Surat Cinta Dari Canseleri






Surat Dari Canseleri.

Sedang makan tengah hari bersama Hafizi Jamil di Cafe PKP UiTM Seremban, tiba-tiba dapat call dari ibu.

"Azeem, ibu terima surat dari UiTM. Surat tu tulis, Azeem dapat Anugerah Graduan Terbaik!"

Terus jabat tangan member.

"Kenapa Zeem? Anugerah tu kau dapat ke? Alhamdulillah!"
Terkejut saya dibuatnya. Hilang mood makan saya, sebab sayu dan gembira, juga termangu seketika.

Anugerah Graduan Terbaik Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UiTM (Peringkat Diploma) 2017.

Anugerah ini, saya dedikasikan untuk ibu bapa, keluarga, guru-guru, pensyarah, kaunselor, penasihat persatuan, rakan-rakan, masyarakat, dan semua yang ada dengan saya susah senang, dan semua yang ada, mencorakkan kehidupan saya.

InsyaAllah akan konvo untuk kali kedua, selaku Penerima Anugerah, di Dewan Biduanda, UiTM Negeri Sembilan Kampus Rembau, sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke 87.

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada semua.

Akan saya jadikan Anugerah ini, sebagai batu loncatan untuk saya capai anugerah yang lebih tinggi selepas ini. Doakan kejayaan saya ya.

UiTM di Hatiku.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript