Orang kata, di sebalik kejayaan setiap lelaki, adanya sokongan dari wanita.

Antara wanita berseri itu ialah Siti Sarah Atiqah Mokhtar @sarahmokhtar16.

Asalnya rakan sekerja dalam PEERs. Selalu bergaduh, bertelingkah dan berselisih pendapat; sampai bergaduh la katakan. Boleh kata kami ni memang tak sebulu. Masing-2 tegakkan pendirian masing-2. Ramai saksi dalam @peersuitms3 menyaksikan perkara itu. Puan @nana_are memang saksi utama la dalam telenovela ini.

Dan hari ini, dari teman biasa, bertukar ke teman bersama, teman tapi mesra. Macam mana boleh bersama, haa tu panjang ceritanya.

Rakan senang susah; bila saya susah, dia ada. Bila saya sedih, tertekan, dia juga tetap ada, meminjamkan telinga untuk saya.

Bila saya sibuk sekalipun, dia tetap bersabar walaupun selalu membebel sebab saya terlalu sibuk. Namun kerana bebelan tu la saya tahu dia fikirkan kemaslahatan diri saya, dan fikirkan pelajaran saya juga.

Bukan semua orang boleh terima apabila pasangan dia terlampau sibuk, tetapi insan seorang ini masih kekal di sisi. Dengan MPP-nya, BSMM-nya, dengan kerjaya-nya, keluarga-nya, dia tetap setia. Boleh je dia memilih untuk cari lelaki yang mempunyai masa dan beri perhatian, tetapi dia masih memilih lelaki yang sama.

Bab tengah krisis kewangan pun, sama-2 turut membantu antara satu sama lain. Ada waktu, dia belanja. Ada waktu, kita pula belanja. Ada waktu, nasi bujang, ada ketika, chicken chop. Tengok pada rezeki.

Pejam celik dua belah mata, dia tetap ada waktu saya bergraduasi. Datang nun jauh dari Kelantan. Kali ini, dekat di mata, dekat di lubuk sukma.

Jubah biru gelap bersulam emas satu jalur di tangan ini juga, mampu saya garap dan pakai, dengan sokongan dari sekeliling termasuklah sokongan utama dari insan seorang ini.

Terima kasih atas segala komitmen, kesabaran sepanjang dalam perhubungan ini. Saya amat menghargainya.

Benar, jodoh di tangan Tuhan, namun usaha tetap kena usaha. Ada jodoh takkan ke mana. Moga setia hingga ke hujung nyawa, seterusnya ke Jannah atas sana.

Sampai masa tibanya waktu, saya akan datang ke Kelantan sekali lagi, dengan hajat yang lebih besar. Menyunting bunga di taman ke kita?

Semoga dipermudahkan oleh-Nya.

Sekian.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama