MUSLIHAT SYARIKAT SCAMMER VOL. 2: REALITI BEKERJA






Assalammualaikum wbt, salam sejahtera semua.


Susulan daripada warkah di Volume 1, hari ini saya akan menceritakan Volume 2, iaitu senario bekerja dengan syarikat scammer.

Siapa-siapa yang belum membaca article pertama, bolehlah baca di sini: https://ahmad-azeem.blogspot.com/2019/09/muslihat-syarikat-scammer-awas-para.html





Sebelum saya mulakan artikel ini, saya ingin memberitahu kepada semua pembaca bahawa, artikel ini adalah "biased article", kerana karangan ini berdasarkan pengalaman saya, pengalaman kawan, beserta pembacaan melalui internet. Saya juga hanya akan menyatakan ciri-ciri dan realiti scammer sahaja.


Saya akan bahagikan dalam dua kategori, iaitu berdasarkan pengalaman sendiri, dan pengalaman kawan, serta pembacaan di internet.


-----


A. PENGALAMAN SENDIRI

01. PENGURUSAN TERTINGGI TIDAK PROFESSIONAL DALAM MENANGANI MASALAH

Apabila kita bekerja dengan syarikat scammer / penipu ni, selalunya Pengurusan Tertinggi (Top Management - Top M) mesti banyak ragamnya. Setiap syarikat ada masalah, tapi bagaimana syarikat menangani masalah tu, satu cerita berbeza. Jika syarikat asyik berdalih sana sini, sembunyikan maklumat, kemudian asyik meletakkan kesalahan syarikat pada kita, itu tandanya Top M tak pandai menyelesaikan masalah. Asyik dari lari masalah je.

02. BOSS LARI DARI MASALAH

Ni antara isu yang berlaku dulu. Boss selalu lari dari masalah. Bila kita bagi solution, dia xnak ikut. Semua nak kena ikut cara boss. Bila ada masalah, dia expect staf-2 dia akan selesaikan bagi pihak dia. Boss jenis macam ni, dia takkan muncul bersama-sama dengan staf, sehinggalah krisis ataupun masalah tu selesai / hampir selesai. Kita kena faham satu perkara: dalam apa-2 jua masalah, boss ataupun team leader lah kena mainkan peranan (lagi-2 bila team tengah terkontang-kanting), sebab boss kena berani take the blame juga (lagi-2 bila itu salah dia sendiri).

03. GAJI, CLAIM TAK DPT, BAYAR LEWAT, EPF SOCSO TAK POTONG

Isu gaji, claim, EPF Socso ni bukannya isu biasa-biasa. Xboleh bawak main. Sebab semua orang perlukan duit untuk komitmen masing-2. Nak bayar kereta, rumah, bagi anak isteri makan, duit untuk mak ayah, dll. Ni ada di bawah Akta Kerja 1955. Jika majikan tak langsaikan semua ni, maka ini dikira pencabulan hak pekerja. Merujuk Seksyen 19(1) Akta Kerja 1955, gaji harus dibayar selewat lewatnya 7hb. Tiada tempoh bagi majikan lebih lewat dari itu. Kalau lewat, kita boleh report dekat Pejabat Buruh.

Bayangkan kalian kalau gaji tak masuk untuk 2-3 bulan tanpa notis yang kukuh, agak-agak boleh survive ke? Haa macam tu lah. Kalau kita kena buat kerja, then kita dahulukan duit kita, lepas tu bila claim, syarikat tak nak bayar (sebab xde kelulusan, padahal syarikat kata, pakai duit sendiri dlu sebab urgent, nanti boleh claim), haa macam mana tu? Ada bekas rakan sekerja sampai nak kena halau dari rumah sebab x mampu nak bayar sewa rumah. Merujuk Seksyen 18 Akta Kerja 1955, tempoh pembayaran gaji tidak boleh melebihi satu bulan.

Tu belum cerita EPF Socso. EPF Socso ni lah protection kita semua sebagai staf, in terms of keselamatan sosial dan kewangan. Staf kena carum EPF 11%, manakala majikan 13% (Ini untuk gaji RM5000.00 dan ke bawah jika x silap saya). Socso dalam berapa puluh ringgit je sebulan. Pastikan majikan potong EPF Socso kita. Always tanya syarikat pasal benda ni. Staf kontrak ataupun probation are entitled for EPF Socso okay! Ini ada tertakluk di bawah Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991. So kalau depa kata, "After 3 months probation / or after 6 months probation, then confirm full timer, baru tolak EPF Socso" tu sebenarnya dah langgar Akta.

03(a). GAJI TIDAK DIBAYAR WALAUPUN SUDAH BERHENTI KERJA

Merujuk pada Seksyen 21(1) Akta Kerja 1955, jika pekerja meletak jawatan, gaji perlu dibayar tidak lewat daripada hari ketiga peletakan jawatan itu berlaku. Jika majikan berlengah, kita boleh lapor pada Pejabat Buruh.

04. OFFER LETTER TAK DIBERIKAN WALAUPUN DAH KERJA SEMINGGU

Ini pun satu masalah juga. Bila kerja, kita perlukan offer letter sebagai black n white, dan endorsement bahawa memang kita bekerja di syarikat tu. Pentingnya Offer Letter (OL) ni sebab dalam OL tu lah akan tercatat segala rules and regulations, apa benefits, apa yang syarikat tawarkan pada kita dsb.

Di situlah kita akan tahu berapa banyak cuti tahunan kita, cuti sakit, ada potongan EPF Socso ke tidak, waktu bekerja macam mana, berapa jam seminggu, lebih 48 jam tak, ada pengiraan OT tak, elaun cuti bersalin dll.

Saya kerja dulu pun dapat lewat sikit. Minggu kedua kerja, baru dapat. Tapi okay la, nasib baik dapat. Apapun, pastikan dapat OL. Kalau syarikat asyik berlengah je, better berhenti je sebab kita masih takde tandatangan apa-2 lagi.

HR akan sentiasa bagi alasan, kerja banyak nak buat. Tapi still, itu adalah dokumen paling penting bila dapat tawaran kerja. By hook or by crook you need to prepare it lah.

05. DIKERAH KERJA SAMPAI TAK BALIK RUMAH / CUTI DIGANGGU

Ni pun saya biasa kena lah. Susah betul nak balik rumah. Asyik kena kerja je memanjang. Tidur office tu perkara biasa dah waktu tu. Kerja xde OT pun (dengan alasan bahawa, ranking-2 pegawai ni mmg xde OT). So, buat kerja dari pagi sampai pagi esok lah. Kena masuk office on time. Kata HR, kita kena fully utilize masa kita, kena deliver kerja sampai siap dan mantap. Korang bayangkanlah bila je masa korang rehat? Kita pun ada masa untuk diri sendiri juga.

Selalunya majikan akan bagi ideologi, "Senang sama-2, susah sama-2". Ataupun, "Kita syarikat baru nak up, so korang kena kerja lebih sikit, biar susah sekarang, senang kemudian". Ataupun, "Korang kena berkorban lebih sikit... bla bla bla...".

Ni sampai cuti pun kena ganggu. Dalam Seksyen 59 & 60 Akta Kerja 1955, ada disebutkan, majikan wajib berikan satu hari cuti dalam seminggu (means takde gangguan dari tempat kerja). Ni kalau majikan asyik kacau je, means majikan dah melanggar Akta. Kot-kot la orang tu ada kelas hujung minggu ke, ada event dengan keluarga ke, xkan lah diganggu juga? Lain la kalau OL tu memang dah tertulis bahawa akan ada kerja "on call". Tu mungkin la kot ada disclaimer (tapi apapun bila check OL tu pastikan check betul-2 sebelum sign).

06. DINAIKKAN PANGKAT DAN KENAIKAN GAJI, DALAM KEADAAN SYARIKAT SEDANG MENGHARUNGI KRISIS

Ni saya pernah kena. Kita dinaikkan pangkat dan gaji, dalam keadaan syarikat tengah tak stabil. Kita dinaikkan pangkat dan gaji, sebenarnya untuk kita ni selesaikan masalah yang syarikat buat. Kita dijanjikan pangkat dan gaji yang tinggi, tetapi sebenarnya syarikat x mampu nak bayar pun. Saya sampai skrg x terima lagi gaji untuk jawatan terakhir saya di sebuah company ni. Ayat kasarnya, syarikat cari orang untuk dijadikan kambing hitam. Pada dasarnya, kita tak kan nampak benda tu (sebab majikan dah sugarcoat dengan benda-benda indah). Dah lama-lama, kita akan nampak permainannya.

07. AGENDA SYARIKAT TERLAMPAU TIDAK REALISTIK, FANTASI

Agenda syarikat amat penting untuk memastikan hala tuju syarikat. Kalau agenda syarikat tidak realistik, macam mana kan? Tiba-tiba ada agenda Imam Mahadi, nak jadi pembantu Imam Mahadi semasa zaman kebangkitan Islam, tu semua tak realistik (melainkan syarikat memang dah well established dan ada resources). Seandainya syarikat nak sampai ke tahap tu, tiada masalah, tapi kena achieve dulu target yang kecil sederhana ni, barulah ada benchmark. Ni kalau sales pun target RM100,000 sehari, jual produk harian, macam mana nak dapat dalam masa 24 jam? Kalau kita ikut formula SMART (Specific, Measurable, Attainable, Realistic, Time-Wise) pun memang x logik. Even syarikat insurans gergasi pun letak RM10,000 seminggu untuk setiap staf depa.

08. PELAN STRATEGIK SYARIKAT BERUBAH DALAM MASA YANG SINGKAT

Haih ni memang selalu kena lah. Asyik-2 ubah pelan. Tak pernah nak stick to the plan. Kata majikan, pelarasan setiap saat. Masalahnya, mengikut kata pakar perancangan strategik, sekiranya syarikat tu terlalu asyik ubah-ubah pelan, maksudnya syarikat tu ada banyak masalah besar. Usually masalah tu melibatkan sumber kewangan yang tidak mencukupi.

09. MAJIKAN NAK PINJAM DUIT KITA

Ni kena hati-2 sebab saya dah ada pengalaman. How come your Manager / Boss call, nak pinjam duit untuk kegunaan company (atau lebih spesifik, pembayaran gaji pekerja?). Nonsense lah, untuk satu syarikat yang digembar-gemburkan besar, mampu jana pendapatan juta-juta secara bulanan, tiba-2 nak pinjam duit staf. Staf ni bukan Top M, bukannya Shareholder. Kalau Shareholder tu lain la cerita. Yang penting, kalau korang staf, tak payah la bagi duit. Alasan biasa ialah, "Kita company baru nak up, so awak kena faham. Awak kena bantu company ni sama-2 untuk berjaya".

Nanti bila dia dah pinjam duit awak. Dia akan start minta untuk pinjam duit family awak, pasangan awak, kawan-kawan baik awak dll. Jangan mudah percaya bila majikan kata, nanti depa akan bayar balik duit pinjaman, dengan wang saguhati sekali. Tu semua boleh jadi auta je. Bila nak pinjam duit, memang mulut manis. Ingat senang ke kalau dah pinjam RM20K, pastu nak bayar RM10K (saguhati)? Boleh fikir sendiri. Bukan RM10, tapi RM10K.

09(a). MAJIKAN SURUH CARI FUNDER (PEMODAL)

Jaga-jaga jika majikan suruh cari funder. Kalau jawatan kita tak ada kena mengena dengan tugasan cari funder, so better jangan cari. Usually majikan akan suruh cari orang terdekat untuk jadi pemodal. Nilai puluhan ribu, ratusan ribu, dan boleh jadi jutaan ringgit. Kita sebagai orang tengah. Incase company tak mampu nak bayar balik duit pemodal, nanti kita la yang susah. Pemodal akan cari kita dulu, sebab dia kenal kita. Kita akan dipersalahkan. So, kita jadi kambing hitam syarikat. Kita yang rugi. Kita hilang respect dari orang lain, hilang kawan, kenalan, maybe kena buang keluarga. Hidup macam pelarian.

Pemodal ni, bila depa bagi duit, bukan depa bagi saja-saja. Pemodal berhak mendapat faedah daripada bisnes syarikat tu. Kalau duit dia tak dpt, faedah tak dpt, siapa tak marah kan?

10. BUAT KERJA LARI DARI JOB SCOPE

Ni saya dah kena dulu. Ibarat macam awak ni Admin, tapi awak kena buat kerja sales marketing, delivery, logistic, finance, HR, strategy, corporate communications dsb. So basically awak ni apa sebenarnya kan? Patutnya stick to the JS only. Kalau kita kena carry out semua kerja tu, patutnya kita kena ada increment ataupun elaun tambahan sebab kita buat kerja tambahan. Kalau syarikat kata, "Awak kena faham, kita tak cukup orang, kita company baru nak naik, awak kena usaha lebih", haa saya dah masak dah dengan ayat-2 ni. Tu semua auta je. Depa sebenarnya nak fully utilize kita. Hard fact.

11. MAJIKAN START INTERFERE KEHIDUPAN PERIBADI KITA

This is obviously not a good one. Sepatutnya majikan dan staf, kena ada gap. Majikan kena tahu, bahawa staf pun ada life dia. Dia pun ada keluarga nak kena jaga. Ni kalau Sabtu Ahad pun minta datang kerja, lepas tu malam pun boss call bagi kerja and then kena submit esok pagi, bagi saya tu memang x professional lah. Mungkin ada sesetengah kerja yang memang perlu bawa kerja balik rumah, tapi cut some slack lah. Ni kalau sampai menghalang kita berkawan, berjumpa dengan kawan, pasangan sendiri, tu namanya boss nak control hidup kita. Ayat lain: trying to manipulate.

Jangan terkejut kalau majikan asyik tanya, "client dah dapat ke belum?", "Jangan lupa cari client, esok saya tahu ada hasil", "Nanti ajak la ibu, ayah, kakak, abang, pakcik, makcik untuk beli / invest / labur.... bla bla bla...". Kalau hari-2 skrip sama, haa tak pening kepala korang?

12. COMPANY BESAR TAPI TARGET MARKET ORANG TUA, KAWAN-KAWAN, KELUARGA

I make this simple. Kalau syarikat besar, majikan sepatutnya dah ada fixed client, tender dsb. Kenapa nak kena fokus pada orang tua, orang pencen, kawan-kawan, keluarga? Sebab, golongan ini lah senang dipengaruhi.

12(a). COMPANY BESAR TAPI TAK SISTEMATIK

Pendek cerita, korang nampak sistem berterabur, pengurusan bertabur, HR entah ke mana. Carta organisasi kabur. Punch card pun xde. Semua serba xcukup lah. Syarikat Sdn. Bhd tapi xde Company Secretary, xde Auditor dll. Boleh refer Akta 777 - Akta Syarikat 1965 (Kemaskini 2016).

-----


B. PENGALAMAN KAWAN TERDEKAT & PEMBACAAN

13. UNSUR UGUTAN

Unsur ugutan ni maksudnya dari segi hasil kita cari client. Kalau kita gagal cari client, kita diugut bahawa gaji korang takkan dapat / komisen kena hold / xdapat naik pangkat. At that time (kalau kita terpengaruh), kita akan minta orang terdekat dengan kita tu untuk beli produk / labur.

14. KERJA / TRAINING SEMINGGU TAPI TAK DIKIRA GAJI

Ni macam Perkara 03 yang saya kupas. Bila dah start kerja, kita dah entitled untuk dibayar gaji. Even waktu training pun dah dikira gaji sepatutnya.

15. CARTA ORGANISASI (CO) TAK MEYAKINKAN

Jika syarikat tu dah level Sdn. Bhd, atau Bhd, depa sepatutnya dah kena form BOD (Board of Director), ada CEO, Setiausaha Syarikat semua tu.

Kalau syarikat level tu, tiba-2 cerita bahawa CO depa starts dengan Manager, pastu ada SV, then pegawai, so there is something wrong somewhere. Bila ditanya siapa atas Manager, depa kata Top M. Bila minta clarification, depa terkial-kial nak jawab. Benda tu logik akal kot, sebab kita dah kerja situ so logik la untuk kita tahu tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk menjawab. Mungkin MLM?

16. OFFICE XDE PERABOT

Ni apa yang jadi dekat kawan saya lah. Company X tu claim dah beroperasi 10 tahun lebih, tapi bila masuk office, ada meja banquet, meja office dan PC. Layout design macam Cybercafe. Lepas tu xde pun nampak apa-2 file syarikat, dan tiada apa-2 entiti korporat imej syarikat. Ni, kena hati-hati.

17. MULA-MULA KATA ADA BASIC, LEPAS TU TIBA-TIBA BERGANTUNG PADA KOMISEN SAHAJA

Pendek cerita, kalau majikan cakap macam ni, memang majikan tu tak telus lah dalam perbincangan dan maklumat yang disampaikan waktu interview dan waktu permohonan di job portal.

18. BISNES TAK TELUS. AMBIL DUIT ORANG DULU, BARU BAGI SERVIS/PRODUK (ITUPUN KALAU BAGI)

Ni antara teknik licik yang orang buat untuk ambil kesempatan terhadap sesetengah individu.

Rukun Jual Beli Dalam Islam ada 4, iaitu:
01. Penjual & Pembeli (1),
02. Subjek Jualan (2),
03. Harga / medium pertukaran (consideration) (3),
04. Penawaran & penerimaan (offer & acceptance / ijab & qabul) (4).



Macam mana nak telus kalau point tu tak fulfill kan?

-----


MAKLUMAT TAMBAHAN DARI VOL. 1

19. CHECK NO SSM SYARIKAT DEKAT WEBSITE SSM

Bila dapat tawaran daripada sesebuah syarikat, cuba check nombor siri SSM depa dekat website. Sama tak nombor tu dengan nama syarikat yang korang dapat offer kerja tu. Ada sesetengah kes, nama syarikat tak padan pun dengan nombor siri SSM. Usually syarikat scam memang akan sentiasa tukar nama syarikat (untuk mengelakkan diri daripada dicekup pihak berkuasa). Boleh check di sini: https://www.mydata-ssm.com.my/homePage

20. CHECK NAMA SYARIKAT SCAM DEKAT BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)

Untuk pengetahuan semua, kita boleh check syarikat scammer yang dikenalpasti oleh BNM dekat website BNM. Syarikat yang tersenarai adalah syarikat yang tidak ada lesen dalam perkhidmatan kewangan, pelaburan, pemborong mata wang dll. Boleh check di website: http://www.bnm.gov.my/index.php?lang=bm&ch=bm_financialconsumeralert

-----


So, itu sahaja lah untuk Volume 2 ni. Ada lagi point-2 lain tapi panjang sangat nanti. Maaf jika ada yang terkurang. Volume 3 mungkin ada, mungkin tiada. Bergantung pada pembaca. Huhu.

Apapun, ni adalah sekadar perkongsian dari perspektif saya. Semoga tuan/puan mengambil iktibar dari artikel ini. Berjumpa lagi di lain lembaran. Sekian, terima kasih.


-----





Sumber Rujukan (Mengenai Scam):

Pengalaman Sendiri

Pengalaman Kawan Terdekat

Internet


-----


Sumber Rujukan (Akta & Agensi):


Check SSM Syarikat Online
https://www.mydata-ssm.com.my/homePage

Financial Consumer Alert (Scam Alert) By BNM
http://www.bnm.gov.my/index.php?lang=bm&ch=bm_financialconsumeralert

Senarai Semasa (Syarikat Scam) Oleh BNM
http://www.bnm.gov.my/documents/2019/FCA_20190527_BM.pdf

Akta 777 - Akta Syarikat 1965 (Kemaskini 2016)
http://azizamazizan.blogspot.com/2017/02/akta-syarikat-2016-jadi-better-korg.html

Akta 777 - Akta Syarikat 2016 (Kemaskini 2016)
http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputaktap/aktaBM_20160915_AktaSyarikat2016Akta777.pdf

Akta 778 Hapus Pelaburan Tipu
https://www.utusan.com.my/rencana/utama/akta-778-hapus-pelaburan-tipu-1.444949

Akta Kerja 1955 (Employment Act 1955)
https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-di-malaysia-akta-pekerjaan-1955

Akta Kerja 1955 (Employment Act 1955)
https://www.slideshare.net/Anisnajwakhairulazha/akta-kerja-1955

Akta KWSP 1991
https://www.kwsp.gov.my/ms/about-epf/news-highlights/references/epf-act-1991

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
https://www.perkeso.gov.my/index.php/en/accordion-a-2/act-regulations

Akta Hubungan Perusahaan 1967 (IRA 1967)
http://www.mp.gov.my/acts/Industrial_Relations_Act_1967_As_At_1_October_2015.pdf

Akta 500 - Akta Jualan Langsung & Skim Anti Piramid 1993
http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/MY/Akta%20500%20-%20Akta%20Jualan%20Langsung%20dan%20Skim%20Anti-Piramid%201993%20(Cetakan%20Semula%202013).pdf

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript