Vaksin Dari Kampung A Ke Kampung B

Memantau dan menerangkan kepada penerima vaksin berkenaan borang vaksin.

VAKSIN DARI KAMPUNG A KE KAMPUNG B

25 Julai 2021.

Vaksinasi bergerak dari rumah ke rumah untuk golongan rentan (vulnerable group) masih diteruskan. Pasukan Bravo iaitu Dr. Ben, saya, Muhammad Iqmal dan En. Zahiman bergerak ke rumah yang telah ditetapkan pada hari ini.

Checkpoint di Seri Kembangan, Puchong dan Shah Alam.

Hari ini kami cover perumahan kawasan bandar dan juga perumahan kawasan di kampung kawasan Puchong. Nak cari guna Google Maps tak jumpa, so kita turun tanya orang kampung setempat yang jual air kelapa untuk dapatkan guidance secara manual.

Dr. Ben sedang menunjukkan picagari yang mengandungi vaksin kepada penjaga.
Tu bukan muka marah ye. Kebetulan je kamera sharp gitu. Hahaha.

Waktu ni sedang terima call daripada BSMM HQ berkenaan salah seorang penerima vaksin. Pada masa yang sama, tengah catat keadaan penerima serta ubat yang dimakan.

Menyemak borang vaksin yang diisi oleh waris / penerima vaksin.

Sedang mengisi butiran di kad vaksinasi penerima vaksin.


Salah seorang penerima vaksin hari ini, merupakan orang muda yang terlantar di atas katil (bedridden). Hidup tanpa otak kanan. Ada otak kiri sahaja. Sangatlah syahdu, sedihnya hati kami. Beliau tak mampu nak ke PPV. Sebab itulah kami "membawa PPV" ke rumah terus.

Vaksin diberikan kepada semua golongan, tanpa mengira warna kulit, kaum, agama dan bangsa. Tak kira sihat atau sakit. Semua orang berhak dapat vaksin, kerana mereka juga rakyat dan manusia. Mereka juga ingin survive dalam pandemik ini. Setiap nyawa berharga.

Doktor membuat penilaian dan pemerhatian selepas suntikan vaksin.

Sedang membersihkan / sanitize barangan yang digunakan dengan Nano Disinfection Spray Gun.

Proses penyuntikan vaksin. Waktu ni ada di kawasan kampung.

Menyusun atur barang dalam trauma kit untuk pergerakan seterusnya.


Adakah kami penat? Semestinya. Berkicap wei pakai PPE seharian. Dari satu tempat ke satu tempat. Tapi perkara yang memotivasikan kami ialah apabila kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Ucapan terima kasih itu sangatlah memberi makna yang besar.

Rasa seronok, sampai lupa belum makan tengah hari. Makan tengah hari tadi pukul 6.00 petang.

Sekiranya ada ahli keluarga yang terlantar (bedridden) di rumah, anda boleh hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) tempat anda untuk pemakluman mengenai perkara ini. Mereka akan kumpul data dan akan serahkan pada Pasukan Program Vaknisasi Bergerak untuk laksanakan tugasan selanjutnya.


Terima kasih En. Zahiman, driver yang sempoi!

Vial / Botol Vaksin Pfizer.

Jentera yang kami naik tadi.

With my bro since Diploma times. Now we are doing volunteering activities together.

Suntikan vaksin di rumah pertama.



Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript