2010 - 31 Disember 2019
Dalam tempoh 10 tahun ini, banyak anjakan paradigma yang tercetus.
Daripada seorang yang tidak mampu bercakap di khalayak ramai, kini mampu memegang mikrofon dan bercakap dengan lancar.
Daripada seorang yang pasif, kini menjadi seorang yang aktif.
Tahun 2010 masih di bangku persekolahan, manakala tahun 2019 pula berada di menara gading bagi menamatkan pascasiswazah sambil mencari rezeki halal.
Banyak pengalaman terkumpul. Banyak ilmu dipelajari. Banyak nasihat diterima. Banyak perubahan dibuat untuk penaiktarafan diri sendiri ke arah yang lebih baik.
Pengalaman juga mematangkan kita.
Terima kasih Tuhan, atas pengurniaan hidup sehingga hari ini. Semoga tahun 2020 dan seterusnya, menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya.
Amin. @ Shah Alam, Malaysia