Walaupun Dah Letak Jawatan Presiden, PEERs & PRS Selamanya Di Hatiku







Assalammualaikum, salam sejahtera.
Maaf ucapan agak panjang. Moga bertabah dan baca dengan tenang

Sejak tahun 2014, aku bersama dengan PEERs.

Pada awalnya, nama kelab ini ialah Kelab Pemangkin Evolusi Rakan Siswa (2014-2015). Sekarang, namanya sudah ditukarkan kepada Badan PEERs Kaunselor (2015-Kini).

Selaku Pengasas Badan PEERs Kaunselor, bersama-sama dengan Cr. Norfarhana Zulkifli dan Cr. Mohamad Fuad Mohd Ali pada waktu penubuhan itu, kami telah bersama-sama dalam menjayakan segala perkara. Tidak kurang juga masalah yang melanda untuk membangunkan kelab. Ada masa tenggelam, ada masa timbul. Ada masa, separa karam. Ada masa, kita nakhoda kembali kapal ini agar tidak terus hanyut di lautan.

Ada detik gembira, ada detik duka. Ada masa kena marah, tahan telinga. Namun, kami redah sahaja, demi PEERs tercinta, berkorban masa, tenaga, jiwa dan raga. Setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya.

Banyak perkara yang aku pelajari sepanjang berada dalam tampuk kepimpinan PEERs. Antaranya ialah ilmu kepimpinan, kemahiran insaniah yang tak dapat dijual beli, dan pengalaman yang tidak dapat diperoleh di pasar tani, serta rakan-2 yang hebat dalam kelas tersendiri.

Dengan ilmu dan pengalaman yang ada, aku disarankan untuk bertanding dalam Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar UiTM Negeri Sembilan Sesi 2017/18.

Rezeki dari Tuhan, aku menang dengan undian majoriti, memecah rekod PRK JPP UiTM Negeri Sembilan sepanjang bertahun-tahun PRK dijalankan.

Dengan perasaan yang bercampur-baur, aku bertanya pada diri, adakah aku mampu melaksanakan satu amanah yang besar seperti ini?

Kaunselorku, Cr. Farhana, sering memberi semangat motivasi dan kepercayaan pada diri ini, di kala aku memerlukan sokongan.

"Saya tahu awak boleh. Cuma, awak kena yakin juga yang awak boleh".

Kini, aku menyandang jawatan selaku Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Negeri Sembilan Sesi 2017/18, dan secara rasminya, aku meletakkan jawatan selaku Presiden Badan PEERs Kaunselor UiTM Seremban Sesi 2016/17, dan menyerahkan tugasan pada sahabat seperjuangan, iaitu Saudara Muhammad Hadzimi Asyraff Mukhsin.

Saudara, saya yakin saudara boleh membangunkan PEERs lebih berjaya dari saya. Teruskan perjuangan, dan jadikan PEERs antara kelab yang terbaik di UiTM Negeri Sembilan, Zon Selatan dan UiTM SeMalaysia (InsyaAllah).

Terima kasih atas ruang dan peluang, Cr. Norfarhana Zulkifli, Cr. Mohamad Fuad Mohd Ali, Cr. Hajah Fozilah Abd Hamid.

Terima kasih, Arwah Cr. Ahmad Fikri Noor Mahadi, kerana memberi tunjuk ajar kepada saya semasa di Politeknik Sultan Idris Shah, dan mencadangkan nama saya pada Cr. Mohamad Fuad Mohd Ali untuk memegang jawatan dalam PEERs di UiTM Seremban pada tahun 2014 (Perkara ini saya ketahui selepas arwah meninggalkan kita semua).

Terima kasih juga kepada Cr. Aisy Ismail dan Cr. Miza, atas tunjuk ajar dan sokongan. Takkan ku lupa detik nostalgia di bilik puan, hampir setiap hari dalam dua tiga minggu jumpa puan, minta pandangan.

Mungkin ada nama yang saya tidak sebut, namun anda adalah pencorak kehidupan saya juga

Selamanya PEERs di Hatiku.

"Bantu Diri, Bantu Rakan"

Sekian, wassalam.

Azeem Raslan,
Presiden Badan PEERs Kaunselor,
UiTM Seremban,
Sesi 2016/17.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript