45 Sebab Macbook Pro 2015 Masih Relevan Pada Tahun 2022



Salam sejahtera semua. Sekarang ni dah tahun 2022, maka banyak dah laptop Macbook yang dikeluarkan oleh Apple. Sekarang ni ada Macbook M1 (2021) dan M2 (2022), di mana chipset ini sangatlah power.

Oleh sebab itu, adakah Macbook Pro Mid 2015 (yang dikeluarkan 7 tahun lepas) masih relevan pada tahun 2022?

Jawapan ringkas, ya. Masih relevan.

Relevan atau tidak, sebenarnya bergantung kepada soalan berikut:

  • Anda nak guna laptop untuk apa?
  • Berapa bajet anda?
  • Aplikasi apa yang anda ingin gunakan?


Berikut adalah ulasan saya mengenai Macbook Pro Mid 2015: 

    1. Macbook Pro Mid 2015 adalah laptop keluaran Apple yang terbaik sepanjang zaman (sehinggalah kewujudan Macbook M1 dan M2).
    2. Macbook Pro Mid 2015 adalah laptop yang all-rounder, paling lengkap sepanjang penubuhannya.
    3. Model Macbook Pro yang jarang ada severe problem.
    4. Mempunyai dua port USB-A dan dua port Thunderbolt.
    5. Mempunyai HDMI port.
    6. Mempunyai memory card slot. Sangat berguna untuk videographer, video editor dan photo editor.
    7. Laptop terakhir yang mempunyai Apple backlit glowing logo di bahagian belakang laptop.
    8. Keyboard sedap. Classic scissors keyboard. Keyboard jenis backlit. Warna putih. Model latest guna butterfly keyboard (which is ramai pengguna complaint).
    9. Keyboard jenis clicky, responsive, bouncy. So bila buat kerja typing memang sedap.
    10. Trackpad sedap. Force touch. One of the best trackpad in the industry during its time.
    11. Display screen yang sangat cantik. Retina display! Resolution 2880x1800.
    12. Brightness dia cerah. 300 nits. Ada laptop walaupun dah maximize brightness tapi still nampak malap.
    13. Kalau indoor use, letak brightness tengah-tengah pun okay dah. Outdoor use, mungkin kena buka full brightness.
    14. Model laptop yang boleh tukar atau upgrade hardware. Model yang latest semuanya soldered / dipateri.
    15. 16GB of 1600MHz DDR3L onboard memory (RAM)
    16. 512GB PCIe-based flash storage (Configurable to 1TB flash storage.)
    17. Ada audio jack. Boleh cucuk wired headphone atau microphone.
    18. Charger jenis Magsafe. Magnetic. Kalau terlanggar, charger yang akan tercabut, bukan laptop. Chances untuk laptop jatuh tu sedikit kurang.
    19. Masih boleh support latest MacOS. Sekarang ni paling latest MacOS Monterey.
    20. 15-inch model. Skrin besar. Puas hati tengok.
    21. Boleh install Windows (secara official) dalam Macbook sebab model ni menggunakan Intel chip.
    22. Tersangat sesuai untuk seseorang yang menggunakan laptop untuk light to medium photo editing, light to medium video editing, web browsing, light gaming, clerical work, buat assignment, watch movies etc.
    23. Boleh dapat dengan harga bawah RM4,000 (mengikut spesifikasi). Kalau pandai cari, ada seller yang jual dengan harga RM3,500 dan ke bawah. Last saya check orang dah jual dengan harga RM2,500!
    24. Harga tak mudah jatuh.
    25. Demand sentiasa ada. Boleh check Facebook Marketplace dan Carousell. Masih ramai orang jual.
    26. Macbook ni tahan lama. Boleh tahan untuk jangka masa 10 tahun dan ke atas (sekiranya pandai jaga).
    27. Ada dual-graphic card (internal dan external) iaitu Intel Iris Pro Graphics AMD Radeon R9 M370X with 2GB of GDDR5 memory and automatic graphics switching.
    28. Ada built-in camera dengan kualiti 720p. Masih sharp. Boleh guna untuk Facetime, meeting di Zoom, Google Meet, Cisco Webex, Teams, Skype dan macam-macam lagi.
    29. Built-in camera support untuk virtual background seperti di Zoom.
    30. Bateri tahan lama. Boleh tahan 4-5 jam bergantung pada cara penggunaan.
    31. Boleh tahan 3 jam jika buat video editing secara berterusan.
    32. Macbook sentiasa nampak moden. Nampak minimalist dan sleek aluminium design.
    33. 2.5GHz quad-core Intel Core i7 processor (Turbo Boost up to 3.7GHz) with 6MB shared L3 cache.
    34. (Configurable to 2.8GHz quad-core Intel Core i7 (Turbo Boost up to 4.0GHz) with 6MB shared L3 cache.)
    35. Boleh cater banyak benda untuk proses dalam satu masa. Saya pernah buka 20 tab Safari, 10 tab Chrome, buka Adobe Photoshop, Microsoft Word dan Wondershare Filmora pada masa yang sama untuk melaksanakan kerja. Macbook tak sangkut / hang dan boleh jalankan kerja seperti biasa.
    36. Kekurangannya ialah apabila kita buka banyak sangat benda dalam satu masa, kipas atau fan Macbook akan jadi agak bising. Ada waktu akan jadi sangat kuat bunyinya seolah-olah macam jet pejuang nak berlepas dari landasan.
    37. Speaker nice. Best la kalau tengok movie, dengar lagu.
    38. Stereo speaker.
    39. Laptop ni agak berat untuk dibawa. Berat dalam 2kg.
    40. Full spec: Height: 0.71 inch (1.8 cm) Width: 14.13 inches (35.89 cm) Depth: 9.73 inches (24.71 cm) Weight: 4.49 pounds (2.04 kg).
    41. Yang first time nak pakai Macbook, ni antara model terbaik yang masih relevan.
    42. Anda seorang designer? Biasanya orang yang dah buat design guna Mac, dia susah nak tukar laptop lain dah!
    43. Satu pesanan, laptop ni kurang sesuai untuk heavy video editing, heavy photo editing, heavy intensive gaming. Laptop ni kurang sesuai untuk video editing 4K resolution dan ke atas.
    44. Kalau mencari laptop bajet, Macbook Pro Mid 2015 adalah laptop yang sangat berbaloi untuk dibeli.
    45. Kesimpulannya, laptop Macbook Pro Mid 2015 masih relevan.

Haa macam mana? Ni adalah review saya selaku pengguna Macbook Pro Mid 2015.


NAK CARI DEKAT MANA?

Dekat Carousell, Facebook Marketplace ramai orang jual. Yang penting kena pandai cari. Compare harga. Tengok spesifikasi.


ADA KEDAI YANG BOLEH RECOMMEND?

Ada!

FIRST OPTION


Cadangan pertama ialah anda boleh beli dengan TOPIX TechnologyLaptop second-hand refurbished dengan harga yang murah dan berpatutan. Bak kata TOPIX: #hargakawankawan

Topix Technology adalah sebuah syarikat Malaysia yang menjual laptop, komputer beserta aksesori. Macam-macam jenis brand ada. HP, Dell, Acer, Lenovo, Macbook dan macam-macam lagi.

Refurbished tu apa benda? Refurbished bermaksud laptop / komputer second hand yang telah dibaiki dan dinaik taraf.




Berikut adalah sedikit keterangan buat anda:

  • Laptop refurbish - Pelbagai model laptop refurbish dijual di Topix Technology yang telah siap dinaiktaraf dengan tempoh jaminan satu hingga tiga bulan.
  • Komputer refurbish - Komputer yang telah siap diperbaharui barangan yang rosak dengan tempoh jaminan satu hingga tiga bulan.
  • Aksesori - Aksesori baharu yang diguna pakai bersama komputer dan laptop seperti headphone, speaker, keyboard, dan sebagainya.


Kenapa saya cadangkan TOPIX Technology? Sebab:

  • Tempoh jaminan 1 hingga 3 bulan.
  • Produk telah dibaiki sebelum dijual kepada pelanggan.
  • Jika berlaku kerosakan dalam masa 7 hari selepas pembelian, pihak kedai akan exchange one-to-one.
  • Setiap pembelian disertakan dengan freegift.
  • Jurujual Topix Technology akan mencadangan pilihan yang terbaik berdasarkan budget pelanggan.
  • Topix Technology menyediakan perkhidmatan bayaran ansuran (memudahkan pelanggan).




TOPIX Technology ni ada kedai fizikal di Selangor. Ada 10 cawangan iaitu Subang Perdana, Puncak Alam, Rawang, Puchong dan lain-lain.

Nak beli online pun boleh! Dia ada online store. Kalau nak beli boleh tekan link ni ya! https://topixtechnologyhq.com/Shopping/AZEEM




Boleh bantu saya generate income juga. Maklumlah sekarang ni ekonomi pun meruncing. Dompet kita pun sampai keluar rama-rama.

Kedai ni pun ada buat set combo dan promo. Ni contoh:






Boleh grab promo ni jika masih ada! Nak beli? Tekan sini ya:

https://topixtechnologyhq.com/Shopping/AZEEM

Terima kasih!


SECOND OPTION

Sekiranya anda mencari penjual laptop second hand yang trusted, mesra poket dan customer service yang tip-top, anda boleh pergi ke Kedai Hiba Ahmed IT Solution yang bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Plaza Alam Sentral juga dikenali sebagai PAS.


Pandangan hadapan kedai IT Gadgets Store.


Anda boleh cari kedai mereka di tingkat 3 PAS, sebelah kedai Oppo. Nama kedai ialah IT Gadgets Store. Kedai corner.

Owner kedai ini juga ada buka kedai yang lebih besar di tingkat 4 PAS. Kedainya betul-betul sebelah kedai alat muzik La Floresta.


Pandangan hadapan di tingkat 4. Masih baru setup.



Kedai Hiba Ahmed IT Solution. Anda nak escalator, anda akan terus nampak kedai ni. Bersebelahan La Floresta. Mereka baru pindah masuk kedai ni, Baru nak setup. So banyak la laptop tengah sales.


Saya pernah membeli iMac (21.5 inch, mid 2010) second hand di sini pada pertengahan tahun 2019. Harga RM2000 siap 240 GB SSD, Intel i3 processor dan 16 GB RAM. Biar betul? Tak masuk akal kan? Ni. Owner bagi bestest of the best price haa gitu la. Walaupun 2010 ni dikira model lama, tapi sebab RAM dan SSD power, sampai hari ini masih berfungsi dengan efisyen. Masih laju, start Mac lebih kurang 10-15 saat sahaja. Masih power untuk buat kerja-kerja design dan video editing. Tengok Netflix pun puas hati sebab skrin besar. Selain itu, customer service memang mantap.

Pada bulan September 2021, saya telah membawa kawan untuk membeli laptop terpakai di kedai yang sama. Kawan saya sendiri pun berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, plus customer service yang diberikan.

Pelbagai brand yang ada. OS Windows ada, MacOS pun ada. Anda nak cari Macbook Pro / Macbook Air yang murah tapi mantap? Kedai ni ada jual. Boleh dapat RM2500 untuk certain model.

Ada yang cari laptop Windows mesra poket harga RM2000 ke bawah untuk spec yang okay? Ada jual. Kalau rasa macam tak cukup bajet, takpe. Harga boleh bincang, jangan risau!

Kawan saya beli laptop spesifikasi berikut dengan harga RM1.5K:

  • Intel i5 3rd Generation
  • 4 GB RAM DDR3
  • 120 GB SSD
  • Intel UHD Graphics


Haa... Murah kan?

Sekarang harga laptop pun tengah melambung naik sebab PKP, PDPR dan sebagainya. Semestinya laptop second hand menjadi salah satu option. Jika anda nak beli laptop trusted, datanglah ke kedai ini.

Kalau orang tanya, "tahu dari mana kedai ni?", katalah dari blog Azeem, azaraslan.com. Heheheh.


THIRD OPTION



Kedai Zaranet Network ataupun dikenali sebagai MacTrader. Kedai ni aktif di Carousell dan Facebook.

Dia juga ada kedai di Pandan Indah. Saya pernah beli Apple Keyboard dekat kedai ni. Sambil-sambil tu saya survey Macbook dan iMac. Seller pun bagus, knowledgeable mengenai Apple products.

Harga memang berpatutan.

Ni pun antara kedai yang banyak menawarkan Macbook, iMac second hand berkualiti.

Link: https://www.carousell.com.my/u/mactrader/


Semoga membantu! Sekian, terima kasih.

#azaraslan #macbookpro #apple

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript