Musim Kemarau Anugerah Dekan Telah Berakhir


Aku adalah Penerima Anugerah ANC sewaktu Diploma. Apabila aku mengorak langkah memasuki alam Ijazah untuk semester 3, buat pertama kalinya aku tidak berjaya untuk mendapat keputusan yang diimpikan. Aku tidak layak untuk meraih Anugerah Dekan - AD. Suasana sepi dibelenggu dengan kesyahduan jitu. Harapan aku untuk ANC kali kedua tidak kesampaian.

Pada waktu itu, suasananya sangat hiba dan sayu. Ramai orang ingat aku dapat AD namun Tuhan sahaja yang tahu. Ada antara rakan-rakan dan juga pensyarah cuba untuk menenangkan aku, dan menasihati aku untuk pandang ke hadapan. Jangan kita berhenti sehingga tiba di akhir garisan.

Sepanjang aku meneruskan pengajian di peringkat Ijazah, aku tidak pernah menerima AD. Semuanya boleh la nak dikatakan sipi-2. Akhirnya aku bergraduat dengan Kelas Kedua Tinggi. Alhamdulillah.

Episod peringkat Sarjana (Master) pun lebih kurang juga. Semuanya sipi-2 belaka. Tapi aku tidak berputus asa. Aku teringin nak merasa AD sekali lagi tapi peringkat Sarjana ni, kalau nak dapat AD, pointer sekurang-kurangnya kena cecah 3.70. Semester lepas aku dapat 3.67.

AD di peringkat pascasiswazah dinamakan APF iaitu Anugerah Pascasiswazah Fakulti.

Alhamdulillah, semalam aku dikejutkan dengan keputusan ini. Aku berasa sangat hiba, sebak dan syahdu. Suasana malam bertukar terang. Hatiku riang menangis kegembiraan dari dalam.

Sejak awal 2017 aku tidak merasa saat ini. Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan perasaan dan keputusan ini.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Terima kasih ibu bapa, pensyarah, pendidik, rakan sekelas, sahabat randai, penasihat, adik-beradik, kucingku dan lain-lain.

Satu semester sahaja lagi. InsyaAllah, aku akan buat yang terbaik

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript