Ujian: Untuk Naik Level, Angkat Martabat


Ada masa, kita akan diuji dengan perkara yang cukup menguji.

Ada masa, ujian yang bertamu, menyinggah berduyun-duyun tanpa jemu.

Lalu kita pun penat, rebah, dinodai rasa mengalah, menyerah kalah.

Adakah kita tidak diendah?

Jangan risau, jangan bimbang. Allah lah tempat kita berserah.

Dia akan ada jika kita ingat Dia dikala senang dan susah.

Bertabahlah. Yakinlah. Bersyukurlah. Padanya ada hikmah.

Terima kasih atas ujian, kerana itu tanda sayangnya Tuhan.

Terima kasih hadirkan insan istimewa, yang memberi sokongan, penenang keadaan, dikala aku dihimpit keperitan, dikala aku menitiskan tangisan air mata kesedihan.

Positif. Ujian : untuk naik level, angkat martabat. InsyaAllah.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript