6 Bulan Bersama INSKEN


2 Mac 2020 - 2 September 2020

Pejam celik pejam celik, rupanya dah 6 bulan aku bersama Institut Keusahawanan Negara - INSKEN.

Banyak benda aku pelajari di sini. Pemerkasaan ilmu seni reka grafik, ilmu pentadbiran sehinggalah ilmu khusus dalam perhubungan awam dan pemasaran tradisional serta atas talian.

Sebelum ini, ilmu perhubungan awam ni belajar teori je dengan Dr. Suhaimi Samad semasa peringkat ijazah. Ingat PR, ingat P.T Barnum. Bila dah masuk INSKEN, ilmu PR ini memang menjadi tunjang utama dalam tugasan harian.

Pengalaman aku di tempat kerja lama juga ada terlibat dengan aktiviti pemasaran. Namun bila kita masuk INSKEN, banyak lagi teknik, ilmu dan strategi pemasaran yang berkesan serta efektif.

Apa yang penting di sini ialah keterbukaan menimba pengalaman dan ilmu baharu.

Apa yang seronok di INSKEN ialah, inisiatif utama kita adalah untuk membantu usahawan dari segi pembangunan dan latihan.

Matlamat INSKEN sangat jitu dan mapan demi pembangunan usahawan yang mampan selari dengan Dasar Keusahawanan Negara 2030.

InsyaAllah, kita terus bantu usahawan sebagai ejen pemerkasaan ekonomi Malaysia melalui ilmu, bimbingan dan latihan yang relevan serta komprehensif.

Nak tahu apa latihan yang INSKEN tawarkan, boleh layari Facebook, Instagram dan laman sesawang rasmi ya.

INSKEN membantu seluruh strata masyarakat sejagat.

P/S: Meja dah kemas, dah habis waktu kerja masa ni.

Tags

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript