Internship Series: Tips Semasa Menjalani Internship

Photo by Vojtech Okenka from Pexels





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua sidang pembaca sekalian. Semoga semua pembaca sihat-sihat sahaja dan dilindungi daripada mara bahaya serta wabak penyakit khususnya wabak COVID-19.

Sebelum ini saya telah berkongsi mengenai:


Kali ini saya ingin berkongsi mengenai tips semasa menjalani internship. Apa yang perlu anda buat sepanjang menjalani internship?

Tanpa melengahkan masa, jom kita mula.


Photo by Oleg Magni from Pexels


01. FIRST IMPRESSION: PENAMPILAN. RIAK WAJAH. CARA PERCAKAPAN.

First impression ni penting sebab orang akan sentiasa ingat first impression terhadap kita. Walaupun orang Inggeris kata, "don't judge the book by its cover", tapi hakikatnya orang akan tetap judge the cover.

Oleh sebab itu, bertegur sapalah dengan rakan sekerja yang lain. Kenalkan diri elok-elok. Cakap dengan sopan. Jangan buat muka masam untuk kali pertama bersua muka.

Orang ni lebih mudah ingat benda yang buruk pasal kita berbanding benda yang baik. Sebab itulah ada peribahasa Melayu yang berbunyi, "hilang kemarau setahun oleh hujan sehari". Maksudnya ialah kebaikan hilang kerana kejahatan / keburukan yang sedikit.


Photo by Maria from Pexels


02. DATANG KERJA ON TIME ATAU DATANG LEBIH AWAL

Kalau kerja masuk jam 8.00 pagi, datanglah tepat pada masanya. Nak lagi bagus, datanglah lebih awal supaya anda ada masa untuk sarapan, pergi ke tandas dan menyelesakan diri. Masa itu emas dan anda kena hormati masa orang lain juga. Kalau anda lambat bersebab (kereta rosak / kena pergi klinik dan sebab-sebab yang munasabah) tu lain cerita. Kalau anda datang lewat sebab tertidur atau lambat bangun, itu adalah budaya yang bermasalah dan boleh mempengaruhi prestasi kerja anda nanti.

Anda cuba bayangkan sekiranya anda ada mesyuarat bersama ketua jabatan jam 8.10 pagi. Anda pula lewat datang kerja. Anda sampai jam 8.15 pagi. Anda rasa agak-agak apa akan jadi waktu mesyuarat tu? Anda pasti akan kena sound dengan ketua jabatan (lagi-lagi jika alasan tak kukuh).

Jika anda selalu datang lewat dengan alasan tidak munasabah, anda jangan terkejut sekiranya markah internship rendah.



03. KENALI STAF DALAM JABATAN ATAU ORGANISASI.

Tak kenal maka tak kenal. Ada organisasi mungkin terlampau besar, maka setidak-tidaknya kenalilah rakan sekerja dalam jabatan atau pasukan anda. Dalam jabatan mesti akan ada manager, supervisor. Anda kena tahu kepada siapa anda lapor diri.

Kenalilah juga siapa CEO, pengurusan, ketua jabatan, ketua pasukan dan orang-orang besar dalam syarikat. Bayangkan anda berselisih dengan CEO dekat pantri dan anda tak kenal, dan CEO pula menegur anda. Kemudian anda pula bahasakan diri beliau "abang", fuhh... CEO pula berpangkat Dato', aisemen.. Memang CEO pandang atas bawah jelah...



04. BERAMAH MESRA DENGAN STAF. BINA NETWORKING.

Anda kenalah beramah mesra dengan staf. Bila dah selesa sikit, nanti anda pun senang nak kerja sekali. Nanti anda nak minta tolong atau tanya apa-apa pun senang.

Nantilah bolehlah ajak makan, pergi sembahyang Jumaat satu kereta dan sebagainya. Benda ni nampak simple tapi inilah yang penting.

Bila dah mula bersembang-sembang dengan staf, maka nanti anda bolehlah berborak hal luar mengenai kerja juga. Mungkin anda akan discover sesuatu seperti staf A adalah seorang photographer. Anda pula minat bidang fotografi. Minat sama, lagi la banyak benda boleh sembang. Boleh belajar sesuatu daripada staf A.

Benda ni semua takkan jadi sekiranya anda tak beramah mesra. Aktiviti ini jugalah dipanggil networking secara tak langsung.



05. JAGA HUBUNGAN DENGAN SUPERVISOR.

Supervisor ni orang yang akan memberi markah kepada anda. Buktikan yang anda boleh buat kerja dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan ini, supervisor pun ada hujah yang kukuh untuk recommend anda untuk jawatan kosong di syarikat / organisasi nanti.


Photo by Jens Johnsson from Pexels


06. AMALKAN BUDAYA BERTANYA SOALAN. MALU BERTANYA SESAT JALAN.

Pendek cerita, anda kena buang rasa malu tu. Anda kena lawan rasa malu untuk kebaikan diri anda sendiri. Dalam dunia pekerjaan ini, kita bukannya bekerja sorang-sorang. Kita ada teammates.

Jika tak faham sesuatu perkara, tanyalah pada staf. Malu bertanya sesat jalan. Jangan nak tunjuk hero dan jangan nak tunjuk pandai, jangan sombong. Jangan memandai-mandai buat sendiri jika tak tahu. Nanti tak pasal-pasal anda buat silap, anda kena tanggung akibatnya.



07. SENTIASA ALL OUT DALAM HASIL KERJA. JANGAN BUAT KERJA SAMBALEWA.

Ini sudah semestinya. Kalau waktu kerja 8.00 pagi sampai 5.00 petang, maka itulah waktu yang kita patut all out. Jangan mengular, jangan culas dalam pekerjaan.

Kalau anda buat sambalewa, bila kerja nak siap? Anda juga kena ingat, anda diperhatikan. Baik internship ataupun kerja sebenar, anda telah dilantik untuk memikul tanggungjawab itu. 

Dengan semangat all out dalam kerja, kita sudah pasti akan berjaya menyiapkan kerja pada waktu yang ditetapkan. Sentiasa hantar kerja sebelum atau pada hari deadline.

Semangat all out akan menunjukkan bahawa anda seorang yang rajin dan berdedikasi untuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan.

Bagi memastikan kerja siap, anda juga disarankan untuk ada jadual kerja tersendiri. Buatlah simple list to-do tasks. Letak tarikh terima kerja dan tarikh perlu submit kerja. Nanti bolehlah juga letak status "dah siap", "belum siap", "dalam proses", dan lain-lain. Ini akan menunjukkan anda adalah seorang yang sistematik.


Photo by Pew Nguyen from Pexels


08. JIKA ADA MESYUARAT ATAU PERBINCANGAN, BAWALAH BUKU NOTA DAN PEN.

Benda ni wajib bawa. Kalau takde buku nota, bawalah kertas. Pen tu letaklah dekat poket baju.

Pastikan anda salin apa yang dicakapkan waktu mesyuarat atau perbincangan. Salin isi penting.

Boss, ketua jabatan pasti akan minta kita recap semula apa yang dibincangkan sewaktu perbincangan. Jika anda dah salin, maka anda lebih mudah nak jawab.

Kalau anda tak salin, mau ternganga "emm aaa emm aaa" waktu boss tanya. Memang malu la wei lepas tu.

Bayangkan seminggu lepas mesyuarat, boss tanya, "Ali, apa yang you dah siapkan berdasarkan meeting minggu lepas?". Kita pun berpeluh nak jawab sebab lupa nak salin. Memang kena tiau la dengan boss lepas tu.

Lagi satu perkara, kalau anda kena catat minit mesyuarat, pastikan anda catat kandungan sepanjang mesyuarat ya. Bukannya catat "berapa minit" mesyuarat berlangsung! Sebelum buat tugasan, pastikan anda faham dulu. Malu bertanya confirm sesat jalan.


From @knthekhai


09. JIKA TIADA TUGASAN, PERGI TANYA SUPERVISOR ATAU STAF LAIN UNTUK TUGASAN.

Anda kena pastikan buku log anda dipenuhi dengan aktiviti kerja. Jika tiada tugasan, pergilah minta tugasan. Masa itu emas. Jangan habiskan masa dengan tidak membuat apa-apa.

Jika tiada sangat tugasan, anda bukalah internet dan buat research apa yang patut (khususnya berkaitan dengan kerja dan tugasan anda di tempat internship).

Ataupun, anda boleh sahaja minta tips atau ilmu berkaitan sesuatu perkara. Sebagai contoh, cara menggunakan Microsoft Excel, apa tips and tricks dia.



10. KENAL PASTI SASARAN INTERNSHIP ANDA. ANDA NAK CAPAI APA SEBELUM TAMAT INTERNSHIP?

Pastikan anda ada sasaran dalam internship. Hidup sentiasa perlu ada sasaran. Barulah kita boleh terus maju ke hadapan.

Menurut artikel Cik Ta daripada kini.my (2020), terdapat 4 cara untuk tetapkan matlamat internship iaitu:

  • Tentukan apa yang anda minat
  • Fikirkan matlamat keseluruhan internship.
  • Tetapkan matlamat yang dapat diukur.
  • Tulis matlamat.


Sebagai contoh, sebelum intern, anda mungkin ada limited knowledge mengenai excel, tetapi selepas tamat intern, anda ada vast knowledge dalam menggunakan excel. Matlamat anda mungkin ialah untuk mengetahui 20 tips mudah menggunakan excel.

Contoh lain, misal kata anda membuat latihan intern di jabatan pengurusan projek. Sasaran anda mungkin ialah menambah kemahiran dalam membuat keputusan, perancangan projek, perancangan strategik menggunakan teori yang dipelajari. Matlamat anda mungkin ialah berkongsi idea dalam mesyuarat melalui pembentangan sekurang-kurangnya sekali. Secara tidak langsung anda boleh meningkatkan kemahiran pembentangan dan komunikasi di khalayak ramai.

Contoh lain, misal kata anda terlibat dalam graphic design. Anda pandai buat design 2D dan 2.5D. Anda tak pandai buat design 3D. Jabatan anda ada kepakaran dalam design 3D. Oleh itu, anda boleh letak matlamat untuk belajar membuat asas design 3D sebelum tamat intern. Bila anda dah belajar dan tahu buat, ini sudah menambah skill set anda.

Contoh terakhir, anda membuat intern dalam jabatan pemasaran. Anda ada skill dalam copywriting tapi biasa-biasa sahaja. Anda lihat company yang anda kerja ni, copywriting mereka di media sosial sangat hebat. Maka, matlamat anda mungkin ialah mempelajari teknik copywriting berkesan. Anda akan cuba berguru dengan staf di situ sehingga anda diberi kepercayaan untuk membuat copywriting bagi pihak company.

Dengan adanya matlamat, anda pasti akan usaha sehabis baik untuk mencapai matlamat tersebut.



11. SEKIRANYA ADA PELUANG YANG SESUAI, CUBALAH TONJOLKAN KELEBIHAN DAN KEBOLEHAN ANDA DALAM SESUATU PERKARA.

Ada sesetengah waktu, kita boleh pamerkan skill yang kita ada (pada waktu yang sesuai atau tepat).

Sebagai contoh, sekiranya ada masalah teknikal di pejabat (projector tak boleh connect dengan laptop), dan anda tahu jalan penyelesaiannya, maka pergilah bantu. Ini adalah contoh untuk mengetengahkan kelebihan anda secara natural.

Orang pun akan respect anda. Sebab apa? Sebab satu (1), anda membantu. Sebab kedua (2), anda berilmu dan tak lokek ilmu.


12. ELAKKAN BUDAYA MEMBERI ALASAN

Majikan agak pantang dengan kenyataan, "saya tak tahu", "saya tak mahir", "saya tak pernah belajar ni kat universiti".

Kalau supervisor tanya sesuatu perkara yang anda tak tahu, apa yang anda patut jawab?

Jawablah lebih kurang begini, "saya tak tahu tapi saya akan explore kejap lagi, dan saya akan maklumkan semula", ataupun "saya kurang arif pasal ni. Boleh saya dapatkan tunjuk ajar dari tuan/puan atau staf lain?" Haa.. Nampak la kita ni ada inisiatif.

Apapun, internship ni memang pendedahan dalam alam kerjaya. Oleh itu, belajarlah sampai tahu.


-----


Berakhirlah sudah tips semasa menjalani internship. Sekian, terima kasih. Mohon maaf atas salah silap ya. Semoga bermanfaat untuk semua!

Berikut adalah sedikit pesanan buat mahasiswa atau bakal mahasiswa. Boleh tekan di SINI.


#internship #latihanpraktikal #azaraslan #azarnakcerita


Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript