Zaman Bertongkat Di Program PEERs




Siri Bedah Galeri Memori #2
JULAI 2017.

Mengimbau kembali zaman pakai tongkat untuk seminggu.

Waktu ni saya terlalu sibuk dengan kerja berpersatuan. Aktif dengan Badan PEERs Kaunselor (PEERs), Silat Cekak Hanafi, Bulan Sabit Merah Malaysia, sibuk dengan persediaan nak pergi Kursus Calon MPP UiTM Negeri Sembilan, sibuk dengan urusan kelas, fakulti dan banyak lagi. Pelajar tahun akhir, lagi la sibuk.

Ekoran dari kesibukan itu, maka terpaksalah pakai tongkat oleh sebab kaki, lutut kejang yang teramat sangat. Tongkat tu dari Unit Kesihatan kalau tak silap, atau ayah saya punya (sebab memang standby dekat bilik juga pasal hal kaki, lutut ni). Kalau tapak kaki bergesel, meraung. Kalau banyak pergerakan, memang sakit. Sampai kena makan painkiller juga la.

Semasa saya pakai tongkat ni, PEERs UiTM Negeri Sembilan sedang menjalankan program bersama PEERs UiTM Kelantan. Selepas selesai sahaja program 3 hari 2 malam ni, saya terus bergegas ke Kursus Calon MPP pula. Tambah lagi 3 hari 2 malam. Memang penat dan terpaksa tahan sakit. Program back to back untuk minggu yang sama.

Selesai semua aktiviti, memang saya rehat sepenuhnya. Rest day.

Zaman universiti, memang push fizikal mental sampai terlebih had. Kononnya masih berkudrat besi.

Bila dah makin dewasa ni, selalu fikir; apapun, kesihatan tetap nombor satu.

Salah satu perkara yang perlu diingat dalam lima perkara sebelum lima perkara ialah, sihat sebelum sakit.

Risau, sebab: jika datangnya sakit, kekuatan kita sudah berkurang dan tidak berdaya untuk beribadah, bekerja dengan sempurna.

Nasihat untuk diri sendiri juga: bekerjalah berpada-pada, tanggungjawab pada diri sendiri dan lain-lain jangan lupa.

"It is health that is the real wealth, and not pieces of gold and silver.” - Mahatma Gandhi

P/S: Memori zaman belajar masih segar dalam fikiran dan sanubari. Kalaulah dapat putar masa kembali.

#PEERs #UiTMDiHatiku #TAMA3.0 @ Uitm Seremban 3

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript