Pingat Semangat Kemanusiaan COVID-19, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)





Sewaktu di bangku sekolah, lebih spesifik semasa perjumpaan kokurikulum unit beruniform, guru penasihat BSMM (Malaysian Red Crescent) pernah menerangkan kepada kami (ahli BSMM) mengenai pingat-pingat dalam BSMM.

Waktu tu, pernah la juga terlintas di fikiran, "bestnya kalau dapat pakai pingat. Nampak smart".

Tapi, saya tak letak harapan sangat pun lah. Sebab, yelah, bukan senang nak dapat pingat. Apapun angan-angan tetap ada.

Setelah 9 tahun (2013 - kini) dalam Bulan Sabit Merah Malaysia peringkat lepas sekolah (17 tahun jika kira dari sekolah rendah), lintasan fikiran itu menjadi kenyataan kerana hari ini (27.2.2022) saya dikurniakan pingat pertama iaitu Pingat Semangat Kemanusiaan (PSK) COVID-19.

Pingat ini diwujudkan oleh BSMM, khas untuk mengenang jasa, pengorbanan dan bakti ahli BSMM yang bertungkus-lumus dalam membantu negara memerangi dan melandaikan lekuk COVID-19 tanpa berbelah bahagi, sejak wabak pandemik ini melanda tanah air.

Terima kasih BSMM Negeri Selangor atas penganugerahan ini. Terima kasih BSMM Kebangsaan, BSMM Daerah Petaling, BSMM VAD 44 Shah Alam atas ilmu, peluang dan pengalaman yang diberikan. Terima kasih ibu ayah kerana sentiasa menyokong anakmu untuk berbakti kepada masyarakat. Terima kasih kepada guru-guru, rakan-rakan dan semua yang memberi sokongan secara langsung mahupun tidak langsung terhadap dunia kesukarelawanan dan kemanusiaan ini.

Semoga dengan penganugerahan ini, saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain akan terus menabur bakti membantu masyarakat dan ibu pertiwi, di waktu aman atau bahaya, berlandaskan 7 prinsip palang merah, bulan sabit merah sedunia.

Semoga penganugerahan ini menjadi asbab kebaikan dan inspirasi buat ahli BSMM yang lain.






Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript