9 Bulan Bersama Chef Kecik




Pejam celik, pejam celik, 9 bulan dah saya bersama dengan Chef Kecik.

Banyak benda dah dibuat dan banyak juga benda yang masih dalam pembangunan dan proses.
Walaupun dah nak dekat 7 tahun berkecimpung dalam bidang reka bentuk grafik, suntingan video dan fotografi serta nak dekat 3 tahun dalam pemasaran digital, kita sentiasa akan belajar perkara baharu setiap hari secara langsung mahupun tidak langsung.

Bidang grafik, video, fotografi dan pemasaran digital ni bersifat dinamik dan laju. Kita sentiasa kena kaji trend, menganalisis customer demand, target audience, customer persona, customer behaviour (on the internet), customer active surfing hours, lihat perkembangan terkini (isu semasa) dan perlu try and error best practices dan new trend yang ada.

Industri kafe dan bakeri kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau nak maju ke hadapan kita kena kreatif, inovatif, ada unique selling point (USP) untuk close sales dan capai high customer retention and customer loyalty.

Semoga Chef Kecik terus maju ke hadapan dan diberikan kejayaan untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.

Tags

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript