Bantu Doktor Suntik Vaksin


Setelah dua bulan berehat disebabkan COVID-19, hari ini saya menuju ke medan bakti.

Hari ini saya dan Sarah Mokhtar dari BSMM VAD 44 Shah Alam, Daerah Petaling, Selangor, terlibat dengan Projek Vaksinasi Bergerak PBSMM: Suntik Vaksin Dari Rumah Ke Rumah. Program ini di bawah inisiatif Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Boleh baca di sini:

Projek ini adalah salah satu usaha untuk melindungi golongan rentan (vulnerable groups) yang sukar bergerak ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapatkan imunisasi. Golongan rentan termasuklah OKU, warga emas dan pesakit terlantar (bedridden).

Pasukan kami yang terdiri daripada sukarelawan, staf PBSMM dan doktor, turun padang bagi menjayakan misi ini.

Setiap pasukan mempunyai 1 doktor, 2 sukarelawan dan seorang pemandu. Pecah 3 pasukan hari ini: Alpha, Bravo, Charlie.

Pasukan saya iaitu Pasukan Bravo, telah mengunjungi 9 buah rumah untuk menyempurnakan vaksin dos pertama. Jumlah keseluruhan Pasukan Bravo sempurnakan dos pertama hari ini ialah 19 orang.

Ada yang lahir tahun 1929 (92 tahun). Ada yang lahir tahun 1932 (89 tahun). Ada yang lahir tahun 1948 (73 tahun). Kita kena bantu. Semua orang berhak dilindungi dan dapat vaksin. Tiada sesiapa pun yang terkecuali.

Seronok dapat kembali berbakti.

Lagi-lagi bila tepu duduk rumah, jiwa meronta nak keluar tak boleh.

Apapun, kesihatan diri memang kena double triple jaga, sebab immune masih lemah.

Sekiranya ada ahli keluarga yang terlantar (bedridden) di rumah, anda boleh hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) tempat anda untuk pemakluman mengenai perkara ini. Mereka akan kumpul data dan akan serahkan pada Pasukan Program Vaknisasi Bergerak untuk laksanakan tugasan selanjutnya.

Doakan agar saya dan pasukan PBSMM terus tabah dalam menjayakan misi ini. Ke arah imuniti berkelompok.









Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript