Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
Waktu ni, kami MPP semua telah berkursus bagaimana untuk merancang program-program strategik untuk UiTM.
Selain itu, kami juga belajar untuk berkongsi pandangan, pendapat dan integrasikan idea tersebut untuk dijadikan program yang berimpak tinggi kepada semua pemegang taruh iaitu pelajar khususnya dan warga UiTM itu sendiri.
Selain itu, kami juga belajar untuk berkongsi pandangan, pendapat dan integrasikan idea tersebut untuk dijadikan program yang berimpak tinggi kepada semua pemegang taruh iaitu pelajar khususnya dan warga UiTM itu sendiri.
Idea ini semua diterjemah dalam bentuk penulisan. Pendek kata, blueprint sebagai rujukan bila dah balik kampus nanti. Perancangan ni bukanlah dibuat semata-mata nak isi masa lapang.
Perancangan strategik dibuat untuk tackle pelbagai peringkat, iaitu:
- Peringkat kampus
- Peringkat negeri
- Peringkat zon
- Peringkat kebangsaan
- Peringkat antarabangsa
Teori SMART dan Analisis SWOT diguna pakai dalam bengkel ini. Ini bagi memastikan perancangan tersebut realistik dan bukan syok sendiri.
Sebagai MPP, kita juga kena fikir luar kotak. Kita nak berbakti kepada masyarakat juga. Sekiranya perancangan itu boleh include impak yang positif kepada masyarakat, itu lagi bagus. Lebih tinggi mutunya.
Bagus sebenarnya kursus perancangan strategik ini diadakan. Mengasah minda dan juga menjalin kerjasama antara pasukan.
Melalui kursus ini juga, kita dapat lihat cara pemikiran pasukan, serta kreativiti pemikiran setiap ahli pasukan. Dengan itu, kita dapat optimumkan kelebihan masing-masing.
Doakan agar MPP UiTM NS dapat melaksanakan tugasan dengan cemerlang sepanjang penggal 2017/18 ini ya.
InsyaAllah.