada, sekarang ni perlu hidupkan semula sahaja. Cerita bermula di sini: https://www.facebook.com/azaraslan95/posts/10216145271423956

Sekarang saya perlu tetapkan objektif, "menulis untuk apa?". Selain pendapatan pasif, antara sebab utama saya menulis ialah untuk berkongsi ilmu, pengalaman untuk dijadikan rujukan, ilmu tambahan dan teladan.

Adakah blog masih relevan pada tahun 2022? Ya, masih relevan. 409 juta pengguna internet membaca lebih kurang 20 bilion halaman blog setiap bulan. Ini adalah antara sebab kenapa 53% pegawai pemasaran mengutamakan blog sebagai strategi pemasaran. Yang penting blog kena ada niche, unique content dan ada keyword yang orang cari untuk boost SEO.

Ada perkara yang tidak dikongsi secara meluas dalam carian Google, maka dengan ilmu dan pengalaman yang saya lalui, saya mulakan penulisan tersebut, agar ramai dapat informasi.
Banyak penulisan saya berada di ranking page pertama Google, khususnya berkaitan jurusan Diploma, Degree dan Master saya.

Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya “(Hadis Riwayat Muslim).

Alhamdulillah, sejak aktif semula dalam dunia blog pada bulan Jun 2021, blog saya telah mencapai 700K pengunjung. Sebelum Jun 2021, blog saya ada dalam 4000++ je pengunjung. Kenaikan yang amat besar!

Niche blog saya ialah perkongsian menara gading (zaman belajar). Selain itu, ada topik berkaitan kesukarelawanan, multimedia dan gajet. Boleh singgah blog saya: https://www.azaraslan.com

Semoga semua yang baca blog, mendapat manfaat. Semoga masing-masing yang membaca posting ini, diberi kejayaan dunia akhirat. InsyaAllah.

Tags

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript