19 Mei 2018. Sabtu. 6.45 petang - 10.30 malam.
Menghadiri Iftar Bersama Anak-Anak Baitul Mahabbah, sebaik sahaja penangguhan Persidangan Parlimen Mahasiswa UiTM Seremban Penggal Tiga Siri Dua.
Program ini adalah anjuran @smfscpolicy, dan @gpmsuitmseremban3 selaku rakan kerjasama.
Seronok dapat bersama dengan mereka. Ada pelbagai aktiviti yang dilakukan pada sebelah siang. Anak-anak juga kelihatan sungguh gembira dengan kedatangan abang-abang dan kakak-kakak yang memeriahkan suasana pada hari ini.
Kemudian, kami berbuka puasa bersama-sama, meraikan Anak-Anak Baitul Mahabbah. Menyediakan makanan untuk mereka. Timb. Dekan @suhaimi_as dan VIP yang lain juga turut sama-sama menyediakan makanan. Digelar Pakcik / Makcik Kantin. Heheh.
Kemudian, selepas berbuka ringkas dengan kurma dan air manis, kami sama2 menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah, sebelum menyambung makan makanan berat.
Solat Isya' dilakukan secara berjemaah selepas berbuka, dan diteruskan dengan Solat Tarawih. 8 rakaat disusuli Solat Witir 3 rakaat. Adik-Adik Baitul Mahabbah masih gagah bersama-sama kami
Selesai Solat Isya', kita ada sedikit moreh, dan diteruskan dengan Majlis Penutup. Diserikan dengan persembahan nasyid dan tarian dari Adik-Adik Baitul Mahabbah. Seronok, dan suara mereka memang sedap. Setiap persembahan mereka amat mencuit hati, dan pada masa yang sama, mengingatkan kita pada Ramadhan, kerana bait-bait liriknya yang cukup bermakna. Penyampaian hadiah dan cenderahati diberikan kepada setiap Anak-Anak Baitul Mahabbah dan Penjaganya juga.
Majlis tamat dengan Sesi Fotografi kenang-kenangan bersama Keluarga Baitul Mahabbah.
Tahniah atas penganjuran @azzanajwarsd (Mewakili SMF) dan @gyunana95 (Mewakili GPMS. Kirim salam KP Zulhairi ye)! InsyaAllah ada rezeki, kita bawa mereka ke UiTM pula ya? Amin.
Terima kasih atas jemputan mewakili MPP Fakulti Saya seronok dapat bersama-sama kalian.
Moga kita mungkin, dapat bekerjasama pada masa hadapan.
Sekian, Salam Ramadhan!
YDP MPP UiTM NS