PERJUANGAN GEDUNG ILMU
Dikhabarkan oleh adik aku bahawa keputusan peperiksaan akhir sudah boleh disemak. Oleh itu, dengan hati yang berkobar-kobar, aku pun layari laman sesawang rasmi universiti.
Hati yang gundah gulana menjadi ceria, mengukir senyuman melihat keputusan yang terpapar di skrin.
Syukur Alhamdulillah.
Penat lelah berjaga malam hingga ke pagi , jerih perih menerjah menelusuri onak dan duri, mohon cuti kerja berkali-kali untuk selesaikan misi pascasiswazah ini, telah dibayar dengan keputusan yang memberangsangkan.
3.75. Skor minimum untuk dapat Anugerah Pascasiswazah Fakulti (APF) a.k.a Anugerah Dekan.
Rasa puas hati, sebab melanjutkan pengajian sarjana separuh masa sambil bekerja sepenuh masa bukannya benda yang senang untuk dibuat. Banyak liku cabaran dan rintangan yang membuatkan kita rasa nak berputus asa di tengah jalan.
Rezeki Tuhan beri, untuk semester akhir ini.
Alhamdulillah, kini aku pemegang Ijazah Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran FSPPP UiTM secara tidak rasmi .
Sekarang, kita tunggu sahaja sesi graduasi, sama ada fizikal mahupun CGI.
Terima kasih atas doa, sokongan dan dorongan yang diberikan oleh ibu bapa, adik-beradik, keluarga, penyelia, pensyarah, guru-guru, penasihat, warga IPT, rakan staf, rakan bertugas, sahabat handai dan semua.