Umum mengetahui bahawa Macbook dan iMac harganya sangat mahal. Harga Macbook dan iMac harganya boleh mencecah belasan malah puluhan ribu seunit. Harga Macbook dan iMac yang second hand pun, harganya masih lagi mahal kecuali yang model-model lama seperti Macbook 2008, 2009, 2010. Untuk model ni boleh la dapat RM1,300.00 dan ke bawah. Kalau model Macbook Pro 2015 pun masih lagi tinggi harganya dalam range RM3,500.00 ke RM4,000.00.
Ramai orang mengenali produk Apple seperti Macbook dan iMac ni kerana reka bentuknya yang aesthetic, sleek, modern dan premium. Ramai juga orang akan kaitkan Macbook dan iMac ini dengan produktiviti, video editing dan graphic design.
Sebelum kita pergi ke soalan yang tertera di tajuk, jom kita lihat dulu spesifikasi salah satu produk Apple ni.
Jika anda lihat spesifikasi Macbook Pro 2021 (14 inch), anda akan dapat lihat betapa power spesifikasinya. Memang powerhouse la.
Spesifikasi adalah seperti berikut:
CPU / Chip: Apple M1 Pro chip
- 8-core CPU with 6 performance cores and 2 efficiency cores
- 14-core GPU
- 16-core Neural Engine
- 200GB/s memory bandwidth
Memory: 16GB (Configurable to: 32GB (M1 Pro or M1 Max) or 64GB (M1 Max))
Display: Retina Display (3024x1964) - 254 pixels per inch
Storage: 512GB SSD (Configurable to 1TB, 2TB, 4TB, 8TB)
Tengok pada spesifikasi dia pun, memang power la. Harga pun power iaitu bermula daripada RM8,799 untuk minimum spec. Sungguhpun begitu, walaupun power dan amatlah mahal, Macbook dan iMac tidak sesuai untuk gaming, khususnya game yang berat-berat (kita panggil Triple A Games / AAA Games). Sebab apa?
Paling umum ialah sebab Macbook dan iMac dihasilkan bukan untuk gaming. Fokus Macbook dan iMac adalah untuk produktiviti.
Jom kita lihat dengan lebih spesifik:
PS: Berikut adalah pandangan saya sahaja, berdasarkan pembacaan, kajian dan sebagainya. Mungkin salah, mungkin kurang tepat. Mohon maaf atas kesilapan.
-----
01. GRAPHICS PROCESSING UNIT (GPU) MAC TIDAK DIOPTIMUMKAN UNTUK GAMING
Dalam semua laptop, pasti akan ada GPU. Fungsi GPU adalah untuk memancarkan grafik di skrin laptop kita.
GPU ni ada dua iaitu integrated graphics and dedicated graphics. Integrated graphics adalah gabungan CPU (Computer Processing Unit) dan GPU dalam satu unit yang sama. Bila share unit yang sama, maka graphic card dan processor akan share same power source. Kena optimize untuk dua-dua.
Perkara ini berbeza dengan dedicated graphics. Dedicated graphics ni bermaksud GPU berdiri sendiri. GPU tak share unit dengan CPU. Bila tak share unit, maka dedicated graphics ni boleh buat kerja dengan lagi power la. CPU pun boleh fully utilize sebab dia berdiri sendiri.
Macbook dan iMac pun ada integrated graphics dan dedicated graphics. Tapi kenapa tak sesuai untuk main game?
Sebab paling utama ialah graphic card yang ada pada Macbook dan iMac dioptimumkan sepenuhnya untuk software seperti Adobe Photoshop, After Effects, Illustrator, Vegas Pro, Final Cut, Microsoft Office dan lain-lain.
Sekiranya anda main game di laptop / komputer Windows, anda perasan tak setiap kali kalau anda nak install game, game tersebut memerlukan beberapa installer tambahan untuk memastikan game yang anda install, compatible dengan laptop / komputer Windows? Software apa tu? Tak lain tak bukan, Microsoft DirectX. DirectX ni ialah Application Programming Interface (API) untuk mencipta dan mengurus imej grafik serta multimedia effects dalam aplikasi seperti game, web yang akan run menggunakan platform Windows.
Apple ada memperkenalkan API seakan-akan Microsoft DirectX iaitu Metal API. Sungguhpun begitu, Metal API lebih dikhususkan untuk graphic design, video editing dan perisian yangs seangkatan dengannya. Bila buat benchmarking, DirectX lebih bagus prestasinya berbanding dengan Metal. Mana tidaknya, DirectX memang dikonfigurasi untuk gaming.
Boleh tengok video di link ini untuk DirectX vs Metal:
macOS Metal vs Windows DirectX 12 - Gaming on a Mac in 2019?https://www.youtube.com/watch?v=A5y7sOFGVE0
Melalui video di atas, anda boleh lihat perbezaan frame rate per second (FPS) gaming menggunakan Macbook Mac OS vs Macbook Windows.
02. MACBOOK DAN IMAC MODEL 2015/2016 DAN KE ATAS TIDAK BOLEH UPGRADE HARDWARE
Ini antara perkara yang membuatkan ramai orang frust nak guna Macbook dan iMac. Bila orang sebut pasal gaming, biasanya orang akan rancang untuk upgrade hardware. Sebagai contoh, tambah RAM, tambah kipas dan tukar graphic card yang power.
Ramai gamers akan consider untuk build custom PC juga. Beli hardware sana-sini lepas tu assemble sendiri di rumah. Tambah pula dengan color-color RGB dekat RAM, pasang piping apa semua, fuhh. Memang nampak terserlah la gaming tu.
Sungguhpun begitu, iMac dan Macbook tak boleh upgrade hardware untuk model 2015/2016 dan ke atas. Kenapa tak boleh upgrade? Sebab hardware semua dah embedded. Tak boleh detach.
Apple punya style, kalau nak upgrade storage, subscribe lah iCloud. Haa macam tu.
Kalau nak upgrade graphic card, RAM dan lain-lain, satu sahaja caranya; beli baharu. Cuma satu benda saja lah, Macbook dan iMac tidak dibuat untuk gaming.
03. KEBANYAKAN GAME DEVELOPER BUAT GAME UNTUK WINDOWS
Windows ni memang dah bermaharajalela dalam dunia gaming. Kalau orang tak beli gaming console, mereka akan cari gaming laptop atau gaming computer untuk main game.
Games yang saiznya besar-besar, grafik tinggi, kita panggil dia Triple A Games / AAA Games. Contoh AAA Games adalah Call of Duty, GTA V, God of War, Red Dead Redemption, The Witcher dan banyak lagi.
Perkataan lain untuk AAA Games ni ibarat macam Blockbuster Games. Nak buat benda blockbuster ni menelan kos yang sangat besar. Juta-juta.
Games seperti ini tidak sesuai main di Mac OS. Malah sebenarnya, boleh dikatakan hampir semua jenis AAA Games tidak ada versi Mac, sebab Mac tidak ada kapasiti untuk mengendalikan game sebesar ini. Mac tidak dioptimumkan untuk gaming. Grafik yang dipakai paling kurang pun 4GB. Storage kena sediakan dalam lingkungan 50-100GB+++ untuk satu game.
Satu lagi perkara, developers gaming ni pun tak dapat insentif atau bajet yang besar pun untuk hasilkan game di platform Mac, sebab tak banyak pengguna Mac yang main AAA games.
Kenapa jadi macam ni? Salah satunya ialah sebab marketshare Mac OS ni tak dominan macam Windows. Windows ni sentiasa ada demand untuk gaming. Pelabur tak rasa rugi nak invest dan letak duit untuk develop gaming. Hal ini berbeza dengan Mac OS. Mac OS tak ada demand yang tinggi macam Windows.
Nak buat game ni perlukan banyak resources. Dengan Mac OS ni bukan gaming friendly, lagi la banyak benda nak kena proses untuk buat satu-satu game tu. Lots of resources needed; Money, mechanics, teams and time.
Anda boleh rujuk pengguna platform Steam Gaming untuk gambaran:
Jika anda semua lihat, pengguna Steam di Windows tersangat jauh lebih dominan daripada pengguna Mac OS |
Daripada mereka habiskan duit untuk target market yang kurang memberangsangkan, lebih baik game developer develop game di platform Windows sebab normal dan avid gamers akan guna Windows untuk main game.
Agak-agak berapa banyak game yang dipaparkan dalam platform Steam? Boleh check di sini: https://store.steampowered.com/search/?sort_by=Name_ASC&category1=998&os=win
Setakat 10 Ogos 2022, ini adalah statistiknya:
- Mac Games on Steam = 14,827
- Windows Game on Steam = 68,606
- SteamOS & Linux on Steam = 9,980
Macbook sebelum M1 keluar, mereka menggunakan chip Intel. Chip Intel ni untuk Windows. Dalam Macbook, kita boleh install Windows. Disebabkan ini jugalah game developer tidak hasilkan game (port the game) untuk platform Mac sebab pengguna akan install game di Windows dalam Mac. Rujuk perkara 04 untuk lebih lanjut.
04. LATEST MACBOOK TIDAK MENGGUNAKAN INTEL CHIP
Untuk pengetahuan semua (khususnya yang tidak tahu), Macbook sebelum M1, menggunakan chip Windows. Maknanya, bila guna chip Windows Intel i3, i5, i7 semua ni, maka kita boleh install Windows dalam Macbook menggunakan aplikasi bootcamp. Aplikasi bootcamp ni memang dah ada secara automatik dalam Mac Operating System (OS) yang digunakan dalam Macbook.
Memandangkan Mac OS kurang sesuai untuk main game, maka ramai orang akan install Windows, dan tukar mod ke Windows. Macam mana nak tukar ke Windows? Waktu nak start Macbook, tekan butang Option / Alternate / Alt lama-lama. Nanti dia akan keluar icon macam hard disk, then boleh pilih sama ada nak boot Windows atau Mac OS.
Berbalik kepada point nombor 3 iaitu "kebanyakan game developer buat game untuk windows", ini antara sebab orang install Windows dalam Macbook sebab mereka nak main game yang mereka suka di Windows.
Sungguhpun begitu, ada juga orang buat benchmarking dengan chip M1. Katanya M1 juga sekarang boleh main AAA Games tapi kena guna emulator, third party software seperti Parallels, Rosetta dan CrossOver. Ada juga yang boleh main direct terus melalui Mac OS (yang ni kita panggil Native).
Dari segi frame rate per second, tak smooth macam Windows la. GTA V untuk low-mid graphics dalam 30 FPS. Resident Evil 3 (guna third party software) dalam 30 FPS juga.
Boleh tonton video di bawah ni:
Apple M1 Max: Testing 25 Games
https://www.youtube.com/watch?v=xRPPLrlUeSA
05. TERLALU MAHAL KALAU NAK BELI SPEC YANG BOLEH SUPPORT GAMING
Harga Macbook sangat mahal. Kita semua tahu harganya premium.
Harga Macbook M1 Max untuk spesifikasi;
M1 Max 10-core CPU, 32-core GPU, 32GB of RAM, 1TB SSD, ialah $3,499. Kalau tukar dalam bentuk Ringgit Malaysia, harganya dalam RM15,000++.
Apple M1 Max ni ialah spec yang orang dah test sama ada boleh main AAA games ataupun tidak. Saya ada point out di perkara 04.
Duit RM15,000 tu, kita boleh pertimbangkan untuk beli gaming PC, gaming laptop yang jauh lebih murah daripada Macbook M1 Max.
Dengan spesifikasi yang lagi power, kita boleh dapat half price daripada M1 Max.
Boleh check laptop Windows di sini:
Laptop Gaming Terbaik Malaysia (2022)
https://productnation.co/my-bm/237/laptop-gaming-terbaik-malaysia/
-----
KESIMPULAN
Pada pandangan saya, Mac OS tidak sesuai untuk gaming atas faktor-faktor yang disebutkan di atas. Jika tujuan utama nak main game, maka carilah laptop gaming atau gaming PC terus.
Boleh jimat duit dengan kadar yang sangat banyak.
Sedikit sketsa lawak untuk tontonan anda semua. Video yang sentiasa evergreen sejak dulu. Hahaha.
When the Customer Games on a Mac
https://www.youtube.com/watch?v=IYv3-HfRNcA&t=1s
Jika anda seorang yang nak buat kerja grafik, buat video dan sebagainya, Macbook memang antara pilihan terbaik. Kalau cari dekat Google pun memang ramai graphic designers akan cadangkan untuk guna Macbook.
Cuma kalau game, carilah Windows. Ataupun kalau memang nak main game sangat (dan itu sahaja la tujuan utamanya), pergilah cari PS5, XBox dan seangkatan dengannya.
Macbook / Mac adalah workstation yang bagus kerana aplikasi di Mac telah dioptimumkan sebaiknya, tapi bukan untuk gaming kerana grafik di Mac tidak dioptimumkan untuk tujuan itu.
OH YA, ADAKAH ANDA MENCARI MACBOOK ATAU IMAC SECOND HAND? SAYA ADA KEDAI UNTUK RECOMMEND.
FIRST OPTION
Cadangan pertama ialah anda boleh beli dengan TOPIX Technology! Laptop second-hand refurbished dengan harga yang murah dan berpatutan. Bak kata TOPIX: #hargakawankawan
Topix Technology adalah sebuah syarikat Malaysia yang menjual laptop, komputer beserta aksesori. Macam-macam jenis brand ada. HP, Dell, Acer, Lenovo, Macbook dan macam-macam lagi.
Refurbished tu apa benda? Refurbished bermaksud laptop / komputer second hand yang telah dibaiki dan dinaik taraf.
Berikut adalah sedikit keterangan buat anda:
- Laptop refurbish - Pelbagai model laptop refurbish dijual di Topix Technology yang telah siap dinaiktaraf dengan tempoh jaminan satu hingga tiga bulan.
- Komputer refurbish - Komputer yang telah siap diperbaharui barangan yang rosak dengan tempoh jaminan satu hingga tiga bulan.
- Aksesori - Aksesori baharu yang diguna pakai bersama komputer dan laptop seperti headphone, speaker, keyboard, dan sebagainya.
Kenapa saya cadangkan TOPIX Technology? Sebab:
- Tempoh jaminan 1 hingga 3 bulan.
- Produk telah dibaiki sebelum dijual kepada pelanggan.
- Jika berlaku kerosakan dalam masa 7 hari selepas pembelian, pihak kedai akan exchange one-to-one.
- Setiap pembelian disertakan dengan freegift.
- Jurujual Topix Technology akan mencadangan pilihan yang terbaik berdasarkan budget pelanggan.
- Topix Technology menyediakan perkhidmatan bayaran ansuran (memudahkan pelanggan).
TOPIX Technology ni ada kedai fizikal di Selangor. Ada 10 cawangan iaitu Subang Perdana, Puncak Alam, Rawang, Puchong dan lain-lain.
Nak beli online pun boleh! Dia ada online store. Kalau nak beli boleh tekan link ni ya! https://topixtechnologyhq.com/Shopping/AZEEM
Boleh bantu saya generate income juga. Maklumlah sekarang ni ekonomi pun meruncing. Dompet kita pun sampai keluar rama-rama.
Kedai ni pun ada buat set combo dan promo. Ni contoh:
Boleh grab promo ni jika masih ada! Nak beli? Tekan sini ya:
https://topixtechnologyhq.com/Shopping/AZEEM
Terima kasih!
SECOND OPTION
Sekiranya anda mencari penjual laptop second hand yang trusted, mesra poket dan customer service yang tip-top, anda boleh pergi ke Kedai Hiba Ahmed IT Solution yang bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Plaza Alam Sentral juga dikenali sebagai PAS.
Pandangan hadapan kedai IT Gadgets Store. |
Anda boleh cari kedai mereka di tingkat 3 PAS, sebelah kedai Oppo. Nama kedai ialah IT Gadgets Store. Kedai corner.
Owner kedai ini juga ada buka kedai yang lebih besar di tingkat 4 PAS. Kedainya betul-betul sebelah kedai alat muzik La Floresta.
Pandangan hadapan di tingkat 4. Masih baru setup. |
Kedai Hiba Ahmed IT Solution. Anda nak escalator, anda akan terus nampak kedai ni. Bersebelahan La Floresta. Mereka baru pindah masuk kedai ni, Baru nak setup. So banyak la laptop tengah sales. |
Saya pernah membeli iMac (21.5 inch, mid 2010) second hand di sini pada pertengahan tahun 2019. Harga RM2000 siap 240 GB SSD, Intel i3 processor dan 16 GB RAM. Biar betul? Tak masuk akal kan? Ni. Owner bagi bestest of the best price haa gitu la. Walaupun 2010 ni dikira model lama, tapi sebab RAM dan SSD power, sampai hari ini masih berfungsi dengan efisyen. Masih laju, start Mac lebih kurang 10-15 saat sahaja. Masih power untuk buat kerja-kerja design dan video editing. Tengok Netflix pun puas hati sebab skrin besar. Selain itu, customer service memang mantap.
Pada bulan September 2021, saya telah membawa kawan untuk membeli laptop terpakai di kedai yang sama. Kawan saya sendiri pun berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, plus customer service yang diberikan.
Pelbagai brand yang ada. OS Windows ada, MacOS pun ada. Anda nak cari Macbook Pro / Macbook Air yang murah tapi mantap? Kedai ni ada jual. Boleh dapat RM2500 untuk certain model.
Ada yang cari laptop Windows mesra poket harga RM2000 ke bawah untuk spec yang okay? Ada jual. Kalau rasa macam tak cukup bajet, takpe. Harga boleh bincang, jangan risau!
Kawan saya beli laptop spesifikasi berikut dengan harga RM1.5K:
- Intel i5 3rd Generation
- 4 GB RAM DDR3
- 120 GB SSD
- Intel UHD Graphics
Haa... Murah kan?
Sekarang harga laptop pun tengah melambung naik sebab PKP, PDPR dan sebagainya. Semestinya laptop second hand menjadi salah satu option. Jika anda nak beli laptop trusted, datanglah ke kedai ini.
Kalau orang tanya, "tahu dari mana kedai ni?", katalah dari blog Azeem, azaraslan.com. Heheheh.
THIRD OPTION
Kedai Zaranet Network ataupun dikenali sebagai MacTrader. Kedai ni aktif di Carousell dan Facebook.
Dia juga ada kedai di Pandan Indah. Saya pernah beli Apple Keyboard dekat kedai ni. Sambil-sambil tu saya survey Macbook dan iMac. Seller pun bagus, knowledgeable mengenai Apple products.
Harga memang berpatutan.
Ni pun antara kedai yang banyak menawarkan Macbook, iMac second hand berkualiti.
Link: https://www.carousell.com.my/u/mactrader/
Sekian, terima kasih! Mohon maaf atas segala salah silap.
#azaraslan