JOM BACA! KEJAP JE! TAK LAMA! (NI POST SAYA, BUKAN COPY PASTE!)
Wahai sidang pembaca sekalian, jom jadi anggota VAD seperti saya. VAD bermaksud Voluntary Aid Detachment (ataupun dalam Bahasa Malaysianya ialah PBS (Pasukan Bantuan Sukarela)). Macam saya, saya pilih untuk menjadi ahli sukarelawan di bawah BSMM Cabang Petaling (Bulan Sabit Merah Malaysia).


KENAPA SAYA MENGAJAK ANDA UTK MENJADI SEORANG SUKARELAWAN?
Menjadi seorang sukarelawan ini sangat beruntung dan baik sebenarnya. Pertamanya, anda boleh berbakti untuk masyarakat sekeliling. Sekiranya ada program yang dijalankan oleh BSMM ataupun kita dipanggil oleh mana2 penganjur yang inginkan bantuan kita, kita boleh berbakti program tersebut, dan secara tidak langsung, kita telah berbakti kepada masyarakat.
Dari program kecil-kecilan sehinggalah program besar-besaran.

Sebagai contoh, program kebiasaannya ialah program derma darah, ajar kawad, first-aid-standby utk kejohanan sukan bola sepak Malaysia, bola sepak sekolah, kem2. Dan bukan setakat ini shj, tapi sekiranya ada bencana berlaku, kita boleh pergi ke tempat bencana sekiranya khidmat kita diperlukan. Contoh mudah ialah kes Lahad Datu di Sabah, sekiranya khidmat kita betul2 diperlukan, kita boleh ke sana utk bantu mangsa2 yang ada.


SELAIN ITU,
Menjadi seorang sukarelawan membolehkan kita menimba ilmu dan mengumpul pengalaman yang tiada pada org lain. Banyak ilmu kita boleh timba, dari sudut pentadbiran, rawatan dan sbgnya. Kalau dari segi pengalaman pula, bila kita bertugas nanti, secara tidak langsung, kita berada di alam realiti. kalau sebelum ni org duk cakap2 je kan, skrg ni kita ada pada situasi tersebut, dan kita yg kena bantu depa. So, sekiranya perkara ini berlaku kat kita, kita dah tahu apa yang nak dibuat, dan tahu kawal emosi dan pendirian diri. Senang cerita, kita dah berada dalam keadaan sedia sekiranya ada perkara yang berlaku pada org lain, dan pada diri kita sendiri.


PENCERAHAN
Ramai yang ingat Bulan Sabit Merah Malaysia ni, hanya berada dalam sekolah sahaja. Sebenarnya tidak, BSMM ini dekat luar negara pun ada. Means, BSMM ini international. BSMM ini satu organisasi NGO yang besar di mata dunia.


DI SINI SAYA INGIN BERITAHU,
Kalau dah namanya sukarelawan, means kita buat kerja sukarela la. Dalam konteks mudah, kita tidak dibayar, MELAINKAN, pihak penganjur yang nak bayar kat kita. So kita buat kerja amal la. Tapi ingat, kerja amal yang kita buat memang tidak dibayar secara wang ringgit, tetapi dibayar secara ganjaran pahala. Banyak pahala oo~ Ibarat macam kita derma darah, dan sekiranya ada individu yang gunakan darah kita, dan masih berkitarkan darah kita dalam badan dia, pahala berjalan.

Dan, BSMM bukan utk perempuan sahaja. BSMM adalah utk semua.

OLEH ITU,
Marilah bersama2 saya menjadi sukarelawan seperti saya! Senang je nak jadi! Requirement cuma satu sahaja : Umur atas 18 tahun! Lepasan SPM pun boleh jadi! Golongan muda amatlah diseru utk join!

Mula2 mungkin anda rasa macam tak berbaloi tolong2 org tapi x dibayar, tapi ingatlah, khidmat anda akan diingat org lain, dan khidmat anda akan dibayar secara pahala.

Dan, secara jujurnya, masa mula2 saya jadi sukarelawan, macam rugi je.. Bila dah lama2, anda akan rasa nikmatnya, dan anda akan rasa betapa seronoknya berkhidmat pada masyarakat!


"Volunteer are not paid, not because they are worthless, but because they are priceless!".


Ingin turut serta? PM saya. Ataupun inform pada Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Petaling (Sekiranya anda berada di zon lain, sila inform pada zon lain). Anda boleh search di internet.

Dengan ini, saya berharap, apa yang saya katakan ini, dapat menarik anda semua utk menjadi sukarelawan seperti saya! Terima kasih!

Ni page kami..



Bolehlah tgok nanti utk dapatkan maklumat lanjut!

Jom!! Saya sudah! Anda bila lagi? Best jadi volunteer ni...

Sharing is caring. Share la kepada kawan2 anda! Wall anda! Grup2 anda! Terima kasih!


Yang Benar,
Ahmad Azeem Bin Ahmad Raslan,
Anggota Berdaftar 10-107-17889,
SL VAD  44 Shah Alam,
BSMM Cabang Petaling.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama