Cerita semalam.
Perhimpunan Belia BSMM Kebangsaan Secara Atas Talian (National Youth Online Gathering).
Terdapat dua sesi, iaitu sesi pagi (kategori sekolah rendah) dan sesi petang (kategori sekolah menengah).
Sesi dijalankan melalui aplikasi Zoom dan bersiaran secara langsung di Youtube Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
Saya terlibat selaku fasilitator bagi kedua-dua sesi.
Penyertaan amat memberangsangkan. Pada sebelah pagi, lebih kurang 900 peserta manakala pada sebelah petang, 1,000 peserta.
Semoga sesi ini bermanfaat kepada semua Ahli Belia BSMM sekali gus menyemarakkan lagi keinginan untuk berbakti dalam misi kemanusiaan dan kesukarelawanan.
Untuk pengetahuan semua, BSMM (Sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Palang Merah British) ditubuhkan pada tahun 1948. Makna kata, usia BSMM pada tahun 2021 ini sudah mencecah 73 tahun.
BSMM akan terus berbakti untuk masyarakat dan negara, tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.