Di Sebalik 8 Bulan Mengganggur




Semua orang pernah ada dalam fasa kejatuhan, termasuklah saya. Saya berhenti kerja atas faktor krisis syarikat. Saya menganggur dari Jun 2019 sehingga akhir bulan Februari 2020. 8 bulan menganggur. 297 percubaan memohon kerja di pelbagai medium dan tempat, 55 kali hadir sesi temuduga, akhirnya rezeki saya dapat bekerja di INSKEN pada bulan Mac 2020 - November 2021.

INSKEN adalah antara platform terbaik untuk usahawan mencari ilmu keusahawanan.

Menyingkap semula 8 bulan yang penuh pancaroba. Daripada orang yang bergaji, tiba-tiba tak ada gaji. Gaji tak gaji, komitmen tetap kena bayar setiap bulan. Waktu ni saya buat master part time. Assignment, travel, research, program semua melibatkan kos. Fuhh memang banyak betul duit nak pakai. Biasanya duit akan bagi dekat ibu, belanja keluarga pergi makan, sekali tiba-tiba tak dapat tunaikan semua itu. Sedih.

Serabut fikir. Mana nak cari duit ni? Sambil memohon kerja, sambil itu jugalah saya mencari kerja-kerja freelance. Ada waktu saya sampai ke Kuala Lumpur (Bangsar kalau tak silap), bantu kawan saya cuci tingkap bangunan sebuah wisma, satu floor (tingkat tinggi tak ingat tingkat berapa), demi mencari sesuap nasi. Jual sabun pun saya pernah juga. Asal pergi mana-mana je, mesti ada backup sabun 5 liter dalam kereta, in case ada yang nak membeli.

Sungguhpun begitu, tetap tidak cukup. Bila dah jadi macam ni, saya kena cari alternatif lain sebagai punca pendapatan.

Saya pernah mendaftar bisnes saya (AZAR Productions) di SSM, namun saya tak dapat aktifkan diri dalam bisnes atas kekangan kerja. Rekod SSM masih aktif.

Sampailah saya fikir, sudah tiba masanya untuk saya aktif semula dalam bidang yang saya mahir iaitu kemahiran graphic design, writing, blogging, digital marketing, photography dan videography. Bidang ini saya minat, maka saya tukar minat saya menjadi profitable hobby.

Dengan ilmu dan pengalaman yang ada, saya mulakan perancangan. Mode: Survival.
Nak buat perancangan, kena buat detailed targeting, kenal target audience, kaji trend dan kena buat servis yang menyelesaikan masalah prospek / pelanggan.

Saya mula membuat hebahan mengenai khidmat membuat resume, sebab pada waktu itu, berita hangat ialah mengenai lambakan graduan yang mengganggur. Unique Selling Point (USP) saya ialah, saya akan memberi konsultasi mengenai do's and don't dalam resume. Saya juga betulkan ejaan, dan memberikan resume yang berkualiti.

Resume merupakan salah satu tiket untuk kita dapat interview. Alhamdulillah, saya dimaklumkan oleh pelanggan-pelanggan saya bahawa mereka dapat kerja. Seronok dengar, bahawa resume saya buat memberi impak walaupun sedikit. Lagi seronok, apabila mereka refer / recommend saya kepada kawan-kawan mereka untuk buat resume. Saya percaya bila kita tawarkan servis premium, orang akan spread the news through word-of-mouth marketing (WoM).

Saya turut membuat hebahan mengenai tawaran perkhidmatan saya yang lain di media sosial seperti Instagram, Whatsapp dan Facebook. Saya susun gambar cantik-cantik di IG, supaya orang tidak serabut tengok. Orang suka lihat gambar cantik. Saya suka konsep minimalis, korporat tetapi cantik. Colour psychology turut memainkan peranan dalam poster-poster hebahan.

Alhamdulillah, ada job besar masuk, di mana saya diberikan job untuk membuat business proposal beserta design yang menarik. Buat business proposal tu macam buat research. Saya buat konsep macam majalah, bukan konsep kertas kerja hitam putih yang standard. Risau juga kalau terlebih inovatif takut tak diterima, tetapi berita yang saya dapat ialah pelanggan saya menang tender.

Dengan kerja yang ada, dengan duit yang ada, saya cuba bertahan sehinggalah saya dapat kerja di INSKEN selepas 55 kali percubaan interview.

Apa yang penting, kita doa, usaha, istiqamah, tawakal (DUIT). Kita buat yang
terbaik dan biar Tuhan buat kerja Dia.

Jika diingat kembali, saya pun tak tahu macam mana saya boleh bertahan. Terima kasih Allah atas kekuatan yang diberikan. Terima kasih ibu ayah, adik-adik, buah hati, sahabat dan semua yang ada waktu susah senang.

Status bisnes saya sekarang ni? SSM bisnes saya sekarang masih aktif, tapi ambil job based on request. Sebab kekangan kerja, keluarga dan kesukarelawanan. Jika saya terima job, saya akan cuba sedaya upaya untuk selesaikannya.

Semoga semua yang membaca ini dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan berpanjangan, dikurniakan melimpah-ruah, insyaAllah. Semoga tercapai apa jua hasrat yang dituju.

Tags

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript