Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Berdasarkan undian di Instagram saya, ramai yang mengundi untuk saya mengetengahkan topik-topik berkaitan multimedia dan grafik. Jadi, kali ini saya akan mengupas topik berkenaan penggunaan warna.
Percaya atau tidak, penggunaan warna dalam sesebuah design memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan brand / jenama, menyampaikan mesej secara tersurat mahupun tersirat dan mengetengahkan identiti korporat syarikat.
Ada sesetengah warna yang memang sudah sinonim dengan sesuatu industri. Sebagai contoh, warna merah dan kuning banyak digunakan dalam industri makanan khususnya fast food. Antara contoh-contoh besar yang anda boleh lihat menggunakan warna merah dan kuning atau salah satu warna ialah McDonald's, Burger King, Carl's Junior, KFC, Marrybrown, Pizzahut dan banyak lagi.
Tapi persoalannya, kenapa warna merah dan kuning atau salah satunya? Berikut adalah keterangan persoalan. Boleh baca di bawah.
MERAH DAN KUNING
Photo by cottonbro |
01. Apabila anda memesan french fries, nuggets, ayam ataupun burger, kita akan dapat condiments wajib iaitu sos tomato atau sos cili. Ada sesetengah tempat menyediakan mustard sauce ataupun sos biji sawi. Sos tomato dan sos cili berwarna merah, manakala mustard sauce berwarna kuning. Dengan ini, timbullah satu teori oleh pakar pemasaran yang dinamakan "Ketchup and Mustard Theory". Bila orang tengok warna merah dan kuning, secara tidak langsung orang akan ingat makanan. Orang juga akan rasa lapar.
Photo by RODNAE Productions |
02. Merah antara warna yang paling biasa dan paling berkesan digunakan dalam jenama makanan segera atau fast food. Kita ada macam-macam jenis kombinasi warna. Gabung-gabung warna semua mau berjuta-juta kombinasinya. Sungguhpun begitu, warna merah adalah yang paling menangkap mata. Secara saintifik, warna merah dikenali untuk merangsang deria anda, menjadikan seseorang individu itu bertenaga dan teruja. Warna ini juga dikaitkan dengan daging dan sos. Daging dan sos ialah makanan. Warna merah bertindak sebagai cara komunikasi terpantas ke otak kita. Mesej sampai dengan begitu cepat. Kalau kita nampak traffic light merah, kita akan berhenti. Tulisan merah juga dikaitkan dengan amaran, arahan dan gertakan. Warna merah juga merujuk kepada kasih sayang, keselesaan dan percintaan.
03. Warna kuning pula sifatnya berbeza dengan merah. Kuning adalah simbol kebahagiaan, kegirangan dan keceriaan. Biasanya warna kuning ni jadi secondary colour, tetapi ini bergantung kepada sesuatu bisnes tersebut.
04. Warna merah dan kuning adalah perfect pair for each other. Warna ini saling melengkapi antara satu sama lain. Apabila warna ini bergabung, ianya akan menghasilkan satu perasaan membina, aura dan semangat yang kuat.
05. Warna merah dan kuning juga mempamerkan kepuasan dan kenikmatan. Warna merah dan kuning menunjukkan kepuasan melalui iklan mereka. Sebagai contoh, iklan seperti KFC atau McDonald's akan kaitkan iklan makan bersama keluarga.
Idea: Beli KFC -> bagi makan keluarga -> keluarga kenyang makan -> keluarga gembira. Sebab itulah bila nak sambut kejayaan seseorang atau pasukan, paling mudah sekali majikan akan kata, "okay hari ni kita beli KFC. Beli 5 bucket terus". Haa macam tu la maksudnya.
06. Perkara ini sama juga macam iklan Coca Cola. Mereka mempamerkan kepuasan meminum air Coca Cola. Minum air Coca Cola bersama ais. Baru nikmat! So setiap kali kita nak minum Coca Cola, mesti kita akan cari ais untuk rasa puas. Secara tidak langsung sebenarnya warna merah tu merangsang kita untuk minum. Ada konsep minda separa sedar (subconcious mind) di situ.
07. Oleh kerana warna merah kuning ini sudah sinonim dengan fast food, maka perkara ini sudah secara tidak langsung tertanam dengan fikiran kita. Asal nampak merah kuning je mesti teringat makanan.
08. Antara contoh yang menunjukkan fikiran kita telah dipengaruhi Ketchup and Mustard Theory ialah, apabila kita nampak je signboard atau billboard McDonald's, kita rasa nak singgah untuk beli. Biasanya McDonald's tak pernah tak ramai orang. Dekat drive thru tu mesti banyak kereta queue.
09. Terkadang tu kita nak grab breakfast cepat, kita singgah McDonald's untuk beli breakfast. Kenapa fast food chain? Kenapa bukan mamak? Salah satunya minda kita sudah dipengaruhi dengan warna merah kuning dan tawaran-tawaran McDonald's melalui posternya yang berwarna merah kuning.
10. Bayangkan jika McDonald's warna pastel, biru atau lain-lain. Adakah kita akan rasa membuak-buak atau termotivasi untuk membeli? Mungkin ya, tapi peratusannya kurang, sebab warna tersebut mungkin tidak trigger kita untuk membeli.
Selain warna merah kuning, ada ke warna lain yang berkaitan dengan makanan? Ada! Banyak je lagi warna-warna yang dikaitkan dengan makanan.
HIJAU
11. Antara warna popular ialah warna hijau. Warna hijau biasanya dikaitkan dengan makanan sihat, healthy food dan menggunakan natural ingredients.
12. Warna hijau juga dikaitkan dengan environment, eco-friendly dan vegetarian.
13. Jika ikut interpretasi masyarakat, apabila ada warna hijau biasanya mesti masyarakat akan fikir perkara-perkara di atas.
PINK
14. Kedai apa yang guna warna pink sebagai tema utama? Salah satunya ialah Baskin Robbins!
15. Warna pink sinonim dengan sweet treats, desserts seperti ais krim.
16. Warnanya yang terang, turut boleh menangkap mata seseorang. Ni kalau craving desserts, memang warna ni akan lagi menyerlah la. Hahahah.
HITAM DAN PUTIH
18. Warna hitam biasanya dikaitkan dengan elegant, high-end, luxurious dan premium.
19. Warna hitam akan lebih appealing / appetizing / eksklusif sekiranya digabungkan dengan warna yang betul. Selain hitam, warna gelap seperti dark brown, emerald green, navy blue pun melambangkan warna eksklusif.
20. Warna putih sinonim dengan minimalist, bersih dan suci. Tapi warna putih ni plain. Kena ada kombinasi warna menarik, baru la orang tertarik.
ADA KE FAST FOOD CHAIN YANG GUNA WARNA LAIN?
21. Ada. Salah satunya ialah Taco Bell. Taco Bell menggunakan warna ungu / purple. Antara sebab penggunaan warna purple oleh Taco Bell ialah, warna tersebut melambangkan minimalist, modern, fleksibel, unik, original dan inovatif. Taco Bell telah menggunakan warna purple sejak tahun 1992 sehingga kini.
22. Taco Bell menyediakan Mexican food.
KESIMPULAN
Melalui garis panduan warna di atas inilah, para graphic designers akan membuat design. Warna yang dipilih bukan saja-saja, tetapi setiap warna ini ada psikologinya tersendiri.
Saya selaku seorang designer pun, banyak mengkaji penggunaan warna yang sesuai untuk industri.
Banyak lagi warna-warna lain yang digunakan, cuma saya ketengahkan warna-warna yang biasa nampak.
Sekarang ni rasa lapar tak? Hahahah. Mungkin penangan warna merah kuning, lagi-lagi pula tengah lapar ni. Sekian, terima kasih kerana membaca!
#azaraslan #multimedia #graphicdesign #colour
Rujukan:
https://www.insider.com/fast-food-colors-make-you-hungry-2018-9
https://awgsalesservices.com/2016/04/21/color-psychology-in-food-marketing/
https://forty8creates.com/colour-psychology-of-food-drink/
https://jenndavid.com/colors-that-influence-food-sales-infographic/
https://karenhaller.com/journal/branding-why-red-yellow-is-used-by-the-fast-food-industry/
Catat Ulasan