Roommate Semester 6 (BS4-16)


12 Julai 2018.
Bersama rakan sebilik untuk semester ini. First time ada proper picture kami berempat. Masing-masing busy as a bee.

Walaupun setiap orang perangainya bermacam ragam, suasana bilik sentiasa ceria. Tambah-tambah lagi bila main PES, aduh.. Memang Pakdin tak akan mengaku kalah walaupun kalah😆

InsyaAllah saya, @aim_parkdeyn
dan @hafizi_jamil akan graduate on time, maka tinggal @eqmalnaqib untuk meneruskan perjuangan.

Relax Eqmal. Need help? Kami ada. Kalau perlukan nasihat research in qualitative method, Pakdin ada, kalau quantitative, saya dan Hafizi ada. Mixed method, kena cari orang lain. Hehe.

Didoakan Pakdin menjadi Pak Menteri atau Pegawai Kerajaan yang berjaya. Didoakan Hafizi menjadi Inspektor yang hebat. Didoakan Eqmal berjaya dalam menghabiskan Ijazah dengan keputusan yang cemerlang.

Saya memohon maaf atas segala salah silap sepanjang menjadi roommate kalian. Minta maaf jika banyak menyusahkan kalian.

Terima kasih atas keprihatinan kalian juga apabila saya susah, tak sihat, kalian bantu apa yang mampu. Terima kasih terima saya sebagai roommate. Terima kasih Pakdin dan Hafizi, sudi berlakon dalam cerekarama Terlambat 3. Terima kasih Eqmal sebab tolong angkat barang masuk kereta - sebab yang lain semua tidur, barai lepas Majlis Sambutan Hari Raya😂

Ada rezeki kita akan berjumpa lagi guys. Moga kita semua berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Jaga diri masing-masing di Johor dan Melaka sana nah.

InsyaAllah.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript