Assignment PAD270: Why Hudud?: Standing Ovation From The Class

Siri Bedah Galeri Memori #4
JULAI 2015
Why Hudud
Malaysian Politics - PAD270

Seperti yang saya kata dalam posting sebelum ni, semester 4 diploma sememangnya semester yang sangat mencabar, sebab hampir semua subjek perlu menghasilkan video. Kami juga merupakan batch pertama yang dikuatkuasakan penghasilan video oleh fakulti, sebagai penilaian mandatori pemarkahan semester.

Saya bersama lagi dua rakan kumpulan (Alina & Farah) dikehendaki untuk mengupas tajuk hudud. Waktu ni, topik hudud merupakan topik yang hangat. Pada awal tahun 2015, semua 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara bersetuju untuk meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) iaitu hukum hudud, qisas dan takzir, di DUN Kelantan, Kota Darulnaim.

Tugasan kami adalah untuk memberi pengetahuan umum, ringkas dan padat (sebab masih ramai yang belum betul-betul jelas dengan hudud, termasuklah kami sendiri) dan berbincang dari sudut pandangan politik juga.

Maka kami cuba hasilkan video ilmiah berbentuk konsep yang kreatif supaya audiens senang untuk faham apa yang kami cuba sampaikan.

Oleh sebab itu, kami bertiga berbincang dengan lebih terperinci mengenai storyboard video, apa yang perlu kita highlight dalam video, dan bagaimana kita mahu sampaikan topik yang berat ini dalam keadaan yang santai dan kreatif.

Kami turut letakkan diri kami selaku audiens sama ada; kami akan tengok ke tidak video ini? Adakah kami akan tidur? Adakah kami tertarik untuk menonton sampai habis, ataupun separuh jalan sahaja? Semua ini diambil kira dalam perbincangan.

Waktu ini, kami meminta bantuan rakan-rakan seperjuangan untuk turut bantu dalam penghasilan video ini. Alhamdulillah, ramai yang turut membantu. Kalau tengok gambar di bawah, itulah crew kami yang terdiri daripada pelakon dan crew behind the scenes.

Kami adakan video shooting ini selama 5 hari berturut-turut. Ada yang waktu siang, ada yang waktu malam. Ada juga scene kita record sampai ke tengah malam. Macam-macam tempat kami pergi termasuklah Koi Station sebelah UiTM Seremban (sekarang kedai tu dah tutup), 7-Eleven di Pusat Komersial, Pejabat HEP UiTM Seremban, Kolej Bendahara Skudai, Dataran Parkir Kolej dan Padang UiTM. Untuk setiap tempat ini khususnya di luar premis UiTM, kami meminta kebenaran daripada pengurusan kedai untuk rakaman video.

Walaupun terdapat pelbagai pancaroba yang perlu diredahi, namun kami tetap berjaya habiskan rakaman video. Setelah selesai, maka bermulalah tugasan untuk menyunting video. Nak sunting pun makan masa berhari-hari juga, lagi-lagi bila laptop yang saya pakai pun, laptop biasa sahaja. Laptop freeze, terpadam sendiri tu jangan cerita la. Huh, stress betul.

Bila tiba hari pembentangan, kami tayangkan video kami. Alhamdulillah, standing ovation daripada En. Idham (Sir Am) dan rakan sekelas kerana content yang sangat bagus serta penyampaian kreatif. Pensyarah turut memberi feedback yang konstruktif bagi menambahbaik penghasilan video yang akan datang.

"My three Ps: passion, patience, perseverance. You have to do this if you’ve got to be a filmmaker."
– Robert Wise

TEAM. Together we achieve more.

Terima kasih team dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.












Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript