AirPods 2 Original vs Copy Ori (Tahun 2022)

 


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Kali ini saya ingin menerangkan perbandingan antara AirPods 2 Original dan AirPods 2 Copy Ori 1:1. Original ni saya pinjam kawan saya punya.

Agak-agak mana satu original dan mana satu yang copy ori? Boleh nampak tak bezanya?

Bagi saya, ini adalah antara AirPods Copy Ori terpaling 1:1 yang saya pernah jumpa. Sebab itu agak sukar nak kenal pasti.

Okay jom kita mulakan!


DESIGN / REKA BENTUK CASING


Pandangan sisi hadapan

Jika anda lihat daripada pandangan hadapan, anda akan lihat bentuknya sama sahaja.

Bila anda pegang, anda akan rasa feelnya sama. Sama berat, sama saiz, malah jika kita beli AirPods casing original pun kita boleh sarungkan dekat AirPods Copy Ori.


Pandangan sisi belakang

Daripada pandangan belakang, ada sedikit perbezaan.

AirPods sebelah kiri, bahagian metal tu dia tak memantul seperti yang disebelah kanan.

Selain itu, tulisan AirPods sebelah kanan lebih tajam dan jelas berbanding AirPods sebelah kiri.

Bermula daripada sini, kita boleh lihat AirPods sebelah kiri ialah copy ori 1:1 manakala sebelah kanan ialah original.


Charging port

Untuk bahagian charger, dua-dua menggunakan lightning cable. Cuma pesanan daripada penjual AirPods 2 Copy Ori, elakkan guna fast cable charger sebab risau AirPods Copy Ori tak boleh tampung kelajuan macam original.

Tambahan maklumat, original AirPods support wireless charging. Begitu juga dengan copy ori ni.

Saya dah pernah cuba guna wireless charger model McDodo untuk model copy ori, dan memang support.


Bila buka bahagian atas


Letak sebelah-sebelah memang nampak sama. Kalau buka bahagian atas, lampu hijau akan menyala lebih kurang 10-11 saat. Perkara yang sama terpakai untuk copy ori.

Bila kita buka tutup bahagian atas tu, ada sedikit perbezaan. Bila kita "ketap" yang ori, bunyinya rasa lebih firm, sedap dan penuh berbanding yang copy ori. Copy ori bunyinya terasa sedikit "ringan" berbanding original.


AirPods original

Okay dekat bahagian bawah penutup, ada macam-macam label. Berikut adalah label untuk model original.

Label-label (seperti tong sampah), ada di sebelah kiri manakala nombor siri ada disebelah kanan.


AirPods copy ori

Perkara ini berbeza dengan copy ori. Untuk copy ori, label berada di sebelah kanan manakala nombor siri ada di sebelah kiri. Tapi labeling, nombor siri tu memang tajam dan jelas. Kalau orang yang tak pernah tengok atau beli AirPods ori, dia mungkin takkan tahu ni adalah copy ori.


REKA BENTUK AIRPODS

AirPods

Ni kalau letak sebelah-sebelah, memang susah nak detect mana bezanya. Memang nampak sangat sama. Tapi tetap ada bezanya jika tengok dengan teliti.



Jika anda lihat, AirPods sebelah kanan, anda akan nampak ada dua lubang yang jelas manakala yang sebelah kiri nampak sipi-sipi sahaja.

Yang kiri ialah copy ori dan yang kanan ialah ori. Original punya akan lebih menyerlah penampakan dua bulatan dalam lubang.



Dari pandangan belakang, anda akan nampak sama sahaja kedua-duanya. Mungkin ada la sedikit perbezaan jika tengok di bahagian tengah kepala earbuds. Yang original lebih nampak jelas bahagian dalamnya berbanding copy ori.



Dari segi metal coating bahagian bawah ni, memang nampak sama. Cuma bezanya yang original (sebelah kanan) lebih glossy berbanding sebelah kiri (copy ori).



Jika anda lihat kedua-dua earbuds ini, masing-masing ada nombor siri di bahagian bawah earbuds. Memang nampak macam original.

Percaya atau tidak, model copy ori yang saya beli ni, mampu replicate nombor siri yang legit. Hari pertama barang sampai, saya terus buat semakan di Apple official website dan keputusan menunjukkan bahawa produk ni authenticated / legit.



Fuhh terus jadi original hahahah. Boleh check di sini untuk semua produk Apple yang anda beli: https://checkcoverage.apple.com


FUNGSI

Fungsi boleh kata 95-99% sama macam original. Memang dia copy 1:1.

      • Boleh double-tap to play, skip forwards or answer a phone call
      • Kalau cabut dari telinga, lagu atau video kita play akan pause hinggalah kita pakai semula
      • Katanya copy ori turut memakai headphone chip yang sama iaitu H1
      • Copy ori boleh tahan 4-5 jam straight (saya pernah cuba sebab nak fokus buat kerja design). So sama la macam original
      • Boleh set background noise untuk focus (macam letak bunyi hujan, sungai, pantai dsb).
      • Copy ori boleh beri amaran mengenai decibel jika lagu yang dipasang terlalu kuat.
      • Boleh rename default AirPods ke nama lain (seperti nama sendiri)
      • Boleh guna features FindMy. AirPods copy ori akan berbunyi sekiranya kita tekan button dekat FindMy
      • Animation popup sebijik macam original


    Animation popup copy ori. Macam original. Boleh rename nama.


    Model number, serial number tu semua tally dengan box, casing dan AirPods. Macam mana copy ori boleh tally? Ni ada lah teori-teori yang saya dapat daripada penjual, tapi apapun pengilang lebih tahu.

    Cuma apa yang saya tahu, nombor siri tu dia tak boleh update firmware.



    Features FindMy. Nampak tak dia boleh detect macam ori? Tu kalau tekan play sound tu, memang AirPods casing akan berbunyi macam alarm (tapi gradually from slow to loud).



    Model copy ori ni boleh setting nama, AirPods kiri, AirPods kanan, ear detection dan microphone.


    Background sounds yang saya maksudkan. Kita juga boleh check headphone level untuk keselamatan telinga.


    PALING DITUNGGU-TUNGGU, SOUND QUALITY, OKAY KE?

    Bagi saya, 95%-98% memang sama. Memang seakan-akan sama. AirPods 2 ni dia sedap pakai dekat telinga sebab dia tak ada earbuds macam AirPods Pro. Earbuds akan membuatkan telinga kita cepat sakit, cepat gatal dan tidak selesa.

    AirPods 2 ni kalau pakai lama, telinga kita still boleh tahan lagi.

    Cuma kalau pakai yang original, kita ada rasa kedap sedikit berbanding yang copy ori. Tapi tak jauh beza sangat pun.


    KALAU MAIN GAME ADA LAG KE?

    Setakat ni saya test main Mobile Legends guna copy ori, tak ada lag pun. Memang cun je.


    MICROPHONE MACAM MANA?

    Setakat ni saya pakai memang clear je. Biasa pakai waktu meeting, main game dan call orang, semuanya suara jelas dan nyata. Model copy ori yang saya pakai ni memang power.


    BOLEH CONNECT DENGAN ANDROID?

    Boleh, tapi tak ada la animation popup Apple semua tu.


    ADA KEKURANGAN TAK?

    Setakat ni ada beberapa kekurangan yang saya rasai sepanjang menggunakan model copy ori ni iaitu:

      • AirPods akan sedikit putus-putus sekiranya connect dengan Macbook. Saya tak pernah cuba lagi dengan laptop Microsoft. Oleh sebab itu saya kurang pasti.
        • Putus-putus macam mana tu? Dia macam ada very very slight delay (dalam 0.5 saat) pada waktu-waktu yang tak dapat dipastikan. Dia ibarat macam tiba-tiba sound hilang untuk 0.5 - 1 saat dan kemudian sound tu ada balik. Kebiasaannya dia akan hilang sebelah AirPods sahaja (dan sebelah lagi berfungsi macam biasa).
      • Ada waktu, dia akan disconnect sendiri waktu kita tengah pakai dan kemudian dia akan reconnect semula (biasanya jadi macam ni kalau bateri dah low). In unusual cases je dia akan reconnect disconnect walaupun bateri masih hijau.


    PERKARA YANG TIDAK DAPAT DIPASTIKAN

    Perkara yang tidak dapat dipastikan ialah ketahanan produk ni. Sebab ni bukan original kan, so tak pasti penggunaan tu boleh bertahan berapa bulan / tahun. Kena experience dulu. Nanti apa-apa saya update sini. Setakat ni baru pakai 2 bulan setengah.


    IOS 16 DETECT FAKE AIRPODS. SO MODEL NI DIA DETECT TAK?

    Ni animation popup yang keluar dekat iOS 16, walaupun copy ori. Macam mana buat? Baca di bawah

    TAK DETECT, kalau kita connect AirPods sebelum update ke iOS 16. Maksudnya kalau kita masih guna iOS 15, maka kita connect dulu AirPods. Kemudian baru update ke iOS 16. Ni boleh jadi sebab dekat iOS 15 dia dah detect original so bila update iOS 16 seolah-olah data tu masih ori haa macam tu la.


    Ni saya cuba dekat iPhone kawan saya yang dah update iOS 16


    DIA AKAN DETECT, kalau kita connect AirPods selepas update iOS 16. Benda ni jadi sebab model ni tak boleh update firmware. iOS 16 detect fake AirPods melalui firmware tu.

    Ni based on pengalaman saya la.


    OVERALL

    Saya memang puas hati pakai model copy ori ni. Dengan kesemua features yang ada di atas, saya boleh dapat dengan harga RM99.00 sahaja!

    Harga AirPods 2 copy ori yang saya beli = RM99.00

    Harga AirPods 2 ori dari website Apple = RM629.00

    Perbezaan: RM530.00

    Jauh beza tu!

    So, kalau anda kekurangan bajet tapi teringin nak rasa feel pakai Apple walaupun copy ori, boleh la beli copy ori.

    Kalau ada bajet, belilah yang original. Boleh beli di Switch, Machines. Ada warranty Apple jika berlaku kerosakan. Selain Machines dan Switch mungkin ada warranty kedai, mungkin ada warranty Apple sekali. Tetapi, copy ori ada warranty kedai / seller sahaja. Ada juga seller yang tak menawarkan warranty.

    Jangan bawa produk copy ori pergi kedai Apple pula tau hahahah. Mereka ada technician boleh detect product not genuine.

    Cuma kena ingat satu benda, mesti ada sebab kenapa Apple mahal. So, mesti ada perbezaan.

    Untuk RM99 tu dah dikira terlalu berbaloi dah.

    Saya beli di mana? Saya beli di Ziqo Gadget. Ni Instagram dia: https://instagram.com/ziqo.gadget?igshid=YmMyMTA2M2Y=


    Kedai Ziqo Gadget ni juga ada jual di Shopee. Saya beli di sini: https://shopee.com.my/-LOCAL-SHIP-48-HOURS-TWS-PREMIUM-V2-BLUETOOTH-GPS-RENAME-i.374536271.7476952993?xptdk=337e5624-9c90-4023-9a4a-bf8659b18ee7



    Kedai ni trusted. Owner dia saya kenal. Memang jujur dalam berniaga. Straight forward, friendly dan berhemah. Waktu dia jual kat saya, dia tak ada nak sugarcoat product. Dia cerita la kelebihan, kekurangan, perbezaan. Dia bagi semua info untuk kita buat pilihan. Memang owner ni ada product knowledge yang meluas.


    AirPods dengan tuan baharunya

    So sebelum harga dia naik, belilah sekarang! Heheh.

    Sekian sahaja daripada saya. Semoga mendapat ilmu baharu. Semoga bermanfaat! Selamat mencuba. Apa-apa boleh kongsi.

    #azaraslan

    Menarik tak casing ni? Heheheh. Boleh beli di Shopee. Saya beli Marlboro tu di QMac AEON Nilai.

    Tags

    Catat Ulasan

    0 Ulasan
    * Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

    Top Post Ad

    Below Post Ad

    HTML/JavaScript