Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua pembaca sekalian.
Anda nak beli laptop tapi tak pasti apa yang perlu diketahui? Bila check kedai, banyak sangat spesifikasi? Adakah anda buntu atau blur nak buat pilihan? Jangan risau, saya pun pernah jadi macam tu.
Di sini saya ingin kongsikan panduan asas yang perlu diketahui jika anda nak beli laptop.
Disclaimer: Ini adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan cara saya untuk memilih laptop. Saya bukan pakar IT ya!
Saya juga pernah (dan masih) menggunakan laptop jenis ultrabook touchscreen dan laptop gaming. Saya juga ada iMac. So saya ada pengalaman dengan dua ekosistem operating system (OS) iaitu Windows 10 dan MacOS.
Saya minat survey laptop sejak zaman belajar lagi, kerana saya seorang yang main game dan membuat graphic design dan video editing. Kerja hakiki saya sekarang pun memang banyak menghasilkan video, marketing materials, mockup design dan sebagainya.
Apapun.. Jom kita mula!
----------
Photo by Vojtech Okenka from Pexels |
01. SISTEM OPERASI / OPERATING SYSTEM (OS)
Windows vs Apple / MacOS; anda nak guna mana satu?
Windows 10 - Dibangunkan oleh Microsoft. Majoriti manusia di dunia ini memang menggunakan Windows sebagai operating system (OS). Banyak aplikasi yang boleh digunakan melalui Windows ni.
MacOS - Dibangunkan oleh Apple. Pengguna Mac tak dominan seperti Windows. MacOS ni bersifat inklusif. MacOS hanya boleh beroperasi pada laptop atau komputer Apple sahaja. MacOS ni macam Darah O.
Kedua-dua OS ni banyak perbezaan dia. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
MacOS
Antara kelebihan MacOS ialah:
- MacOS ni susah nak kena virus sebab sistem dia komprehensif. Keselamatan memang tip-top. Susah nak kena hack.
- MacOS punya sistem sangat stabil. Sepanjang saya menggunakan iMac, saya tak pernah lagi kena penangan blue screen of death (BSOD).
- MacOS jarang tak smooth. Selalunya mesti smooth je. Nak tengok MacOS hang pun susah.
- Kalau anda seorang designer, anda memang akan rasa seronok buat design dekat MacOS.
Kekurangan MacOS pula ialah:
- Khusus untuk barangan Apple sahaja.
- Tak semua software kat Windows, ada dekat MacOS.
- Harga memang mahal. Ni tak boleh nak nafikan.
- MacOS tak sesuai untuk main game ya tuan-tuan dan puan-puan.
Windows
Antara kelebihan Windows ialah:
- Sistem user friendly. Senang nak guna.
- Aplikasi bersepah. Terlalu banyak tak terkata.
- Kalau ada masalah dengan Windows, banyak jalan dan garis panduan untuk troubleshoot.
- Compatible dengan banyak aplikasi.
- Compatible dengan banyak partition.
- Windows ni dia support pelbagai jenis hardware.
Kekurangan Windows pula ialah:
- Senang kena virus.
- Senang kena hack.
- Windows ni dia tak stabil macam Apple. Sebab tu selalu kena update windows, kena download patch.
- Sekali seumur hidup mesti akan kena blue screen of death (BSOD) disebabkan ketidakstabilan sistem.
Ni sedikit sebanyak la perbezaan antara Windows dan MacOS.
Photo by Marta Longas from Pexels |
Photo by laptopscreen.com |
02. SAIZ SKRIN, BERAT & KLASIFIKASI LAPTOP
Laptop ni ada macam-macam saiz dari ukuran 11.6 inci hinggalah 17.3 inci. Kebanyakan brand-brand besar seperti Dell, MSI, Acer, ASUS, HP dan lain-lain menjual standard size iaitu 13.3 inci, 15.6 inci dan 17.3 inci. Ada juga ukuran yang lain daripada tiga jenis ukuran ni seperti 11 inci, 11.6 inci, 12 inci, 12.5 inci dan 14 inci.
Setiap saiz ada kelebihan dan kekurangan dia.
Sekiranya anda mencari laptop yang senang dibawa ke mana-mana, maka saiz 13 inci dan ke bawah adalah saiz yang sesuai kerana saiznya yang kecil. Hal ini akan memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Laptop saiz kecil biasanya lebih nipis dan ringan. Berat laptop biasanya dalam lingkungan 1kg ke 1.5kg.
Sungguhpun begitu, performance laptop saiz kecil (13 inci) mungkin tidak akan sama seperti laptop saiz besar (15.6 inci dan 17 inci). Salah satunya disebabkan hardware. Ada sesetengah hardware yang bagus tapi saiznya besar. Apabila saiznya besar, maka hardware tersebut tidak boleh dipasang dalam laptop kita yang bersaiz 13 inci.
Selain hardware, berkemungkinan besar laptop bersaiz kecil akan ada ruangan port yang terhad. Kalau laptop bersaiz 15.6 inci mungkin ada 4 port USB, tapi laptop 13 inci mungkin ada dua port USB sahaja.
KLASIFIKASI LAPTOP
Ultrabook – Biasanya ringan dan nipis di samping memberikan prestasi yang tinggi. Contoh laptop: ASUS Zenbook 13 dan Lenovo Yoga 730 13.
Notebook – Kombinasi optimum yang menggabungkan sifat mudah alih dan memberikan prestasi yang baik pada masa yang sama. Saiznya besar sedikit dari Ultrabook. Contoh laptop: Dell XPS 13.
Laptop 2-in-1 atau laptop convertibles – Laptop convertibles ialah laptop yang boleh dipisahkan daripada keyboard. Bila dipisahkan maka laptop tersebut menjadi tablet. Laptop dua alam ini juga ada touchscreen. Contoh laptop: Microsoft Surface Go.Gaming – Nama pun laptop gaming, so performance dan bateri kenalah mantap sebaik mungkin. Laptop gaming tak akan lari daripada sifat berat dan bulky. Hardware sememangnya berprestasi tinggi. Sesuai untuk seorang graphic designer, video editor, animator dan gamer. Sebagai contoh: Razer Blade 15, Asus ROG Zephyrus G14, MSI GS66 Stealth dll.
Setiap jenis laptop ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang paling penting ialah anda perlu tahu laptop jenis apa yang anda inginkan. Kalau anda memang nak buat kerja design, maka belilah laptop design. Kalau anda sekadar nak tengok movie, maka tak perlulah beli laptop gaming. Kalau anda seorang engineer yang perlu untuk gunakan software engineering, janganlah beli laptop yang low-end.
Photo by Kevin Paster from Pexels |
Anda nak tengok skrin laptop ni hari-hari, maka carilah skrin yang kena dengan anda.
TOUCHSCREEN ATAU BUKAN?
Anda kena pastikan anda nak jenis skrin macam mana. Adakah anda nak touchscreen atau biasa sahaja (bukan touchscreen)?
Jika touchscreen, ianya sesuai sekiranya ada presentation dan sebagainya. Ada advantage di situ. Nampak style la.
Banyak je laptop zaman sekarang yang ada touchscreen.
Tapi kebiasaannya, laptop touchscreen mempunyai skrin yang glossy. Skrin yang glossy biasanya akan ada glaring. Glaring akan memberi kesan pada skrin dan mata kita apabila kita buat kerja design, main game dan edit video.
RESOLUTION
Laptop ni ada macam-macam resolution. Kalau anda nak screen yang sedap mata memandang, anda perlu ambil sekurang-kurangnya resolution 1920x1080 (Full HD).
Sekarang ni ada laptop yang dah ada resolution 4K. Tapi mahal la. Screen memang cantik gila. Sungguhpun begitu, anda kena tahu keutamaan anda juga. Biasanya resolution 4K digunakan oleh professional creative designer sebab mereka memerlukan rich color accuracy dalam menghasilkan design.
Kalau anda setakat nak tengok movie, ambil jelah 1920x1080. Tu pun dah memadai sebenarnya.
REFRESH RATE
Apa benda refresh rate ni? Refresh rate ni nampak memastikan skrin kita nampak lebih smooth pergerakannya.
Kalau kita ni cuma guna laptop biasa-biasa je, kita takkan perasan perkara ni.
Biasanya kaki gamer akan ambil berat pasal refresh rate. Refresh rate yang laju dapat memberikan responsive dan smoother play experience. Ini akan memberikan upper hand pada gamers pada masa-masa tertentu khususnya apabila bermain game online.
Untuk gaming, refresh rate minimum adalah 60 Hz. Nak performance lagi mantap, boleh cari refresh rate setinggi 144 Hz atau lebih. Sekarang ni kita ada juga versi 240 Hz.
Refresh rate ni juga bergantung pada graphic card kita. Kalau graphic card power, maka ianya boleh la support refresh rate tu.
Photo by Karolina Grabowska from Pexels |
04. SAIZ DAN FUNGSI KEYBOARD
Papan kekunci atau keyboard ni subjektif. Anda kena cuba menaip keyboard laptop yang anda ingin beli bagi memastikan keselesaan menaip.
Ada laptop keyboard-nya besar. Ada yang kecil. Ada yang sedang-sedang.
Ada orang tak suka butang keyboard yang besar. Ada yang tak suka jika kecil sangat.
Jika laptop besar dan panjang, laptop tersebut akan ada butang numpad atau butang nombor di bahagian hujung. Jika anda kerap menekan nombor, anda pasti nak pertimbangkan untuk numpad. Jika anda tak berminat dengan numpad, maka carilah laptop yang tiada numpad.
Bagi yang suka membuat kerja dalam gelap, anda disarankan untuk ambil laptop yang mempunyai cahaya backlit. Apabila gelap, cahaya backlit keyboard ni akan memudahkan anda untuk menekan butang keyboard.
Photo by Pok Rie from Pexels |
05. PROCESSOR / PEMPROSES / CPU (COMPUTER PROCESSING UNIT)
Processor atau CPU ni fahaman mudahnya ialah "otak" kepada sesebuah laptop atau komputer. Tak ada processor ni, memang tak jalan la sistem.
Processor yang popular ialah jenama Intel dan AMD. Sebagai contoh Intel i3, i5, i7 dan i9. AMD pula ada AMD Ryzen dan AMD Athlon.
Setiap processor ni harga dan prestasi dia berbeza.
Kalau anda sekadar membuat tugasan biasa seperti menggunakan Microsoft Word, Excel dan sebagainya, anda tak perlu untuk beli processor yang canggih-canggih.
Kalau anda seorang gamer ataupun graphic designer, video editor ataupun seseorang yang bekerja dalam bidang creative design, anda sangat disarankan untuk beli CPU aras tinggi.
Berdasarkan pembacaan saya, Intel Core Processor menawarkan best performance apabila ianya berkait dengan multitasking dan multimedia tasks. Manakala AMD Processor pula menawarkan best performance dalam gaming.
Kalau anda nak beli laptop dengan Intel Processor, belilah sekurang-kurangnya processor Intel Xeon, Intel i3 dan ke atas. Elakkan beli Intel Atom, Pentium, Celeron sebab teknologinya lama. Prestasi perlahan, nanti anda pun stress.
Kalau nak prestasi okay, anda dapat beli Intel i5 pun kira nice dah.
Photo by Valentine Tanasovich from Pexels |
06. RAM (RANDOM ACCESS MEMORY)
RAM bermaksud Random Access Memory. RAM dalam Bahasa Melayu ialah Ingatan Capaian Rawak. RAM ialah sebuah memori yang terdapat pada komputer dan telefon pintar yang digunakan sebagai storan jangka masa pendek.
SAIZ RAM
Saiz RAM amat penting untuk kegunaan harian, khususnya untuk membuka pelbagai aplikasi dalam masa yang sama. Sebagai contoh, anda buka Adobe Photoshop, buka Adobe After Effects, buka Google Chrome, buka Microsoft Word, pada masa yang sama anda buka Spotify untuk dengar lagu dan pelbagai lagi software lain. Jika RAM anda besar, maka RAM tersebut boleh cater semua process dengan baik.
Lagi besar saiz RAM, lagi banyak storan jangka masa pendek boleh dioptimumkan. Saiz RAM yang besar juga berupaya untuk komputer mengakses dan memproses maklumat dengan pantas.
Sekarang ini kita berada dalam zaman teknologi. Aplikasi zaman sekarang pun makin lama makin canggih.
Oleh sebab itu, kapasiti RAM juga perlu ditingkatkan. Saiz RAM terpaling rendah yang sesuai pada zaman sekarang ialah 4 GB.
Jika anda punya laptop masih lagi mempunyai RAM bersaiz 512 MB, 1 GB atau 2 GB, laptop anda pasti akan banyak masalah untuk buka aplikasi sebab tak cukup kriteria. Selain itu, laptop anda pasti akan jadi sangat slow.
RAM saiz 8 GB ke 16 GB adalah saiz yang disarankan untuk seorang graphic designer, video editor, animator, gamer dan yang seangkatan dengannya. Hal ini demikian kerana aplikasi game dan editing software memakan storan yang sangat tinggi. Dengan adanya RAM yang laju, kerja editing dan rendering boleh jadi lebih laju. Sama juga dengan game. Jika anda main game yang high end atau memerlukan graphic yang tinggi, RAM yang bersaiz besar dapat membantu game untuk menjadi lebih smooth.
RAM juga boleh upgrade ke 32 GB, 64 GB. 128 GB pun ada. Tapi beli berpada-pada la. Ikut keperluan laptop dan ikut spesifikasi laptop juga.
Biasanya RAM yang 64 GB dan ke atas ni digunakan untuk server.
RAM adalah salah satu komponen yang boleh dinaik taraf (upgrade). Sekiranya anda punya laptop ada slot kosong dan RAM sedia ada boleh dicabut, maka anda bolehlah upgrade saiz RAM tu.
JENIS TEKNOLOGI RAM
Pernah tak perasan bila tengok RAM, dia mesti ada tulis DDR1, DDR2, DDR3 atau DDR4? Itu menunjukkan teknologi RAM. DDR1 tu first generation, zaman 90'an. Maksudnya, DDR4 dikira latest. Paling latest ialah DDR5 setakat ni.
DDR bermaksud Double Data Rate.
Perbezaan antara setiap teknologi RAM ni boleh dilihat dari segi penggunaan voltan, performance wise, power consumption, clock speed dan memory limit.
Kalau anda nak beli laptop, carilah RAM yang sekurang-kurangnya DDR3. Sungguhpun begitu, kalau ada bajet, dicadangkan untuk ambil RAM DDR4 dan ke atas, agar kita mengikut arus teknologi semasa.
Secara ringkas, inilah perkara yang anda perlu tahu mengenai RAM.
Photo by Pixabay from Pexels |
07. STORAN / STORAGE (SSD ATAU HDD)
Hard disk drive (HDD) dan Solid State Drive (SSD) adalah komponen penting untuk penyimpanan data. Dekat sini la operating system (OS) disimpan. Begitu juga dengan segala gambar, video, kerja, lagu, aplikasi dan sebagainya.
Zaman sekarang, HDD ni dah jarang orang guna. Ramai orang sudah beralih ke teknologi SSD.
Sebab apa? HDD ni process rate data dia perlahan. Saiz HDD ni besar. Makan ruang. HDD juga cepat panas. Kalau anda dah guna HDD ni lama, anda mungkin akan dengar bunyi bising yang datang dari HDD seperti bunyi disc bergeser dan sebagainya.
SSD pula lain ceritanya. SSD ni process rate dia laju. Saiznya pelbagai. Ada yang saiz macam HDD tapi versi kecil. Ada juga saiz dia lebih kurang macam papan RAM. Kebiasaannya, jika anda guna SSD, loading time dia untuk masuk ke startup, tak sampai seminit. 10-30 saat pun boleh sampai startup dah. Jauh beza dengan HDD. Kadang-kadang kalau guna HDD, 5 minit pun belum tentu sampai startup. Macam kura-kura.
Cuma bezanya ialah, HDD murah. SSD mahal sedikit.
Photo by Karolina Grabowska from Pexels |
08. JENIS PORT (USB, LAN, HDMI, VGA, CARD READER, AUDIO JACK)
Perkara ni nampak macam tak penting, tapi penting sebenarnya. Anda kena tahu port apa yang anda nak guna. Port yang wajib ada ialah HDMI, USB dan LAN. Port HDMI amat penting untuk project screen ke layar skrin bagi membuat pembentangan. LAN amat penting sekiranya anda nak connect direct fibre cable untuk kestabilan internet. USB penting untuk cucuk pendrive, external HDD, SSD.
Bagaimana pula dengan port VGA? VGA juga memancarkan screen laptop ke layar skrin. Sungguhpun begitu, teknologi VGA ialah teknologi lama. Zaman sekarang, laptop baharu dah beralih ke HDMI. Disarankan untuk ambil HDMI. Kalau la terpaksa guna VGA sekali pun, lebih baik beli VGA to HDMI adapter.
Port USB ada dua versi iaitu versi USB 2.0 dan USB 3.0. Semestinya port USB 3.0 lebih laju dari USB 2.0. Sejauh mana kelajuannya? Lebih kurang 10 kali ganda lebih pantas daripada versi USB 2.0. Oleh sebab itu, utamakan USB 3.0.
Selain itu, kebanyakan laptop baharu sekarang sudah ada port USB 3.0 Type-C. Ada laptop yang full Type-C. Ada laptop yang masih ada port USB standard Type-A. Port Type-C ni bagus, laju dan praktikal tapi penggunaannya masih belum menyeluruh di Malaysia sebab kita masih lagi biasa dengan Type-A. Anda boleh guna Type-C untuk caj telefon lagi-lagi jika telefon anda pun menggunakan Type-C.
Kalau anda ni jenis yang suka transfer gambar dan video daripada memory card, anda perlu ada card reader dekat laptop. Jika tiada, maka anda perlu menggunakan external card reader dan cucuk ke port USB untuk transfer items.
Ada laptop yang ada satu audio jack yang merangkumi microphone dan speaker. Ada laptop yang audio jack-nya ada dua, iaitu satu microphone dan satu speaker. Mana-mana pun okay. Kalau anda nak guna microphone dan speaker, anda boleh sahaja beli audio jack splitter. So anda bolehlah cucuk external microphone dan speaker. Kalau anda rasa nak guna headphone yang ada microphone, maka tak perlu la audio jack splitter.
Anda perlu pastikan port apa yang anda nak ada dekat laptop anda. Jika anda berkenan dengan laptop tersebut tapi tak ada port yang anda inginkan, anda boleh tanya salesman untuk jalan penyelesaiannya. Pasti mereka akan advice untuk beli dongle dan sebagainya.
Photo by rawpixel.com from Freepik |
09. SAIZ DAN KETAHANAN BATERI
Saiz bateri ini amat penting bergantung pada penggunaan laptop. Kalau anda seorang yang membuat kerja berat seperti engineering software, grafik, selalu strim video, selalu buka banyak aplikasi berat, selalu pasang skrin yang cerah, ini akan mengurangkan kuasa bateri dengan pantas sekali. Oleh sebab itu, carilah saiz bateri yang besar (melainkan anda ni selalu duduk setempat dan dekat dengan punca kuasa).
Carilah laptop yang jangka hayat baterinya boleh bertahan lebih kurang 7 ke 8 jam.
Photo by Pixabay from Pexels |
10. CIRI-CIRI KESELAMATAN
Kalau anda mencari ciri-ciri keselamatan selain password, anda boleh je cari laptop yang ada biometric security seperti fingerprint scanner.
Orang mungkin boleh teka atau godam password, tapi fingerprint nak tak nak kena guna jari pemilik laptop juga.
Photo by Aditya Singh from Pexels |
11. KELAJUAN WI-FI
Zaman sekarang, internet kalau tak laju, memang boleh buat gaduh kan?
Kelajuan Wi-Fi ditentukan oleh banyak faktor seperti kekuatan isyarat dan level of interference antara laptop dan router, tetapi satu faktor yang harus anda pertimbangkan ketika membeli laptop baharu ialah kelajuan Wi-Fi laptop network card.
Tugasan network card secara ringkas adalah sebagai medium untuk komputer dapat akses internet.
Biasa kita dengar term kelajuan Mbps kan? Tu maksudnya measurement untuk link speed. Link speed ni maksudnya kelajuan internet router transfer data ke laptop.
Kalau internet connection anda laju (nampak 5 bar hijau), tapi link speed teruk, kelajuan Wi-Fi tetap akan terganggu / lambat juga.
Network card ni ada jenis yang support Wi-Fi 4, Wi-Fi 5. Nak network card yang best, carilah yang boleh support Wi-Fi 5.
Maksimum link speed Wi-Fi 4 ialah 1 GB, manakala Wi-Fi 5 ialah 3.5 GB.
Photo from onlinecmag.com |
12. GRAPHIC CARD
Last but not least, graphic card.
Soalan mudah, adakah anda perlu graphic card (GC) yang power untuk laptop anda? Soalan ni, anda kena tanya diri sendiri.
Graphic card ni ada dua jenis, integrated dan external.
ANDA PENGGUNA YANG MACAM MANA?
Sekiranya anda setakat buat kerja guna Microsoft Office, buka emel, layari internet dan sewaktu dengannya, graphic card jenis integrated sudah memadai. Integrated graphic card bermaksud GC tersebut sudah disekalikan bersama CPU. Integrated GC biasanya 512 MB memory.
Sekiranya anda seorang gamer yang low-end atau mid-range, anda memerlukan GC yang mid-range. Biasanya 1 GB dan 2 GB memory.
Sekiranya anda seorang kaki gamer yang main game high-end, maka anda perlu laptop yang ada GC high-end. Biasanya antara 4 GB, 8 GB memory dan ke atas.
Sekiranya anda seorang graphic designer, video editor, producer, animator dan seangkatan dengannya, anda memerlukan sekurang-kurangnya GC mid-spec / mid-range. Jika ada bajet, belilah yang high-spec. 4 GB memory kira nice la.
SPESIFIKASI LAIN
Banyak lagi benda yang boleh dipertimbangkan untuk membeli GC ni seperti bus interface, memory clock, memory bus, memory bus width dan lain-lain.
Bus interface ada 3 jenis iaitu PCI-E, AGP dan PCI. Teknologi terkini ialah PCI-E. Namanya "bus" sebab fungsi dia untuk menghantar dan menerima data daripada GC.
Memory clock rate ni, secara asasnya lagi tinggi Mhz, maksudnya lagi laju RAM tersebut. Tapi kelajuan RAM tidak bergantung pada memory clock rate sahaja.
Memory bus pula sama macam teknologi RAM. GC pun ada DDR juga iaitu DDR2, DDR3, DDR4 dan DDR5. DDR5 paling laju setakat ini. DDR2 paling lama. Kalau nak beli, disarankan beli DDR3 dan ke atas.
Biasa tengok tak kat komputer kita ni 32-bit, 64-bit, 128-bit, 256-bit, 384-bit? Itu adalah memory bus width. Pendek cerita, lagi besar width, lagi bagus performance GC tu.
SUPPLIER GRAPHIC CARD
Dua nama besar pembekal graphic card, tidak lain tidak bukan ialah Nvidia dan AMD. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tapi dua-dua brand bagus.
Graphic card ni banyak model number. Berikut adalah sekadar rujukan untuk senang faham.
AMD
GC keluaran terkini AMD menggunakan kod RX seperti berikut:
RX Vega: Model high-end
RX: Model low-end dan mid-spec
Anda dapat mengetahui GPU latest dengan melihat nombor selepas RX. Sekiranya lebih tinggi, maka itu adalah latest model. Sukacita diingatkan, nombor RX latest tidak bermaksud power GC tu meningkat. Nombor terkini hanya menunjukkan bahawa ini GC ini adalah model terbaharu.
Selepas melihat nombor model, anda akan lihat huruf tambahan di hadapannya seperti:
XT Graphics: Versi terkini yang lebih mantap.
HD: Siri lama kini dihentikan.
R: Juga siri lama dalam proses penghapusan.
Nvidia
Nvidia sekarang ni ada 3 jenis abjad iaitu:
RTX: High-end kaw-kaw
GTX: Ada versi dari low-end sampai high-end
GT: Basic punya
Sama seperti AMD, anda dapat mengetahui GPU latest dengan melihat nombor selepas RTX/GTX/GT. Sekiranya lebih tinggi, maka itu adalah latest model. Sama juga, sukacita diingatkan, nombor RTX/GTX/GT latest tidak bermaksud power GC tu meningkat. Nombor terkini hanya menunjukkan bahawa ini GC ini adalah model terbaharu.
Sebagai contoh, GTX 1660 lebih latest daripada GTX 1080.
Selepas kod abjad dan nombor, Nvidia juga ada special ending letter pada sesetengah model seperti:
Ti: Menunjukkan GC ini akan mempunyai prestasi lebih baik daripada GPU sama tanpa Ti. Sebagai contoh, GeForce GTX 1660 Ti mengatasi GeForce RTX 1660.
Super: Versi GPU sedia ada yang ditambah baik (lebih kurang macam Ti)
M: Sudah tidak digunakan lagi. Sebelum ini dikenali sebagai GPU mudah alih atau GPU laptop.
-----
BERAPA BAJET ANDA? ANDA NAK GUNA UNTUK APA?
Pastikan anda membuat pilihan yang terbaik. Laptop ini adalah investment jangka masa panjang. Laptop ni bukannya nak pakai sehari dua. Kalau boleh kita nak pakai selama yang mungkin.
Kalau anda seorang designer, gamer, anda kena keluar duit lebih sedikit untuk labur atas laptop yang mahal. Alah membeli menang memakai. lebih baik keluar duit banyak untuk pembelian pertama daripada beli laptop murah yang kemudiannya kena upgrade banyak kali atau kena repair banyak kali.
Kalau anda seorang ejen insurans, ejen hartanah, salesman atau seorang yang selalu bekerja on-the-go, anda boleh sahaja beli laptop convertibles (laptop 2-in-1) so that nampak lebih profesional kalau nak buat pembentangan dan sebagainya.
Jika anda hanya buat kerja assignment, Microsoft Office, tengok movie dan sebagainya, cukuplah sekadar beli laptop low to mid-spec.
Semuanya bergantung pada anda.
DEKAT MANA NAK CARI LAPTOP?
Cadangan saya ialah anda boleh beli dengan TOPIX Technology! Laptop second-hand refurbished dengan harga yang murah dan berpatutan. Bak kata TOPIX: #hargakawankawan
Topix Technology adalah sebuah syarikat Malaysia yang menjual laptop, komputer beserta aksesori. Macam-macam jenis brand ada. HP, Dell, Acer, Lenovo, Macbook dan macam-macam lagi.
Refurbished tu apa benda? Refurbished bermaksud laptop / komputer second hand yang telah dibaiki dan dinaik taraf.
Berikut adalah sedikit keterangan buat anda:
- Laptop refurbish - Pelbagai model laptop refurbish dijual di Topix Technology yang telah siap dinaiktaraf dengan tempoh jaminan satu hingga tiga bulan.
- Komputer refurbish - Komputer yang telah siap diperbaharui barangan yang rosak dengan tempoh jaminan satu hingga tiga bulan.
- Aksesori - Aksesori baharu yang diguna pakai bersama komputer dan laptop seperti headphone, speaker, keyboard, dan sebagainya.
Kenapa saya cadangkan TOPIX Technology? Sebab:
- Tempoh jaminan 1 hingga 3 bulan.
- Produk telah dibaiki sebelum dijual kepada pelanggan.
- Jika berlaku kerosakan dalam masa 7 hari selepas pembelian, pihak kedai akan exchange one-to-one.
- Setiap pembelian disertakan dengan freegift.
- Jurujual Topix Technology akan mencadangan pilihan yang terbaik berdasarkan budget pelanggan.
- Topix Technology menyediakan perkhidmatan bayaran ansuran (memudahkan pelanggan).
TOPIX Technology ni ada kedai fizikal di Selangor. Ada 10 cawangan iaitu Subang Perdana, Puncak Alam, Rawang, Puchong dan lain-lain.
Nak beli online pun boleh! Dia ada online store. Kalau nak beli boleh tekan link ni ya! https://topixtechnologyhq.com/Shopping/AZEEM
Boleh bantu saya generate income juga. Maklumlah sekarang ni ekonomi pun meruncing. Dompet kita pun sampai keluar rama-rama.
Kedai ni pun ada buat set combo dan promo. Ni contoh:
Boleh grab promo ni jika masih ada! Nak beli? Tekan sini ya:
https://topixtechnologyhq.com/Shopping/AZEEM
Terima kasih!
AKHIR KATA
Berikut adalah perkongsian daripada saya. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan. Apapun, semoga anda semua sekurang-kurangnya dapat overview pasal laptop ni ya.
Sebarang soalan boleh la tanya di bawah. Bila free nanti saya akan jawab.
Terima kasih semua kerana membaca, dan terima kasih singgah dan sokong blog saya!
#azaraslan