Tips Kenal Pasti Kedai Laptop Online Scam

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Semoga semua sihat-sihat sahaja dan dilindungi daripada wabak penyakit yang mengancam nyawa khususnya wabak COVID-19.

Kali ini saya ingin membawakan tajuk berkenaan kedai laptop scammer. Mutakhir ini, banyak kedai laptop online yang terpapar di media sosial. Ada yang keluar sebagai sponsored post, ada yang keluar dekat suggestion dan sebagainya.

Bila anda scroll Facebook (FB) dan Instagram (IG), pasti anda akan terlintas sponsored post / sponsored ads.

Sponsored post tu apa? Sponsored post / sponsored ads ni maksudnya iklan yang dibayar oleh peniaga, seller dan seangkatan dengannya. Peniaga bayar ke Facebook, Instagram untuk sponsored ads ni. Bila buat iklan, ada la setting yang perlu dilakukan seperti target audience (umur berapa, tinggal kat mana, minat apa, biasa search apa dan sebagainya).

Sponsored ads adalah satu teknik pemasaran digital yang digunakan secara meluas pada zaman teknologi kini. Dengan sponsored ads, iklan kedai semakin luas capaiannya. Asalkan tahu teknik dan ada duit yang mencukupi, iklan tersebut pasti boleh pergi jauh.

Cumanya, bila sesebuah kedai membuat sponsored ads, tak semestinya kedai tu trusted. Ada je kedai scammer yang buat sponsored ads.

"Macam mana kedai laptop scammer boleh run sponsored ads? Kedai tu kan dah tipu orang? Takkan la Facebook, Instagram tak ambil tindakan?"

Hmm... Jawapan mudahnya ialah, hal sebegini agak sukar nak dibanteras sebab sponsored ads adalah iklan berbayar. FB dan IG terima duit daripada mereka. Pengiklanan adalah sumber pendapatan FB dan IG juga.

Okay sekarang ni, bagaimana kita nak kenal pasti kedai laptop scam ni? Berikut adalah sedikit tips sebagai panduan untuk semua.

Untuk pengetahuan semua, saya juga pernah hampir kena tipu dengan kedai laptop scam. Sungguhpun begitu, syukur duit saya masih selamat.

Seperti biasa, perkongsian saya adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri serta orang lain.


Berikut adalah senario laptop scam yang telah terjadi sebelum ini:


Assalamualaikum tolong ramai-ramai block atau report pengguna Instagram ini. Saya dah kena scam rm1200. Niat nak beli laptop sebab tengah belajar online ni. @feraaaaaa_

https://twitter.com/feraaaaaa_/status/1424705972472213505?lang=en

Teacher duped in laptop scam on social media

https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/03/22/teacher-duped-in-laptop-scam-on-social-media

SCAM ALERT: Ada student kena tipu RM1.7k nak beli laptop utk PDPR... @InjangNation

https://twitter.com/injangnation/status/1409468895048601602?lang=en

Order laptop, tapi dapat plastik game display. Ini taktik baharu scammer China

https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=179408

CAP: Be wary when buying laptops, computers during pandemic

https://www.nst.com.my/news/nation/2021/02/662716/cap-be-wary-when-buying-laptops-computers-during-pandemic

tolong report ig laptop scam. tq. i lost my 500 and im a student yang literally nak beli laptop. dahla pandemic,kena macamni :))... @shashaazri_

https://twitter.com/shashaazri_/status/1446784021325701123


Banyak lagi kes-kes yang macam ni. Kesian kat mereka.

Berat dan parah kan isu ni? Tanpa melengahkan masa, jom kita mula.


-----


Photo by Anna Tarazevich from Pexels


01. HARGA TERLALU MURAH DAN TAK MASUK AKAL

Jujur la kan, siapa je tak suka barang murah? Betul tak? Sungguhpun begitu, kalau harga laptop tu terlampau murah pun masalah juga.

Kedai laptop scammer suka letakkan harga yang tak masuk akal. Dengan cara ini, orang ramai pasti akan tertarik dengan harga laptop tersebut.

Sebagai contoh, harga pasaran Macbook Pro Retina 2019 13.3 inci dalam lingkungan RM4,299.00 untuk SSD saiz 256GB. Bayangkan, tiba-tiba anda jumpa kedai laptop online yang jual Macbook Pro Retina 2019 15 inci berharga RM900.

Kedai ni kata, RM900 ni jumlah keseluruhan tau. Katanya siap ada warranty 1 year. Model baharu, bukan model second hand atau refurbished.

Bila ditanya, kenapa murah sangat? Jawapannya ialah sebab harga promo, harga runtuh.

Makna kata, RM900 ni bukannya bayaran ansuran atau installment. Ni memang bayar lump sum RM900, terus dia ship laptop tu ke kita selepas kita membuat bayaran.

Pelik tak? Sedangkan harga Macbook Retina 2019 15 inci boleh cecah RM6000 ke RM10,000, bergantung pada spesifikasi.

Macbook Pro Retina 2019 13.3 inci berharga RM4,299.00 untuk SSD saiz 256GB ni pun adalah demo set. Demo set bermaksud laptop display (laptop display kat kedai tu).

Kalau terlalu murah tak masuk akal ni, kebarangkalian besar adalah scammer.


MacBook Pro 13.3" Space Gray/1.4GHz Quad-Core Intel i5/8GB/256GB (DEMO). Harga yang ditawarkan oleh sebuah kedai di Lazada. Ni harga yang make sense dan masih valid dalam market. Laptop 2nd hand.


MacBook Pro Retina Touchbar 15 inch 2019 MV922. Harga RM900. Harga ni dia kata siap free gift, dapat Microsoft Office 2019 Full Set, basic software, mouse dan laptop backpack. RM900 untuk sebuah laptop pun dah tak masuk akal. Inikan pula dengan free gift.

Post ni dapat likes yang tinggi sebab ini adalah sponsored ads. Post ni orang lain xboleh komen sebab seller dah dihadkan. Makna kata, seller boleh post komen yang dia nak sahaja.


Cuba anda fikir logik. Original model anggaran harga RM4000 ke RM10,000, tiba-tiba ada yang jual dengan harga RM900. Kalau fikir secara logik, dekat mana untung kedai tu?

Kedai laptop scammer tak jana untung dengan menjual laptop. Mereka jana untung dengan menipu orang ramai. Mereka makan duit anda untuk rolling modal.


02A. CHECK ABOUT PAGE DI FACEBOOK & INSTAGRAM

Biasanya kalau kita nak tahu kedai ni betul atau tidak, pasti kita akan pergi ke page kedai tersebut.

Kita akan check about page untuk meningkatkan keyakinan kita bagi membeli dengan mereka.

Kedai yang betul-betul established, about page mereka akan banyak maklumat seperti:

  • Alamat Kedai
  • Laman Sesawang Rasmi
  • No. Telefon
  • Emel
  • Dan Lain-Lain


Kalau maklumat apa pun tak ada, perkara ini pasti akan menimbulkan kesangsian terhadap anda semua.

Sungguhpun begitu, ada je kedai laptop online scammer yang mempunyai maklumat yang secukupnya.

Sekiranya ada maklumat seperti alamat kedai dan nombor telefon, maka kita boleh cross check maklumat tersebut. Boleh baca di bahagian 03.


02B. CHECK PERKARA LAIN SEPERTI LIKES, REVIEW, GAMBAR PRODUK DAN KOMEN

Kalau kedai dah betul-betul well established, kita boleh check likes, followers, review, komen dan engagement.


LIKES

Biasanya orang akan tengok berapa jumlah likes. Kalau likes tu tinggi, maka kita pun ada la trust kat kedai tu. Tapi, kena ingat juga, likes tinggi ni boleh je dibeli. Boleh jadi yang like tu ialah cybertrooper dan robot.


FOLLOWERS

Followers ni macam likes juga. Followers ni dekat FB ada, dekat IG ada. Tapi biasanya orang lebih familiar dengan istilah ini di IG. Ada kedai laptop scam tu followers sampai berbelas ribu. Berpuluh ribu followers pun ada.

Tapi perlu diingat juga, followers ni boleh je dibeli. Ramai je followers robot dan cybertrooper.


REVIEW

Pasal review pula, kita boleh tengok berapa banyak review dia. Kalau ada banyak review, check juga lenggok review tu. Sebab, zaman sekarang, orang boleh guna cybertrooper ataupun robot untuk memberi review. Perkara yang sama terpakai untuk platform online seperti Shopee dan Lazada.


KOMEN

Pasal komen pula, kita boleh tengok cara seller balas komen. Kalau asyik suruh DM, PM je, pun tak best juga. Lagi tak best kalau dia tutup bahagian komen.

Ada juga kedai yang buka komen, tetapi yang komen pun guna fake account, cybertrooper atau robot.

Kalau ada 20 komen tapi semua komen tu lenggok dia lebih kurang je, so mungkin orang yang sama atau robot la yang komen.


ENGAGEMENT

Misal kata, kedai tersebut followers berpuluh ribu di IG, tapi jumlah like per post tak sampai 10 likes, bagi anda pelik tak? Bagi saya, pelik. Sebab kalau followers berpuluh ribu, sepatutnya likes kena tinggi, lepas tu mesti ada orang komen dan sebagainya. Kalau engagement pun tak ada, kita pun mestilah ada rasa curiga.

Kalau followers sampai 30K, tapi tak ada komen, likes pun 20-30 je, maksudnya engagement memang tak tinggi.

Ada kebarangkalian besar bahawa followers mereka bukannya tulen atau organik.


GAMBAR PRODUK

Kedai scammer ni ada yang memang tak ada produk pun dekat tangan dia. So, macam mana dia boleh ada gambar laptop? Jawapannya mudah je, mereka curi gambar dari Google ataupun kedai lain la.

Ada juga scammer yang ada laptop tu di tangan atau kedai, tapi ada dua tiga buah sahaja. Boleh check dekat thread milik @Kingmimi0 ni: https://twitter.com/kingmimi0/status/1435902308198408196.


03. ALAMAT KEDAI FIZIKAL

Kalau kedai tu letak alamat, kita boleh je cross check alamat tu. Cara paling mudah nak cross check ialah dengan memasukkan alamat tersebut ke Google Maps. Kemudian anda tukar map type ke satellite view kalau nak kepastian.

Daripada satellite view, anda boleh tukar ke street view pula.

Biasanya alamat ni wujud je, cuma sahih atau tidak jelah. Itu yang kita nak kenal pasti.

Sebelum ini, saya pernah cross check alamat satu kedai laptop scam ni. Dia kata kedai laptop dia dekat area Kedah. Saya minta alamat kedai, dia tak bagi. Dia cuma kata kedai dia di area Alor Setar, Kedah. Tapi, scammer ni letak alamat kedai dekat WhatsApp Business dia. Bila kita cross check dengan alamat tu dekat Google Map, tahu tak apa yang keluar? Keluar sawah padi.


Kalau macam ni kan, kat mana kedainya? Nampak sawah padi je ni.

Ni kalau kita zoom in, ambil street view mode. Memang tak ada kedai. Memang sawah padi. Celah mana ada penjual laptop kat sini?


Berdasarkan pembacaan saya di Twitter dan blog lain, ada juga yang pernah pergi terus ke alamat kedai laptop tersebut. Bila mereka pergi, tengok-tengok rupanya rumah orang, kedai fotostat dan sebagainya.

Kalau kedai well established, takkan la signboard pun tak ada kan? Biar betul, ye dak?

Let's say orang kedai kata, mereka tak ada kedai fizikal, macam mana? Maka kita beralih ke isi seterusnya iaitu kedai online.


04A. CHECK ONLINE STORE, ADA KE TAK?

Seller kata mereka tak ada kedai fizikal. Apa patut kita buat? Kita tanya la seller, ada tak kedai online ataupun online store?

Logiknya, kedai-kedai laptop yang jual secara online (lagi-lagi dengan harga yang murah macam ni), mestilah mereka nak mudahkan urusan transaksi.

Platform online yang popular sekarang ini ialah Shopee dan Lazada. Platform online juga menawarkan sistem jaminan / guarantee system.

  • Lazada mempunyai Lazada Guarantee yang memberi jaminan pada barangan tertentu sekiranya ia palsu, luput tarikh, ataupun terdapat kerosakan. Bagi barangan lain pula, ia masih dilindungi di bawah polisi pulangan yang biasa.
  • Shopee mempunyai Shopee Guarantee iaitu pembeli perlu menekan butang confirm (sebagai tanda barang dah sampai ke tangan pembeli). Setelah itu, barulah bayaran akan diberikan kepada penjual.
  • Mudah.my mempunyai sistem PayPal Buyer Protection tetapi hanya sah untuk bayaran melalui PayPal sahaja. Ada beberapa barang tertentu yang tak termasuk dalam perlindungan ni seperti kereta, rumah, tiket kapal terbang dan lain-lain.
  • Lelong mempunyai sistem Buyer Protection Program (BPP), tapi ini pun hanya sah untuk bayaran yang dibuat melalui NetPay dan barangan tertentu sahaja.

Kalau mereka kata mereka tak ada online store dekat mana-mana platform yang disebutkan, maka kita patut ada rasa curiga.

Yelah.. Kedai fizikal tak ada. Kedai online pun tak ada. Semuanya jual guna Facebook dan Instagram je ke?

Kalau macam tu, macam mana proses jual belinya? Biasanya mereka akan guna platform WhatsApp dan Telegram.

Masalah dengan WhatsApp dan Telegram ialah aplikasi ini tiada sistem jaminan. Sebab itulah scammer lebih suka jalankan transaksi di sini.

Bagaimana pula sekiranya kedai laptop scammer ni ada platform Shopee, Lazada dan sebagainya?


04B. ADA ONLINE STORE? MACAM MANA NAK TAHU SCAM KE TAK?

Salah satu cara paling mudah nak tengok trusted ataupun tidak, kita tengok cara pembayaran yang mereka katakan.

Modus operandi (MO) scammer ni biasanya mereka akan minta pembeli untuk melakukan transaksi di tempat lain seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya. Ini bermaksud, transaksi tidak melalui Shopee dan Lazada atau platform khas yang lain.

Selain itu, boleh juga check review kedai dan username kedai. Biasanya kedai scammer ni review pun tak ada. Username pun pelik-pelik.

Kalau ada review sekali pun, mungkin cybertrooper atau robot.


05. CHECK RUANGAN KOMEN PAGE, ENABLE OR DISABLE?

Biasanya kedai laptop scam ni, dia tak buka ruangan komen. Call to action (CTA) dia mudah je, dia nak pembeli hubungi penjual melalui WhatsApp. Biasanya penjual memang akan letak nombor WhatsApp sebagai CTA.

Kita boleh tengok CTA ni dekat bio IG dia (sebab kat bio IG je boleh tekan link). Dekat FB pun boleh tengok apa CTA dia dekat setiap post (sebab dekat FB, link boleh ditekan).


Ruangan komen dihadkan. Ni contohnya.


Ada juga kedai laptop scam yang buka ruangan komen. Sungguhpun begitu, mereka hanya akan kata, "DM", "PM". Haa, tu jelah modalnya.

Ataupun, nak lebih canggih, ada je penjual yang akan terus PM atau DM kita. Nanti mula la mereka nak pancing kita untuk beli.

Tawaran mereka, cara mereka bercakap memang betul-betul meyakinkan dan memancing pembeli. Oleh sebab itu, pembeli kena bijak dalam hal ni.

Kalau ditanya soalan semua nampak macam mengelat dan mengelak, kalau nampak mereka macam memaksa, maka jaga-jagalah ya. Mereka memang telah dilatih untuk korek dompet anda.


06. CHECK KEKERAPAN UBAH USERNAME (DI INSTAGRAM)

Perkara ni ada dikongsikan di Twitter oleh @adibkhld.

Boleh baca di sini: https://twitter.com/adibkhld/status/1424952618892218370

Cara check username adalah seperti berikut:

  • Klik 3 bulat dekat atas kanan dekat profile.
  • Klik dekat former username.
  • Kalau senarai username berubah-ubah, maka anda ada sebablah untuk ragu-ragu.


Sebagai contoh, kedai ni dah tukar 11 kali username dalam masa yang sangat singkat.


Sungguhpun begitu, ada je kedai yang memang ubah username banyak kali sebab mereka beli atas tangan orang lain. Tak semua kedai yang ada banyak username ni scammer. Apapun, sekurang-kurangnya anda boleh jadikan ini sebagai rujukan dan panduan.


07. KEDAI CLAIM TRUSTED, TAK SEMESTINYA TRUSTED

Semua orang boleh claim kedai dia trusted. Semua orang juga boleh claim bahawa produk mereka adalah nombor 1 di Malaysia.

Kedai scammer ni, biasanya mereka akan membanjiri media sosial mereka dengan puluhan malah ratusan gambar pelanggan, screenshot transaksi bank dan screenshot testimoni.

Ada kedai laptop scam yang menutup atau blurkan gambar pelanggan guna sticker dan sebagainya. Jawapan biasa adalah untuk melindungi identiti pelanggan tersebut.

Ada juga kedai laptop scam yang ambil gambar pelanggan tanpa blurkan muka, untuk tingkatkan keyakinan potential buyer.

Ada kedai laptop scam yang menunjukkan screenshot perbualan antara seller dan buyer, sebagai bukti bahawa produk yang dibeli sampai ke tangan buyer. Makna kata, transaksi berjaya. Dengan cara ini, mereka boleh meyakinkan potential buyer.

Sampai satu tahap, mereka cuba yakinkan potential buyer dan buyer dengan screenshot transaksi bank.

Mereka biasanya akan fully utilize IG story dan IG post untuk perkara ini.

Apapun, jangan senang ditipu, sebab, gambar boleh disunting. Screenshot WhatsApp juga mudah je kalau nak disunting atau ditipu. Malah ada juga kedai yang curi gambar daripada kedai online lain.

Scammer boleh juga salah guna gambar orang lain. Boleh jadi juga yang bagi testimoni tu pun geng-geng scammer juga.

Boleh jadi bahawa mereka gunakan dua telefon dalam satu masa, kemudian create fake conversation.

Ada juga kedai laptop scam yang menggunakan gambar influencer (sebagai contoh: Adzrin Mansor) untuk meningkatkan keyakinan potential buyer dan buyer. Boleh baca di sini: https://www.adzrinmansor.com/2021/04/page-scammer-curi-gambar-saya-untuk.html.


08. CHECK NOMBOR TELEFON, AKAUN BANK: SCAMMER ATAU TIDAK?

Kalau anda tak pasti kedai yang anda deal tu scammer ke tidak, ataupun kalau anda perlukan keyakinan yang lebih tinggi, maka anda boleh sahaja cross check maklumat di sini:

  • Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID): laman rasmi disediakan oleh Polis Diraja Malaysia. Di sini anda boleh semak nombor akaun bank yang diragui.
  • SCAM.MY: anda boleh semak nama, nombor telefon dan nombor akaun bank. Laman sesawang ni ada lebih banyak rekod berbanding CCID, siap ada senarai scammer dan berapa banyak kes yang pernah dilaporkan oleh setiap orang.
  • Truecaller, WhosCall, Getcontact: aplikasi ini digunakan untuk semak nombor telefon tu datang daripada negeri, tempat atau negara mana. Aplikasi ini juga memaparkan pemilik nombor telefon. Sungguhpun begitu, oleh sebab nombor telefon di Malaysia ni selalu atau kebarangkalian bertukar tangan atau recycle, jadi mungkin maklumat pemilik tak berapa tepat. Sebagai contoh, pengguna sekarang ialah Ali, tapi di aplikasi tersebut masih keluar nama owner lama iaitu Azman.
  • Group atau page Facebook yang memberi awareness / kesedaran mengenai scammer dan list of scammers. Sebagai contoh: Game Scammer Database, Malaysia Scammer Alert dan lain-lain.


Anda boleh jadikan platform di atas sebagai rujukan okay?


09. ANDA DAH TRANSFER DUIT, MACAM MANA NAK TAHU TU SCAMMER?

Hmm... Kalau anda dah transfer duit ke scammer, boleh dikatakan 99% duit tu memang tak boleh nak dapat balik dah. 1% tu sekiranya scammer sudah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Sebab apa? Scammer akan block nombor anda lepas tu, kemudian hilangkan diri terus.

Lepas anda buat bayaran, mereka ada bagi tracking number tak? Sebab biasanya mereka lesap terus lepas anda buat bayaran.

Dalam hal-hal menghilangkan diri ni, scammer memang panjang akal dan cekap.

Kalau macam ni, pergilah buat report polis.

Pastikan anda screenshot perbualan antara anda dan scammer. Selain itu, pastikan ada resit (kalau scammer tu bagi la).

Pastikan anda screenshot sekali kedai mereka di FB, IG dan lain-lain (kalau boleh sebelum buat bayaran) sebab kalau anda dah kena block dekat WhatsApp, pasti mereka akan block anda di tempat lain juga.

Kalau semua maklumat ni anda tak sempat nak dapatkan, maka... Bersabarlah ya. Sebab, boleh kata mustahil dah nak dapat duit tu.


10. KAT MANA NAK BELI LAPTOP YA? ADA CADANGAN TAK?

FIRST OPTION


Cadangan pertama ialah anda boleh beli dengan TOPIX TechnologyLaptop second-hand refurbished dengan harga yang murah dan berpatutan. Bak kata TOPIX: #hargakawankawan

Topix Technology adalah sebuah syarikat Malaysia yang menjual laptop, komputer beserta aksesori. Macam-macam jenis brand ada. HP, Dell, Acer, Lenovo, Macbook dan macam-macam lagi.

Refurbished tu apa benda? Refurbished bermaksud laptop / komputer second hand yang telah dibaiki dan dinaik taraf.




Berikut adalah sedikit keterangan buat anda:

  • Laptop refurbish - Pelbagai model laptop refurbish dijual di Topix Technology yang telah siap dinaiktaraf dengan tempoh jaminan satu hingga tiga bulan.
  • Komputer refurbish - Komputer yang telah siap diperbaharui barangan yang rosak dengan tempoh jaminan satu hingga tiga bulan.
  • Aksesori - Aksesori baharu yang diguna pakai bersama komputer dan laptop seperti headphone, speaker, keyboard, dan sebagainya.


Kenapa saya cadangkan TOPIX Technology? Sebab:

  • Tempoh jaminan 1 hingga 3 bulan.
  • Produk telah dibaiki sebelum dijual kepada pelanggan.
  • Jika berlaku kerosakan dalam masa 7 hari selepas pembelian, pihak kedai akan exchange one-to-one.
  • Setiap pembelian disertakan dengan freegift.
  • Jurujual Topix Technology akan mencadangan pilihan yang terbaik berdasarkan budget pelanggan.
  • Topix Technology menyediakan perkhidmatan bayaran ansuran (memudahkan pelanggan).




TOPIX Technology ni ada kedai fizikal di Selangor. Ada 10 cawangan iaitu Subang Perdana, Puncak Alam, Rawang, Puchong dan lain-lain.

Nak beli online pun boleh! Dia ada online store. Kalau nak beli boleh tekan link ni ya! https://topixtechnologyhq.com/Shopping/AZEEM




Boleh bantu saya generate income juga. Maklumlah sekarang ni ekonomi pun meruncing. Dompet kita pun sampai keluar rama-rama.

Kedai ni pun ada buat set combo dan promo. Ni contoh:






Boleh grab promo ni jika masih ada! Nak beli? Tekan sini ya:

https://topixtechnologyhq.com/Shopping/AZEEM

Terima kasih!


SECOND OPTION

Sekiranya anda mencari penjual laptop second hand yang trusted, mesra poket dan customer service yang tip-top, anda boleh pergi ke Kedai Hiba Ahmed IT Solution yang bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Plaza Alam Sentral juga dikenali sebagai PAS.


Pandangan hadapan kedai IT Gadgets Store.


Anda boleh cari kedai mereka di tingkat 3 PAS, sebelah kedai Oppo. Nama kedai ialah IT Gadgets Store. Kedai corner.

Owner kedai ini juga ada buka kedai yang lebih besar di tingkat 4 PAS. Kedainya betul-betul sebelah kedai alat muzik La Floresta.


Pandangan hadapan di tingkat 4. Masih baru setup.



Kedai Hiba Ahmed IT Solution. Anda nak escalator, anda akan terus nampak kedai ni. Bersebelahan La Floresta. Mereka baru pindah masuk kedai ni, Baru nak setup. So banyak la laptop tengah sales.


Saya pernah membeli iMac (21.5 inch, mid 2010) second hand di sini pada pertengahan tahun 2019. Harga RM2000 siap 240 GB SSD, Intel i3 processor dan 16 GB RAM. Biar betul? Tak masuk akal kan? Ni. Owner bagi bestest of the best price haa gitu la. Walaupun 2010 ni dikira model lama, tapi sebab RAM dan SSD power, sampai hari ini masih berfungsi dengan efisyen. Masih laju, start Mac lebih kurang 10-15 saat sahaja. Masih power untuk buat kerja-kerja design dan video editing. Tengok Netflix pun puas hati sebab skrin besar. Selain itu, customer service memang mantap.

Pada bulan September 2021, saya telah membawa kawan untuk membeli laptop terpakai di kedai yang sama. Kawan saya sendiri pun berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, plus customer service yang diberikan.

Pelbagai brand yang ada. OS Windows ada, MacOS pun ada. Anda nak cari Macbook Pro / Macbook Air yang murah tapi mantap? Kedai ni ada jual. Boleh dapat RM2500 untuk certain model.

Ada yang cari laptop Windows mesra poket harga RM2000 ke bawah untuk spec yang okay? Ada jual. Kalau rasa macam tak cukup bajet, takpe. Harga boleh bincang, jangan risau!

Kawan saya beli laptop spesifikasi berikut dengan harga RM1.5K:

  • Intel i5 3rd Generation
  • 4 GB RAM DDR3
  • 120 GB SSD
  • Intel UHD Graphics


Haa... Murah kan?

Sekarang harga laptop pun tengah melambung naik sebab PKP, PDPR dan sebagainya. Semestinya laptop second hand menjadi salah satu option. Jika anda nak beli laptop trusted, datanglah ke kedai ini.

Kalau orang tanya, "tahu dari mana kedai ni?", katalah dari blog Azeem, azaraslan.com. Heheheh.


-----


Berikut adalah sedikit sebanyak tips yang saya boleh kongsikan kepada anda semua mengenai muslihat kedai laptop scammer ni.

Saya pun bukannya pakar dalam hal ni. Saya berkongsi berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya sendiri serta orang lain.

Semoga kita semua tidak tertipu dengan harga yang murah. Memang harga dia tempting, tapi pastikan anda berpijak di bumi yang nyata.

Pastikan anda survey market price terlebih dahulu. Kalau harga asal RM6000, kemudian turun sampai RM600, tu bahaya. Ni beza dia macam langit dengan bumi.

Mohon maaf atas salah silap ya.

Semoga bermanfaat buat semua.

Silakan share kepada yang lain juga ya. Manalah tahu kita dapat selamatkan orang lain.

Sekian, terima kasih!

#azaraslan #azarnakcerita


Photo by Mikhail Nilov from Pexels


Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Tq info bang, saya baru je nyaris beli on9 ig , tgok gmbr laptop scammer ig tu , sebiji cara tulisan free gift tu. Laptop 8gb ram, 128 gb ssd , core i3. Harga letak rm 400. Memang awalnye tertarik, sekali terdetik hati search google jumpe blog ni. Kuss semangat. Melebur la jawabnye . Setiap point penerangan atas tu semua sama. Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Itulah sekarang laptop scam ni di mana-mana. Memang kena pandai pilih dan menilai. Dulu saya pun hampir kena tipu, sebab tu la saya keluarkan artikel ni untuk rujukan bersama. Semoga dipermudahkan segala urusan ya.

      Padam

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript