Ringkasan Academic Alumni Coffee Talk - 29.11.2017.
- Jangan takut untuk menceburi bidang kepimpinan ataupun masuk persatuan. Belajar menjadi pemimpin, belajar mendengar arahan, dan belajar mengendalikan program ataupun aktiviti. Perkara ini akan mengajar kita menguruskan tekanan, kerja berpasukan, dan mengasah cara berkomunikasi.
- Kita diberi masa 24 jam dalam sehari. Gunakan masa dengan sebaiknya. Masa itu insyaAllah sebenarnya cukup sahaja untuk kita, sekiranya kita membuat pengurusan masa dengan efektif.
- Perancangan perlu ada dalam kehidupan seharian. Saya cadangkan beli buku planner ataupun gunakan e-planner di telefon pintar masing-masing. Bangun pagi. Manfaatkan masa dari pagi sehingga ke malam.
- Ilmu kemahiran insaniah itu penting untuk kita belajar, untuk kita ni menjadi pelajar yang ada nilai tambah. Sekiranya ada 100 pelajar dapat 4.00 CGPA termasuk kita, apa yang membezakan kita dengan mereka? Nilai tambah.
- Self trust is a secret key to success. Nak berjaya, jangan tunggu orang. Jangan disebabkan kawan, kita lupakan hasrat kita untuk menyertai kelab persatuan dan sebagainya. Sebaliknya caknakan kawan kita bahawa pentingnya menjadi aktif semasa pengajian.
- Hormat semua orang, lagi-lagi pensyarah. Bila pensyarah mengajar, pelajar digalakkan duduk di barisan hadapan. Ada keberkatan di situ.
- Bila ada ilmu lebih, kongsikan pada rakan yang tidak faham. Jadilah seperti resmi padi, makin berisi makin tunduk. Jangan kedekut ilmu. Percayalah, the more we give, the more we get.
- Kita selalu bersuara, apa yang negara beri pada kita. Tetapi, cuba tanya diri sendiri, apa yang kita sumbangkan pada negara.
- Ramai orang gagal temuduga kerana komunikasi yang kurang berkesan. Ambillah inisiatif, belajarlah membuat pembentangan dengan baik kerana itulah yang membantu kita nanti. Mulakan dengan tidak bergantung pada kertas dan slides.
- Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Tapi kalau nak jadi senang, kenalah bersusah-payah.
- Tiga ciri-ciri orang berjaya : Bersedia untuk belajar, bersedia untuk diajar, bersedia untuk mengajar.
Sekian, wassalam.
YDP MPP,
Abang RTM,
Alumni DPA.