Manifestoku: Penambahan Mesin ATM Di UiTM Seremban


Assalammualaikum wbt, salam sejahtera semua.

Berkenaan manifesto saya mengenai penambahan mesin pengeluaran wang (ATM) di PKP TPSU UiTM Seremban, kini manifesto itu sedang diusahakan oleh MPP UiTM Negeri Sembilan.

Perkara permohonan ini, disokong penuh oleh Timb. Rektor HEP UiTM Negeri Sembilan.

Pihak MPP telahpun bertanya, berjumpa wakil Pengurusan BIMB HQ. Pengurusan BIMB HQ juga sedia maklum mengenai permohonan ini, dan mereka minta pihak MPP untuk menyediakan surat.

Satu surat permohonan rasmi akan dihantar pada BIMB HQ dalam masa terdekat.

Sekarang ini, kami dalam proses mengumpul data yang kukuh dan mapan, bagi menyokong permohonan ini.

Saya juga, memerlukan pertolongan anda semua juga, untuk sama-2 doakan agar permohonan mesin ini berjalan lancar. Mungkin nanti, MPP akan meminta bantuan dari mahasiswa juga untuk petisyen dan maklumat tambahan, jika diperlukan.

Pencetus Wadah Kepimpinan Mahasiswa.

Sekian, wassalam.

Yang di-Pertua,
Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Negeri Sembilan,
Sesi 2017/18.

Nota Kaki : BIMB - Bank Islam Malaysia Berhad

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript