Photo by Hasan Albari from Pexels


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Semoga semua sihat-sihat sahaja dan dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan.

Sebelum ini saya pernah share tips membeli laptops secara umum. Boleh baca di SINI. Kali ini saya ingin berkongsi tips untuk membeli laptop second hand atau laptop terpakai.

Disclaimer: Ini adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan cara saya untuk memilih laptop second hand. Saya bukan pakar IT ya!

Okay, jom kita mula!


Contoh dead pixel dekat skrin. Ada bintik, tompok, garisan hitam.
Sumber: www.wallpaperflare.com


01. KEADAAN FIZIKAL LAPTOP

Sekiranya anda nak membeli laptop second hand, anda kena check laptop. Ada retakan tak? Ada kesan pecah tak? Ada kesan calar tak?

Selain itu, anda juga boleh check hinge atau leher laptop. Hinge ni terletak antara body laptop / keyboard dan skrin. Check dengan teliti, kot-kot ada kesan tampal salotape atau gam. Sekiranya ada, ini bermaksud hinge tu dah pernah patah. Walaupun dah digam atau ditampal dengan salotape, tapi kebarangkalian untuk patah lagi itu ada.

Check juga skrin sama ada warnanya pudar ke? Ada tak bintik-bintik atau tompok hitam di skrin? Jika ada bintik hitam, tu namanya dead pixel.

Jika ada kesan retakan, kesan sumbing, kesan pecah, kesan calar, hinge pernah patah dan sebagainya, lebih baik cari laptop lain.


Photo by Karolina Grabowska from Pexels


02. PERIKSA USB PORT DAN SEGALA PORT YANG ADA PADA LAPTOP

Bagi memastikan laptop second hand itu berada dalam keadaan baik, kita perlu periksa semua port yang ada pada laptop tersebut. Hal ini demikian kerana kita mahu memastikan bahawa semua port berfungsi. Kadang-kadang ada 3 port USB tapi 1 je yang elok.

Jika laptop tu ada port VGA, HDMI, LAN dan CD-Drive, periksa je semua. Yang penting kita senang hati.


03. PERIKSA OPERATING SYSTEM (OS) LAPTOP

Sekiranya anda nak beli laptop yang menggunakan Windows, pastikan anda ambil sekurang-kurangnya Windows 8 dan ke atas. Jangan ambil Windows 7 dan ke bawah (Windows XP, Windows Vista). Sebab apa? Sebab Windows sendiri dah tamatkan support untuk Windows 7. Software seperti Microsoft Word / Office juga sudah tidak lagi support Windows 7.


Support for Windows 7 has ended. Dari microsoft.com


Seandainya anda beli juga laptop yang menggunakan Windows 7, anda bakal menghadapi cabaran sekiranya laptop ada masalah, sebab software, driver dah tak support, dah obsolete. Selain driver, masalah lain ialah tiada lagi update dan patch untuk Windows 7. Ini akan meningkatkan lagi risiko laptop untuk kena serang virus dan sebagainya, kerana Windows 7 sudah vulnerable.

Bagaimana pula sekiranya anda beli laptop Macbook Air (MBA) atau Macbook Pro (MBP)? Anda disarankan untuk ambil model MBA atau MBP yang sekurang-kurangnya menggunakan MacOS versi High Sierra dan ke atas. Tidak digalakkan untuk ambil Sierra dan ke bawah. Sebab apa? Sebab OS dah obsolete.

MacOS High Sierra dilancarkan pada tahun 2017 dan masih boleh update laptop MBA dan MBP tahun 2009, 2010. Nak selamat, carilah laptop 2010 dan ke atas. Laptop keluaran 2011, 2012, 2013 pun okay.


04. PERIKSA SPESIFIKASI LAPTOP; PASTIKAN SAMA DENGAN IKLAN

Perkara ini anda memang kena periksa. Anda kena pastikan spesifikasi laptop yang diiklankan sama seperti dalam laptop. Sebagai contoh, iklan laptop tersebut mempamerkan 8 GB RAM. So, anda kena pastikan memang RAM yang ada dalam laptop tersebut ialah 8 GB RAM. Kadang-kadang ada laptop yang spesifikasi di iklan tak sama dengan apa yang ada di laptop.

Jika anda tak periksa betul-betul, anda juga yang rugi nanti. Kalau dapat penjual yang jujur, tak apa. Kalau dapat yang kaki tipu, menyesal menangis tak sudah kita.

Macam mana nak periksa? Jika anda pengguna Windows, anda boleh periksa secara mudah dengan right click This PC (boleh search di Windows Startup / Start), kemudian tekan properties. Setelah tekan properties, nanti akan ada popup keluar mengenai device specifications. Anda boleh check RAM, CPU semua di situ.

Selain daripada cara ini, anda juga boleh sahaja pergi ke Control Panel -> System and Security -> System. Anda akan dapat hasil yang sama.


Lepas tekan properties di This PC, anda akan dibawa ke halaman ini. Anda akan lihat halaman ni sekiranya anda guna Windows 10.


Untuk MacOS pula, anda boleh tekan icon Apple di hujung kiri atas, kemudian tekan "About This Mac". First tab Overview. Anda boleh check spesifikasi OS, CPU, RAM di situ.


Anda boleh lihat maklumat di sini. Sumber gambar: Apple


05. KENAL PASTI ANDA NAK GUNA LAPTOP UNTUK APA

Perkara ni amat penting untuk kita beli laptop baharu ataupun second hand. Anda nak guna untuk apa? Adakah anda nak guna untuk buat assignment? Adakah sebab anda banyak buat kerja grafik? Adakah anda seorang gamer? Adakah anda seorang engineer atau arkitek? Kenal pasti terlebih dahulu perkara ini.

Kemudian, anda kenal pasti pula software yang anda ingin gunakan pada laptop anda. Sekiranya anda ingin menggunakan Adobe Photoshop, anda boleh search di internet mengenai minimum requirements untuk software tersebut. Sama juga untuk software lain seperti AutoCAD, Adobe After Effects, Da Vinci Resolve dan sebagainya. Jadikan minimum requirements software tersebut sebagai rujukan untuk anda beli laptop.

Berikut adalah minimum requirements untuk Adobe Photoshop:

  • CPU: Intel or AMD processor with 64-bit support, 2 GHz or faster processor
  • RAM: 8 GB
  • HDD: 10 GB of storage space
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX 1660 / NVIDIA Quadro T1000
  • OS: 64-bit Windows 10, October 2018 update, version 1809 or later
  • Screen Resolution: 720p
  • Network: Broadband Internet Connection


Seperti yang disebutkan di atas, jadikan minimum requirements ini sebagai rujukan untuk membeli laptop.

Bagaimana pula sekiranya anda seorang gamer atau anda nak main game yang power? Anda boleh buat benda yang sama iaitu mencari minimum system requirements bagi game tersebut.

Berikut adalah minimum system requirements untuk Batman Arkham Knight:

  • OS: Windows 7 SP1, Windows 8.1 (64-bit Operating System Required)
  • Processor: Intel Core i5-750, 2.67GHz | AMD Phenom II X4 965, 3.4 lGHz
  • Memory: 6GB RAM
  • Graphics: NVIDIA GeForce GTX 660 (2GB Memory Minimum) | AMD Radeon HD 7950 (3GB Memory Minimum)
  • DirectX: Version 11
  • Network: Broadband Internet connection required
  • Hard Drive: 45GB available space


Seperti yang anda dapat lihat, spesifikasi untuk game ini, boleh tahan besarnya. Storage yang diperlukan untuk game ini sahaja ialah 45 GB. RAM sekurang-kurangnya 6 GB. Pastikan laptop anda mencapai keperluan ini. Sekiranya tidak capai, laptop anda memang tak akan boleh main game ini.

Biasanya kalau saya nak check sama ada game tersebut boleh dimain dalam laptop atau tidak, saya akan taip "Can You Run It" diikuti dengan nama game.


www.systemrequirementslab.com/cyri


Sebagai contoh, GTA IV can you run it / can you run it GTA IV. Nanti anda akan nampak website ni. Gunakan website ini untuk check laptop dan game.


06. AFTER SALES SERVICE (WARRANTY)

Nak beli laptop second hand, carilah kedai yang servisnya bagus. Selain itu, carilah kedai yang menawarkan warranty pada laptop second hand. Kebiasaannya laptop second hand sudah tamat tempoh warranty daripada jenama berkaitan. Sungguhpun begitu, ada sahaja kedai yang menawarkan warranty kedai. Ada yang 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun.

Kenapa kita disarankan untuk mencari laptop second hand yang ada warranty kedai? Sekiranya laptop ada masalah dan sebagainya, anda boleh sahaja hantar ke kedai untuk periksa masalah yang ada.


07. SPAREPART

Laptop second hand ni, ada yang senang dapat sparepart, ada juga yang susah. Selain itu, biasanya laptop yang model 2013 dan ke bawah, sparepart agak sukar dicari. Jika pihak kedai ada banyak sparepart untuk model tersebut atau pihak kedai boleh dapatkan sparepart sekiranya perlu, itu dikira bagus la.

Kalau tak nak pening-pening, belilah laptop second hand jenama terkemuka seperti Dell, Acer, Asus, Lenovo dan lain-lain. Nak lagi selamat, belilah model tahun keluaran 2014 dan ke atas.


08. PERKARA LAIN

Perkara-perkara lain yang perlu dititik beratkan ialah RAM, CPU, SSD atau HDD, Network Card dan lain-lain. Anda boleh baca perkara ini dengan lebih lanjut di sini: https://www.azaraslan.com/2021/09/tips-panduan-asas-untuk-membeli-laptop.html. Saya telah mengupas secara mendalam dan komprehensif mengenai tips membeli laptop.


09. KAT MANA NAK BELI LAPTOP SECOND HAND NI YA? ADA CADANGAN TAK?

Ya saya ada cadangan! Ada dua cadangan.


FIRST OPTION


Cadangan pertama ialah anda boleh beli dengan TOPIX Technology! Laptop second-hand refurbished dengan harga yang murah dan berpatutan. Bak kata TOPIX: #hargakawankawan

Topix Technology adalah sebuah syarikat Malaysia yang menjual laptop, komputer beserta aksesori. Macam-macam jenis brand ada. HP, Dell, Acer, Lenovo, Macbook dan macam-macam lagi.

Refurbished tu apa benda? Refurbished bermaksud laptop / komputer second hand yang telah dibaiki dan dinaik taraf.




Berikut adalah sedikit keterangan buat anda:

  • Laptop refurbish - Pelbagai model laptop refurbish dijual di Topix Technology yang telah siap dinaiktaraf dengan tempoh jaminan satu hingga tiga bulan.
  • Komputer refurbish - Komputer yang telah siap diperbaharui barangan yang rosak dengan tempoh jaminan satu hingga tiga bulan.
  • Aksesori - Aksesori baharu yang diguna pakai bersama komputer dan laptop seperti headphone, speaker, keyboard, dan sebagainya.


Kenapa saya cadangkan TOPIX Technology? Sebab:

  • Tempoh jaminan 1 hingga 3 bulan.
  • Produk telah dibaiki sebelum dijual kepada pelanggan.
  • Jika berlaku kerosakan dalam masa 7 hari selepas pembelian, pihak kedai akan exchange one-to-one.
  • Setiap pembelian disertakan dengan freegift.
  • Jurujual Topix Technology akan mencadangan pilihan yang terbaik berdasarkan budget pelanggan.
  • Topix Technology menyediakan perkhidmatan bayaran ansuran (memudahkan pelanggan).




TOPIX Technology ni ada kedai fizikal di Selangor. Ada 10 cawangan iaitu Subang Perdana, Puncak Alam, Rawang, Puchong dan lain-lain.

Nak beli online pun boleh! Dia ada online store. Kalau nak beli boleh tekan link ni ya! https://topixtechnologyhq.com/Shopping/AZEEM




Boleh bantu saya generate income juga. Maklumlah sekarang ni ekonomi pun meruncing. Dompet kita pun sampai keluar rama-rama.

Kedai ni pun ada buat set combo dan promo. Ni contoh:






Boleh grab promo ni jika masih ada! Nak beli? Tekan sini ya:

https://topixtechnologyhq.com/Shopping/AZEEM

Terima kasih!


SECOND OPTION

Sekiranya anda mencari penjual laptop second hand yang trusted, mesra poket dan customer service yang tip-top, anda boleh pergi ke Kedai Hiba Ahmed IT Solution yang bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Plaza Alam Sentral juga dikenali sebagai PAS.


Pandangan hadapan kedai IT Gadgets Store.

Anda boleh cari kedai mereka di tingkat 3 PAS, sebelah kedai Oppo. Nama kedai ialah IT Gadgets Store. Kedai corner.

Owner kedai ini juga ada buka kedai yang lebih besar di tingkat 4 PAS. Kedainya betul-betul sebelah kedai alat muzik La Floresta.


Pandangan hadapan di tingkat 4. Masih baru setup.


Kedai Hiba Ahmed IT Solution. Anda nak escalator, anda akan terus nampak kedai ni. Bersebelahan La Floresta. Mereka baru pindah masuk kedai ni, Baru nak setup. So banyak la laptop tengah sales.


Saya pernah membeli iMac (21.5 inch, mid 2010) second hand di sini pada pertengahan tahun 2019. Harga RM2000 siap 240 GB SSD, Intel i3 processor dan 16 GB RAM. Biar betul? Tak masuk akal kan? Ni. Owner bagi bestest of the best price haa gitu la. Walaupun 2010 ni dikira model lama, tapi sebab RAM dan SSD power, sampai hari ini masih berfungsi dengan efisyen. Masih laju, start Mac lebih kurang 10-15 saat sahaja. Masih power untuk buat kerja-kerja design dan video editing. Tengok Netflix pun puas hati sebab skrin besar. Selain itu, customer service memang mantap.

Pada bulan ini (September 2021) pun saya telah membawa kawan untuk membeli laptop terpakai di kedai yang sama. Kawan saya sendiri pun berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, plus customer service yang diberikan.

Pelbagai brand yang ada. OS Windows ada, MacOS pun ada. Anda nak cari Macbook Pro / Macbook Air yang murah tapi mantap? Kedai ni ada jual. Boleh dapat RM2500 untuk certain model.

Ada yang cari laptop Windows mesra poket harga RM2000 ke bawah untuk spec yang okay? Ada jual. Kalau rasa macam tak cukup bajet, takpe. Harga boleh bincang, jangan risau!

Kawan saya beli laptop spesifikasi berikut dengan harga RM1.5K:

  • Intel i5 3rd Generation
  • 4 GB RAM DDR3
  • 120 GB SSD
  • Intel UHD Graphics


Haa... Murah kan?

Sekarang harga laptop pun tengah melambung naik sebab PKP, PDPR dan sebagainya. Semestinya laptop second hand menjadi salah satu option. Jika anda nak beli laptop trusted, datanglah ke kedai ini.

Kalau orang tanya, "tahu dari mana kedai ni?", katalah dari blog Azeem azaraslan.com. Heheheh.


10. AKHIR KATA

Inilah sedikit sebanyak tips yang saya boleh kongsikan untuk membeli laptop second hand. Saya belajar perkara ni pun daripada kawan-kawan pakar IT, rakan yang kerja kedai komputer, pembacaan dan pengalaman sendiri membeli komputer second hand dan membantu kawan membeli laptop second hand.

Semoga segala input ini membantu anda dalam memilih laptop.

Terima kasih kerana membaca blog saya!


#azaraslan #azarnakcerita

4 تعليقات

  1. Info yg sgt berguna. Sy takde knowledge sgt pasal laptop ni so info ni mmg akan membantu sy nanti. Thanks tn untuk tips!

    ردحذف
  2. Salam bang. Mcm mne kte nk detect kdai laptop scammer eh? Dkt twitter byk viral psl laptop scam. Rasa takut nk bli laptop. Kte ni bukannya berduit sgt.

    ردحذف
    الردود
    1. Wslm wbt. Saya baru je buat entri pasal ni. Boleh baca di sini untuk maklumat lanjut ya: https://www.azaraslan.com/2021/10/tips-kenal-pasti-kedai-laptop-online.html#more

      Ni artikel latest saya. Semoga membantu semua.

      حذف

إرسال تعليق

أحدث أقدم