Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua.
Semoga semua pembaca sihat-sihat sahaja. Semoga diberikan kesihatan berpanjangan, dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan dan dihindari daripada wabak COVID-19 yang masih berleluasa di Malaysia ni.
Sebelum ni saya dah kongsi mengenai "Apa Itu Diploma Pentadbiran Awam (DPA)?". Nak tahu apa itu DPA? Klik SINI.
Alhamdulillah, dapat respon yang baik dari orang ramai.
Hari ini saya berhasrat nak menulis mengenai jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (BAS). Kenapa BAS? BAS ni akronim untuk Bachelor of Administrative Science. Saya adalah pelajar BAS di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban, Negeri Sembilan pada September 2016 - Julai 2018.
Dengan rezeki Tuhan, saya tamat pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi (Second Class Upper) dengan CGPA 3.21. Alhamdulillah, syukur dengan keputusan yang diterima. Walaupun tak sehebat zaman diploma, tapi banyak benda yang lain yang kita dapat zaman ijazah ni, seperti:
- Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Negeri Sembilan Sesi 2017/18;
- Presiden Badan PEERs Kaunselor UiTM Seremban 2016/17;
- Tenaga Penggerak untuk Program Delegasi Minda FSPPP UiTM Malaysia bersama FISIP Universiti Airlangga Indonesia;
- Pemenang Pingat Emas & Anugerah Khas untuk Pertandingan Inovasi Antarabangsa (YIIX, SITC, MIIEX), mewakili FSPPP;
- Anugerah Speaker Terbaik UiTM National Leaders Summit 2018;
- Top 20 (Semi-Finalist) University Motivator Competition (UMAC) PEERs UiTM Seluruh Sistem, dan;
- Pengarah & Penyunting Video Korporat FSPPP UiTM SeMalaysia 2017
Ada yang pernah bertanya, apa yang "Sains"-nya dekat Pentadbiran ni? Menarik kan soalan tu. Hahahah. Yang pasti, dia bukannya Sains Tulen okay? Sains Pentadbiran ni adalah Sains Sosial. Takpe, biar saya ceritakan.
Sebab tulah saya berhasrat untuk menulis mengenai BAS ni supaya pembaca semua dapat sedikit gambaran pasal jurusan ni.
Seperti entri DPA, saya akan pecahkan ikut persoalan. Ikut Frequently Answered Questions (FAQ). Senang sikit semua nak baca.
01. APA ITU SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN (BAS)?
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (BAS) ni ialah jurusan yang merangkumi pembelajaran mengenai pentadbiran dan pengurusan kerajaan secara umum. Kod jurusan ni ialah AM228. Jurusan ni kira abang atau kakak kepada Diploma Pentadbiran Awam (DPA). Pendek kata, anda akan belajar pasal kerajaan.
Apapun, bila namanya pun Ijazah, maka adalah subjek-subjek baharu yang kita akan belajar.
Secara umumnya, bila cakap pasal BAS ni, anda akan mempelajari subjek politik Malaysia, undang-undang, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan negara, pengajian dasar-dasar kerajaan dan macam-macam lagi.
02. DALAM BAS, ADA BELAJAR SUBJEK KIRA-KIRA KE?
Jawapannya, ADA. Walaupun jurusan BAS ni lebih kepada subjek membaca dan menghafal, tetapi subjek mengira tetap ada. Antara contoh subjek pengiraan ialah Statistik, Business Mathematics, Financial Accounting, Cost Accounting, Management Accounting dan Economics.
03. BOLEH SHARE SIKIT TAK SUBJEK APA YANG DIPELAJARI?
Ni subjek pada zaman saya. September 2016 - Julai 2018. Saya yakin dan pasti, ada subjek yang berubah. However, ni listnya untuk gambaran anda semua:
Kepada ex-student Diploma Pentadbiran Awam (DPA), mesti ada nampak subjek-subjek yang familiar kan? Sekiranya anda pelajar DPA, anda boleh terus lompat ke semester 3.
Sebab apa? Sebab:
- Anda dah ambil subjek-subjek di semester 1 dan semester 2.
- Anda boleh mohon pengecualian kredit. Dapat jimat masa setahun.
Haa.. Macam mana? Menarik kan? Ke rasa susah? Relax.. Belum belajar lagi memang la susah. Dah belajar nanti insyaAllah memang seronok.
Kalau perasan, ada campuran subjek mengira dan subjek membaca. Sebab apa? Sebab program ni pun nak hasilkan pelajar yang balance.
Kod ADS (Administrative Science) adalah subjek teras dalam program ni. Subjek ADS ni la yang korang kena banyak hafal dan membaca. Baca tu, kena fahamkan. Faham konsep. Jangan baca dan hafal tanpa faham. Memang struggle nanti nak bertahan sampai habis program.
04. PROGRAM BAS NI BOLEH MOHON PENGECUALIAN KREDIT KE?
Jawapannya, BOLEH. Sekiranya anda pelajar DPA, anda boleh mohon pengecualian kredit untuk dua semester.
Sebab apa? Sebab:
- Anda dah ambil subjek-subjek di semester 1 dan semester 2.
- Anda boleh mohon pengecualian kredit. Dapat jimat masa setahun.
05. SAYA SEBELUM NI DARI FAKULTI LAIN. BOLEH KE MOHON PENGECUALIAN KREDIT?
Setahu saya, BOLEH, TAPI SUBJEK TERTENTU SAHAJA. Anda tak akan dapat pengecualian kredit seperti pelajar DPA, tapi anda boleh la kurangkan subjek yang diambil pada semester-semester tertentu.
Sebagai contoh, kalau anda tengok, ada subjek-subjek yang sama telah diambil waktu diploma, maka ada high chances boleh mohon pengecualian kredit.
Nak mohon pengecualian kredit ni, dia ambil kira:
- Subjek yang diambil
- Jumlah jam kredit subjek tersebut
Nanti semasa sesi taklimat mengenai permohonan pengecualian kredit, fokus betul-betul!
Selain itu, memandangkan anda hanya boleh potong subjek tertentu sahaja, ini bermaksud anda tak boleh skip semester. Anda akan mula dengan semester 1.
06. APA ITU SUBJEK ELEKTIF?
Subjek elektif ialah subjek yang anda boleh pilih. Anda boleh pilih subjek yang anda minat. Kalau ada 3-4 subjek elektif pada semester tersebut, anda boleh ambil satu je. Jangan tamak okay? Hahaha. Subjek elektif akan mula ada pada semester 3.
Ada banyak subjek elektif. Pilihlah elok-elok. Nak lebih detail, boleh check soalan no. 12.
Nak tahu lebih lanjut, BACA SINI!
07. THIRD LANGUAGE, ADA SUBJEK APA?
Bergantung pada kampus. Subjek kebiasaan bahasa ketiga yang popular ialah:
- Mandarin
- Arab
- Kampus tu ada tak tawarkan bahasa tu, dan;
- Ada tak pensyarah yang boleh ajar bahasa tu
Cukup dua benda ni, boleh la kalau nak ambil.
Kita akan belajar Third Language ni selama 3 semester. Dia ada modul dia. Boleh refer jadual di soalan 03. So, pilih baik-baik. Anda tak boleh sesuka hati tukar Third Language ni. Kalau nak tukar, anda kena start balik dari modul 1.
08. PROGRAM BAS NI ADA SUBJEK RESEARCH KE?
Ada. Setiap program Ijazah yang ada kepujian, memang ada subjek research.
Untuk program BAS, anda akan menduduki subjek research pada semester 5 dan 6.
Pensyarah akan berikan masa untuk anda cari research partner. Cari yang betul-betul boleh buat kerja dan boleh diharap, sebab anda kena complete research dalam masa setahun.
Senario mengenai subjek research ni ialah:
- Anda boleh ambil topik apa yang anda minat, as long berkaitan dengan Sains Pentadbiran. Lecturer akan terangkan nanti.
- Anda akan dapat supervisor (SV) yang akan memantau pergerakan research anda.
- Pilihan SV ditentukan oleh fakulti.
- Anda yang buat research. Bukannya SV. SV hanya membantu sahaja.
- Anda dan partner kena rancang elok-elok, perjalanan research ni. Kalau tunggu last minute, memang tak sempat siap. Kalau sempat pun, markah mesti teruk sebab takde kualiti.
- Anda kena banyak membaca artikel, buku dan lain-lain untuk gain evidence untuk menyokong hujah dalam research anda.
- Jangan copy paste. Tu namanya cari pasal. Tak pasal-pasal disabit kesalahan plagiat dan kena gantung semester / buang universiti.
- It will be a roller coaster ride. Memang hidup tak tenang selagi tak siap.
- Kawan baik tak semestinya research partner yang baik. Kalau dapat kawan baik yang bagus dalam bekerja, tu namanya rezeki.
- Kalau anda tak bernasib baik, anda akan dapat sleeping partner, asyik lepas tangan.
- Jadikan pasangan sebagai research partner? Jaga-jaga. Bahaya tu, especially kalau tiba-tiba putus hubungan dalam tempoh buat research.
Jawapan saya, BOLEH. Asalkan anda ada keinginan untuk belajar. Kalau tak faham, tanya kawan-kawan dan pensyarah. Jika kita rasa kita tak faham, banyakkan tanya soalan. Jangan malu, jangan segan. Berikut adalah senario yang saya lalui:
Semasa saya semester 1 DPA dulu, saya ambil subjek Financial Accounting (saya tak ambil subjek ni waktu degree sebab saya dah ambil waktu diploma). Saya tak ada asas perakaunan. Dulu zaman sekolah, saya aliran sains tulen. Memang menggigil la bila nak belajar perakaunan ni. Disebabkan saya ni zero-knowledge berkenaan perakaunan, maka saya banyak bertanya kawan-kawan, pensyarah, mohon tunjuk ajar mereka dan banyakkan buat latihan. Alhamdulillah, peperiksaan akhir semester 1 diploma, saya dapat A+ untuk subjek Financial Accounting. Tiada yang mustahil.
Perkara yang sama juga berlaku untuk Business Mathematics. Saya ni tak pandai Maths. Zaman sekolah menengah pun, result SPM Add Maths saya C, Math Mod saya B+ je. Saya tak pernah dapat A untuk Matematik sejak Darjah 4. Tapi alhamdulillah, saya juga dapat A untuk subjek Business Mathematics. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
10. PROGRAM BAS NI GUNA BAHASA MELAYU KE BAHASA INGGERIS?
Proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) adalah sepenuhnya 100% Bahasa Inggeris. Ini bermaksud, kertas peperiksaan anda adalah dalam Bahasa Inggeris. Nak jawab exam kena guna Bahasa Inggeris.
Tapi, jangan risau, dalam kelas atau kuliah, pensyarah kadang-kadang akan guna juga Bahasa Melayu, especially apabila pensyarah nak bagi contoh ataupun keterangan yang mudah.
11. SAYA LEMAH BAHASA INGGERIS, MACAM MANA?
Kalau lemah Bahasa Inggeris, jangan down. Kita boleh tingkatkan skill kita dari semasa ke semasa. Yang penting, anda kena usaha lebih untuk kuasai Bahasa Inggeris. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan give up!
12. PROGRAM BAS NI TAK ADA PENGKHUSUSAN (MAJOR) KE?
TAK ADA. Oleh itu, apa yang anda boleh buat sekurang-kurangnya ialah, pilih elektif yang betul. Susun elektif elok-elok so that nampak kita ni tertumpu kat mana. Check jadual di soalan 03.
Sebagai contoh, kalau anda minat perhubungan antarabangsa (international relations), boleh fokus dan try susun macam ni:
- Semester 3: International Relations (ADS510)
- Semester 4: Southeast Asian Affairs (ADS560)
- Semester 5: International Business Environment (ADM602)
- Semester 6: Seminar in Global Affairs (ADS660)
- Semester 4: Advanced Industrial Relations (ADS517)
- Semester 5: Social Security and Employee Benefits Administration (ADM653)
- Semester 3: Electronic Government (ADS556) atau Malaysian Premiership Studies (ADS509)
- Semester 4: Local Government (ADS505)
- Semester 5: Service Management (ADM570)
- Semester 6: Urban Sociology (ADS605)
- Semester 3: Electronic Government (ADS556)
- Semester 4: Innovation Management (ADS557)
- Semester 5: Managing Change (ADS607)
- Semester 6: Information Technology Management (ADS606)
*Ada subjek yang mungkin tiada di kampus tertentu.
Apa yang saya kongsikan semua di atas ni hanyalah cadangan, contoh dan pemudah cara. Nanti korang semua study dan tanyalah senior-senior ataupun buat carian di internet mengenai setiap elektif ni. Then, buatlah keputusan, okay?
13. BAS NI ADA DEKAT UiTM KAMPUS MANA?
Setakat yang saya tahu, ada di:
- UiTM Seremban, Negeri Sembilan
- UiTM Merbok, Kedah
- UiTM Kota Kinabalu, Sabah
- UiTM Kota Samarahan, Sarawak
Sungguhpun begitu, bila kita mohon BAS, belum tentu kita akan dapat kampus yang kita nak. Semuanya sistem akan tentukan. Kampus ini adalah untuk pelajar full time. Pelajar part time saya tak pasti.
14. ORANG KATA BAS NI SESUAI UNTUK ORANG YANG KUAT MENGHAFAL DAN MEMBACA, BETUL KE?
Satu benda yang anda kena ingat dalam dunia gedung ilmu pentadbiran awam / sains pentadbiran ni, anda kena jadi non-partisan ataupun neutral semasa pengajaran dan pembelajaran.
Anda kena matang dalam berhujah. Anda kena berfikiran terbuka dan tak boleh terlalu taksub terhadap satu-satu parti politik.
Sebab apa? Sebab kita ni belajar pentadbiran awam / sains pentadbiran. Kita belajar politik. Jika kita nak buat timbang tara yang analisis yang berkualiti, maka kita perlu dengar semua aspek.
Anda nak sokong mana-mana parti, silakan. Tapi untuk perbincangan ilmu, sila ketepikan semua sokongan-sokongan anda buat sementara waktu. Minda perlu tenang, realistik dan matang jika nak berdebat. Bukan debat guna emosi.
- C ialah gred minimum untuk lulus
- Once anda dapat gred C-, maka anda gagal.
- Bila gagal, anda kena repeat subjek tersebut.
Carrymark atau ongoing assessment bermaksud markah-markah terkumpul daripada assignment, kuiz dan test anda sepanjang semester untuk satu-satu subjek.
Dalam BAS, kebiasaannya final exam membawa pemberat 60% dan carrymark membawa pemberat 40%. Lebih kurang je macam DPA.
Maksudnya di sini, sekiranya anda skor final exam 100% sekali pun, anda hanya dapat 60% sahaja. Lagi 40% tu, dalam bentuk carrymark yang saya sebutkan tadi.
Jadinya di sini, jangan main-main dengan carrymark tu. 1 markah carrymark boleh jadi penentu anda lulus atau gagal. Itu adalah fakta.
Pendek cerita, final exam dan carrymark assessment amat penting.
Saya ada sedikit cerita ringkas pasal carrymark assessment ni. What if, carrymark anda tak perform? Boleh lulus ke semester walaupun buat yang terbaik untuk final paper? Boleh baca di SINI. Semoga membakar semangat.
Yuran tak mahal pun. UiTM menawarkan yuran paling murah berbanding dengan semua universiti di Malaysia. Tak sampai seribu pun per semester. Semester pertama dalam RM800 lebih macam tu. Semester kedua sampai semester kelima, dalam RM600 lebih. Murah kan?
- Pentadbiran & Pengurusan Kerajaan (Persekutuan, Negeri & Tempatan)
- Pentadbiran & Pengurusan Syarikat
- Pengurusan Sumber Manusia
- Undang-Undang
- Keusahawanan
- Hal Ehwal Diplomatik
- Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran (EMAS)
- Sarjana Pentadbiran Korporat (MOCA)
- Sarjana Sains Pentadbiran (MAS)
- Sarjana Perhubungan Antarabangsa & Diplomasi (MiRAD)
- Bumiputera
- Lulus SPM, minimum 3 kredit termasuk Bahasa Melayu
- Lulus subjek Sejarah
- Minimum MUET Band 2
- Dapat CGPA sekurang-kurangnya 2.50 dan ke atas untuk subjek Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Pentadbiran Korporat
- Diploma UiTM lain-lain jurusan, bare minimum 2.50. Nak selamat, dapatkan 3.00 CGPA.
- Sekiranya anda bekerja dalam bidang pentadbiran selama dua tahun dan anda mempunyai diploma UiTM dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.30 dan ke atas, anda boleh masuk program ni.
- Kalau anda dari IPT lain, standby sekurang-kurangnya 3.00 CGPA dan ke atas.
- Kalau anda dari Asasi Law UiTM atau lain-lain tempat, at least 2.50 CGPA.
- Kalau anda dari Matriks, pun sama, at least 2.50 CGPA.
- Kalau dari STPM, at least 3 principal pass (termasuk Pengajian Am).
Padu!
ردحذفTerima kasih ya. Semoga bermanfaat.
حذفkalau dari fakulti sains kesihatan boleh ke amik course ni?
حذفBoleh je kalau nak ambil course ni. Kalau minat, ambil la. Tapi kena start dari semester 1, sebab sains kesihatan dan sains pentadbiran tak ada kena mengena / bukan dalam aliran dan fakulti yang sama.
حذفPenerangan yang sangat komprehensif. Terima kasih tuan atas penjelasan yang amat padat.
ردحذفAlhamdulillah, semoga bermanfaat!
حذفterbaik bang
ردحذفThanks Fizi!
حذفterima kasih atas penerangan, inshaAllah saya akan graduate on time untuk diploma pentadbiran awam dan proceed untuk degree ni
ردحذفInsyaAllah. Goodluck and all the best ya!
حذفSalam, saya najib, ex skp hep uitm seremban 3. Saya kenal saudara, xtaula saudara ingt lg ke x ke saya. Saya dlu pelajar OM114, snang cite office management. Mmg dip dlu nk amik dpa lau bole tp dpt om lak. Degree aritu xterpk plak nk mohon dgree admin sc.
ردحذفWslm Najib.. Maaf.. Saya kena tengok muka baru ingat huhuhu. SKP waktu tahun bila ya? UiTM S3 xde office management. Ada Najib yang saya ingat kat UiTM S3 tu tapi dia fakulti sukan, komander kesatria.
حذفOoo.. Kalau betul nak masuk Admin Science, takpe tunggu pengambilan akan datang. Boleh buat persediaan ilmu dari sekarang.
terima kasih sangat bermafaat, semoga dipermudahkan urusan tuan dengan perkongsian pengalaman...boleh tanya 2 soalan jika tuan boleh kelapangan utk jawab... soalan pertama 3 tahun. 6 semester. Ni untuk full time student. 5 tahun, 10 semester untuk part-time student.
ردحذفkenapa saya dapat partime uitm 3 tahun utk separuh masa ? adakah mereka tersilap tawaran? dan tuan adakah macam saya basic diploma civil engineering akan mengalami kesukaran utk ke kos BAS ini ?
Sama2. Terima kasih ya.
حذفSoalan 01: Maksudnya dapat tawaran course BAS secara part time untuk tiga tahun ke? Ni saya tak pasti la pula. Dekat surat tawaran memang tulis tiga tahun part time ya? Sebab setahu saya part time memang 10 semester. Cuba call nombor UiTM yang ada di surat tawaran untuk kepastian.
Boleh check sini juga untuk kepastian: https://fsppp.uitm.edu.my/index.php/programme/undergraduate/degree/bachelor-of-administrative-scence-hons-am228
Ni website rasmi FSPPP UiTM.
Soalan 2: Basic diploma civil engineering ya? Kesukaran tu pasti ada sebab beralih bidang kan. As long boleh catchup xde masalah. Kena usaha lebih sikit la. Kalau x faham, kita bertanya pada yang faham. Tanya lecturer dan sebagainya. Sains pentadbiran adalah sains sosial. Anda akan belajar banyak teori pasal pengurusan pentadbiran, kerajaan, politik dan sebagainya.
Kalau minat ke arah tu, there should be no problem. Ada rakan batchmate saya dulu dia daripada aliran sains gunaan, masuk sains pentadbiran. Alhamdulillah dia boleh habiskan degree dengan baik.
Waktu saya buat master sains pentadbiran pun, ada rakan sekelas saya dia ambil degree dalam bidang kejuruteraan kimia, then dia masuk master sains pentadbiran. Beliau pun skor markah power setiap sem. Maintain je.
InsyaAllah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Semoga membantu sedikit sebanyak.
hello saya nak bertanya, kalau dari diploma lain macam saya (diploma seni kulinari) and nak ambil degree ni boleh ke? cgpa saya 3.58 and untuk muet saya dapat band 3
ردحذفWassalam wbt. Boleh Zaty. CGPA dan MUET tu dah layak dah untuk mohon.
حذفTakutnya saya nak hadap course ni. Saya baru nak masuk sem 2 sem depan. Jujurnya saya tak minat course ni, apatah lagi membaca dan menghafal. Tapi saya terpaksa lalui juga oleh kerana keputusan family saya untuk saya ambil bidang ini. Saya pula tak berapa faham apa yang dipelajari sem lepas. Doakan saya dipermudahkan urusan untuk memahami sem depan dan seterusnya. Terima kasih atas perkongsian yang detail ini bang. Saya dapat tengok jelas satu persatu. Semoga abg dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Aamiin
ردحذفSaya faham. Ramai juga dulu kawan-kawan saya yang dapat course ni tapi mereka tak minat. Mereka ambil sebab family suruh. Moga terus cekal. Semoga survive sampai ke penghabisan. Semoga dipermudahkan juga urusan awak. Amin.
حذفIncase tak boleh pergi jugak course ni, masih awal lagi untuk tukar course, cuma saya faham bukan senang nak tukar course. Belum tentu family bagi.
Apapun, awak sentiasa boleh pergi jumpa pegawai psikologi di Unit Kaunseling Kerjaya UiTM. Kalau belajar di UiTM Seremban, boleh pergi ke Bahagian HEP, minta nak jumpa pegawai psikologi untuk bercerita dan dapatkan pandangan. Mereka semua terlatih dan baik-baik orangnya.
Terima kasih juga sebab baca blog saya ya. Amin..
hai tuan, penerangan yang sangat bagus dan padat, soalan saya adalah untuk practical training/intern ianya dilakukan pada akhir semester 6 ke?
ردحذفTerima kasih ya.
حذفSemasa saya study dulu, practical training dilakukan pada cuti semester 5 nak naik ke semester 6. Maksudnya waktu cuti semester tu la kita akan jalani practical training.
Waktu nak naik semester 6 nanti, anda akan masuk kuliah UiTM lewat sedikit sebab nak cukupkan 2-3 bulan training. Zaman saya dlu 2 bulan. Sekarang dah jadi 3 bulan.
Penerangan yg sgt bagus dan padat. Soalan saya adalah utk practical training/intern ianya dilakukan setelah habis semester6?
ردحذفTerima kasih ya.
حذفSemasa saya study dulu, practical training dilakukan pada cuti semester 5 nak naik ke semester 6. Maksudnya waktu cuti semester tu la kita akan jalani practical training.
Waktu nak naik semester 6 nanti, anda akan masuk kuliah UiTM lewat sedikit sebab nak cukupkan 2-3 bulan training. Zaman saya dlu 2 bulan. Sekarang dah jadi 3 bulan.
So basically practical training dilakukan semasa dalam tempoh pembelajaran lagi. Bukan lepas habis semester 6.
Assalamualaikum saya ada soalan nk tnya..saya dari DPA ..Klau saya sambung BAS ni saya akan skip ke semester 3 terus ke? Saya kurang jelas disitu
ردحذفWaalaikummussalam wbt. Betul. Kalau mohon melalui penerapan UiTM, boleh lompat semester 3 terus. Kira fast track la.
حذف👍
ردحذفTerima kasih ya!
حذفassalamualaikum, thank you sebab explain yaa. saya nak tanya untuk partner thesis, wajib kee dari class yang sama? atau class yang berbeza pun tak ada masalah?
ردحذفWslm wbt. Sama2. Terima kasih sebab membaca blog saya juga. Untuk partner thesis, tak kisah. Rakan sekelas boleh, rakan bukan sekelas pun boleh.
حذفAssalamualaikum... nak tanya: the current students tak ada social media group ke (like FB group)? Looking for a lecturer BAS Mr Bastian not sure if he still works there or x.
ردحذفWaalaikummussalam wbt. Rasanya tak ada social media group like FB group for BAS. Mr. Bastiyan ada lagi kat UiTM Seremban kalau tak silap.
حذفboleh tanya? biasanya semester berapa bulan untuk yg part-time BSA ni? sebab pembelajaran smua jarak jauh kan? bagi part-time yang bekerja ni mcm mna urus masa lecture session?
ردحذفKalau ikut berapa bulan untuk satu semester ni, sama je full time dan part time. Sebab takwimnya sama. Tarikh final exam pun share bulan yang sama.
حذفPart time ni kita still masuk kelas macam biasa pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad). Kalau macam COVID sekarang ni, mungkin ada kelas yang masih fully online.
Siapa-siapa yang belajar part time dan bekerja full time, basically:
Isnin - Jumaat kerja. (Waktu ni xde kuliah tapi kalau ada extraordinary matters, mungkin akan ada kelas malam. Tapi apapun waktu hari biasa ni la kita nak kena siapkan assignment yang diberikan).
Sabtu - Ahad kelas. (Pagi sampai petang. Kadang-kadang lajak sampai malam).
So, memang akan busy as a bee la. Orang lain cuti hujung minggu. Kita pula ada kelas hujung minggu.
Kalau nak dapatkan gambaran bekerja full time sambil belajar part time, boleh baca sini: https://www.azaraslan.com/2021/08/pengalaman-realiti-sambung-master.html
Ni pengalaman saya kerja full time dan buat master part time. Basically the concept is the same.
Untuk pendapat semua.. Pemegang degree bas ni sesuai ker ambil dpli?
ردحذفBoleh je kalau nak ambil DPLI. Kalau yang berminat nak jadi cikgu, ambillah DPLI. Kalau knowledge dalam BAS ni, bolehlah tekankan subjek sejarah dan seumpama dengannya.
حذفboleh tanya ? saya pelajar DPA . Sekiranya saya apply BAS tetapi nak buat study part time , boleh ke mohon untuk pengecualian kredit ? dah lama saya tertanya 😅
ردحذفUntuk soalan ni saya tak ada jawapan. Rasanya macam boleh as long subjek sama, credit hours pun sama. Boleh terus hubungi fakulti untuk bertanyakan hal ini. Nanti boleh la share di sini juga. Boleh la kami semua tahu.
حذفSaya dapat jurusan ini BAS (AM228) secara part time di UiTM Shah Alam bermula Oktober ini. Tengok gaya penceritaan awak ni macam susah course ni. haha. Saya baru ingat nak santai2 sebab dah tua dan kekangan waktu kerja. Tapi tak tahulah, full time & part time ada perbezaan subjek (mungkin). Saya merupakan graduan Diploma in English (2014) dan sekarang menjawat di perkhidmatan awam sebab Pembantu Tadbir N19 dari tahun 2021. Harap jurusan ni dapat membantu saya untuk naik gred kelak. Dan boleh ke saya pengecualian kredit dengan Diploma saya?
ردحذفTahniah kerana mendapat course ni. Semoga dipermudahkan segala urusan.
حذفHahahah, setiap course ada kesusahan masing-masing. Course ni pun ada juga part susahnya. Course ni akan jadi sedikit mencabar jika tidak minat, tidak memahami konsep, tidak rajin membaca.
Full time dan part time subjeknya sama sahaja seingat saya, cuma semester ditambah lebih panjang.
Pengecualian kredit bergantung pada subjek. Jika subjek tersebut dah dipelajari sewaktu diploma, boleh la tolak kredit. Tapi tak dapat la nak pendekkan semester. Melainkan diploma dan degree dari fakulti yang sama.
Ni berdasarkan pemahaman saya la.
kalau dari kos fesyen design rasa2 sesuai ke masuk kos ni? sbb kos under art and design ni xde kira2 rasa2 boleh bawa ke kos ni?
ردحذفBergantung pada objektif masing-masing. Course Sains Pentadbiran ni lebih kepada teori dan perlu banyak menghafal, memahami teori dan isu semasa.
حذفCourse ni masih ada kira-kira, tapi di peringkat awal sahaja. Ada subjek accounting dan matematik yang memerlukan kemahiran kira-kira.
Jika minat membaca, menghafal, memahami teori, dan ambil maklum mengenai isu semasa, awak boleh masuk course ni.
Waktu saya ambil Master, ada classmate saya belajar chemistry. Kemudian dia masuk Master Sains pentadbiran. Dia berjaya skor semua semester. Tapi, semua ni bergantung pada minat, kebolehan masing-masing. Beliau sekarang adalah kakitangan kerajaan dalam bahagian pentadbiran pengurusan.
Ini juga bergantung pada awak, nak masuk dalam bidang kerjaya apa selepas habis belajar. Sains Pentadbiran akan membawa anda ke bidang pengurusan pentadbiran.
Semoga menjawab persoalan.
Assalamualaikum.. sy penjawat awam tp bidang berlainan. Subjek2 lain sy xrisau. Cuma mate je. Uitm mmg gunakan buku teks biru tu ke?
ردحذفWaalaikummussalam wbt. Saya tak pasti sekarang guna buku apa. Dulu saya pakai buku teks oren / hijau, sekarang mungkin dah berubah. Mungkin biru tu edisi selepas saya. Nanti semasa kelas, lecturer akan inform buku apa yang digunakan. Ada lecturer tak guna buku, tapi guna nota sendiri.
حذفإرسال تعليق