Gangguan Mental Tidak Bermaksud Gila



GANGGUAN MENTAL TIDAK BERMAKSUD GILA

21 Ogos 2021 (Sabtu).

Saya bertugas sebagai operator untuk Mental Health & Psychosocial Support (MHPSS) RedCrescent4U (RC4U) Careline.

Tugas utama saya adalah untuk memberi sokongan moral, sokongan psikososial kepada orang yang memerlukan bantuan. Ada yang tertekan akibat kerja. Ada yang tertekan akibat tidak dapat berjumpa keluarga. Ada yang tertekan sebab tak boleh keluar rumah untuk berjumpa kawan-kawan dan sebagainya. Semua ini adalah masalah pada mereka, dan setiap orang masalahnya berbeza.

Paling penting, setiap masalah adalah masalah. Jika masalah tu mungkin kecil bagi kita, mungkin pada orang lain masalah itu besar. Jika orang menyatakan masalah, kita perlu validate masalah itu, bukannya brush off begitu sahaja.

Sifat empati, memahami perlu ada dalam diri. Jangan kita nilai seseorang berdasarkan kaca mata kita. Sebaliknya, kita perlu berada dalam kasut mereka.

Gangguan mental bukan bermaksud sakit otak. Gangguan mental bukan bermaksud gila. Tidak adil untuk dilabel sebegitu.

Disebabkan stigma ini, orang menjadi takut untuk bertemu doktor. Keadaan ini akan menyebabkan keadaan orang tersebut lebih teruk, sedangkan orang itu memerlukan bantuan. Patutnya kita kena sokong mereka, bukan jatuhkan mereka.

Penyakit seperti kemurungan, skizofrenia, dan bipolar tidak wajar dilabel sebagai gila. Mereka pun tak minta penyakit ni datang ke mereka.

Apabila anda bertemu ahli psikologi, memohon pertolongan atau mendapatkan rawatan, itu tidak bermakna anda gila. Itu bermaksud anda mempunyai kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental. Anda nak jadi lebih baik.

Kesihatan fizikal dan kesihatan mental adalah dua perkara yang perlu dijaga, kerana dua-dua adalah penting!

Sekiranya kita tak jaga kesihatan mental, kesihatan fizikal anda akan terpalit sama.

Sekiranya anda rasa berat hati, tiada motivasi, murung, tertekan dengan pandemik, rasa gemuruh dan rasa ingat meluahkan kepada seseorang, anda boleh meluahkan kepada pasukan MHPSS RC4U Careline. Setiap perbualan anda bersama operator akan dirahsiakan mengikut etika kerahsiaan. Setiap petugas telah mengisi borang Non Disclosure Agreement untuk perkara ini. Ahli yang bertugas juga telah dilatih dengan ilmu pertolongan psikologikal (PFA), dan akan ditingkatkan kemahiran dari semasa ke semasa.

Anda boleh hubungi kami di talian yang tertera pada poster.

Mental health matters!


Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript