Saya dulu pernah jadi guru sukarela di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Seksyen 19 pada bulan Mac 2013, April 2014, Mei 2015 dan Ogos 2017. Kemudian saya jadi guru ganti pada bulan Ogos 2018 - September 2018 di sekolah yang sama.
Waktu saya mengajar PPKI dulu, bukan mudah. Untuk ajar mereka, kita perlu cuba pelbagai cara untuk bagi mereka faham. Ada yang slow learner, lambat pickup. Ada yang tak fasih berkata-kata. Apapun permasalahan yang berlaku, kita tetap kena sampaikan ilmu tu. So, kita pun kena la ikut rentak mereka. Kalau dieorg jenis faham melalui kaedah menyanyi, maka menyanyi la kita. Kalau jenis faham melalui kaedah ritma, tepuk amai-amai belalang kupu-kupu dan sebagainya, maka itulah cara yang perlu digunakan. Kena banyak bersabar, tapi insyaAllah hasilnya puas hati.
Waktu jadi guru ganti dulu, saya ajar Bahasa Melayu. Saya diberikan amanah untuk ambil satu kelas hadapan, selebihnya semua kelas otai-otai (kelas hujung). Kelas-kelas yang saya ambil ni, kelas tingkatan 4 dan 5, preparation untuk SPM.
Kelas hadapan caranya lain, kelas hujung caranya lain. Metode mengajar perlu betul untuk menyampaikan gerbang ilmu.
Cikgu yang mengajar di Didik TV tu juga menggunakan approach yang sama. Mengajar budak darjah 2, maka cikgu tu sememangnya akan menggunakan kaedah pengajaran darjah 2, bukannya tingkatan 2 ataupun semester 2 diploma.
Bila seorang DJ tu gelak terbahak-bahak macam hilang pedoman, kemudian mempersendakan cikgu tersebut melalui media sosial, memang sangat tidak patut lah. Boleh tengok video di sini, ada orang lain dapat rekod:
Mungkin cikgu tu akan down, sedih. Boleh depress juga. Siapa tahu, kan? Orang macam DJ ni mungkin dia x boleh nak relate kaedah pengajaran tu macam mana sebab dia hidup dalam dunia sendiri, rasa diri sendiri je betul.
Lepas tu bila dah kena kecam satu Malaysia, barulah terhegeh-hegeh nak minta maaf. Minta maaf pun mungkin sebab dah kena kecam, periuk nasi bakal hilang, bukan sebab kesedaran.
Fikir dulu sebelum buat apa-apa tindakan khususnya di media sosial. Kita post satu dua saat pun orang dah boleh screenshot.
Tahu-tahu, DJ ni bakal digantung kerja. Memang RIP la your career. Isu sensitif macam ni jangan dibuat main. Didik TV tu baru beberapa hari.
Patutnya kita kena beri sokongan kat cikgu-cikgu ni. Mereka bukannya datang dari bidang komunikasi, marketing, public relations. Mereka adalah guru. Guru-guru bukannya hari-hari masuk TV, radio dan sebagainya. Ni pengalaman baharu untuk mereka, memang kena ambil masa.
Kudos kepada cikgu-cikgu sebab berani tampilkan diri depan kaca TV. Walaupun cikgu gugup, ataupun English kurang fasih, tiada masalah. Benda boleh diperbaiki. Yang penting cikgu dah move one step forward.
Terima kasih cikgu. Tanpa cikgu, belum tentu kami berada di tahap sekarang.