-----
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
Semoga semua sihat-sihat sahaja. Semoga semua pembaca blog ini beroleh kejayaan dunia akhirat, dipermudahkan segala urusan dan dilindungi daripada wabak pandemik COVID-19.
Sebelum ini saya dah share mengenai "Apa Itu Diploma Pentadbiran Awam (DPA) UiTM?", dan "Apa Itu Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (BAS) UiTM?
Nak tahu apa itu DPA? Baca DI SINI.
Nak tahu apa itu BAS? Boleh baca DI SINI.
Untuk entri kali ni, saya nak share course yang saya ambil untuk peringkat Master, iaitu Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran. Lebih dikenali sebagai Executive Master in Administrative Science (EMAS) / Ijazah Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran.
Kenapa EMAS? Hahahah. Nama memang grand kan. Kebetulan akronim jurusan Master di Fakulti Sains Pentadbiran Pengajian Polisi (FSPPP) ni memang sedap. Ada EMAS, MOCA, MiRAD dan MAS. Heheh.
Saya ambil jurusan ni, dua bulan selepas saya tamat belajar ijazah. Saya masuk bulan September 2018. Sebelum masuk ijazah tu, saya bekerja sebagai guru sandaran, ajar Bahasa Melayu (BM) tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah lama saya iaitu, SMK Seksyen 19 selama sebulan. Banyak juga cerita menarik. Antara yang menarik, boleh baca entri ni: Budak Kelas Belakang Ada Masa Depan Ke?
Alhamdulillah, sepanjang pengajian master ni, saya berjaya dapat:
- Dua kali Anugerah Pascasiswazah Fakulti (APF). Maksud lain, saya dapat Anugerah Dekan (AD) untuk dua semester daripada empat semester.
Okay kembali ke cerita EMAS ni. Macam entri sebelum ni, saya akan buat dalam bentuk soalan dan jawapan, so senang untuk anda semua rujuk.
-----
01. EMAS NI APA SEBENARNYA?
Executive Master in Administrative Science / Ijazah Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran (Selepas ini saya akan guna akronim EMAS sepanjang entri ni) ialah:
- Senior kepada DPA & BAS.
- Prinsipnya sama, anda akan belajar mengenai pengurusan & pentadbiran kerajaan termasuklah sedikit sebanyak mengenai politik.
- Beza antara DPA & BAS ialah, EMAS ni lebih tertumpu dan spesifik.
- Ada beberapa subjek semasa anda belajar di BAS, anda akan belajar semula di EMAS, tetapi lebih detail.
EMAS adalah mod pengajian coursework. Ini bermaksud, anda kena masuk kelas, dan pada masa yang sama, anda kena siapkan mini research ataupun kita panggilnya sebagai dissertation.
02. APA ITU COURSEWORK, RESEARCH DAN MIXED MODE?
- Coursework: Masuk kelas, belajar subjek-subjek yang ditetapkan. Pada masa yang sama, kena complete mini research / dissertation untuk peroleh sijil sarjana / master
- Research: Anda tak perlu masuk kelas langsung. Dunia anda hanyalah membuat research sahaja.
- Mixed Mode: Masuk kelas, belajar subjek-subjek tertentu yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama, kena siapkan thesis untuk dapat sijil master.
03. EMAS NI MASIH ADA SUBJEK KIRA-KIRA KE?
Masih ada, tapi subjek tu berkait dengan course kita la. Jangan risau, tak ada dah subjek-subjek macam matematik, statistik dan ekonomi semua tu. Seingat saya ada dua je yang melibatkan kira-kira ni, iaitu Public Financial Management dengan Research. Hihihi.
04. BOLEH SHARE APA YANG KITA AKAN BELAJAR?
Boleh. Saya pecahkan pada dua mod. Full time dan part time. Refer table di bawah:
05. APA BEZA FULL TIME DENGAN PART TIME?
Banyak bezanya.
- Kelas
- Yuran (Check soalan 06)
- Suasana Kelas Itu Sendiri
- Jenis Rakan Sekelas
- Corak Pemikiran & Budaya Rakan Sekelas
- Tempoh Pengajian (Refer soalan 14)
Saya akan cerita pasal kelas dengan lebih detail. Yang lain-lain, ringkas je okay?
KELAS.
FULL TIME
Full time bermaksud anda punya kelas tu hari-hari. Pendek kata, hari Isnin-Jumaat. Full time means anda macam student biasa. Kalau anda dulu full time student waktu Diploma dan Degree, haa sama la konsepnya. Kalau anda refer jadual di atas, satu semester maksimum 4 kelas je. So kebiasaannya satu hari, satu kelas. Kadang-kadang, dua kelas sehari.
Satu kelas, bersamaan 3 jam ya semua. Minimum.
PART TIME
Part time pula bermaksud anda akan attend kelas pada hari Sabtu dan Ahad. Lecturer takkan ganggu hari bekerja unless terpaksa sangat-sangat. Apapun, jarang-jarang la berlaku. Disebabkan kelas part time ni jatuh pada Sabtu dan Ahad, plus ni je hari yang ada, maka kelas memang akan cramped la. Hahahaha.
Sebagai contoh, kalau kelas hari Sabtu (2.00pm-5.00pm), maka kelas hari Ahad akan jadi full day (9.00am - 5.00pm).
Oh ya, satu hari satu subjek. So kalau macam hari Ahad tu, 9.00am - 5.00pm adalah satu subjek yang sama. Anda akan belajar 8 jam subjek yang sama. Tolak satu jam rehat (bergantung pada lecturer).
SUASANA KELAS & JENIS RAKAN SEKELAS
- Kelas full time, hampir kesemuanya pelajar muda yang baru habis degree.
- Mostly memang fokus pada master semata-mata. Tak ada kerjaya lagi. Kalau ada kerja pun, mereka akan kerja part time atau buat bisnes untuk jana pendapatan sampingan.
- Kelas part time pula, anda akan jumpa pelajar yang lebih berusia dan berkerjaya. Macam kelas saya dulu, separuh kelas ialah penjawat awam, separuh lagi ialah pekerja sektor swasta. Ada yang PTD, ada yang level Pengarah, ada yang HR practitioner.
CORAK PEMIKIRAN & BUDAYA RAKAN SEKELAS
- Kelas part time, pelajar lebih experienced. Kebiasaannya mereka akan relatekan pengalaman mereka dengan tajuk yang dibincangkan dalam kelas. So, dari segi contoh tu, kita dapat hands-on punya contoh. Reality based. Lebih senang kita nak ingat. Pelajar part time pun suka relatekan course EMAS ni dengan assignment dan research mereka. So, galilah maklumat sebanyak mungkin. Even lecturers pun banyak belajar dari pengalaman student.
- Kelas full time, lebih fokus kepada teori sebab ramai yang fresh grad daripada degree, terus masuk master. Mereka tak ada la pengalaman yang hebat-hebat macam pelajar part time. Apapun, ini bukan kelemahan sebab sebelum seseorang itu menjadi orang berpengalaman, mereka juga start from zero. Dari semester ke semester, corak pemikiran dan pembelajaran pasti mengubah seseorang juga. Jika anda bertuah, anda mungkin akan dapat student full time yang bekerja tapi mereka ambil cuti belajar. Macam saya dulu di semester 1, ada dua orang PTD dalam kelas saya. So, banyak benda juga anda boleh belajar dan manfaatkan di situ. Perbincangan matang akan berlaku dalam kelas, maka terlahirlah perbincangan yang berisi, padat dan konkrit.
Saya dah ada pengalaman dengan dua-dua mod pengajian ni. Semester 1 saya full time (FT). Semester 2 sampai semester 4 saya part time (PT) sebab dah bekerja. So inilah perbezaan yang ketara, yang saya boleh senaraikan.
06. MAHAL TAK YURAN MASTER?
Yuran Master di UiTM adalah paling murah antara semua universiti awam kat Malaysia ni. Boleh check jadual ni.
Mungkin nampak macam pricey sikit per semester, tapi ini adalah yuran yang paling murah.
So, kalau nak sambung Master, bolehlah kumpul duit / buat pinjaman / mohon scholarship.
Antara biasiswa yang ada ialah MARA dan MyBrain. Nak buat pinjaman PTPTN pun boleh.
07. COURSE EMAS NI GUNA BAHASA MELAYU KE BAHASA INGGERIS?
08. SAYA LEMAH BAHASA INGGERIS, MACAM MANA?
Kalau lemah Bahasa Inggeris, jangan down. Kita boleh tingkatkan skill kita dari semasa ke semasa. Yang penting, anda kena usaha lebih untuk kuasai Bahasa Inggeris. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan give up!
Habis kelas, lepas tu nak kena prepare untuk program Leadership Talk sebagai Emcee. Practice makes perfect.
09. MASIH GUNA BUKU KE MASTERS NI?
Yep, anda masih gunakan buku. Ada lecturer akan bagi tahu buku apa nak beli. Sungguhpun begitu, ada je lecturer yang tak guna buku. So bergantung pada lecturer juga pasal pengunaan buku ni.
Tapi apa yang confirm ialah, ANDA KENA BACA BANYAK GILA JURNAL & ARTIKEL. Student Master kan, kenalah banyak membaca. Jurnal dan artikel ni la yang akan menyokong point-2 dalam assignment, kuiz, test dan exam korang.
Korang akan baca slides juga. Tapi ingat satu je: tak semua lecturer akan bagi slides kat anda. Anda kena salin sendiri.
10. ASSIGNMENT MACAM MANA?
Menggigil woo soalan ni. Hahahaha. Okay macam ni lah ya, senario dia mudah: Kalau anda rasa zaman degree final year anda sibuk gila-gila dengan assignment, zaman Master dua tiga kali ganda daripada zaman Degree. Haa bukannya saya nak takutkan korang, tapi inilah realitinya.
Kalau korang refer jadual programme structure kat soalan 03 tu, untuk semester 1 FT ada 4 subjek betul? Satu subjek at least ada 4 assignment (gabungan mini assignment + major assignment). So, 4 subjek x 4 assignment= 16 assignment satu semester. Ni realiti buat Master. Kalau anda terkejut, jangan risau, saya pun waktu jadi student Master, memang terkejut jugak hahahah. Rasa macam insane, rasa macam nak give up pun ada. Tapi jangan risau, susun jadual elok-elok, jangan tangguh-tangguh kerja okay?
Sometimes korang tak dapat nak rehat sangat pun. Sebab, habis satu assignment, ada lagi assignment menunggu. Itu belum cerita lagi kalau due date dekat-dekat. Berjaga malam tu biasa. Sakit kepala, stress tu memang confirm punya.
Assignment yang dimaksudkan ni, belum cerita bab research lagi tau. Tu lagi dahsyat. Hahahaha. Pasal research ni kita buka soalan lain okay.
Imagine kalau student PT, lagi la sakit kepala nak memikirkannya. Siang kerja, malam kena settlekan assignment. Sometimes kena mintak cuti kerja sebab nak selesaikan assignment ni.
Kalau student PT boleh, student FT pun mesti boleh!
Pembentangan assignment semester 3: Leadership for Change
11. LEVEL OF DIFFICULTY UNTUK ASSIGNMENT MACAM MANA?
Apa yang saya boleh katakan ialah, anda jangan sesekali samakan level of difficulty assignment sewaktu diploma dan degree. Anda kena lucutkan hardship waktu degree. Jangan samakan langsung!
Assignment waktu Master ni, anda kena:
- Matang dalam membuat assignment. Jawapan kena matang, bernas, konkrit dan menepati kehendak soalan. Jangan buat mukadimah panjang-panjang sebab nak cukupkan word count yer sebab lecturer nak tengok isi. Kat situ la markah diberi.
- Berfikir luar kotak. Kena berfikir secara kritikal.
- Fikir cara penyampaian presentation yang terbaik. Jangan dok terbawa-bawa perangai baca slides A-Z, menghala punggung ke lecturer.
- Kena banyak membaca jurnal, artikel untuk menyokong hujah anda dalam assignment.
- Kalau anda harapkan slides je, memang kena bantai teruk dengan lecturer. Confirm-confirm markah teruk.
- Sebagai student EMAS, anda dijangka dan diharapkan untuk mengetahui isu semasa. So, sila cakna dengan isu semasa, banyakkan baca surat khabar dan tonton berita. Student EMAS kan belajar pasal pengurusan & pentadbiran kerajaan serta politik, so mestilah nak kena tahu isu semasa!
Selain itu:
- Ada certain task yang memerlukan anda untuk interview orang luar. Ni depends pada assignment yang kita dapat.
- Ada juga assignment kita kena kerjasama satu kelas. Pendek kata, kena organise lawatan atau site visit.
Lawatan Akademik ke Jabatan Kastam DiRaja Selangor Cawangan Pelabuhan Utara. Dianjurkan oleh kelas sendiri. Keperluan untuk memenuhi carrymark Subjek Public Financial Management.
Bersama Ecah, Acot & Kak Ros. Waktu ni singgah makan jap sebelum sambung buat assignment Project Planning & Analysis Management.
Yes, tu atas katil, tengah-tengah pagi settlekan assignment. Masing-masing tengah stress. Cuba hiburkan diri sendiri. Hahahahah.
12. ADA TEMUDUGA KE KALAU NAK MASUK EMAS NI?
Untuk jurusan EMAS, tak ada temuduga. Untuk jurusan lain macam MiRAD, ada.
13. ADA PERSATUAN FAKULTI KE? KENA AKTIF KE?
Ada. Secara automatik anda akan jadi Ahli Persatuan Pascasiswazah Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (PERSiS).
Ada pelbagai program yang akan dianjurkan. Ada program bersifat akademik dan ada program yang bukan akademik.
Boleh join bila-bila free. Tiada paksaan. Tak ada kupon kolej pun. Hahahaha.
Kalau nak pegang jawatan pun boleh. Tiada masalah.
14. BERAPA SEMESTER KESELURUHAN?
Untuk FT, 3 semester (1 tahun setengah). Untuk PT, 4 semester (2 tahun).
TAPI!!
Untuk peringkat Master ni, anda hanya dibenarkan untuk extend satu semester sahaja tau. So untuk FT, sampai semester 4 je manakala untuk PT, sampai semester 5 je.
So, jangan main-main okay? Sebab kalau anda sangkut juga, anda kena expelled / gugur taraf. Ada certain cases je student boleh extend lebih dari semester yang ditetapkan. Antaranya sebab sakit, sebab ada masalah peribadi yang tak dapat dielakkan dan sebab-sebab yang kukuh yang boleh diterima oleh pihak UiTM.
15. POINTER DEKAN SAMA KE MACAM DEGREE?
Sememangnya, TAK SAMA. Hahahaha.
Waktu diploma & degree, kalau nak dapat Anugerah Dekan (AD), at least kena dapat 3.50 betul?
Untuk master level ni, minimum nak dekan (AD) ialah 3.70.
Dekat level master kita tak panggil AD. Kita panggil Anugerah Pascasiswazah Fakulti (APF).
16. UISH, KALAU MACAM TU, GRED LULUS MACAM MANA PULA?
Hehehehehehehe. Zaman diploma & degree, gred C ialah gred atas pagar. C- gagal, betul?
Gred minimum untuk lulus master ialah B ya guys. Anda dapat B-, anda gagal.
Moral of the story: belajar betul-betul dan pastikan carrymark korang tinggi!!
17. KENA BUAT PROPOSAL KE SEBELUM MASUK MASTER?
Jawapannya... Tak perlu. Tak ada dalam requirement yang mengatakan bahawa perlu buat proposal untuk enroll dalam EMAS.
Tapi kalau anda nak draf awal, boleh je. Then, cari la supervisor yang berkaitan dengan bidang yang anda buat, kemudian propose la tajuk tu.
Kalau supervisor suka, so dapat la jimat masa sebab dah start awal. Means, anda ada head start.
18. EMAS NI ADA DI KAMPUS MANA?
Setahu saya, ada di UiTM Shah Alam dan UiTM Sabah.
19. SIAPA YANG TENTUKAN TAJUK DISSERTATION / RESEARCH?
Kita sendiri yang tentukan. Tapi, bincang dulu dengan supervisor pasal tajuk ni.
Kita kena submit tajuk pada semester 1 juga. So discuss elok-elok, apa yang terbaik.
Pastikan anda membuat tajuk yang anda minat dan rasa boleh buat. Jika anda minat, so anda akan rasa ada semangat sikit nak teruskan.
Buat research ni is a lonely journey tau. At least tajuk yang awak minat tu lah yang akan memberi motivasi untuk teruskan research selama 1 tahun setengah ataupun 2 tahun.
Hakikat research yang lain:
- Research ni dia bukannya final year project (FYP) ya. Bukan senang-senang nak skor A.
- Research yang kita buat perlu ada keunikan. Perlu ada novelty value. Tidak boleh sama dengan tajuk orang lain.
- Setiap research yang kita buat tu perlu tackle satu-satu masalah dan berikan cadangan untuk jalan penyelesaian.
- Seandainya dah ada orang buat pasal sesuatu tajuk tu, kita tidak lagi boleh pilih tajuk yang sama melainkan anda nak buat comparative analysis, anda nak comment researcher tu punya thesis, research dalam perspektif yang berbeza.
- Dalam research ni ada macam-macam school of thoughts yang kena ikut. Bukannya kita buat research pakai taram je.
- Misal kata, kita nak buat tajuk A. Tajuk A ni guna teori A, so kita tak boleh buat benda yang sama. Sungguh pun begitu, kita boleh buat tajuk A tapi guna teori B. Kenapa boleh? Sebab kita nak test keberkesanan teori B tu macam mana. So nanti ada la researcher lain akan buat comparative analysis antara teori A dan teori B, mana lebih bagus dan sebagainya.
- Jika anda pilih sesuatu teori, tajuk, formula, anda perlu ada sebab kenapa pilih teori, tajuk, formula tersebut. Kenapa nak ambil teori, tajuk, formula tu? Anda perlu buktikan dengan research findings dan sebagainya. Anda kena ada fakta dan hujah yang kukuh dalam setiap benda yang anda buat.
- Sebab itu lah dalam research ni kena banyak membaca jurnal, buku, artikel dan sebagainya. Sebab dengan maklumat-maklumat itulah kita akan masukkan dalam penulisan dan kita akan masukkan nama mereka sekali sebagai rujukan.
- Jika penulisan research kita berkualiti, kita boleh publish research kita. Kita boleh bentang dalam persidangan.
- Setiap research yang kita buat, tujuan utamanya adalah untuk menyumbang dalam body of knowledge. Kita nak besarkan gedung ilmu.
20. INCASE NAK TUKAR TAJUK DI PERTENGAHAN JALAN, BOLEH KE?
Hmm... Boleh, tapi tak digalakkan (unless ada apa-apa halangan yang tidak dapat dielakkan). Kalau anda tukar tajuk di pertengahan jalan, ni bermaksud anda kena start balik from stratch. Imagine, research yang anda usahakan untuk 1 tahun (contoh), tiba-tiba punah dan tak boleh guna, stress wei!
Selain itu, anda sudah kekurangan masa. Sekiranya anda yakin anda boleh settlekan dalam masa yang diberikan, then it's okay. Kena struggle lebih dari biasa la.
21. MACAM MANA PULA DENGAN SUPERVISOR?
Anda akan dapat supervisor pada semester 1.
Tapi pada awal semester nanti, lecturer akan bagi borang untuk kita isi pilihan supervisor. Kalau anda dari diploma & degree, dan dah kenal lecturer tertentu, so ada la advantage kat situ. Means, anda tahu lecturer tu macam mana.
Pihak fakulti akan share maklumat mengenai senarai pensyarah beserta expertise mereka. Boleh buat survey awal.
Sungguhpun begitu, anda tak semestinya akan dapat lecturer yang anda nak. Sebab apa? Sebab satu supervisor (SV), ada kuota dia. Tak boleh ramai-ramai student under satu SV. Pihak fakulti yang akan tentukan pada akhirnya.
Sedikit nasihat kalau anda nak pilih supervisor (SV):
- Pilih SV yang anda selesa bekerja. Jangan pilih sebab anda kamcing dengan dia ataupun sebab rapat dengan dia semata-mata. Ada chances yang anda akan take for granted sebab dah rapat, so kerja pun tangguh.
- Pilih SV yang ada good and vast background dalam bidang kajian yang anda pilih. Jangan pilih sebab kamcing!
22. WAKTU DEGREE DULU, ADA RESEARCH PARTNER. MASTER MACAM MANA?
Anda kena buat sorang. Research zaman master is a lonely journey. Antara anda dan supervisor sahaja.
So, bila buat sorang ni, kena ada disiplin, kena plan sendiri apa nak buat.
Kalau anda suka tangguh-tangguh, ubah lah sikap tu.
Kalau tak, habis research awak nanti.
Nasihat saya, fokuslah betul-betul dalam kelas research. Fokus macam mana nak buat SPSS tu!
Apapun, ini adalah persediaan yang baik sekiranya anda nak sambung PhD, sebab PhD pun kena buat sorang.
23. NAK TANYA, KOLEJ DISEDIAKAN KE?
Kolej tak disediakan. Keutamaan diberikan kepada pelajar diploma dan degree. So, kalau dah dapat master tu, boleh la search rumah sewa terus okay?
Tapi, tak salah kalau nak cuba nasib. Boleh je pergi pejabat kolej dan tanya sama ada, ada kekosongan ataupun tidak. Jika ada, rezeki anda la.
24. FSPPP UiTM SHAH ALAM: KALAU SAYA BAWA MOTOR / KERETA, NAK PARKING KAT MANA?
Good news is, untuk student master / PhD, kita ada privilege sikit.
Kita boleh parking kereta dekat:
- Parking berpalang di Fakulti Sains Komputer Matematik (FSKM)
- Parking berpalang di Fakulti Kejuruteraan
Macam mana nak dapat akses? Anda kena isi borang dekat website ni: https://onyx.uitm.edu.my/aktif/spb.nsf
Anda follow je apa yang disuruh. Nanti bila dah complete semua, anda boleh pergi beli sticker kenderaan dengan harga RM2 seingat saya.
Kalau untuk motorsikal pulak, anda boleh je terus parking kat FSPPP. Tak perlu mohon akses parking berpalang.
25. HABIS MASTER NI, KITA BOLEH BUAT PhD APA?
Fakulti FSPPP hanya ada satu jurusan sahaja untuk PhD, iaitu Doctor of Philosophy (Administrative Science) - AM990.
Tempoh: 2 tahun setengah - 7 tahun (5 - 14 semester).
Ni bergantung kepada kita punya performance, speed dan kemampuan.
Boleh baca di sini: https://fsppp.uitm.edu.my/index.php/programme/postgraduate/phd
26. APA PELUANG PEKERJAAN SELEPAS HABIS EMAS NI?
Ni soalan cepumas. Pekerjaan yang paling diidam-idamkan oleh pelajar EMAS ialah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M41. Ni jawatan paling hot la dalam kerajaan.
Peluang-peluang lain adalah seperti berikut:
- Pentadbiran & Pengurusan Kerajaan (Persekutuan, Negeri & Tempatan)
- Pentadbiran & Pengurusan Syarikat
- Pengurusan Sumber Manusia
- Undang-Undang
- Keusahawanan
- Hal Ehwal Diplomatik
Kepada yang dah bekerja, master ni boleh jadi batu loncatan untuk kenaikan pangkat, sekiranya pekerjaan kita ada kena mengena dengan apa yang kita pelajari.
27. KALAU SAYA NAK JADI PENSYARAH, MACAM MANA?
Nak jadi pensyarah, anda sekurang-kurangnya kena ada PhD. Maka sambunglah PhD untuk mencapai cita-cita tersebut.
Anda boleh juga mohon Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) untuk merealisasikan hasrat anda untuk jadi pensyarah. Pasal TPM ni kena Google, sebab saya pun tak pasti apa kelayakan sekarang.
Boleh check sini: https://www.facebook.com/Tenaga-Pengajar-Muda-226192177402699/
28. MACAM MANA NAK MOHON EMAS NI?
Kalau nak mohon master, click website ni: https://ipsis.uitm.edu.my/
Ini adalah website khas untuk student postgraduate. Apa-apa maklumat intake semua kat sini.
Kalau anda sekarang berada di final year degree, anda dah boleh mohon master ni. Nanti kena beli no pin kat BSN. RM50 seingat saya. Nanti ada la benda kena isi, kena dapatkan sign apa semua. Lepas tu kena hantar kat pejabat fakulti. Macam saya, saya hantar di Pejabat Akademik FSPPP UiTM Shah Alam.
29. APA KELAYAKAN NAK MOHON COURSE EMAS?
Berikut adalah kelayakan untuk memohon course EMAS:
- CGPA sekurang-kurangnya 3.00 dalam bidang pengurusan & pentadbiran atau bidang dalam disiplin yang berkaitan.
- Anda ada pengalaman kerja 2 tahun dan ada degree CGPA 2.75.
- Anda ada pengalaman kerja 4 tahun dan ada degree CGPA 2.50.
30. BANYAK GUNA DUIT TAK UNTUK MASTER NI (SELAIN DARIPADA YURAN)?
Depends juga. Kita akan banyak habis duit dekat:
- Assignment (printing, traveling)
- dissertation (printing, traveling, questionnaire, interview orang)
- Beli buku
- Beli baju korporat fakulti
- Print jurnal, artikel, research paper, dan:
- Benda2 untuk lepaskan stress, macam makan, tengok wayang, main boling (sebab buat master memang stress huhuhu)
So, spare duit jugak okay?
Nak jimat duit? Saya sangatlah sarankan anda beli PRINTER sendiri. Sebab kerja printing memang banyak.
Waktu ni tengah breakfast dengan Acot kat Restoran Gembira. Memang gembira lepas makan. Hahahah.
31. MASTER LEVEL ADA FIRST CLASS MACAM DEGREE KE?
Tiada. Master level tak sebut first class, second class. Master level tak ada Anugerah Naib Canselor (ANC) tetapi master level ada Anugerah Sarjana Cemerlang (ASC). Bila konvo nanti, pengacara majlis akan umumkan seperti ini:
Ali bin Abu, Penerima Anugerah Sarjana Cemerlang (ASC).
Dekat layar skrin konvokesyen pula akan terpamer nama kita dan juga dua bintang. Sebagai contoh:
Ali bin Abu (**)
Dua bintang merujuk kepada ASC.
Untuk yang tak dapat ASC macam mana? Jawapannya tak akan ada apa-apa bintang pun. Keluar nama sahaja.
Macam mana nak dapat ASC? Anda kena dapat Anugerah Pascasiswazah Fakulti (APF) setiap semester. APF ni macam Anugerah Dekan (AD) cuma bezanya APF perlu dapat pointer 3.70 dan ke atas manakala AD pula perlu dapat pointer 3.50 dan ke atas. Maksudnya di sini, master level memerlukan pointer yang lebih tinggi. Secara tidak langsung ini menunjukkan master level memang mencabar.
ANDA DAH ADA LAPTOP KE BELUM?
Laptop ni penting untuk presentation, buat assignment semua.
Jika belum, ni cadangan tempat nak cari laptop.
Anda boleh beli dengan TOPIX Technology! Laptop second-hand refurbished dengan harga yang murah dan berpatutan. Bak kata TOPIX: #hargakawankawan
Topix Technology adalah sebuah syarikat Malaysia yang menjual laptop, komputer beserta aksesori. Macam-macam jenis brand ada. HP, Dell, Acer, Lenovo, Macbook dan macam-macam lagi.
Refurbished tu apa benda? Refurbished bermaksud laptop / komputer second hand yang telah dibaiki dan dinaik taraf.
Berikut adalah sedikit keterangan buat anda:
- Laptop refurbish - Pelbagai model laptop refurbish dijual di Topix Technology yang telah siap dinaiktaraf dengan tempoh jaminan satu hingga tiga bulan.
- Komputer refurbish - Komputer yang telah siap diperbaharui barangan yang rosak dengan tempoh jaminan satu hingga tiga bulan.
- Aksesori - Aksesori baharu yang diguna pakai bersama komputer dan laptop seperti headphone, speaker, keyboard, dan sebagainya.
Kenapa saya cadangkan TOPIX Technology? Sebab:
- Tempoh jaminan 1 hingga 3 bulan.
- Produk telah dibaiki sebelum dijual kepada pelanggan.
- Jika berlaku kerosakan dalam masa 7 hari selepas pembelian, pihak kedai akan exchange one-to-one.
- Setiap pembelian disertakan dengan freegift.
- Jurujual Topix Technology akan mencadangan pilihan yang terbaik berdasarkan budget pelanggan.
- Topix Technology menyediakan perkhidmatan bayaran ansuran (memudahkan pelanggan).
TOPIX Technology ni ada kedai fizikal di Selangor. Ada 10 cawangan iaitu Subang Perdana, Puncak Alam, Rawang, Puchong dan lain-lain.
Nak beli online pun boleh! Dia ada online store. Kalau nak beli boleh tekan link ni ya! https://topixtechnologyhq.com/Shopping/AZEEM
Boleh bantu saya generate income juga. Maklumlah sekarang ni ekonomi pun meruncing. Dompet kita pun sampai keluar rama-rama.
Kedai ni pun ada buat set combo dan promo. Ni contoh:
Boleh grab promo ni jika masih ada! Nak beli? Tekan sini ya:
https://topixtechnologyhq.com/Shopping/AZEEM
Terima kasih!
Untuk maklumat lanjut mengenai fakulti ini, boleh ke website ini: https://fsppp.uitm.edu.my/
Sekiranya anda ingin mengetahui perjalanan master saya macam mana, boleh click SINI!
-----
Sedikit nasihat atau tips dari saya sekiranya nak sambung master:
- Jangan buang masa. Jangan amalkan budaya tangguh kerja. Dah dapat assignment, settlekan.
- Kena prepare fizikal dan mental. Assignment memang akan berlambak. Ini akan menjadi cabaran hebat kepada yang dah bekerja, lagi-lagi yang dah kahwin dan ada anak.
- Ingat peribahasa ni: Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
- Ingat juga kata hikmah ni: Difficult path often lead to beautiful destination.
- Kalau burnout, stress. Relax kejap. Kita kena jaga diri kita juga.
- Jangan berlagak pandai. Kalau tak tahu sesuatu perkara, bertanyalah pada yang pakar.
- Jaga hubungan dengan supervisor.
- Kalau ada bengkel penulisan thesis, bengkel SPSS dan sebagainya, join! Kat situ anda akan belajar banyak benda.
- Banyakkan membaca buku, jurnal, artikel, surat khabar dan tonton berita serta cakna isu semasa. Jangan harapkan slides sahaja.
- Jika ada masa, join program anjuran universiti atau fakulti. Release stress and make some time for yourself!
- Kalau rasa lost, ingat balik sebab apa kita masuk master at the first place. Pegang sebab tu supaya kita ada motivasi nak teruskan perjalanan master sampai ke penghujungnya.
By the way, saya juga memahami konsep pentadbiran awam melalui game.
Sejak kecil, saya amat meminati game SimCity 4, sejenis game genre city building simulation. Saya mula main game ini pada usia 8 tahun, dan masih main game ini sehingga hari ini.
Siapa sangka, game SimCity 4 ini sebenarnya banyak membantu saya sepanjang perjalanan akademik dari peringkat Diploma Pentadbiran Awam, Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran hingga ke Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran.
Saya telah mendapat pendedahan awal daripada game, dan saya boleh kaitkan teori pentadbiran awam dan aplikasikan dalam game ni.
Game ini juga antara faktor penyumbang dalam perjalanan saya mendapat Anugerah Naib Canselor Diploma Pentadbiran Awam UiTM.
Nak tahu lebih lanjut bagaimana sebuah game SimCity 4 boleh membantu dalam memahami pentadbiran awam dan sains pentadbiran? Boleh baca sini: https://www.azaraslan.com/2024/10/what-simcity-4-can-teach-us-about.html?m=1
Semoga bermanfaat dan membuka perspektif baharu buat semua sidang pembaca.
---
Fuhh! Panjang blog kali ni. Saya harap saya dah cover banyak la persoalan anda semua pasal Master & EMAS in general ni.
Berikut adalah sedikit pesanan buat mahasiswa atau bakal mahasiswa. Boleh tekan di SINI.
Sekiranya ada soalan, boleh tambah di ruangan komen ya.
Boleh la share juga kat orang lain! Semoga bermanfaat, terima kasih semua!
Yang Ikhlas,
AZAR
Azeem Raslan
#FSPPP #UiTM #EMAS #AM770
hi, thank your sebab banyak explain secara details since dpa until emas. Saya ada soalan, saya baru2 ni terbaca dekat twitter, that author tweet kalau kita sambung master kadang2 top mgt akan rasa kita ni overqualified (bukan untuk jadi lecturer) and susah nak dapatkan kerja. ada some yang teruskan je amik phd untuk jadi lecturer. jadi betul ke? and boleh saya tahu your friend ada tak buat blog or any explaination about MIRAD? sebab saya rasa macam menarik pulak kos tu 😊 thank you
BalasPadamSama2. Terima kasih juga sebab jadikan blog saya sebagai rujukan untuk DPA sampai EMAS.
PadamTop Management atau HR rasa qualified? Iya.. Saya xnafikan benda tu sebab saya lalui sendiri.
Dalam fasa saya sebagai pelajar master, lepas memohon 297 kerja, 55 interview, barulah saya dapat kerja. Macam-macam jawapan ada. Jawapan overqualified tu memang xleh nak kira dah.
Boleh baca di sini: https://www.azaraslan.com/2020/02/peritnya-mencari-kerja-baharu.html
Dan sini: https://www.azaraslan.com/2020/03/kini-bukan-lagi-pengganggur.html
Saya punya next posting pun memang akan sentuh pasal perkara ni juga sebenarnya. Masih dalam peringkat draf.
Di Malaysia ni, pelajar postgraduate tak semua majikan pandang. Kat luar negara, pelajar postgraduate diraikan sebab dah hampir jadi subject matter expert dalam sesuatu bidang.
Di Malaysia, bila sambung master atau PhD, mesti orang akan cakap, "Nak jadi lecturer ke?". Sedangkan, banyak je peluang lain selain dunia pendidikan. Tapi sebab kita dah dibiasakan dengan pemikiran sambung master phd jadi lecturer, tu yang payah.
Sebab tu la ada yang cadangkan jadi lecturer je terus, tapi kena sambung PhD la kalau nak peluang lebih cerah.
Untuk MiRAD as of now saya xde lagi kawan-kawan yang buat blog pasal ni. Nanti saya try tanya kawan-kawan, kenalan sekiranya ada.
Hi, terima kasih atas perkongsian dari dpa sampai master emas. Agak mencabar waktu master ya. Huhu. kalau niat nak belajar tak masalah, kita boleh usahakan ya. Pasti boleh. Btw kan, dissertation/ research itu yang kita kena pilih tajuk dari semester 1 untuk semester 3 kah? Dan satu lagi boleh saya tahu subjek yang elective 1 dan 2 awak ambik pilih course code yang mana?
BalasPadamSama2! Semoga bermanfaat. Betul postgraduate level memang mencabar.
PadamUntuk dissertation kita dah kena cari tajuk pada semester 1. Kita kena start cari maklumat, siapkan sedikit demi sedikit dari semester hingga semester 3.
Kalau tiba2 rasa nak tukar tajuk pada pertengahan jalan, boleh je. Tapi, kena struggle lebih dari biasa la untuk kejar deadline.
Ooo... Saya ambil leadership for change dan local government & urban governance. Waktu saya study, dua elective ni je yang available. Sebab waktu saya belajar part time, memang ada satu kelas je. Hahahah.
Kalau degree mungkin kelas sampai 6-7 kelas kan. Tapi waktu saya master, mmg ada satu kelas je. Student tak ramai waktu tu.
*dari semester 1 hingga semester 3.
PadamAssalamualaikum... Terima kasih sebab share awak punya master journey dalam blog.. Memang sangat membantu.. Saya ada rancang nak sambung master dalam bidang sains kemasyarakatan... Sebab Degree saya dalam bidang Sains Politik.. From USM.. So saya nak mintak pendapat awak program postgraduate yang mana sesuai untuk saya continue dekat UiTM..
BalasPadamSoalan kedua saya.. Selalunya intake untuk program ada berapa kali dalam setahun.. Tq.. Semoga Allah permudahkan urusan awak..
Sama2. Alhamdulillah... Terima kasih juga baca blog saya. Kalau postgraduate pasal Sains Kemasyarakatan, saya rasa course saya ambil la kira antara yang sesuai. Executive Master in Administrative Science.
PadamKalau betul2 nak ke arah politik luar negara, boleh ambil MIRAD. Master in International Relations & Diplomacy.
Biasanya UiTM pengambilan dua kali setahun. Bulan Mac dan September. Ni setakat yang saya tahu la.
Maaf balas lewat. Agak kesibukan minggu ni.
Terima kasih atas perkongsian perjalanan master kamu ini. Ia membuka mata saya dan membuat saya lebih minat untuk menyambung Masters. Saya sedang menjalani last year degree (sem 5) di UiTM N9. Jika tidak keberatan, saya nak tanya tentang course saya ini. Masa degree ni saya ambil Degree in Science Mathematics, saya nak tahu course apa yang paling sesuai untuk saya ambil masa Master nanti jika saya nak sambung belajar, Thank you in advance :)
BalasPadamTerima kasih kasih membaca blog saya. Semoga bermanfaat.
PadamOoo.. Kalau ambil Degree in Science Mathematics, boleh je ambil course yang dalam aliran sama.
Kalau tak nak ambil aliran sama pun boleh tapi kena buat preparation yang rapi la sebelum masuk course tu.
Sebagai contoh, semasa saya belajar master dulu, saya ada seorang rakan sekelas yang mengambil degree in chemistry. Kalau diikutkan memang tersangat jauh beza antara chemistry dan administration. Tapi dia buat preparation dengan baik dan bersedia untuk pulun habis, so dia pun sama2 tamat dah belajar sekali. Hihi.
So apapun keputusan nak dibuat, awak boleh kaji dulu course-course yang sesuai.
Hi, saya nak tanya. Kalau contoh my cgpa 3.64 lepas tu ada satu subject is C+. Does it meant i have to ambil semula that subject?
BalasPadam*3.46
PadamBetul, kena ambil semula. Minimum skor ialah gred B. B- dah dikira gagal untuk peringkat master.
PadamAssalamualaikum hai azar. Tq 4 ur details information in master journey. Its very helpful. Just nak tau senang tak nak dapat kerja lps hbis study ni? Boleh direct apply dgn company yg open job atau kena melalui satu2 platform contohnya SPA?
BalasPadamWaalaikummussalam wbt. You're welcome.. Hmm, sejujurnya untuk dapat kerja zaman sekarang memang susah, sebab kadar pengangguran dalam kalangan fresh graduate, experienced people pun tinggi.
PadamNak apply dengan company open job pun boleh, SPA pun boleh, apa-apa job portal pun boleh. Course EMAS ni all rounder, memang ada banyak peluang kerjaya khususnya dari sudut pentaddbiran dan pengurusan, tapi kena cekal la mencari kerja. Kita kena ada added value, extra skills, knowledge and ability untuk meyakinkan bakal majikan.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamassalamualaikum and hai...thank you for the sharing Azeem..really helpful at all...saya ada soalan..berkenaan subject project planning, analysis and management tu..dia sama dengan subjek ADS512 Project Management degree tu ka?? kena buat AOA AIB responsiblity matrix apa tu ka?? bukan apa saya ada niat nk sambung EMAS tapi bila lihat coursework ada subjek project planning ni risau saya..saya dh la tk gemar ngn subjek project management time degree huhuh
BalasPadamWaalaikummussalam wbt Megat. Most welcome! ADS512 zaman degree tu lain dengan master. Master level lebih kepada project planning. Tak ada dah kena lukis-lukis WBA apa semua tu. PROMA level master ni dia akan lebih khusus. Macam biasa, PROMA akan ada assignment kena buat kertas kerja projek (dan apply la apa yang dipelajari nanti).
Padamtempoh hari saya dah baca artikel boss dan harini saya baca lagi..sejujurnya saya takut nak sambung buat Master tapi jauh dilubuk hati saya saya mahu menyambung lagi pengajian sehinggalah ke peringat PhD....dan insyaAllah jikalau tiada halangan UiTM Shah Alam AM701 Master International Relations and Diplomacy...doakan saya tuan..sejujurnya saya takut
BalasPadamGood luck Megat! InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan. Yang penting memang kena tabah. Sebab buat master PhD bukanlah perjalanan yang mudah. Perlu banyak berkorban. Banyakkan berdoa.
PadamAssalamualaikum Tuan Azeem, pertana sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyenarai FAQ di blog Tuan ini. Saya pelajar lepasan BAS AM228. Saya agak keliru perbezaan MAS & EMAS.
BalasPadamSeterusnya, adakah kelas (kuliah) diadakan seperti pjj peringkat ijazah?.
Saya dahulukan ucapan terima kasih.
Waalaikummussalam wbt. Sama-sama! Semoga blog ini membantu saudara/saudari.
PadamMAS = Master in Administrative Science
MAS ni full research. Tak ada kelas. Ibarat macam PhD tapi ni level master. Disebabkan tak ada kelas, maka dissertation / thesis kena strong. Kerja anda hanyalah fokus pada research.
EMAS = Executive Master in Administrative Science
EMAS ni ada kelas, wajib datang kelas (macam zaman AM228) dan ada mini-research.
Kelas adalah secara bersemuka atau fizikal (melainkan lecturer nak buat kelas online). Sama ada PJJ, full time atau part time, keutamaan kelas adalah secara bersemuka.
Semoga menjawab persoalan yang ditanya.
Assalamualaikum Tuan, terima kasih atas perkongsian pengalaman tuan semasa belajar di peringkat Master. Buat masa sekarang saya sedang mengikuti degree Human Resource Management, soalan saya bolehkah saya sambung EMAS? Terima kasih.
BalasPadamWaalaikummussalam wbt tuan. Sama-sama. Boleh sambung. Rakan sekelas saya dulu graduan ijazah kimia, kemudian masuk EMAS. Dapat maintain pointer sepanjang program.
Padam